M.O.M

Tuesday, August 20, 2013


"Jangan bawa balik orang Jepun buat calon suami sudahlah.. Susah nak bercakap"

(^____________^)

Oh mak!
Macam bagi hint suruh cari jodoh cecepat ye?
Doakan yang terbaik untuk Angah ok!
InsyaALLAH..
Mak doakan jodoh Angah dengan orang Malaysia juga ye..
Senang nak bercakap nanti..
(^___________^)

p/s: Thanks sebab bagi restu nak pi belajaq..
Sementara cheq tengah dok bujang ni, bagi peluang kat cheq nak selongkar ilmu ALLAH hatta sampai ke hujung dunia sekali pun ya!



S.P.E.E.C.H.L.E.S.S

Totally speechless..

Tak tahu nak tersenyum lebaq sampai ke pipi..
atau menyeringai sampai ke subuh esok..
Atau nak bersedih dan berduka..
Segala macam rasa macam bercampur-campur...

Instead of 6 months, turning to be 12 months!
Maksudnya setahun!
Fuh..fuh...fuh..
Ini bukan mimpi kan?
Bukan fantasi yang bila mana pagi esoknya aku terjaga dan merasakan ianya hanya mainan tidur?

Subhanallah..
Syukur alhamdulillah..
Walaupun belum lagi pergi, tapi rasa macam sebelah kaki dah ada di sana..
Belum lagi selesai mengisi borang dan dokumen di sini,
tapi dah rasa macam tak sabar nak pergi..

6 to 12?
Again!
Speechless..
Ya Rabb, adakah ini perancangan yang ENGKAU tuliskan untuk aku?
Subhanallah...
Terasa impian yang terbina sejak zaman degree semakin membuahkan hasilnya..

Allahurabb..
Permudahkan segala urusan ku.. Baik di sini.. Mahupun di sana..
Tiada yang mengetahui setiap sesuatu itu melainkan engkau..
Andai ini yang terbaik yang ENGKAU aturkan dan rencanakan buatku, sungguh aku redha..
Sungguh aku bersyukur dengan rencanaMU..

Topi cendawan!
Sabaq! Akan ku kejar dan kugapai dirimu..
Akan aku pastikan engkau bukan hanya mimpi..
Tapi realiti yang pasti..

Starting for now,
masuk gear 4..
Pecutan tahun-tahun terakhir Sara!
Jangan sia-siakan..
Jangan alpa..
Push the momentum!
There are soooo many things you need to do..

Bismillahirahmanirahim...



C.O.U.S.I.N.S

Thursday, August 15, 2013


 







Sesekali....


Sesekali berterima kasihlah..
Pada payah pengalaman
Kerana ia adalah kuliah kehidupan..
Dari kampus alam memberi ijazah berani...
Bagi mendewasakan diri..

Sesekali berterima kasihlah..
Pada luka kekecewaan
Kerana parut hitamnya telah mengenalkan erti kesakitan
Untuk membuatkan diri..
Lebih berwaspada di perjalanan..

Sesekali dalam hidup..
Kita perlu merenungi dan berterima kasih..
Pada sekian banyak perkara..
Yang menemukan kita pada hakikat..

Tak semua harapan itu akan menjadi nyata
Seperti juga tak semua yang nyata itu adalah harapan kita..

-Keris Mas-
Ditulis semula..
Dan diolah ke dalam bahasa Inggeris


Sometimes We Should be Thankful

Be grateful once in a while,
For the experience gained through the sweet and sour of life..
For the knowledge about life..
That give courage and  maturing oneself

Be grateful once in a while,
To the hurtful and upsetting wound to the dark scar it left..
That teaches the meaning of pain
to be wary through the long journey..

Once in a while,
Go through it and be thankful..
For the whole things occur
That met us with reality
not all hope will be real..
As not all the reality is what we hope for..

KMPP 06/07
f2p3