BLOGGER Gegarkan 'U'

Friday, January 14, 2011

Assalamualaikum..
Jalan-jalan di alam maya singgahlah di blog Abang Ben dan terjumpalah dengan SEGMEN : BLOGGER GEGARKAN 'U'


Ok..Jom kenal siapa saya..

La ni dok blajaq kat Universi Teknologi Malaysia (UTM) Skudai | Dalam Jurusan :- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan | Dah tahun 4 semester 8.. InsyaALLAH semester akhir...

Saya mai dari Aloq Staq, Kedah. Home sweet home~ | Umur sekarang? Untuk hari ni, dah berusia 22 tahun 4 bulan 6 hari.. 

Sebab amik Jurusan di atas?
Tak de sebab musabab yang rasional pun. Minat pada  |fizik dan elektrik | tapi mak ngan abah suh jadi doktor. Jadi amik jurusan tu yang ada  |elektrik + perubatan.. | dua2 pun dapat.=)

Cita-cita?
Oleh sebab Jurusan ini adalah pilihan pertama yang terus dapat, mestilah tengah berangan nak jadi jurutera wanita di bidang perubatan khususnya dan elektronik secara umumnya..




It's Cooking Time

Thursday, January 13, 2011


Assalamualaikum..
Apa khabar saudara-saudari sekalian?? (sambil memberi sedikit irama kepadanya)


Entrie hari ini haruslah bersifat ceria.. gembira.. dan gumbira..Eh? Oopss..Hehehe..Lebih kuranglah tu. 


It's cooking time!!.


 Walaupun masih awal sem, tapi ternyata poket yang bocor angkara ber'joli' cuti sakan di Korea tempoh hari masih meninggalkan kesan jangka panjang kepada diri yang tak berapa nak beruang ber"wang" ini. Lagi mensyahdukan hidup bila Scholarship tersayang masih tak kunjung tiba. Jangkaannya bulan Februari. Sama ada awal bulan, tengah bulan atau hujung bulan hanya Inche pemberi biasiswa sahaja yang tahu.=(


Makanya haruslah membuat aktiviti Super Kombo Jimat. Wow! Seharusnya kita berjimat untuk memastikan kelangsungan hidup di UTM ini.. Tidak wajar kalau kerana bukan beruang ber'wang', keluar berita Buletin Utama Mahasiswa UTM mati kebulur. Owh! Itu tidak wajar sama sekali. Nehi.Nehi..No!!!


Hehehe... So, It's shopping time!! Eh, silap.. waktu gawat macam ni, mana ada istilah shopping time.. It's cooking time!!. Tapi, sebelum kita nak memasak ni, haruslah pergi shopping dulu. Betul tak? Kalau tak, engkau nak masak apanya? (-o,-)'


Shopping barang di Econsave, Skudai Parade
Untuk memastikan istilah JIMAT itu tercapai, saya berpakatlah dengan kawan-kawan terdekat untuk membeli belah bersama. 


Sharing is caring right? 
What you eat, i eat..
What you cook, i'll help..
And wheneva you need my help, i'll be there to help you..


Wah...dah buleh mengalahkan shakespear ni.. Eja pun tak betul ada hati nak ganti uncle Shake pula.. Ok, abaikan. Dalam berkongsi-kongsi, kami membeli barang-barang keperluan untuk memenuhkan peti ais yang sedia ada. Tempat yang kami tuju adalah Econsave.. Sebab barang murah dan segar.. 


Dari barang basah sampailah ke barang kering. Semuanya kami beli. Ikut bajet, untuk makan 3 hari. Tapi, macam beras, garam, gula, minyak, rempah ratus, ikan bilis..macam cukup untuk stok 1 sem! Jimat tak? hahaha..


Setelah dikira, ditolak, ditambah dan dibahagi.. Jumlah keseluruhan untuk seorang makan selama 3 hari dan nasi untuk 1 sem adalah sebanyak RM13.75.. Jimat tak? Jimat tak? Kalau tidak, makan tengah hari je dah RM3.50 (paling mahal lah sebab minum air masak).. Dan untuk Dinner pula dalam RM5.00++.. Sehari je dah RM8.50++.. 
Cuba darab dengan 3 hari?
Dah RM25.50


Dengan memasak, kita dah jimat RM11.75. Boleh guna untuk keperluan barang basah 3 hari kemudiannya. Fuhh...saya dah nampak kelangsungan hidup yang sangat jayanya di UTM ni..hehehe... Oleh itu....


JOM kita MEMASAK!!!


Random Entrie for today

Wednesday, January 12, 2011

Assalamualaikum..

Susah tak untuk menjadi seorang yang positif? Apa pandangan anda? 
Saya cuba untuk menjadi seorang yang positif. Positif dalam setiap perkara. Dalam perbuatan, permikiran malah pertuturan. Tapi, kadang-kadang saya rasa gagal untuk mengekalkan sifat positif itu.. Untuk berfikiran positif sahaja kadang-kadang mengundang seribu satu halangan. Bagaimana dengan anda di luar sana? Ada pengalaman atau pandangan tersendiri?

Hari ini saya menjadi seorang yang berfikiran negatif..~ jahatnya saya.. Tapi dah puas saya melihat dari sudut positif, tapi akhirnya saya menangis.  Sebab yang positif itu melukakan hati. ~Oh! Tidak wajar!

Saya tak perlukan nasihat sebab saya tahu apa nasihat yang akan disampaikan itu. Minda saya sudah cukup sarat dengan pelbagai nasihat itu. Bukan saya menolak semua nasihat yang diberi.. Cumanya, bercakap lebih mudah dari mengaplikasikannya. Kenapa? Tak percaya? Saya tak wajibkan anda untuk percaya. Ini penulisan saya. Buah fikiran saya. Penulisan anda, buah fikiran anda.. itu bukan hak saya.

** Rasa kecewa bila menjeling-menjeling dalam lab, dan ternampak segelintir insan yang memenuhi tempat-tempat di lab hanya untuk online FACEBOOK dan on YAHOO MESSENGER sambil CHATTING.. Bukankah lebih wajar tempat itu diberikan kepada orang-orang yang datang sebab nak siapkan PSM? Tidak menunding pada sesiapa, kalau makan cili pasti terasa kepedasannya..~Sekian

 




Bila nak Kahwin??

Monday, January 10, 2011

Assalamualaikum..
Pergh..tajuk..hahaha.. Pagi-pagi bangun tak tahu nak buat apa, dah tulis pasal kahwin. Orang dok sibuk-sibuk story pasal AJL yang tak habis-habis lagi tu, saya nak story pasal kahwin pula? Hohoho..apakah?

Tapi...siapa yang tak pernah dengar soalan ni? Sila angkat kaki dan blah.. hehehe..gurau je.. Dah macam tradisi jer. Asal umur dah 20++ atau dalam erti kata lain dah tak pakai baju putih kain biru muda, mesti akan diajukan dengan persoalan ni.. Soalan yang jawapannya tak ada dalam skema jawapan.. Setiap kali balik bercuti:-

"Angah lama lagi ke kat sana? Bila nak kahwin? Sementara tok dok ada ni?"

"Kak Ngah kat sana tak de 'kawan' ka?"

Dan sebagainya..Jawapan standard..

"Sabaq na tok.. Along pun tak kahwin lagi, takkan nak langkah bendul kot. Ijazah pun tak dapat-dapat lagi nih.."

Dan tok akan smash dengan ayat macam ni..

"Haih, mak hang abih ja sekolah terus kahwin ngan abah hang.Tak payah nak ijazah segala bagai. Masa umoq sama ngan hang, anak dah dua.." 

Dush..dush.. tok oh tok!.. Sabaq jalah.. 

Kasih yang menyatukan dua hati

Tapi isu ni tak terhenti setakat ni je. Kalau kita terlibat dengan usrah atau halaqat, mak cik-mak cik usrah lah yang paling risau. Dah final year tapi tak da calon lagi. Mulalah nak ehem ehemkan.. hahaha..faham tak? Dan, setiap kali ada Kursus Pembentukan Baitul Muslim, bersungguh-sungguh mak cik suruh pergi. 


"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan Memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan ALLAH Maha Luas (pemberian-Nya),Maha Mengetahui - Surah An-Nur:ayat 32"


Dalam Al-Quran pun ada menyebut. Dan untuk lebih lanjut boleh rujuk Surah An-Nur. Banyak yang dijelaskan dalamnya. Tercetus juga persoalan, macam mana nak kahwin kalau bercinta pun tak? Boyfrend pun tak da? Bolehkah kahwin tanpa cinta? And everything.. 


Sebab tulah dalam islam dianjurkan sesi Ta'aruf. Tapi bukanlah dalam istilah dating atau couple. Sesi Ta'aruf yang berlandaskan kepada syarie. Sebab kalau pertemuan itu tidak diberlandaskan syarie, itu yang wujud makhluk ketiga iaitu syaitan. Macam mana sesi ta'aruf yang berlandaskan syarie?


Ta'aruf dulu baru menikah..=)


Urmm...ini berdasarkan perkongsian yang saya terima. Sebab saya sendiri tak pernah alaminya lagi. Apa yang saya faham, sesi ta'aruf yang berlandaskan syarie ini adalah pertemuan antara lelaki dan perempuan, yang bakal mendirikan rumah tangga dan disertai dengan mahram keduanya atau mas'ul yang menjadi orang tengah kepada ikatan yang nak dibentuk. Waktu sesi ta'aruf nilah kita kenal-kenal dengan calon itu. Sesuai ke tak nak hidup sekali? Ada persefahaman ke tak? Kalau rasa dengan sekali pertemuan je tak cukup untuk menilai, kita di anjurkan pula untuk membuat solat Istikharah. Memohon petunjuk dari ALLAH. 


Bak kata Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih spesial Ramadhan:-
"Kalau dah mantop iya terima saja. Kalau masih ragu-ragu, teruskan istikharahnya. Kalau hati tetap ragu-ragu, barangkali itu bukan jodoh buatmu."


Ya! Betul tu. Sesi ta'aruf boleh bermula bila kita hendak dikhitbah seseorang. Perempuan juga mempunyai hak untuk membenarkan dirinya dikhitbah sang jejaka atau pun tidak. Menolak bukan bereti tidak baik, tapi mungkin ada yang jauh lebih baik yang telah ditakdirkan ALLAH untuk kita. Bila? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. 


Saya ada satu persoalan? Berapa agaknya nilai sesebuah cinta? 10 sen? RM50? RM1000? mas kahwin? atau semahal hantaran? Tak perlu memberitahu jawapannya kepada saya. Sebab masing-masing punya persepsi masing-masing. Cinta anda, hanya anda yang tahu nilainya. Sebelum ni, saya pernah menulis entrie berkenaan 13 ciri-ciri mendektesikan cinta. Kalau belum baca, boleh klik link tersebut.


Cinta ada 3 peringkat. Apakh peringkat-peringkatnya?
1. Cinta yang tinggi - Mencintai ALLAH S.W.T
2. Cinta Sederhana - Mencintai seseorang kerana ALLAH S.W.T
3. Cinta yang Hina - Mencintai Seseorang bukan kerana ALLAH S.W.T


Jadi, di manakah letaknya aras cinta anda? Fikir dan pilihlah cinta mana yang anda idamkan. Dan untuk melangkah ke alam pernikahan, pelbagai faktor dan persiapan yang perlu dilaksanakan. Tanpa ilmu di dada, sesebuah perkahwinan boleh menjadi hambar. 


Antara persiapan muslimah menjelang pernikahannya:-
1. Persiapan Moral Dan Spiritual
2. Persiapan Konsepsional
3. Persiapan Fizikal
4.Persiapan Material
5. Persiapan Sosial


Perkahwinan bukan sahaja ikatan antara dua hati tetapi terikatnya dua buah keluarga. Jadi, persiapkan diri anda.


"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Surah Al-Baqarah : ayat 216"


"So, bila nak kahwin??"


"Kalau ada yang mengkhitbah dan selepas istikharah terasa mantap, Angah kahwin!" =)




p/s :- Sekadar sebuah perkongsian daripada Kuliah Pembentukan Baitul Muslim tempoh hari. Wallahualam..