Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Colorful Yarn

Monday, August 26, 2013

End of weekend~

Welcome back weekdays!
Ngeeeee...


Tadaaaa...
Ini namanya hobi.
Hobi masa lapang..
Salah satu cara untuk build new neurons.
Kihkihkih..
Yo yo oo ja kan?
Apa kebenda ni?

Muahaha...
1thing for sure...
The most colorful yarn give the most colorful outcome..

And the results..


Colorful kan?
Eheh...
Warna-warna pelangi..
Dalam dunia ada satu ni je..
Kenapa?

Sebab specially made by me!
Jadi,
memang tak adalah yang kedua atau ketiga..
This is the only one!
Yatta..Yatta..





Sesekali....

Thursday, August 15, 2013


Sesekali berterima kasihlah..
Pada payah pengalaman
Kerana ia adalah kuliah kehidupan..
Dari kampus alam memberi ijazah berani...
Bagi mendewasakan diri..

Sesekali berterima kasihlah..
Pada luka kekecewaan
Kerana parut hitamnya telah mengenalkan erti kesakitan
Untuk membuatkan diri..
Lebih berwaspada di perjalanan..

Sesekali dalam hidup..
Kita perlu merenungi dan berterima kasih..
Pada sekian banyak perkara..
Yang menemukan kita pada hakikat..

Tak semua harapan itu akan menjadi nyata
Seperti juga tak semua yang nyata itu adalah harapan kita..

-Keris Mas-
Ditulis semula..
Dan diolah ke dalam bahasa Inggeris


Sometimes We Should be Thankful

Be grateful once in a while,
For the experience gained through the sweet and sour of life..
For the knowledge about life..
That give courage and  maturing oneself

Be grateful once in a while,
To the hurtful and upsetting wound to the dark scar it left..
That teaches the meaning of pain
to be wary through the long journey..

Once in a while,
Go through it and be thankful..
For the whole things occur
That met us with reality
not all hope will be real..
As not all the reality is what we hope for..

KMPP 06/07
f2p3



Origami : Bintang Hatiku

Wednesday, April 3, 2013

Ok..
dah mabuk origami nampaknya...
Kihkihkih...




 Bintang + Hati = Bintang Hatiku..



Origami : Tutorial Love

Fiu~
Habis berlipas kertas nak siapkan origami yang satu ni.
Dan hasilnya sangat superbbbb...
Boleh tengok dekat sini..


Kihkihkih..

Entrie kali ni nak share tutorial dia pula..


Haaa... Jumpa dalam facebook.. Member tag..
Memula sangkut juga.. Sampai dekat step 7 dah blur..
Terus google..
Dan jumpa website ini:

http://www.bloomize.com/sweet-origami-hearts/

Awesome! Step by step yang ditunjukkan lebih mudah difahami..
Selamat mencuba!



Origami : Love in the air


Tudia...
Tajuk tak hengat...

 

Wednesday, I'm in Love~
 



Origami: Tutorial Ribbon

Assalamualaikum.....

Hai!
Dah baca entrie saya yang sebelum ni?
Ala yang ini..

Ribbon made from paper..(^_^)

Saya belajar dari step by step dekat bawah ni..

 

So, bolehlah mencuba!
Selamat maju jaya yo! 



Sketsa malam すいようび

Thursday, March 28, 2013

"Kenapa ni?" Tanya boboy bila dilihatnya gugurl seolah-olah dalam kesakitan.

"Sakit perut." Jawapan selamat dari gugurl setiap kali boboy tanya.

"Pergilah tandas." Usulan boboy membuatkan gugurl hangin satu badan. Emo bertambah-tambah. 

"Bukannya sakit perut sebab nak uhuk.." Perlahan gugurl menjawab. Mata dah berkaca. Tunggu saat je nak mengalir..

"Dah tu?" Sekali lagi boboy bertanya. Susahnya nak faham perempuan. Kenapa tak berterus - terang je?

"Saya nak balik!" Tinggi suara gugurl menjawab. Biasalah.. bila "teman baik" datang mengunjung, memang emo satu badan. Tetiba rasa nak marah.. Tetiba rasa nak menangis.. Tetiba semua prarasa nak diekspresikan..

"Ok." Boboy tak memahami. Sebab bukan dia yang mengalami. Mungkin dia pernah mempelajari. Tapi praktikalnya tak sama macam teori!

Lepas dah kahwin..

"Awak sakit apa sebenarnya?" Boboy bertanya lagi. Muka gugurl dah merah menahan malu. Nak berselindung, boboy dah jadi suami. Bukan kawan-kawan macam dulu lagi.

"Boleh tolong saya?" Mahu atau tidak, dia dalam kecemasan. Kalau bukan si suami, pada siapa lagi hendak mengharapkan pertolongan fizikal yang satu ini?

"Tolong apa?" Soal Boboy. Soalan yang ditanya tak dijawab. Sebaliknya dibalas dengan soalan memohon pertolongan.

"Belikan saya roti kering.." Merah muka menahan malu. Cukup punya susah nak sampaikan maksud.

"Roti kering? Laa... awak lapar ke?" Balas boboy. Tak tahu pula gugurl lapar sampai mata dah berkaca tunggu saat je nak berderai..

"Bukanlah.. Tolong belikan saya pad.." Ujar Gugurl membetulkan salah faham boboy.. Kenapalah lelaki susah nak faham?

"Pad? Apa benda tu?" Soal Boboy sambil buat muka blur. First time dengar. 

"Ala..yang perempuan pakai bila datang bulan. Saya punya dah habis stok." Jawab Gugurl. Menebal rasa malu bila perlu berterus terang tentang itu. Boboy mengangguk. Mungkin tak berapa faham, tapi baik buat-buat faham.

Sampai di kedai..

"Banyaknya.. Kotex, Intimate bla..bla..bla.. Mana satu yang gugurl nak?" Terlalu banyak pilihan sampai susah nak buat keputusan. Ada banyak jenama, berjenis pilihan. Boboy mencapai dua tiga pilihan sebab sangat sukar membuat keputusan.

Sampai di rumah...

"Banyaknya.. Nak buat apa ni?" Soal Gugurl terkejut. 

"Hadiah dari boboy untuk gugurl." Boboy mula bercanda. Seharian ini Gugurl asyik Emo. Sindrom kedatangan "teman baik" katanya. Gugurl menahan malu..

"Tapi kenapa yang ini ada sayap?" Soal Boboy sebelum sempat Gugurl berlalu ke tandas. Gugurl terdiam. Muka merah menahan malu. Apa jawapan yang boleh gugurl beri?

Kenapa lelaki tak memahami? Perlu ke bertanya itu dan ini? Sedangkan ada soalan, gugurl sendiri tak tahu jawapan..

Kenapa perempuan tak berterus-terang? Sedangkan ada perkara bukan mudah itu ditebak dan difahami boboy tanpa penjelasan..


p/s : Ini namanya pengaruh novel melayu. Sebab hakikatnya, entah! Hanya yang pernah melalui situasi itu sahaja yang tahu kebenaran.

Kata gugurl : Untuk memahami, bukan hanya dengan menyusun 1001 persoalan. Sebab kadang-kadang, 501 persoalan itu gugurl tak ada jawapan..

Kata boboy : Kalau apa yang terkandung dalam hati boleh di-scan atau dix-ray, pasti mudah untuk boboy memahami apa yang terbuku.

Till then,
XoXo
  



Just a hobby : Quilling

Thursday, February 14, 2013

Honestly..
I love crafting..
Everything involve the use of your hand and being creative, i just love it!.
Before this, i've explore different type of crafting such as origami, knitting and not to forget, crochet!

I've learned those from blog, webpage, youtube and others social media. I explored those skilled by myself. I even buy the tools! But that's all only for satisfying my interest.
And now, i try to explore quilling skills. And i've found out, this skills are justttt tooo amazing! Just imagine, you get something beautiful by only using colorful paper and glue!

Besides doing my phd research, i also do some research in quilling skills! Ya! That's true. I've done the same things for all the skills i learned. Learned from observations! That's how i learned while doing crafting. And guess what?
This is the result!


Malaysian flower quill. I found the tutorial from Malaysia's crafter. Beautiful isn't it?

Ramai yang tanya, tak nak jual ke? Buat bisnes. And my answer will be no.
Because, nak buat bisnes, kena bagi high comitment. Tak bolehlah kejap on, kejap off. Right? And this handmade, saya buat bila my brain need some refreshment out of all the research paper and research material. And for me, i enjoy what i do. Sometimes, i do crochet. And sometime i play with bunga stokin and many more. And i strong reason is that, i am tooo lazy to cut all those colorful paper manually. Hurting my fingers! So, when my mood are soooo goooddd and soooo rajin, i'll do quilling. .(^_____^).


Seee... Penat kan? Fiu..fiu.. Memang kena ada mood rajin yang super duper tinggi untuk potong all those colorful paper. Kenapa tak beli je quilling paper? Sebab saya seorang yang kedekut! Hahaha.. RM10 for 100 pieces quilling paper? Oh.. jelaskan saya seorang yang kedekut? If i can save RM10 by cutting it manually even though it takes time, why not?.. Kihkihkih.. Ok.. research checklist what to do sangat banyak. Got to go!..



Hobi jeeeeee...

Saturday, December 15, 2012

Salam hujung minggu u olllsss...
Eheh... tetiba rasa hari ni sangatlah comotttt..
Konon nak g lepak dekat Taman Tasik Titiwangsa yang tak berapa nak jauh tu.. Tapi, buka je mata, hujan! Weee... terbatal hasrat. Dok dalam bilik.
(=________=)"

Terkadang tu rasa..kalau tetiap minggu dapat invitation wedding kan best? Eheh.. tak adalah dok sensorang dekat hostel ni. Buhsan tau! Kalau tak baca jurnal, tengok TV sambil pegang benang bulu tu. Eh, dah macam anak kucing pula.. eheh. Bukan..bukan..

Semalam tengok Rush Hour III. Fiuuu..favourite actor tu.. Jackie chan! Ngee.. Mata tengok TV, tangan dok godek menatang ni! Wee... 


Tapi tak siap lagi. I mana ada button nak letak dekat tepi baby booties tu. Bunga pun tak kait lagi. Kalau nak bagi baby girl lah. Kalau buat hadiah best kan? Nak beli hadiah untuk new baby born pun mahal ooooo... Tak tercapai duit poketku! Eheh..

Practice make perfect. Jadi juga booties ni! Alhamdulillah.. Kalau letak bunga dengan button, bolehlah bagi dekat baby Nabihah Insyirah (adik sepupu yang baru lahir tuu..). Disebabkan nama baby ni saya yang bagi, haruslah nak sayang ketat-ketatkan? Eheh.. Boleh ek, Pak Lang?? Weee...

Urrrmmmm... nak try buat headband pulalah.. *Wink..wink..
Eh, jangan risau! Ini semua hobi masa lapang je. Fokus utama tetap pada research. Kalau esok-esok jadi full time housewife, barulah i jadikan hobi ini satu karier. Boleh? Ahak! Macam impossible je.. Tapi... nothing imposibble. Nak dengan tidak je!

Ok..Bai!



Jodoh

Wednesday, December 12, 2012

Jodoh itu sangat misteri...
Kekadang...
Ia di luar batasan pengetahuan sedia ada kita...
Terkadang ia mampir tanpa kita menyedari kehadirannya...

Jodoh itu sangat misteri..
Menjadi rahsia yang dipegang Ilahi..
Tak siapa pun mengetahuinya..
Tiba saat dan ketikanya..
Ia hadir dan terus mengikat erat...

Jodoh itu sangat misteri...
Terkadang kita mencari di kejauhan...
Tanpa menyedari ia sudah di depan mata...
Terkadang kita hanyut dgn cinta tak berkepastian...
Tanpa menyedari kita sudah mengkhianati cinta yang dijanjikan..

Jodoh itu sangat misteri...
Bertahun cinta digenggam...
Namun, kuasa Allah...
Dia tetap bukan adam dan hawa yang dicari...
Bertahun mengenggam janji, belum pasti dia yang bakal didampingi...

Sungguh!
Jodoh itu tersangat misteri..
Semakin kita cuba menjejaki...
Seolah-olah semakin jauh dia pergi tanpa kita sedari..
Namun...
Jodoh yang tertulis pastinya akan ditermeterai...
Hanya waktu, masa dan ketikanya masih menjadi sebuah rahsia...
Siapa dan bila hanya ALLAH Yang Lebih Mengetahui...

"Ya ALLAH... Andai dia jodoh yang KAU tuliskan untukku, KAU bukakanlah jalan dan permudahkanlah perjalanan kami menuju redha-MU........KAU satukanlah hati-hati kami..... Andai dia bukan jodohku, KAU hapuskan segala rasa yang wujud di hatiku agar cintaku hanya berlabuh untuk-MU..."

Puisi balas..jawapan untuk kamu miss izyan iryani..hope you enjoy it!

December 2012 Blog Giveaway

Tuesday, December 11, 2012

By Sis Lin.

 
The best thing, setiap bulan Sis Lin akan buat Giveaway. Ada masa saya join. Kekadang melepas juga. Wee.. Hopefully i got it this time! Yeeehaaa...
 
Eh, kalau ada yang nak join giveaway ni, klik gambar tu ek.. Dan masuk ke blog Sis Lin Handmade sendiri.. Dan habaq kat hampa...hasil tangan sis Lin ni memang awesome! 



#ASK 2012 + Crochet..again(?)

Saturday, November 10, 2012

Fiuuuu...
Almost four o'clock..
No wonderlah mata semakin kuyu..
Its time to sleep!!..
Terkhusyuk pula nak siapkan benda alah ni...

Benda apa???
Haaa... Inilah jadinya bila pusing Carefour tak jumpa apa yang dicari.. Pusing Jusco Wangsa Maju pun tak bertemu apa yang diminati.. Sudahnya minta bantuan Prof.google.. Dan Do IT YOURSELF...


Terbaiklah.. 1 thing that can help me to focus..
Hahaha...
Focus tak focus jugalah...
ASK layan juga...
Komen? 
Malaslah nak komen.. Nak kata bosan dan hambar, ada juga part yang tak semena-mena aku pun ikut gelak juga...
Tapi, overall...first impression aku pasal ASK 2012 ni...
Macam tengok filem P.Ramlee dolu-dolu tu...
Jula-Juli Bintang Tujuh.. Do Re Mi (Kerajaan bawah pokok)..
Ingat tak?
Fairytale zaman tok kaduk dulu.. Hehehe...
Tapi..apa-apa pun aku puji diorang sebab berani bawa kelainan...
Nak kritik, semua orang pun boleh kritikkan?
tapi,
daripada berbakul-bakul kritikan tak membina, lebih baik fikirkan satu solusi untuk garapan yang lebih baik di masa hadapan. Ye tak?

Haaaa....
Apa yang aku dok kait tu???
Haaa...wait and seelah nanti ye..
Kalau jadi, aku post gambaq banyak-banyak...
Kalau tak jadi, buat senyap dah lah ek...
Muahaha...
Okkk...nak tidoq.. Banyak benda nak buat lagi esok...
Selamat malam you all~



Dah siap! Projek kedua!

Friday, October 5, 2012



Tadaaaa....
My second projects!
first project? Errr... as gift. dah bagi kawan. So, keep it secret je lah ek.. Yok, tengok yang ini.. Bawah tu, dasar yang asalnya nak buat baby hat tapi kecik sangat. Dipanjangkan, jadilah kantung air. Tapi saya namakan MULTI PURPOSE TOTE BAG. Maksudnya... Nak letak botol pun boleh, nak bubuh handphone + dompet pun boleh. Flexible. Ikutlah kegunaan mana yang lebih praktikal.

Saya sambung benang buat benda ni lepas asar and finish it after isya'. And the good news is, terasa neuron menjadi aktif. Dan saya pegang paper at 10pm and stop doing in-room research at 2.30am! Gosh! Apsal tetiba mata tak mengantuk. Otak macam segar bugar je.. Eh, salah.. Mata tu segar bugar je..

Hahaha... screen dekat laptop tu, abaikan. Saja nak tambah noise. Kalau tak ada noise ni, ada yang terlentok awal pegang paper ni.. hehehe.. Noise mean unwanted elements. So, screen dekat laptop tu bukanlah menjadi tumpuan pun...

Haaa... macam mana? Jadi tak projek kedua saya ni? Next? Urmmm... still thinking.. Bookmark? headband for my little cousins? or another tote bag with big size? Yo! Wait and see....

Hujung minggu ni sibuk sket. Jangan kata nak pegang yarn dengan jarum kait, nak try run simulation pun belum tentu sempat! Hehehe.. By the way... Salam Jumaat buat semua..=D




Knitting? Done!

Thursday, August 30, 2012


Daebak!..
Di saat anak muda remaja yang lain sedang asyik kira duit nak beli telefon pintar, tetiba saya kira duit nak beli colorful yarn? Ok tak? Muahaha.. Ada ghupa nak masuk fasa dolu-dolu kala kah? Eheh..


Ha! Apa kebendanya tu? 
Jujur chek bagitau hangpa semua, yang chek pun tak taulah menatang apakah itu. Ghupa dah ado nampak macam topi. Ke bonnie? Tapi...disebabkan kait tak ukur di badan sendiri, keciklah jadinya.. Hahahaha..
1st try. Inilah hasilnya. Gabung habis semua knitting teknik dalam tu. Basic knit, purl, cast on and whatsoever istilahnya. Disebabkan ianya kecik, saya buat tutup Air Wick yang sembuq wangi-wangi tu jelah...
Ni dah tahu, bolehlah cuba-cuba buat scarf, tak pun sarung tangan.. Manalah tahukan? Ada rezeki pergi tempat sejuk-sejuk (hatta Cameron highland + Genting Highland), boleh pakai.. Tak payah beli dah.. muahahaha...
Angan-angan tak sudah!..

Halloooo Kakak! awak tu kena siapkan paper untuk submit ke conference tahu? Bukannya buat kemenda alah ni.. Nasib baik jarum kait yang tulip tu tinggal kat rumah, kalau tak..... lagi haru jadinya.. isy..isy..isy...

Ha! 1 lagi yang saya tak dapat nak belajaq sampai sekarang.. Anyam tikaq menkuang! Muahaha..Mana pula chek nak cari mengkuang tu kan? Kot reben dengan kertas majalah tu, berlambaklah.. (^o,-)
 
 



Be the Best~

Sunday, April 8, 2012





Be the best of whatever you are,
If you can’t be a pine on the top of the hill,
Be a shrub in the valley but be the best little,
Shrub by the side of the hill.
Be a bush if you can’t be a tree...

If you can’t be a bush,
Be a bit of grass
A some highway happier make,
We can’t all be captains, we’re got to be crew..

There is something for all of us,
There is something for all of us,
There is big work to do and there’s lesser to do,
And the task we do is the near...

If you can’t be a highway,
then just be a trail,
if you can’t be the sun,
be a star...

it isn’t by size that you win or you fail,
be the best whatever you are...





11 hari mencari ....

Wednesday, April 4, 2012










11 hari mencari ......

Pictures can tell you more... ^^,










Handmade Craft = Hobby?? ^o,^

Wednesday, November 30, 2011




Assalamualaikum..

Dari sekeping kertas A4 berwarna boleh menghasilkan sesuatu yang cantik seperti di atas.. No wonderlah ramai crafter boleh buat bisnes dengan kemahiran yang satu ni...

Modal yang diperlukan tak banyak. Sebab gunting, pisau, pembaris, gam, pensil semuanya dan sedia ada. Tinggal nak cari kertas berwarna je. Berapa sangatlah harga kertas tu kan? Kalau rasa kedekut nak keluarkan duit sendiri, mintalah sehelai setiap warna dari adik yang tengah buat folio sekolah tu..(^____^)..

Oh ye! Kraf di atas sangat pofular dengan nama "Quilling Paper". Ada quilling tools.. Tapi bila saya google sana sini, baru tahu, roll jelah kertas tu dengan jari-jemari yang halus mulus tuu.. Nak beralun? belakang gunting boleh alunkan dia..

Urmm..hobi baru? Taklah.. saja nak isi kebosanan yang melanda jiwa.. Kalau dok baca journal dengan buku, stress juga kan?? Bahagian kreatif dalam otak kena aktifkan juga. Walaupun diri tidaklah sekreatip mana pun..heee.. rindu nak buat felt flower lagi.. Tapi semua bahan dekat rumah..(T_____T)

Makanya, untuk masa ini jom kita layan Quilling paper dulu.. Untung-untung bleh comeout dengan bookmark atau card nanti?? Hee.. Tapi 70% macam tak terhasil je..Hahaha.. i know myself very well.

(^___________^)


Pinecone Craft

Monday, July 11, 2011

Assalamualaikum..

Hallooo..Entrie yang ke entah berapa untuk sehari ini.. Hahaha.. Nak main game macam bosan.. So, dok update blog je lah.. Tetiba rasa banyak mende nak story.. Hahaha.. Topik hari ini : Korang tahu apa itu Pinecone? Bukan popcorn ok. Pinecorn. Kalau tak tahu sila gunakan perkhidmatan google sekarang.. =)


1st time saya tengok pinecorn depan mata masa g Korea hujung tahun lepas. Masa g tu tengah winter walaupun salji malu-malu nak turun tapi suhu kat sana memang bawah 0 darjah celcius.. Grrrr... Banyak pokok pinecorn kat sana. Merata ada. Seronok saya tengok. Teruja. Belek-belek rasa pinecorn ni cam unik je. Cantik dan keras. Tanpa membuang masa saya ambil satu pinecorn bawa balik Malaysia. Ada saya simpan dekat rumah. Kenangan dari KOREA.. hahaha..

Lepas tu, semalam tengoklah TV Show zaman DBSK debut dulu. Projek DBSK dengan PEACE, sebuah TV Show Jepun. Dalam satu episode tu, Yoochun dengan Eri kena compete buat wood craft menggunakan batang pokok pine dan pinecorn itu sendiri. Jom tengok apa yang MICKY Yoochun buat..


Kreatif kan? Kalau saya tahulah menatang ni boleh comeout jadi cenggini, saya angkut seguni pinecorn bawa balik Malaysia.. Hahaha.. Kat sini mana nak cari pinecorn ni? ye tak?.. By the way, hasil tangan ni saaaangatlah kreatif dan tak menggunakan ongkos yang banyak.. Nice..

Autumn's Collections?

Monday, June 13, 2011

Sekarang ni tengah musim apa ek? Kat negara mana yang tengah autumn sekarang? Kalau nak tengok kat Malaysia ni dah tak ketahuan musim dah.. Kejap hujan. Kejap panas yang membahang. Kejap lagi mendung mengiringi perjalanan.. Serba macam.. Tapi, biar apa pun musimnya, meh saya share hasil tuaian saya hari ni.. Bagi saya? Puas hati. Seronok. Apa bendanya? Check dis out..
 
   
Felt Carnations      
Sambungan kepada koleksi yang pernah saya post sebelum ni.. Yang mana? Meh tengok sini.. Semua ni handmade ok.. Sementara duduk beratus kilometer jauh dari keluarga, apa salahnya masa lapang yang ada ni, saya gunakan untuk buat semua ni kan? Lagipun raya dah tak lama. Dekat rumah pun dah lama tak tukar bunga.. Bunga-bunga ni bolehlah guna masa raya nanti..wee..tak sabar nak tengok final result.. ngee..

Autumn's Collection in da house..~
Dekat situ ada Cik Ted dengan Cik Zira (My Giraffe's name).. Meh nak bagitahu.. Cik Ted ni member satu kos yang bagi.. Wong Wei Yun. Thanks Yun.. At least ada juga gunanya..^___^.

Yang Cik Zira ni pula, Cikgu Wan hadiahkan..Kenapa? Sebab dapat high score among semua girl's classmate tingkatan 4 main bowling. Actually, sama-sama tak pandai main.. So, high score tu tak delah high sangat pun.. Main tetap tak pandai juga.. Hahaha.. =D.. Masa tu tuah menyebelahi saya kot..Wahahaha..

All collection
Last but not least, Inilah koleksi saya setakat hari ni.. Isi dalam tupperware besar.. Wee..banyak lagi felt menanti ni.. Esok2x saya buat lagi.. Oh ya! Pasal 10 wishes tu, tak berjaya nak publish lagi.. Sebabnya...Tak cukup lagi 10 wishes nak tulis..T____T.. ~itu sedih ok. Ada lagi 2 ruang kosong. Sangat kesian bukan? But life must go on~..
 

Motivasi Diri #1

Friday, May 6, 2011


- Andai kata saya pernah membuat khilaf, tegurlah saya.. Jangan biar saya terus hanyut dalam kekhilafan -

6 Mei 2011
2 Jamadilakhir 1432 H

Mode : Study Management~