Random Entrie for today

Wednesday, January 12, 2011

Assalamualaikum..

Susah tak untuk menjadi seorang yang positif? Apa pandangan anda? 
Saya cuba untuk menjadi seorang yang positif. Positif dalam setiap perkara. Dalam perbuatan, permikiran malah pertuturan. Tapi, kadang-kadang saya rasa gagal untuk mengekalkan sifat positif itu.. Untuk berfikiran positif sahaja kadang-kadang mengundang seribu satu halangan. Bagaimana dengan anda di luar sana? Ada pengalaman atau pandangan tersendiri?

Hari ini saya menjadi seorang yang berfikiran negatif..~ jahatnya saya.. Tapi dah puas saya melihat dari sudut positif, tapi akhirnya saya menangis.  Sebab yang positif itu melukakan hati. ~Oh! Tidak wajar!

Saya tak perlukan nasihat sebab saya tahu apa nasihat yang akan disampaikan itu. Minda saya sudah cukup sarat dengan pelbagai nasihat itu. Bukan saya menolak semua nasihat yang diberi.. Cumanya, bercakap lebih mudah dari mengaplikasikannya. Kenapa? Tak percaya? Saya tak wajibkan anda untuk percaya. Ini penulisan saya. Buah fikiran saya. Penulisan anda, buah fikiran anda.. itu bukan hak saya.

** Rasa kecewa bila menjeling-menjeling dalam lab, dan ternampak segelintir insan yang memenuhi tempat-tempat di lab hanya untuk online FACEBOOK dan on YAHOO MESSENGER sambil CHATTING.. Bukankah lebih wajar tempat itu diberikan kepada orang-orang yang datang sebab nak siapkan PSM? Tidak menunding pada sesiapa, kalau makan cili pasti terasa kepedasannya..~Sekian

 




1 comments:

Salfiza said...

salam
oh,stuju dgn anje...
kadang2 dh cuba sedaya upaya utk jd +ve but when sumthing bad happen kekuatan utk jd +ve tu makin mghilang..pastu mula jd -ve.oh!huhu
tp lama kelamaan bila emosi dh stabil barulah nmpak hikmah kejadian tu..pendek kata,kita perlu redha dgn segala2nya...tanya diri kita,sejauh mana kita bsedia utk terima segala kemungkinan dlm hidup? :)