Assalamualaikum....
Urmmm.... hari ni bersiaran dari Aloq Staq. Kampung halaman. Bercuti seketika dari workload yang bertimbun. "Seketika" mengikut kamus hidup saya. Pastinya tak sama dengan kamu-kamu bukan? Masuk hari ni, maknanya dah 5 hari dok kat rumah bersama keluarga. Stress sambung belajar? Bohonglah kalau jawab tidak kan? Tapi, yang lebih stress adalah makan makanan luar a.k.a kedai! Ahaks.. Bila stress asyik makan makanan kedai je, bertambahlah stress bila hadap journal, paper dan software. Terus mental BREAKDOWN.
Bukankah pemakanan mampu mempengaruhi mood seseorang?? AHaks.. Inilah realiti hidup..
Dulu masa undergrad ok je dok 3-4 bulan baru balik rumah, sekarang dah tak boleh?
Aha.. itulah yang orang tak tahu.. Hipotesis untuk malam ni..
Semakin bertambah usia, semakin melonjak-lonjak rasa nak berada dekat dengan keluarga. Sebab tu lah, sebulan sekali, harus! Wajib! balik rumah!.. Nak RECHARGE segala benda yang boleh recharge. Recharge minda. Recharge fizikal. Recharge mood. Recharge perasaan.. hahaha... Tapi ingat! Recharge je! Jangan sampai terFORMAT pula... haru nak INSTALL balik knowledge yang dah terkumpul tu. Mahu ambil masa yang panjang juga tu.
Bercuti. Bukan sekadar RECHARGE yang perlu.. Tapi, SCAN dan REFRESH juga mana-mana yang memerlukan. DELETE segala rasa malas, stress dan semua yang berunsur negatif. PERLU! Dah selesai, jangan lupa UPDATE semua perkara berunsurkan positif dan penuhkan HARDISK dengan bekalan positif untuk sebulan dua yang seterusnya.
Dah alang-alang bercuti ni, check juga RECYCLE BIN hidup. Yelah.. Mana yang betul-betul tak perlu, RIGHT CLICK + DELETE. Dan mana-mana yang rasa ada kepentingan lagi untuk masa hadapan, RESTORE ITEMS. Simpan dulu. Manalah tahu kan, tiba-tiba diperlukan..
Hari ni buka email. Terkezut eden! Workload menanti! Mujur tak OFFLINE seminggu, kalau tak ada juga yang pengsan! Tak pe..tak pe.. Inhale! Exhale... Workload yang menanti akan diselesaikan satu persatu bila kembali semula nanti.
Blog apa cer?
Fuhhh... dah tak ada cer... walaupun cer nya banyak, tapi masa mencemburui lebih dari kekasih.. AHaks.. Tak beroleh masa lapang untuk mencuri taip-taip entrie.. Nak blogwalking? Lagilah tak sempat. Dahulukan yang lebih utama. Itu yang sepatutnya kan? Blogging just part time.. Banyak perkara yang nak distorykan.. Tapi... Aisy! sabaq ajelah...
Study lebih penting. MATLAMAT kena achieved!
And up to all, it's nice to be home~ at least once a month..
p/s: Hujung bulan ni tak dapat nak balik rumah lagi.. Ada Evaluation Stage 1. Mohon doa ye kawan-kawan.. Semoga dipermudahkan urusan menyambung pelajaran di peringkat phd ini...=D
0 comments:
Post a Comment