Majlis Khatam Al-Quran

Monday, August 13, 2012



Alhamdulillah...
Selesai sudah kami graduate dari tadarus Al-Quran..
Pada Jumaat yang lepas selepas hampir 3 minggu bertadarus beramai-ramai.. ^^,
Dapat Scroll sejadah!! Weee...
Majlis Khatam Al-Quran bermula pada pukul 12.45 tengah hari. Dan berakhir pada pukul 2 petang. (sewaktu solat jumaat!)
Menuntut ilmu bukan menjadi satu penghalang untuk kami turut bertadarus di bulan yang mulia ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan keberkatan di bulan Ramadhan ini..
Tadarus sendiri?
Errr... sedang berusaha.. Sekalipun tak dapat habiskan, sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelumnya.. Maklumlah, puasa pun tak cukup sebulan kan? Hehehe...
Bukan sesuka hati jiwa raga tak nak puasa. Dah namanya perempuan. Allah sayang. Ada waktunya dia bagi CUTI.
Bila cuti, mampu baca terjemahan je lah.^^,
Memahami maksud di sebalik ayat...
Dan sampaikan walau sebaris ayat......
Oh ye! Kalau terkejar-kejar nak habiskan bacaan Al-Quran tapi tajwid tunggang terbalik pun tak guna kan? So, slow and steady ok!

Salam penghujung Ramadhan buat semua..=D
Chaiyok! Ganbatte ne! untuk Ramadhan-ramadhan terakhir ini....

p/s: Gambor dari K.Ena Kamal.. Pinjam boh sini naaaa....




0 comments: