Showing posts with label konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label konvokesyen. Show all posts

Officially Graduated

Saturday, May 6, 2017

Alhamdulillah
All praises to ALLAH s.w.t

 

Finally!
I'm Officially Graduated..
This mark the end of my Ph.D journey..

Perjalanan yang penuh liku..
Dugaan dan cabaran..
Up-side down

 
Thanks to everyone..
Kepada supervisor saya, AP Dr. Mohd Fauzi Othman yang tak putus asa dalam membantu saya mencapai kejayaan ini. 
Buat mak abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan tanpa jemu. Kadang-kadang rasa nak drop. Rasa nak stop dari meneruskan Ph.D ni. Tapi bila teringat semula janji-janji yang diikrarkan pada mereka beberapa tahun yang lalu, saya gagahkan juga langkah. Gigihkan juga diri untuk menulis thesis, hantar dan attend viva. Dan terus gigih membaiki tesis yang mengambil masa hampir setahun itu!
Buat teman-teman yang hadir sepanjang saya menyiapkan kajian Ph.D saya ini. Kalian memang awesome! Terima kasih. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke syurga.

 

Apa-apa pun, pesan saya buat semua yang sedang struggle nak habiskan Ph.D, jangan sesekali berputus asa. Andai kata suatu ketika dahulu saya mengikut kata hati untuk berputus asa, mungkin kejayaan ini bukan milik saya. Mungkin janji yang pernah diikrarkan kepada kedua ibu bapa saya akan terkubur begitu sahaja. Ya! Segalanya mungkin!

So, kalau saya yang hampir tersungkur pun boleh bangun dan meneruskan perjuangan ini, saya yakin anda di luar sana juga boleh! 
Ph.D bukan tentang saya bijak, awak pandai atau si dia bodoh.
Ph.D adalah tentang usaha, kegigihan dan tidak kenal erti putus asa!

 

 Dan...
Jangan bandingkan perjalanan awak dengan perjalanan saya.
Setiap orang ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Dan kejayaan ini adalah buat mak dan abah saya.

 

Hari konvokesyen ini adalah buat mereka.
Thanks mak abah!

Few years back...
Masa tu baru dapat keputusan Matrik. Dan nak isi UPU. Saya dapat 4.00 flat untuk kedua-dua sem. Dan ini perbualan saya dan mak.

Mak : Haa.. result elok tu. Ambil perubatan. Jadi doktor. Mak nak juga tengok ada sorang anak mak jadi doktor.
Me : Perubatan? Doktor? Tak maulah. Bio angahlah yang paling teruk. Nak kena handle darah? Kalau kena bedah mayat? Euuuu~~~
Mak : Belum buat mana tahu.
Me : Haaaa... angah ambil ni. Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan. Perubatan tu untuk mak. Elektrik-Elektronik tu untuk angah.
Mak : Ada pula ke situ. Tak adalah anak mak yang jadi doktor ni?
Me : Ok..ok.. Mak tunggu. Angah belajar sampai peringkat yang paling tinggi dalam U tu. sampai dapat Dr. dekat pangkal nama tu. Janji! Ok? Asalkan tak payah belajar medic. Hehe..

Dan mak hanya tersenyum. Itu cerita tahun 2007 (Kalau tak salah).
Now, selepas 10 tahun.. Here is it.

Dr. Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli.

As you wish mak. =D. This is for you. As promised!


Dan ini kawan-kawan che Sara yang konvo sesama hari tu.
Alumni UTM & Alumni SEP.

 
 And now, it's about reality.
Selamat mendidik anak bangsa. =D 
 
 
 



[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 5 (Cinta Adam & Hawa)

Saturday, October 1, 2011

Wallaweh tajuk... Hat sebenaqnya, nak story pasai pengisian yang diberikan Double Double H ni.. Terlanjuq dah berjanji, haruslah tunaikan.. Iye dak?? Ini kisah masa Pesta Konvokesyen UTM yang lepaih..Forum perdana yang bertajuk...


Setulus Kasih Adam, Secangkir Bicara Cinta Hawa

Amboi.. Tajuk dia. Bukan kemain.. Kasih Adam yang Tulus disambut Bicara Sang Hawa tentang Cinta.. Tuu diaaa.. Kalau dah tajuk sentuh pasal adam & hawa, agak-agak apa je prospek perbincangan panel-panel tu?? Ce teka sket....

Ha? Tak mau teka? Nak tau sapa panel dan moderator yang dijemput? Alamak! Lupa plak nak perkenal.. Mehler usha gambar kat bawah ni..

Hafiz Hamidun, Dr. Azhar, Heliza dan Ust Syarin

Haaa.. dah kenai? Yang pertama tu, Hafiz Hamidun selaku moderator forum pada malam tersebut. Disebelahnya adalah Dr. Azhar, pengarah Pusat Islam UTM kalau tak salah. Yang sebelah bawah tu pula, tak lain tak bukan Saudari Heliza Helmi dan yang terakhir ini adalah Ust. Syarin,ketua pemuda belia 4B. Apa ntah.. Lupa dah saya.. Nak tahu apa pengisian malam tu? Sat na.. nak buka handphone..

(belek-belek draft dalam message.. ---> maklumlah.. teruja nak pergi mahlis ilmu sampai terlupa bawa pen n kertas. Tapi mujur ada handphone sebagai alternatif kedua.. ye tak?)

Forum pada malam itu dimulakan dengan tayangan pendek filem Syurga Cinta lakonan Heliza Helmi dan Awal Asshaari. Dalam filem Syurga Cinta ni ada menyebutkan tentang 3 jenis jodoh. Ala..part yang atok syuhada bagi nasihat dekat Am tu.. Jodoh itu ada 3 jenis. Yang pertama Jodoh syaitan. Yang kedua jodoh jin dan yang ketiga, Jodoh Allah. Malas nak story panjang-panjang, g lah tengok filem tu kalau nak tahu apa bezanya jodoh-jodoh ni..


Dan orang-orang yang berkata, " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" - Al-Furqan, ayat 74.

Dalam Al-Quran sendiri telah menyentuh soal jodoh. Tapi, harus diingat.. Kita juga dibolehkan untuk berikhtiar mencari jodoh kita. Ada banyak jenis jodoh yang boleh kita lihat pada masa sekarang ni.

1. Jodoh yang dicarikan oleh ibu bapa dan anak hanya mengikut yang akhirnya membawa si anak ke alam rumah tangga. Biasa orang cakap, pilihan mak ayah ni yang terbaik.. Tapi mungkin sebahagiannya tidak..maka wujudlah jodoh yang kedua.

2. Anak mencari sendiri jodohnya dan direstui kedua ibubapanya dan seterusnya membawa mereka ke alam perkahwinan. Dan ada juga segelintir yang 

3. Anak mencari jodoh sendiri, tapi tak mendapatkan restu kedua ibu bapanya, lantas melaksanakan ikatan perkahwinan dengan cara sendiri sebagai contoh, lari menikah di Thailand..

Macam-macam jenis jodoh yang hakikatnya berlaku dalam senario masyarakat kita hari ini. Tapi pada dasarnya, dalam islam telah tertulis betapa kaedah pemilihan jodoh itu sangat indah. Kerana, berasaskan dan bertunjangkan pemilihan jodoh inilah yang akan melahirkan zuriat masa depan. Jodoh yang membawa kepada kasih sayang dan cinta serta menghasilkan sebuah keluarga yang mawaddah warahmat.



Dan ada sesuatu yang perlu kita tahu sebelum beria-ia mengeluarkan senarai "lelaki idaman" mahupun "wanita idaman". Fakta bahawa "Untuk mendapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi lebih baik.." Kerana yang baik itu pasangannya dari orang-orang yang baik dan sebaliknya. 

Mana-mana tempat yang kita pergi, kalau berkisarkan lelaki dan perempuan pastinya Adam dan Hawa akan menjadi analogi yang terbaik kerana mereka adalah simbol pengorbanan yang agung. Ye kawan2x!.. Cinta itu perlukan pengorbanan. Jangan bercakap soal cinta, andai kamu tak sanggup untuk berkorban.

Dan cinta tertinggi yang perlu kamu gapai adalah Rabb-Nya, Agama, ibu bapa, cita-cita @ kerjaya dan akhir sekali barulah cinta manusia. Itulah hieraki cinta yang perlu kita faham. Tapi mungkin ada yang berkata, apa salahnya bercinta masa belajar?. Ya, tiada salahnya, andai sahaja cinta kamu seiring dengan cita-cita kamu. Ramai yang mengagungkan cinta manusia, akhirnya mereka terkandas di landasan ilmu tanpa sempat menggapai cita-cita yang diimpikan. Pasti kamu-kamu tidak mahu begitu bukan? Cinta itu perlukan pengorbanan. Fahamkan erti pengorbanan, barulah berbicara soal cinta..

Dan banyak lagi info menarik yang tak berjaya untuk saya kupaskan dan taipkan di laman ini. Ada setengahnya hampir saya terlupa.. Inilah sahaja info yang berjaya saya taipkan ke dalam handphone bagi menggantikan notebook yang tidak di bawa..

Jadi kawan-kawan.. apa pandangan kamu tentang Cinta Adam dan Kasihnya Hawa??

Adios~

[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 4 (Payung Je punnn...)

Friday, September 30, 2011

Selesai sudah menghantar jubah.. Walaupun rasa tak puas lagi nak bergambar.. Heee.. Tak pe..cukup-cukuplah tu.. Ada rezeki, lain kali sarung lagi.. Betol tak? betol tak??


Lepaih pi hantaq jubah sat tadi, panjatlah empat tingkat bangunan HEP tu sebab nak pi ambil transkrip plak. Cheq nak habaq kat hampa, transkrip ni penting woo kot nak pi cari kerja nanti.. Jangan dok buat main.!

Dah dapat transkrip, lencong g Alumni plak.. Well..dah grad mean you are alumni member.. adoyai!.. Pi lah redeem kupon saguhati yang dia bagi tu..

Meh nak tunjuk kat you all especially dekat adik kayu, rupa saguhati alumni yang i dapat.. Pejam mata please...






















Tadaaaaa......




Bak kata abang dekat alumni yang tak brape nak handsome tu.."Payung je dik.."


Ai ai.. payung je mie.. Itulah rupanya.. Tapi nak tau lagi dak? Ada member lain pi redeem awai lagi dari cheq dapat album CD, Torchlight dengan T-shirt.. So, mana lagi menarik dan tertarik?? heee.. Tak survey lagi yang lain dapat apa.. Wokeylah..nak sambung baca Novel sat.. Malam-malam sket, baru nak pi berjalan dari satu blog ke satu blog...


daaaaa...


eh lupa plak.."I'm PROUD TO BE ALUMNI UTM!!!!"


heheheh...



[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 3 (Baju Melayu VS Lounge Suit (Blazer))

Thursday, September 29, 2011

"Hilang dah identiti melayu.."

"Kenapa?"

"Kau tengoklah tu.. Mostly pilih Lounge Suits a.k.a blazer.." Sambil menunjuk ke arah rakyat-rakyat jelata yang bakal berkonvo sekejap lagi..

"Kan ke itu dress code nya?."

"Tak juga.. Cuba kau tengok sana.." Bebola mata beralih ke arah yang dimaksudkan..

"Eh, dia pakai baju melayu lengkap bersampin. Tapi...Cina kan tu?."

Angguk-angguk..."Itu pun dress code untuk konvo juga.."

Oho..a'a..Melayu hilang sudah di dunia...

Itulah antara dialog yang telah diubahsuai supaya mesejnya sampai. Itulah suasana yang kelihatan di perkarangan Dewan sebelum dan selepas majlis konvokesyen. Sana sini lelaki-lelaki segak bergaya memakai lounge suit hitam bertali leher indah. Nak mencari yang pakai baju melayu lengkap? 1 dalam 50 mungkin. 


Kenapa ye? Lounge suits lebih menjadi pilihan hati?? Tak segak ke pakai baju melayu cekak musang lengkap bersampin? Oho...

Tapi tak wajar juga persoalkan pada mereka.. Sedangkan Pro-cansellor dan staff kanannya semua memakai Lounge Suit dibalik jubah konvo mereka.. Apatah lagi pemuda-pemudi bakal pemimpin negara ni.. Ye tak?

Dalam course saya sendiri, seorang je yang memakai baju melayu lengkap. Teruja juga waktu melihat tu.. Wahh..barulah sesuai "Takkan melayu hilang didunia.."..

Mana lagi mahal ek? Lounge Suit atau Baju Melayu Hitam lengkap bersampin? Saya tak tahu..


[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episod 2

Wednesday, September 28, 2011

Detik yang paling menggembirakan pastinya semasa Konvokesyen. Bukan? Ye saya tahu. Kamu mesti nak kata detik pernikahan dan perkahwinan adalah yang paling menggembirakan.. Apa? Bukan juga? Baiklah. Detik kamu dan saya berbeza.. Buat masa ini, Konvokesyen adalah yang paling menggembirakan saya..('o,')

Malas nak celoteh panjang..Jom ler layan picsta-picsta yang ada... 





Tang bergambar..Memang No.1. Laju ja.. Terima kasih pada En.Tripod kerana memudahkan urusan mengambil gambar..=D.. Next gambar...


Akan bersambung lagi...Heeee...

Urmmm..tetiba rasa dah lama gila tak kemaskini bloglist.. Bukan setakat kemaskini, update bloglist pun dah lamaaaaa sangat tak buat.. Nak kena buat segmen juga ke??? Heeee...

[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episod 1

KK bukan Kota Kinabalu mahupun Kuala Kangsar Apatah lagi Kota Kemuning. Nehi. Nop. Nooo.. Tetapi KK stands for Kisah Konvo. Corat coret sekitar Majlis Konvokesyen ke-47 yang lalu.. 

Alhamdulillah.. Usaha yang dibaja selama 4 tahun yang lalu akhirnya membuahkan hasil dan berjaya dituai dengan jayanya.. Yeay! Pembuka kepada Majlis Konvokesyen ini adalah Malam Penganugerahan Dekan..

Subhanallah. Thank you Allah!!

Tidak sia-sia usaha saya selama 3 semester terakhir untuk menaikkan kembali CGPA akhirnya membolehkan saya meletakkan diri di kelompok senarai Dekan. Subhanallah.. Maha suci ALLAH.. Jatuh tak bererti kita tak mampu bangun. Selagi ada usaha, tiada yang mustahil dalam hidup. Meskipun tidak berjaya mendapat First Class, but i'm proud with myself. Teettt..Masuk bakul angkat sendiri.. Hik hik hik..


Dan medal itu untuk mak dan abah yang selama ini tak jemu-jemu memberi sokongan dalam segala aspek. Terima kasih mak! Terima kasih abah!

Sebenarnya tak expect pun akan dapat bunga tu.. Sebab dah pernah minta masa Konvo Matrik dekat PICC dulu.. Tapi tak dilayan.. Huhuhu.. Tak sangka kali ni dapat sampai dua sekali.. Suka2x..Thank you..Thank you..Thank you..


Kalau nak tahu...Family saya sampai JB hari Jumaat pagi, 23hb September. Malamnya, mak dengan abah attend Malam Penganugerahan Dekan tu. Esoknya, pergi majlis Konvokesyen yang dibuat sebelah petangnya..

Dan inilah keluarga saya.. Thanks for coming to JB..Yaw~




"Life may not be simple as we see. And to success, it's begin with a single step. Allow yourself to make mistake for you to learn more about it. Once you fail, doesn't mean you keep failing, but take it as a motivation and step again. Nothing is impossible. You have to believe in yourself when no one else does. That's what make you a winner.."



Jika kau fikirkan kau boleh...Kau pasti boleh melakukan... Jika kau fikirkan kemenangan...kau hampiri kejayaan... Engkaulah apa kau fikirkan. Terkandung dalam pemikiran.... nyanyilah sendiri ye..nite~


Memorable Tuesday

Tuesday, September 27, 2011




It's awesome..
Thanks dear for the gift.. Really like it..

Cekak rambut with my name on it.. Wonderful..
Novel tu tak sempat baca lagi..penat sangat..
By the way..
Seronok spend time with you all night semalam..
And a lot of Thank You for the Gift..

Really - Really love you dear..

(^________^)

Officially Graduated

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah...

Officially graduated!


24th September 2011
3.30pm
Dewan Sultan Iskandar, DSI UTM Skudai..

Bachelor of Engineering (Electrical - Medical Electronic)

p/s : Gambar dari facebook Rusydi~

Double Double H mai UTM..

Friday, September 23, 2011

Tu dia..Assalamualaikum.....Dah tido ke semua?? Entrie sebelum masuk tidur.. Heee..lambat plak malam ni nak tidurnya.. Hangpa-hangpa semua..Mai sini mai.. Dekat sikit..Chek nak habaq mai.. Double Double H mai UTM..

Erk?? 

Siapa Double DOuble H? Group hip hop terbaru ke?? Ngee..Bukan-bukan.. 2 personaliti muda yang berbakat. Kebetulan pula nama mereka ini berpangkalkan huruf yang sama..sebab tu saya kata Double Double H.. Nak tahu siapa??

Jap nak godek2x gambar....


Haaa..kenal tak?


Lagi sorang..yang ini...


Haruslah kenal kan? Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi.. See..Double Double H kan??? 

Kenapa diorang mai UTM?? Sebab ada Forum Perdana sempena Festival Konvokesyen ke-47 ni. Tajuk Forum yang dibincangkan tadi adalah "Setulus Kasih Adam, Secangkir Bicara Cinta Hawa".. Hamik kau.. Tajuk pun panjang..

Hafiz Hamidun datang sebagai moderator manakala Heliza sebagai panel disertai oleh Dr. Azhar serta Ustaz Sharin.. Kupasan yang sangat menarik. Nanti saya kongsikan ye.. dah ngantuk.. Nak tidur.. Esok ada raptai.. Err..pagi ni..pukul 8 jap g..ngeee..