Ketupat(s) : Seni membuatnya (?)

Friday, August 10, 2012


Kenapa ada (s)? 
Sebab plural. ^^,
Kalau dekat Utagha, kita buat ketupat palas, kalau pi selatan kita buat ketupat nasi. Atau lebih mudah, nasi impit. Dekat timur? Errr.. tak pasti pula..
Sekarang kan dah nak dekat raya. Tinggal berapa hari je lagi.. Ye dak? Kalau yang kat utagha ni, mestilah dok sibuk keluar masuk pasar cari daun palas, nyok dengan beras pulut. Kalau yang duduk dekat Selatan, sibuk panjat pokok kelapa (?) cari daun pokok kelapa yang muda tu untuk buat ketupat..hehehe gurau je.. kat pasar pun ada kan?. Ye dak? Tapi, zaman sekarang.. Eh, generasi zaman sekarang dah tak ramai yang reti buat dua-dua ketupat ni. Saya pun! Eheh..
Ketupat nasi tu saya dah pass. Tapi ketupat palas ni, ada jantan betina pula, memang ngangalah kejap.. 

Ok..jom tengok.. Ketupat palas VS ketupat Nasi.


Haa... ada yang tak kenal daun palas ka? Adoi.. chek pun tak tau nak habaq macam mana. Tapi, yang pasti kalau g pasar memang dijual segenggam daun palas ni. Dan kebiasaannya, dua tiga hari sebelum raya, dah buka daun palas ni pastu kibas-kibas untuk buang apakebendanamanya tu lepas tu buka dan anyam. Yang mana sama saiz, disatukan dalam satu anyaman. Senang nak buat dan bubuh pulut nanti. Untuk ketupat palas ni, pulut jangan masak sangat. Kata orang half-cooked! Macam telur separuh masa tu..eheh..
Ada macam-macam jenis ketupat palas ni. Ada yang buat dengan pulut hitam, pulut + pisang, Pulut + jagung dan macam-macam lagi. Tapi, yang sedap...tetap pulut biasa cicah serunding tak pun rendang.. perghhh..meleleh ayaq liuq sat..hahaha..



Ok. Untuk ketupat nasi pula.. Kena pisahkan dulu daun dari lidinya dan kemudian, ikutlah langkah-langkah di atas. Nampak je rumit, tapi bila dah belajar mudah je jadinya. Saya suka buat sarung ketupat ni.. Tapiiii.. dok kedah nun bukan senang wei nak dapat daun kelapa muda ni.. sudahnya berserah beli je nasi impit segera tu. Akhirnya, dibuat guna reben ajelah..muahahaha...
Untuk ketupat nasi ni, biasanya orang akan buat sarungnya dulu. Disebabkan tak ramai yang reti menganyam sarung ketupat ni, yang terer-terer tu memang buleh buat duitlah! Hehehe.. Pastu, aktiviti mengisi beras boleh dilakukan beramai-ramai. Siap isi beras (jangan sampai penuh pula!), ketatkan semual anyaman tu.. Dan kebiasaanya, ketupat nasi ni akan diikat dan dimasukkan ke dalam periuk. Satu ikatan dalam 5-6 biji ketupat kot.

Haaa...itu jelah nak khaborkan.. Selamat maju jaya. Pilih je lah nak buat ketupat mana neh.. Yang pasti, balik kampung konpem ada ketupat palas! Sedia untuk dimakan!..nyum..nyum..nyum..
Eh, puasa! (=.=)'



1 comments:

Hanis MY said...

Huwaa bestnya ketupat palas i likeee