"Kenapa ni?" Tanya boboy bila dilihatnya gugurl seolah-olah dalam kesakitan.
"Sakit perut." Jawapan selamat dari gugurl setiap kali boboy tanya.
"Pergilah tandas." Usulan boboy membuatkan gugurl hangin satu badan. Emo bertambah-tambah.
"Bukannya sakit perut sebab nak uhuk.." Perlahan gugurl menjawab. Mata dah berkaca. Tunggu saat je nak mengalir..
"Dah tu?" Sekali lagi boboy bertanya. Susahnya nak faham perempuan. Kenapa tak berterus - terang je?
"Saya nak balik!" Tinggi suara gugurl menjawab. Biasalah.. bila "teman baik" datang mengunjung, memang emo satu badan. Tetiba rasa nak marah.. Tetiba rasa nak menangis.. Tetiba semua prarasa nak diekspresikan..
"Ok." Boboy tak memahami. Sebab bukan dia yang mengalami. Mungkin dia pernah mempelajari. Tapi praktikalnya tak sama macam teori!
Lepas dah kahwin..
"Awak sakit apa sebenarnya?" Boboy bertanya lagi. Muka gugurl dah merah menahan malu. Nak berselindung, boboy dah jadi suami. Bukan kawan-kawan macam dulu lagi.
"Boleh tolong saya?" Mahu atau tidak, dia dalam kecemasan. Kalau bukan si suami, pada siapa lagi hendak mengharapkan pertolongan fizikal yang satu ini?
"Tolong apa?" Soal Boboy. Soalan yang ditanya tak dijawab. Sebaliknya dibalas dengan soalan memohon pertolongan.
"Belikan saya roti kering.." Merah muka menahan malu. Cukup punya susah nak sampaikan maksud.
"Roti kering? Laa... awak lapar ke?" Balas boboy. Tak tahu pula gugurl lapar sampai mata dah berkaca tunggu saat je nak berderai..
"Bukanlah.. Tolong belikan saya pad.." Ujar Gugurl membetulkan salah faham boboy.. Kenapalah lelaki susah nak faham?
"Pad? Apa benda tu?" Soal Boboy sambil buat muka blur. First time dengar.
"Ala..yang perempuan pakai bila datang bulan. Saya punya dah habis stok." Jawab Gugurl. Menebal rasa malu bila perlu berterus terang tentang itu. Boboy mengangguk. Mungkin tak berapa faham, tapi baik buat-buat faham.
Sampai di kedai..
"Banyaknya.. Kotex, Intimate bla..bla..bla.. Mana satu yang gugurl nak?" Terlalu banyak pilihan sampai susah nak buat keputusan. Ada banyak jenama, berjenis pilihan. Boboy mencapai dua tiga pilihan sebab sangat sukar membuat keputusan.
Sampai di rumah...
"Banyaknya.. Nak buat apa ni?" Soal Gugurl terkejut.
"Hadiah dari boboy untuk gugurl." Boboy mula bercanda. Seharian ini Gugurl asyik Emo. Sindrom kedatangan "teman baik" katanya. Gugurl menahan malu..
"Tapi kenapa yang ini ada sayap?" Soal Boboy sebelum sempat Gugurl berlalu ke tandas. Gugurl terdiam. Muka merah menahan malu. Apa jawapan yang boleh gugurl beri?
Kenapa lelaki tak memahami? Perlu ke bertanya itu dan ini? Sedangkan ada soalan, gugurl sendiri tak tahu jawapan..
Kenapa perempuan tak berterus-terang? Sedangkan ada perkara bukan mudah itu ditebak dan difahami boboy tanpa penjelasan..
p/s : Ini namanya pengaruh novel melayu. Sebab hakikatnya, entah! Hanya yang pernah melalui situasi itu sahaja yang tahu kebenaran.
Kata gugurl : Untuk memahami, bukan hanya dengan menyusun 1001 persoalan. Sebab kadang-kadang, 501 persoalan itu gugurl tak ada jawapan..
Kata boboy : Kalau apa yang terkandung dalam hati boleh di-scan atau dix-ray, pasti mudah untuk boboy memahami apa yang terbuku.
Till then,
XoXo
5 comments:
novel apa sara? macam sweet je.. ahaks..
Hehehe... Ini karya sendiri yang telah diolah dan diubah sedikit lepas baca novel "I Love you cikgu".. Eheh...
hahahahahahaha....
memang agak sukar kaum boboys memahami kaum gegurlsss kannnnn :)
Hehehe... Dalam sesetengah perkara...yup!
Hehehe... Dalam sesetengah perkara...yup!
Post a Comment