Akan Stress bila berkata tentang duit!!XXX

Monday, February 14, 2011

Assalamualaikum..Hai Readers!! Hai Followers!! Hai Sahabat-sahabat di dunia maya!! Apa khabar semua? Sihat-sihat?? Ceria? Gumbira dan seadik beradik dengannya? Baguslah.. Hidup memang kena sentiasa enjoy! ~hahaha.. Ok. saya hanya separuh gembira. Kalau dari 10, 5 je gembira. Lagi 5 ada macam-macam rasa. Macam deria rasa kita yang ada 5 tu. =P

Memang sangat tak gembira. Hari ni hari Isnin. Ye, semua orang sudah sedia maklum. Kalau ikut kalendar akademik UTM, hari ni dah masuk minggu kedua selepas cuti mid sem yang lepas. Ye adik-adik, dah minggu ke-2. Dalam erti kata lain dah minggu ke-8 daripada 16 minggu sebelum final exam bermula.. Dah separuh sem pun berlalu. Saya bukan nak main kira-kira di sini. Tapi nak menyatakan betapa saya stress kerana duit masih tak masuk3x. Stress dengan sistem yang digunakan pihak pemberi scholar. Bermula dari 2 sem lepas lagi saya stress. Tapi sebab masa tu internet macam bengong je, tak delah nak story kat blog. Tapi memandangkan sem ni internet sangat berjaya, makanya nak lepaskan stress kat sini pula..

Arghhhhhh... stress kot. Sem lepas dia cakap duit akan masuk setiap hujung bulan 8 dan hujung bulan 2.  Gilak apa. Dah tak sanggup nak menunggu lagi ni. Memang kuruslah macam ni. Semua nak catu. Dah macam dapat duit Ma&Pa Corporation je. Tapi kalau ma&Pa Corporation ada duit banyak, tak pe juga. Ini Abah je yang cari duit. Mak mana kerja. Duit abah nak buat bayar bil, beli barang dapur, belanja sekolah adik, support k.lang yang tengah buat part time sementara nak menunggu dapat gaji yang pertama hujung bulan ni.. Pastu...saya pun nak minta duit?? Fuhh..tak sampai hati weh.. 

Lepas cuti CNY ri tu pun rasa sebak je bila nak minta duit ngan mak. Dengar dapat scholars ribu-ribu tapi end up minta duit ngan mak ngan abah juga.. Huhuhu...Elok-elok dulu bagi scholars setahun sekali(total up tuk both sem) tetiba je tukaq buat by sem. Kalau bagi on time tak pe juga. Ni selalu delay. Tak ikut kalendar akademik langsung. So, guys! Korang kat luar sana apa cer? Ada yang masih menanti scholars macam saya yang tak tahu bila nak kunjung tiba? Atau duit scholars yang korang dapat dah semakin susut sesuai dengan masa?? Ce story morry sket.. =P

FYP vs Assignment

Sunday, February 13, 2011


Assalamualaikum..Hari ahad.waiiitt..maknanya dah 3 hari saya tak ada kelas bermula jumaat lepas. Hahaha...And you know what?? Satu assignment pun tak siap! Hampeh kan? Assignment + pelajar = kembar melekat tak boleh dipisahkan. Tak pernah selama 4 tahun belajar ni, tak de assignment. Mesti ada punya. Kalau siap, antar then dapat lagi assignment baru. Paling last, submit masa study week. Which mean a week before final exam.. Urgghh!!.. Kadang-kadang naik bosan dah buat assignment. Mula-mula cam teruja gak. Tapi bila satu-satu assignment bertambah macam bukit fraser tak pun setinggi Gunung Kinabalu tu, saya dah rasa owh saya tak nak buat semua ni! Can i drop the subject!. 

Serius wei.. Ini serius. Bukan main-main. Wonderpet ~eh, tetiba. Ok, nak tahu tak? Sem ni adalah sem terakhir saya. InsyaALLAH.. Tak de niat nak extend semester. Tapi niat nak sambung master tu adalah sayup-sayup. Semester akhir ni saya ambil 4 subject + FYP 2. 4 Subject ni pula, 3 darinya masing-masing 3 jam. Maknanya total kredit untuk sem ni (3x3)+ 2 = 11 jam excluding FYP yang 4 jam tu. Kalau totalkan semua dapatlah 15jam. Berat jugalah..

Mahunya tak berat? Mana nak buat Assignment yang timbun-timbun tu, and mana pula nak study untuk test segala bagai. Lepas tu nak kena betapa dalam lab buat FYP pula. Pegang satu, risau yang lagi satu tak sempat siap. Sudahnya tinggal semua sekali..hahaha.. Dasat tak?

Nak write down assignment yang ada and need to submit by this week.

1. ENGINEERING MANAGEMENT
Submit : 17th February (During Class)
Task:-
- Find real ads or job vacancy DONE
-write cover letter DONE
-Do your own resume DONE
- Prepare 10 Question & Answer
(Questions that expected to be ask during interview session) 
2. MEDICAL TOMOGRAPHY
Submit : 17hb February 2011 (During Class)
Task:-
-Technically on how to use Ultrasound machine
- The SOP (Standard Operation)
-Knowing Scanning position and it's image example (5 position)
- Patient Consent form for undergo Ultrasound Process
-Patient Data to collect (what kind of data need to know)
:: Yang ini kurang jelas since i'm not coming to the class.. Still at home at that time..hahaha..blame myself :: 
3. TRANSDUCER
Submit : 23rd February 2011
Task:-
- Find 3 research technical paper DONE
-Write a technical Review consist of Background, objective, methodology, results and conclusion
21st February 2011
Test 1 Transducer.

Ada lagi ni. Tomo tu lepas ni ada assignment lagi. Imaging tak masuk mood assignment lagi. Tapi anytime je akan start. Tapi rasanya by now dah boleh mula rangka-rangka guna MATLAB tu. And......FYP perlu disiapkan sebelum minggu ke-11 maknanya before 2nd week of March.. Scary tol dengar. It's mean, less than a month je lagi nak siapkan!!

Tolong! Tolong! nak buat mana satu ni!! Please ! Please! Please!
Oh ye! Esok kelas transducer cancel. Maknanya cuti dilanjutkan kepada 5 hari sehingga 15hb Februari. Gembira? Tapi assignment tak siap juga.. hahahaha... Kenapa final year final sem tak focus pada FYP je ek? Do we have to do all the assignment again in this last sem?? *sigh. 

Gemerlapnya malam~

Beribu bintang di langit, kini menghilang...
Meraba aku dalam kelam..
Rembulan mengambang, kini makin suram..
Ku dan ilhamku tanpa arah..


Lalalalla...Berakhir sudah jamuan kolej yang tak jemu-jemu saya hadirkan diri sejak 4 tahun tinggal di Kolej ini. Assalamualaikum..Hai alls!!.. Dah tidur ke? Atau still stay up since malam ni adalah malam minggu? Whoa! Gembira? Atau sedih? Owh..tidak punya jawapan kerna saya memang tak pernah lulus dengan perasaan. 12 Februari 2011. Malam yang tidak akan dilupakan.. Kenapa? Yang pasti bukan sebab dapat pape anugerah sebab jangankan anugerah, cabutan bertuah pun tak layak untuk dibawa pulang.. hahaha...

Firstly, nak ucap terima kasih kepada Cik Aimie sebab sudi pinjamkan Blouse dan selendang. Kepada Cik Nana sebab sudi pinjamkan Kain hitam labuh yang sangat cun itu. Membuatkan saya kelihatan langsing dan tinggi pada malam ini..=P Terima kasih juga kepada Cik Siti sebab bagi pinjam awning hitam tu. Terima kasih yang tak terhingga kepada Miss Ershadiah yang membuatkan diri saya kelihatan sangat lain malam ini. Bukanlah jadi alien. Tapi sedikit berbeza dari hari yang biasa. Dan terima kasih juga kepada Cik Akmal, sebab tumpangkan saya sampai ke Dewan Sultan Iskandar itu..

Banyakkan jutaan terima kasih. Sungguh gembira sebab dapat memiliki kawan-kawan seperti mereka. Dari ucapan terima kasih itu sudah semestinya lah anda-anda diluar sana boleh lihat dan jugde betapa malam ini saya bergaya dengan disponsor kawan-kawan.. Hahaha..Sponsor di sini membawa maksud pinjam. Bukan bagi amik terus ok. Memilih untuk menggayakan Mix & Match. Nak bergaya dengan baju baru, kasut baru, tak de duitlah bro.. Lainlah kalau ada Papa Gula atau Sugar daddy kan? Jangankan blouse dengan selendang, i minta dia sponsor aksesori mutiara ketul besar-besar macam kat Rafflesia tu lagi.. =P

Tema Dinner malam ni adalah Malam Bintang Gemerlapan dengan tema warna merah, putih dan hitam. Tema yang saya patuh cuma hitam. Sebab tema pakaian saya malam itu adalah hitam meet purple. Dah cakap tadi kan?? Semuanya disponsor. Apa orang sponsor, kenalah pakai. Kalau nak memilih, pakai kain batik dengan t-shirt jelah lanyak masuk dewan tu kan?? hahaha..

Lebih kurang cam katil ni lah..hahaha..
Jamuan makan malam kolej, mestilah diserikan lagi dengan penyampaian anugerah-anugerah. Takdelah sampai peringakat anugerah oscar tu kan.. melampau noo..Anugerah Bintang popular Berita Harian pun tak mampu nak ditewaskan. Anugerah peringkat kolej. Penghargaan yang diberikan oleh pihak kolej. Kolej di sini membawa maksud Kolej Kediaman. Kolej saya bernama Kolej Tuanku Canselor. Satu-satunya kolej yang penamanya masih hidup dan akan kekal hidup selagi posisi Canselor diisi oleh Sultanah Johor.. hehehe..

Man jada wajada, man zaroa' hasoda
siapa berusaha dia berjaya, siapa menanam dia akan dapat hasilnya

Owh..nampaknya hasil tuaian saya selama ini tak berhasil. Layu semuanya.. hahaha..Dalam erti kata lain, tak ada penghargaan yang diterima.. Owh, nampak seperti tidak ikhlas pula membuat kerja selama ini. Tidak3x.. Apa yang saya buat selama ini atas kehendak diri sendiri.. Terkilan? urmm..mungkin juga. Tapi itu tidak bermaksud untuk patah hati. Kecewa seperti ditinggalkan sang kekasih, eh merepek lagi. Yang penting, ada kesedaran diri untuk kembali mengejar ilmu yang agak ketinggalan di belakang saat diri hanyut mengejar keseronokan beraktiviti di dunia. Lupa seketika matlamat asal masuk ke universiti. Jangan3x..Maafkan anak mu ini wahai bonda dan ayahanda ku. Khilaf sungguh memilih jalan. Tapi sekarang dan on track semula.=)

Berkerlipan bintang diangkasa..
Berbalik kepada kisah Anugerah Bintang Canselor sebentar tadi. Walaupun namanya Anugerah Bintang Canselor, tapi perlu anda tahu hadiah bukan diberi oleh Canselor Universiti. Hanya nama nya sahaja di situ. Tidak perlu kagum dengan kami.. hahaha..Ok, tak maulah citer pasal ni. Nak citer pasal Miss Ershadiah. Eh, silap. Bukan pasal Miss Ershadiah, tapi apa yang Miss Ershadiah dah lakukan.. haa..macam nak menjatuhkan hukuman pulak.. Tak3x..nak memberikan flying kiss..eh, pun bukan.. Nak memberikan sejuta cinta Sara.. Sinetron terbaru di TV3 jam 2 petang..hahaha.. 

Miss Ershadiah, ketahuilah dikau.. Inilah pertama kalinya Cik Sara membenarkan orang meletakkan pelbagai warna di wajahnya. Apa itu eye liner, eye brow? er..what so eva kosmetik yang i memang tak tahu dan tak pernah nak ambil kisah walaupun usia dah nak masuk 23 tahun. Yang i tahu, bedak kompak. Haa..itu je..hehe.. Dan malam ini juga menyaksikan saya menyarung selendang untuk kedua kalinya. First time pakai selendang masa pergi Singapore. Tapi yang itu guna awning keras. And you know what?? Both time, selendangnya warna purple. Oh gosh! Saya suka purple?? But i'm still prefer baby blue meet pink.. On day, if i get a lot of money, i akan make sure my closet will full with lots of gorgeous blouse yang berwarna baby blue meet pink.. hahahah.. Tema wedding?? Lambat 
lagi beb.. Calon pun tak jumpa lagi.. Eh, salah masuk mood.

Nak bagi tahu satu dunia yang saya pakai eye liner tadi.. haahaha..poyo tak? Orang lain pakai dah selalu. Ada lagi satu yang first time saya pakai. Err..saya tak tahulah namanya apa.. Tapi yang buat atas mata warna-warni tu.. Ada purple, pink, soft purple plus ada brush sekali tu.. Apa namanya? Tak kisahlah.. benda apakah itu.Tapi... Boleh saya konklusikan that i'm look different tonite. Malam ini dalam sejarah. Lepas ni tak pakai dah sume tu. Pergi kelas sempoi je sapu bedak asas sapu lip balm cukup. Tudung straight ke bawah macam budak sekolah menengah. Kalau rajin, sempang kiri kanan. Tapi selalunya tak rajin. hahaha.. Time formal? Sama je. Cuma T-shirt tukar g Baju Kurung. Memang tak reti nak make-up segala bagai ni.. hehehe.. Saya memang fail topik Make Yourself Beauty.. =P nak kena amik degree ++ ke? err..

Excited sangat malam ni..haha..betul ke? Gambar? Err..seganlah saya nak tunjuk dekat sini. Buat koleksi sendiri je lah. Lain dari kebiasaan itu sesuatu yang unik. So, tak perlu kot nak tunjuk di sini.. Seganlah i.. Nanti ada yang superimpose jadi pelik, pelik..malulah i..Dush3x..kena tumbuk.. Ngada-ngada pula..ngee..

Lalalala..saya pakai mekap...Lalalala..Saya pakai gincu..Lalalal...Saya pakai eye liner..Lalala..Saya lilit selendang.. hahahah... Saturday nite fever.. Oh! Demam malam ini!!..

Sebelum melabuhkan tirai malam ini....
Trillion of THANKS to AIMIE, SITI, ERSHADIAH, NANA and AKMAL.. You All really-really make my day.. And Also thousand of thanks to FARA, ANISAH dan ANIS.. Really enjoy duduk satu meja bulat dengan you all.. And not to forget, all my gorgeous coursemate. Bergaya sungguh you all malam ni. Pergi kelas tak de pula nak tengok macam ni kan?? hahaha...It's all about memories.. 

Ya Rasulullah..Kami Rindu Padamu..

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum..
Ha..tadi dah buat kempen Kami TAK Sambut Hari Valentine atau dalam bahasa Inggerisnya..SAY NO TO VALENTINE's DAY..

Sekarang nak buat Kempen SAYA CINTAKAN RASULULLAH.. Ya Rasulullah..aku rindu padamu..
Kempen ni dianjurkan oleh Saudara Areliff. Dan sebagai saudara seagama yang sama-sama di dalam dunia blog, tertarik untuk berkongsi dan menghebahkannya.


Ok.. Siapa tahu 15hb Februari ni ada apa? Tak tahu?? Kalau 12 Rabiul Awal?? Ha..dah tahu?? Bagus3x.. Memang seharusnya kita lebih mengingati tarikh ini berbanding tarikh yang lagi satu tu valentine's Day.So, nak buat apa 15hb ni? Takkan cuti nak tidoq kat bilik ja? urmm..fikir-fikirkanlah ye.. Lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling kita. Kalau hanya kita yang beroleh manfaat, tak guna juga. Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga.

SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA, SAYA CINTA RASULULLAH..DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT HARI VALENTINE..YA RASULULLAH..SUNGGUH AKU RINDU PADAMU..