Pendidikan Percuma?

Friday, March 15, 2013

Urmmm...
Selagi Parlimen tak dibubarkan..
Selagi Pilihan raya belum diadakan..
Isu Pendidikan Percuma terus kedengaran dengan hebatnya..
Terbaru, kenyataan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk berikan pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia yang menyambung pengajian di bumi Matahari terbit itu.. Pendidikan percuma dalam bentuk biasiswa. 
Ok. Fine! Biasiswa memang percuma. Lainlah kalau dapat pinjaman. Dah tentulah kena bayar semula.

Tapi...
Ada sesuatu yang masih belum saya fahami..
Bentuk Pendidikan Percuma bagaimanakah yang sedang dituntut dari Kerajaan sedia ada ini?
Dan sudah tentu jugalah saya tak berapa nak faham kenapa Kerajaan tak mampu nak sediakan sebab perkara pokok pun saya tak faham lagi..
Cuma yang boleh saya katakan,
Selama 6+5+4 tahun saya menuntut ilmu, semuanya percuma.

Ye.. umum dah tahu bahawa Pendidikan peringkat Rendah dan Menengah adalah percuma (tapi pihak sekolah yang manipulasi yuran yang pelik-pelik). Malah diberi lagi bantuan buku teks bagi murid yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Tapi, kalau masuk Maktab Rendah Sains Mara tak payahlah dok bising sangat. Memang tak dapat pun pinjaman buku teks. 5 tahun saya beli buku teks sendiri. Tapi tak pernah pun nak bising-bising kata tak mampu. Kalau duit yang ada sedikit, beli aja buku-buku teks terpakai dari senior. Mudah. Jimat juga.

Sambung pengajian di peringkat Matrikulasi, masih lagi percuma. Kalau ada sekali pun bayaran yang dikenakan, tak melebihi RM300 malah setiap pelajar diberi elaun bulanan. 
Tamat di peringkat Matrikulasi, sambung pula peringkat Universiti. Nahhh... di sini agaknya pendidikan percuma yang dituntut.
Masuk Universiti, kita diberi pilihan. Biasiswa Swasta (SHELL, TNB, TELEKOM, and etc), Biasiswa Persekutuan (JPA), Biasiswa MARA ( Boleh Ubah),Biasiswa Yayasan Negeri, PTPTN dan pilihan terakhir PAMA cooperation (Your Daddy and Mommy Finance!)

Sehingga tahun 2013 ini, sudah berapa ramai graduan lepasan universiti tempatan ini menikmati pendidikan percuma. Tak percaya? Boleh semak dengan JPA (pemegang biasiswa JPA). Boleh semak dengan Syarikat-syarikat Swasta yang menawarkan biasiswa. Dan boleh semak juga dengan MARA. Malah, yang terbaru. PTPTN telah mengubah sistem PTPTN dari pinjaman penuh kepada pinjaman boleh ubah. Maksud saya, bagi mahasiswa yang mendapat Kelas Pertama boleh ubah pinjaman kepada biasiswa. Bukankah itu satu berita baik? 

Malah, permohonan biasiswa persekutuan boleh dibuat setiap tahun pengajian. Maksudnya, kalau tahun pertama guna PTPTN dan berjaya mendapatkan pointer yang baik anda layak untuk memohon biasiswa JPA ini untuk tahun-tahun yang berbaki. InsyaALLAH, kalau ada rezeki anda, pasti ada bahagian anda. Lagipun, kalau tak nak berhutang.. Janganlah pergi mohon PTPTN. Tak dipaksa pun. Pilihan pada kita. Nak pendidikan percuma?
What you get, you give it back.

Nak pendidikan percuma? Tak susah pun. Tunaikan amanah anda sebagai seorang Mahasiswa. Ya! Berprogram itu perlu untuk menambah Soft SKills, tapi jangan sampai melebihi tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Bila keputusan bagus, secara automatik anda akan menikmati pendidikan percuma. Keputusan bagus tak bermakna anda perlu dapatkan 1st class setiap semester.. Atau dapatkan straight A dalam SPM. Apatah lagi score 3.50 and above dalam peperiksaan peringkat matrikulasi. Bahagian Biasiswa tak sekejam itu. 

Saya antara berpuluh ribu mahasiswa di Malaysia yang menikmati pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ini. Oh ya! Ada yang kata, tak nak ambil biasiswa persekutuan sebab terikat dengan kerajaan. Tapi, apa salahnya? Kembali berbakti pada masyarakat dan negara? Dan setahu saya, "terikat" itu bukan sesuatu yang sangat strict. Kalau tak ada jawatan kosong dalam kerajaan, kerajaan takkan tahan anda dari berkhidmat di syarikat-syarikat swasta lain yang menawarkan pekerjaan pada anda. Buktinya? Ramai juga kawan-kawan saya, pemegang biasiswa JPA tapi masih berkerja di syarikat swasta.
 

Lagipun, mana ada benda yang percuma dalam dunia ni. Nak masuk tandas sekalipun dekat Kampung Kuala Pilah, kena bayaq 20 sen tahu? Jadi, saya tak nampak kenapa isu Pendidikan Percuma perlu diperbesar-besarkan. Maaf.. Ini sekadar pandangan dua sen saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Mungkin pemikiran kita tak serupa. Cuma yang pasti,adakah dengan memberi "pendidikan percuma" seperti yang dituntut akan menghasilkan kualiti yang jauh lebih baik? Lagi tinggi bayaran untuk mendapatkan sesuatu, kita akan lebih menghargai sesuatu itu. Itu fakta!

Till then,
XoXo






p/s : Undi adalah rahsia. Jangan cepat menjatuhkan hukum hanya dengan penulisan tidak seberapa ini.. (y) peace!

 



5 comments:

Ann said...

wow...setuju!!

Izwa Kamaruddin said...

kannnnn...

Rasp said...

well said!

aTienz_owEngEzz said...

good point of view!

cha said...

nak buat mcm mana kak..kawan saya dpt 10A tak dpt masuk u saya yg 2A boleh masuk u sbb pakai org dalam...saya tolak permohonan tu sbb kesian kwn saya...last2 saya dgn dia masuk swasta cemerlang gak dpt kerja bagus gak....tapi kesianlah kat kami fresh graduate gaji kecik nak makan pun cukup2 je kos sara hidup tinggi nak tanggung mak ayah di kg lagi....so ada org nak bagi percuma kami rasa lega sgt..walaupun bukan utk kami tapi utk adik2 kami nanti nak masuk uni dah senang dpt free edu.....kalau tak fikir diri sendiri, kita fikir demi org lain....masalah nye kita kena hapuskan sistem org2 dalam ni...merosakan anak melayu yg dah belajar penat2 last2 tak diadili dgn betul