Crochet? Knitting?

Sunday, August 26, 2012


Hari tu, bawa kakak, adik-adik dengan adik sepupu jenjalan dekat Aloq Staq. Al-maklumlah, mak dengan abah sibuk dekat kenduri jiran, anak-anak berjalan macam tak cukup tanah! Dah tak tahu nak buat apa, khabor dengan abah nak pinjam kereta nak jenjalan. Jenjalanlah sangatkan? Pi Star Parade je. Kebetulan time tu ada IT Fair.. Errr.. ke computer Fair? WHatever~

Jenjalan dalam Star Parade, terjumpa satu kedai ni... Eh, benang bulu! Dah lama tak main benang bulu (Macam anak kucing pula).. Amiklah dua (apa penjodoh bilangan dia ek?) warna benang bulu tu.. Konon-kononnya nak buat one of my favourite craft tu, but then sampai rumah ter"google" pasal knitting..Ngeee...

Teringat mak ada jarum kait Tulip tu. Fuhh..selamat jumpa. Nak buat knitting, tak adalah pula alat dia tu. Knitting needle tu. Takkan nak pakai batang chopstick pula kan? Hehehe..walaupun tak mustahil.. Kreatif and inovatif kan? Sudahnya, cari pasal crochet pula. Jumpalah crochet guna satu jarum. Gila tertarik! Bahan ada depan mata. Tapi....asas? Kosong! Mana pernah belajar buat semua ini! Nganga!

Buka youtube (Yang sepatutnya buat research..), tengok online tutorial. Dari situlah dapat faham sket-sket. Chain. Double crochet and etc.. Marvellous. Nak try buat headband, tapiiiii...fuhhhhh... bersilang jari jemari! Adoi!...



Hasilnya? Back to research modelah.. Kot-kot in future jadi suri rumah tangga sepenuh masa (Erk? Belajar tinggi-tinggi sampai sambung belajaq, ada cita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa?? Tapi, why not??), bolehlah melakukan aktiviti ni semula. Dari observation saya, knitting lagi best! Sebab ye pakai dua knitting needle yang besaq tu!
 



0 comments: