Salam Jumaat...
Siapa tengok Bintang Mencari Bintang?
Saya tengok siaran ulangan je. (Fiu~ kantoi tak g LAB.. Eh, keje jalan..Cuma rasa sesak dok dalam Lab yang tak bertingkap tu.. kihkihkih..peace)
Haaa... antara anak-anak didik Bintang (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Kak Engku, FBI, Sabri Yunus dan siapa lagi ek?)
Yang sempat saya tengok adalah beberapa pasangan. Dan setakat ni bagi saya anak didik Afdlin Shauki the best!
Kenapa?
Sebab ada ilmu dalam lawaknya. Dalam erti kata lain, tidaklah lawak bodoh. Maklumlah, saya tahu bukan mudah nak menjadi seorang pelawak. Malah, lebih susah nak berlawak sambil memberi ilmu. Yang paling penting, melawak tapi tak nampak ANNOYING.. Haaa.. susah tu..
Kenapa saya kata anak didik Afdlin Shauki the best untuk masa ni? Sebab contents dalam lawak diorang ada makna. BOCHIK. Combination yang menarik. Al-kisahnya tentang seorang anak muda yang bekerja sebagai seorang bomba. Sesat dalam mencari rumah yang terbakar (walaupun secara logiknya, tak sepatutnya sesat! Hehehe..) terserempak dengan seorang pak cik Tua yang rupa-rupanya tersesat juga!
1st. Kalau sesat jangan malu bertanya..
2nd. Bertanya pada yang arif. Kalau sesat, tanya pada orang yang sesat juga maka sesatlah keduanya.
Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Dalam usaha nak memperbaiki iman dan amal ke arah yang lebih baik, adalah dituntut untuk kita sering bertanya pada yang arif. Yang pakar. Sebab yang arif itu ada jawapan untuk persoalan yang kita ada. Tapi, kalau kita bertanya pada yang sesat juga, pastinya persoalan tidak berjawab sebaliknya kita akan ikut tersesat..
3rd. Anak muda jaga bicara..
4th. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Senario hari ini, terlalu ramai anak muda yang bercakap lepas. Langsung tak ambil kira perbezaan tua dan muda. Orang kampung cakap "Main cakap lepaih ja. Langsung tak hormat orang tua!" Haaa..gitu..
Dalam mereka berlawak, itu antara "amaran" yang saya dapat dari lawak mereka. Lawak mereka bukan lawak kosong.
Semoga Afdlin SHauki dapat mendidik BOCHIK menjadi pelawak yang punya ilmu. Jadikan lawak sebagai satu medium untuk menyebarkan ilmu dan peringatan juga untuk menyebarkan dakwah. Jangan hanya memeriahkan pentas seni dengan lawak-lawak kosong dan langsung tidak bermanfaat. =D
.google.
1 comments:
aiseyman....
tak tengok laaaa....
Post a Comment