Assalamualaikum..
Pergh..tajuk..hahaha.. Pagi-pagi bangun tak tahu nak buat apa, dah tulis pasal kahwin. Orang dok sibuk-sibuk story pasal AJL yang tak habis-habis lagi tu, saya nak story pasal kahwin pula? Hohoho..apakah?
Tapi...siapa yang tak pernah dengar soalan ni? Sila angkat kaki dan blah.. hehehe..gurau je.. Dah macam tradisi jer. Asal umur dah 20++ atau dalam erti kata lain dah tak pakai baju putih kain biru muda, mesti akan diajukan dengan persoalan ni.. Soalan yang jawapannya tak ada dalam skema jawapan.. Setiap kali balik bercuti:-
"Angah lama lagi ke kat sana? Bila nak kahwin? Sementara tok dok ada ni?"
"Kak Ngah kat sana tak de 'kawan' ka?"
Dan sebagainya..Jawapan standard..
"Sabaq na tok.. Along pun tak kahwin lagi, takkan nak langkah bendul kot. Ijazah pun tak dapat-dapat lagi nih.."
Dan tok akan smash dengan ayat macam ni..
"Haih, mak hang abih ja sekolah terus kahwin ngan abah hang.Tak payah nak ijazah segala bagai. Masa umoq sama ngan hang, anak dah dua.."
Dush..dush.. tok oh tok!.. Sabaq jalah..
Tapi isu ni tak terhenti setakat ni je. Kalau kita terlibat dengan usrah atau halaqat, mak cik-mak cik usrah lah yang paling risau. Dah final year tapi tak da calon lagi. Mulalah nak ehem ehemkan.. hahaha..faham tak? Dan, setiap kali ada Kursus Pembentukan Baitul Muslim, bersungguh-sungguh mak cik suruh pergi.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan Memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan ALLAH Maha Luas (pemberian-Nya),Maha Mengetahui - Surah An-Nur:ayat 32"
Dalam Al-Quran pun ada menyebut. Dan untuk lebih lanjut boleh rujuk Surah An-Nur. Banyak yang dijelaskan dalamnya. Tercetus juga persoalan, macam mana nak kahwin kalau bercinta pun tak? Boyfrend pun tak da? Bolehkah kahwin tanpa cinta? And everything..
Sebab tulah dalam islam dianjurkan sesi Ta'aruf. Tapi bukanlah dalam istilah dating atau couple. Sesi Ta'aruf yang berlandaskan kepada syarie. Sebab kalau pertemuan itu tidak diberlandaskan syarie, itu yang wujud makhluk ketiga iaitu syaitan. Macam mana sesi ta'aruf yang berlandaskan syarie?
Urmm...ini berdasarkan perkongsian yang saya terima. Sebab saya sendiri tak pernah alaminya lagi. Apa yang saya faham, sesi ta'aruf yang berlandaskan syarie ini adalah pertemuan antara lelaki dan perempuan, yang bakal mendirikan rumah tangga dan disertai dengan mahram keduanya atau mas'ul yang menjadi orang tengah kepada ikatan yang nak dibentuk. Waktu sesi ta'aruf nilah kita kenal-kenal dengan calon itu. Sesuai ke tak nak hidup sekali? Ada persefahaman ke tak? Kalau rasa dengan sekali pertemuan je tak cukup untuk menilai, kita di anjurkan pula untuk membuat solat Istikharah. Memohon petunjuk dari ALLAH.
Bak kata Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih spesial Ramadhan:-
"Kalau dah mantop iya terima saja. Kalau masih ragu-ragu, teruskan istikharahnya. Kalau hati tetap ragu-ragu, barangkali itu bukan jodoh buatmu."
Ya! Betul tu. Sesi ta'aruf boleh bermula bila kita hendak dikhitbah seseorang. Perempuan juga mempunyai hak untuk membenarkan dirinya dikhitbah sang jejaka atau pun tidak. Menolak bukan bereti tidak baik, tapi mungkin ada yang jauh lebih baik yang telah ditakdirkan ALLAH untuk kita. Bila? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.
Saya ada satu persoalan? Berapa agaknya nilai sesebuah cinta? 10 sen? RM50? RM1000? mas kahwin? atau semahal hantaran? Tak perlu memberitahu jawapannya kepada saya. Sebab masing-masing punya persepsi masing-masing. Cinta anda, hanya anda yang tahu nilainya. Sebelum ni, saya pernah menulis entrie berkenaan 13 ciri-ciri mendektesikan cinta. Kalau belum baca, boleh klik link tersebut.
Cinta ada 3 peringkat. Apakh peringkat-peringkatnya?
1. Cinta yang tinggi - Mencintai ALLAH S.W.T
2. Cinta Sederhana - Mencintai seseorang kerana ALLAH S.W.T
3. Cinta yang Hina - Mencintai Seseorang bukan kerana ALLAH S.W.T
Jadi, di manakah letaknya aras cinta anda? Fikir dan pilihlah cinta mana yang anda idamkan. Dan untuk melangkah ke alam pernikahan, pelbagai faktor dan persiapan yang perlu dilaksanakan. Tanpa ilmu di dada, sesebuah perkahwinan boleh menjadi hambar.
Antara persiapan muslimah menjelang pernikahannya:-
1. Persiapan Moral Dan Spiritual
2. Persiapan Konsepsional
3. Persiapan Fizikal
4.Persiapan Material
5. Persiapan Sosial
Perkahwinan bukan sahaja ikatan antara dua hati tetapi terikatnya dua buah keluarga. Jadi, persiapkan diri anda.
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Surah Al-Baqarah : ayat 216"
"So, bila nak kahwin??"
"Kalau ada yang mengkhitbah dan selepas istikharah terasa mantap, Angah kahwin!" =)
p/s :- Sekadar sebuah perkongsian daripada Kuliah Pembentukan Baitul Muslim tempoh hari. Wallahualam..

Ta'aruf dulu baru menikah..=) |

8 comments:
moga dipermudahkan urusan untuk bina baitul muslim...ameen..;)
dah bole kaweh da nie LOL =p
@K.Sunah
Ameen.. Saya doakan akak dulu..
@En.Tikus
Kaweh? =)
da besar da adik ayong ni...da ckp psl kawen2 plak...hihi
nnt jgn lupa pggl ayong ok :P
@Salfiza
I tunggu ayong i kawen dulu.. Jangan lupa jemput anje ye.. hehehe
amboi2.. hee..=)
wah. entry menarik nie.. ^^
lepas prog BM ke?
Post a Comment