USS | August 2013

Monday, September 23, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan gambar. Tak banyak pun. Eheh.. Tapi disebabkan ini je gambar yang ada kitorang bertiga, jadi naklah kongsikan dalam blog. Eheh..

Ha!
Bulan lepas kan i olls pergi USS. Universal Studio Singapore.
Dah puas dah berceloteh panjang.
Tak percaya cuba baca dekat sini.
Eh, dekat mana?


Makanya.....
Hari ni gambar semata-mata..
Bye!



























 


.Sekian.



おたんじょうび おめでとうございます

Sunday, September 8, 2013

おたんじょうび おめでとうございます

Saengil Chukhahamnida
Saengil Chukhahamnida..
Saranghae Sara-shi...
Saengil Chukhahamnida...

Weeeee....
Ahaks..
Macam mana nak nyanyi lagu おたんじょうび おめでとうございます ek?


Kalau jangka hayat manusia adalah 100 tahun, ini bererti satu per empat dari jangka hayat tersebut sudah pun berlalu.
Tepuk dada, tanya diri..

Ke mana usia kamu yang telah kamu manfaatkan?
Ya Rabb..
Terima kasih kerana masih memberi peluang dan ruang untuk aku bernafas di bumi-MU ini.
Izinkan aku menjadikan hari yang bermakna ini sebagai satu titik permulaan bagi kehidupan yang lebih baik..
Kehidupan yang lebih bermanfaat..
Dan kehidupan yang lebih ENGKAU redhai..

Satu per empat!
Maksudnya Jubli Perak!
Yes! i was born at Perak!
Erk?

Kalau sebelum ni banyak yang lagho, tak salah kalau jadikan hari ini sebagai satu titik permulaan untuk memperbaiki diri dengan lebihhhh istiqamah.
Untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebihhhhh baik dari sebelumnya..
Menjadi titik permulaan untuk memperbaiki dan mencantikkan hati lebihhhh dari sebelumnya..

Mungkin saya tak cukup baikkan sebelum ni?
Boleh jadi saya tak cukup istiqamahkan sebelum ni?
Boleh jadi saya tak cukup berusaha kuatkan sebelum ni?
Boleh jadi saya tak cukup matangkan sebelum ni??

Chotto!
Does it mean i have another 1 year to prove myself that i can finish up my study and known as Dr.Sara?

Amin..amin ya Rabb..
Dalam usaha aku memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, KAU permudahkan juga urusanku dalam menyiapkan pengajianku ini. Jangan KAU sulitkannya. Ya RABB, dengan rahmat-MU semoga hasil daripada pengajianku ini bakal memberi manfaat kepada bangsaku, negaraku bahkan agamaMU.

Final touch~
おたんじょうび おめでとうございます

Juga buat kembar-kembarku..
Nik Nur Fatma Pz, Zille and Kakak Kembor Izyan Iryani..
Happy Birthday!


and now, i'm officially twenty-five-years-old

 



USS IV : Alaminya sendiri!

Thursday, September 5, 2013

Hello Everyoneeee!!!

Yesss... Sambungan untuk entrie USS yang sebelumnya ini..
Kan dah bagitahu sebelum ni yang kitorang pergi FAR-FAR AWAY dulu baru masuk ANCIENT EGYPT. Itupun, kitorang skip CANOPY FLYER and masuk on the second round.

Now...
Another attractions at USS, which is FAR-FAR AWAY.
Princess Fiona and Shrek's Kingdom!
Secara keseluruhannya ada 4 Attractions spot. Kami main 3 out of 4 attractions.
1st, Tengok SHREK 4-D ADVENTURE.
Secara jujurnya, inilah pertama kali saya tengok mende-mende 4D ni.
Maksudnya, menonton dan mengalaminya sendiri.
Kalau dalam movie tu dok naik kuda, kita pun terasa macam naik kuda juga. Bergegar kerusi tu. Ho ho ho..
Al-kisahnya,
Princess Fiona kena culik dengan orang suruhan ROH King Farquad.
Muahaha...
The rest?
Go and look and feel the adventure by yourself!!
Okkk.. ada bunyi macam nak promote USS tak? Hehehe...


Lepas tu, main ENCHANTED AIRWAYS.
Which is just the next door to Shrek 4D tu.
Ini Roller Coaster. Just a normal roller coaster..
Tapi menjerit jugalah..
Rasa macam hilang semua stress yang ada..
(^______^)
Masa ni macam dah rintik nak hujan-hujan.
Once hujan je dekat luar, kitorang terus masuk bangunan sebelah..
Alang-alang kat luar hujan kan? so, kita layanlah DONKEY LIVE dulu..
Ok. part ni untuk orang-orang above age memang membosankan ok!
B.O.S.A.N!
Hahaha...
Rasa macam....
Do i have to be here????


Dan ride yang terakhir yang kitorang tak naik adalah MAGIC POTION SPIN.
Ferris Wheel fantasi untuk anak-anak kecil.

OK! Done with Far-Far Away.
Next, kitorang jalan cecepat pergi MADAGASCAR.
Ikut dalam Map yang diberi ada 2 attractions dekat sini.
MADAGASCAR: A CRATE ADVENTURE
Ini BOAT RIDE masuk dalam kawasan MADAGASCAR dan bertemu dengan 4 heroes mereka: Alex, MArty, Melman and Gloria.
Macam sight-seeing je..
Enjoy the ride!


Dari situ, kitorang main 
KING JULIEN'S BEACH PARTY-GO-ROUND..
Ala.. yang macam Merry-Go-Round tu..
Bezanya, tak de kuda.. Tapi kuda belang ada..
Memang sangat relaxlah... Rasa santai je.. memang masa main ni buat-buat pejam matalah yang you actually already 25 y/o sara!
Sangat sesuai untuk bawa anak-anak kecil..



The end of MADAGASCAR.
And here we come...
HOLLYWOOD.
Kalau ikutkan dalam MAP, ada 1 je attractionnya. MONSTER ROCK.
Tak masuk pun.. Nampak dari luar macam tak menarik je.. Muahaha...
Really-really judge the book by its cover!

Oh ya! Kat sinilah boleh jumpa Marilyn Monroe yang seksi tu!
Aip, jaga mata!..
Actually dekat HOLLYWOOD ni banyak Sight-seeing punya konsep rasanya.. Tak ada yang thrill ride macam the other spot.
Kitorang pun tak tahu kenapa kitorang tak masuk each room yang tertulis bawah MERCHANDISE tu! Hahaha...
Tak pelah..
There always a next time!
So, maybe we go and visit each store on our next trip!



Pesanan Penaja:
Kalau nak cari makanan halal dekat USS ni, ada je. Korang buka map tu. Dan buka mata luas-luas. Cari dekat area RESTAURANT tu yang ada symbol Bulat warna Hijau macam globe tu. Ini Simbol Halal Choice. Antaranya:
1. Celebrity Cafe And Bakery
2. Mel's Drive In
3. Oasis Spice Cafe
4. Goldilocks
5. Friar's
6. Marta's Casa Del Wild Food Court

Selain daripada New York, Sci-Fi City dan The Lost World, the other attractions have this halal food.

Oho..
I've mentioned about NEW YORK right?
Kalau nak tahu, dekat NEW YORK ni ada 2 attractions.
SESAME STREET SPAGHETTI SPACE CHASE
Yang ini ride ala-ala roller coaster bersama ELMO dan SUper Grover 2.0 untuk menghentikan MACARONI the MERCILESS dalam cubaan dia nak mencuri spaghetti dari bumi!
Sangat sesuai untuk kanak-kanak. The will really-really enjoy the game. Trust me!
Sebab saya pun enjoy..
For sure budak-budak lagiiii enjoy!


Another last one adalah LIGHTs,CAMERA, ACTION!
Whoa!
Dekat sini ada banyak jenis kamera..
Ala-ala belakang tabir untuk pembikinan sesuatu filem atau drama aksi.
Dekat sini kita diberi peluang untuk lihat dan alami sendiri macam mana diorang wujudkan effects untuk natural disaster. Sebagai contoh, taufan tahap tinggi.
Like a real experience. Tapi hakikatnya hanyalah sound stage!
Nak lebih? Datang dan alaminya sendiri!!


Itulah al-kisahnya...
Sebelum pergi solat, kitorang sempat singgah dekat 3D-TRANSFORMER tu. Nak main lagi! Hehehe...
Pusingan kedua ni, kitorang banyak bergambar. Sebab first round tadi jalan laju-laju nak main punya pasal.
Jadi, second round kita bergambarlah kan?
Lepas sembahyang, sambung bergambar lagi sampailah all rides ditutup pada pukul 7:00malam. Dan disebabkan bas yang kitorang ambil untuk pulang ke JB adalah pada pukul 8:30 malam, kitorang jenjalan shoot gambar lagi.
End up pukul 8:30pm dah kena "halau" dengan pekerja USS sebab diorang nak mengemas.. Hahahah..
Punyalah nak memanfaatkan bayaran kan??
Shopping?
Tak sempat nak fikir pasal shopping pun..
Tapi sempatlah rembat se dua pieces fridge magnet. Nak penuhkan pintu peti ais dekat rumah tuuu..

Oklah..
Itu sahaja kisah pengembaraan kami ke 
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)
Next Entrie saya akan cuba wrap up all the tips yang mungkin akan berguna untuk korang..
Walhal dah banyak je tips kalau kome google dalam internet ni.
Hehehe...

Bye~



USS III: Daya Tarikan

Entrie sambungan lagi..
Sementara masih kuat Daya ingatan ni kan..
Daya Tarikan atau bahasa orang putihnya, Law of Attractions. Eh, Salah! Attractions!
(^____^)

Dalam entrie sebelum ni dah bagitahu kan yang kitorang buat 2 pusingan yang mana titik permulaannya adalah SCI-FI CITY.
Ok.Kalau ikut peta yang diberi... dekat Sci-Fi City ni ada 4 Attractions. Maksudnya game and rides lah. Tapi, sayangnya 2 rides ditutup untuk maintenance, which is Battlestar Galactica: CYCLON (Blue Track) and Battlestar Galactica: HUMAN (Red Track). 
Disebabkan keduanya ditutup, jadi tak dapatlah kitorang naik.
And since kitorang tak dapat naik, tak ada apalah sangat nak diceritakan..
Tak gitu???


Nexttttt...
Attractions yang available dekat Sci-Fi City ni adalah
 TRANSFORMERs the Ride: The Ultimae 3D Battle. 
Ok. Saya dah cerita sket dalam entrie sebelum ni kan??
Best sebab 3D.Nak naik TRANSFORMERS The Ride ni kena cepat-cepat. Sebab jalan nak masuk ke ENTRY dia sangatlah jauh ok! Dan sepanjang jalan tu boleh nampak CAUTIOUS. NORTH WING and ETC. Lepas tu sebelum naik RIDE tu boleh juga usha koleksi-koleksi Transformers yang lainnya. Errr.. tak dapat pula saya nak define apa kebendanya yang saya tengok banyak-banyak tu. Nak tahu, sila datang dan alaminya sendiriiiii...
Cheeeewwwaahhh... hehehe...
Oh ya! Untuk TRANSFORMER the RIDE ni, satu kereta tu boleh naik 9 orang. 3 row with 3 columns. Nak cepat selalunya single riderslah since u olls boleh nyelit je mana-mana. 


Ok. Another RIDE adalah ACCELERATOR. 
Errr... kitorang tak naik. Tengok berpusing-pusing. naik pusing kepala kitorang yang berdiri dekat luar tu. So, we skip that game! Hahaha..


pesanan penaja:
TRANSFORMER THE RIDE tu, bila kitorang naik kali kedua which is petang, around 5.30petang, sangatlah dah tak ramai orang ok!. Laju je kitorang berjalan sampai ke dalam. Tak payah nak beratur lama-lama macam pagi-pagi tu. Ngeeee...

Ok... Nextttttt....
ANCIENT EGYPT.. Just next to Sci-Fi City. Dekat sini ada 2 attractions je. Dan kitorang naik kedua-duanya. REVENGE OF THE MUMMY..
Grrrrr..... Dalam entrie sebelum ni ada bagitahu pasal Separuh Jiwaku pergi kan??
Mahunya tak pergi separuh jiwa tu? Rides untuk REVENGE OF THE MUMMY ni konsepnya roller coaster dalam gelap! Which mean, you can't see anything. And you don't even know what's going to happen next! Whoa! 
Oh ya! untuk rides yang ini, beg are not allowed. Even if you wears scarf a.k.a like ribbon on your head, they will ask you to keep them. Kalau bertudung, tak de hal beb. Bukan sampai nak tercabut pun tudung kau tu.. Hehehe..
And Don't worry, locker are provided. 45minutes free. So, Don't Worry!
If you all bawa anak kecil dan ada stroller, pun tak payah risau. Kiri kanan dekat main entry nak masuk rides ni ada Stroller Parking ok!

Bila dah separuh jiwaku terbang dan tertinggal dalam the darkness tu, kitorang main Treasure Hunter pula. Yang ini tak scary langsung-langsung. Untuk kanak-kanak, bolehlah diorang experience to drive their own desert jeep. Untuk kita yang dah over 18 ni, tak ada feeling sangatlah. Apalah sangatkan bawa jeep tu.. Hahaha..


Pesanan penaja:
Untuk setiap Rides, ada LED Board yang tunjuk waiting time. So, kalau less than 20min why not you wait and try kan??

Yang seterusnya....
THE LOST WORLD atau JURASSIC PARK. 
Yang ini kitorang pergi lepas FAR-FAR AWAY. Hahaha.. gigihkan kitorang forward and backward gara-gara tak nak basahkan baju awal-awal? Weeee...
Dekat THE LOST WORLD ni ada banyak jugalah RIDES dia. About 5 games. Tapi kitorang main 3 games je. Bukan sebab tak sempat, tapi kitorang yang tak mau main lagi 2 tu.
JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE.
First game dalam THE LOST WORLD yang menarik retina kami. sampaikan melonjak naik adrenalin kami. Hehehe..
Naik RIVER RAFT, which is sangat thrilling ok!
Menjerit jugalah. 
And of course, you may get soaked! Depending on your seat.
Satu boat boleh naik 9 orang. 


Pesanan Penaja:
Kalau nak jimat, bawalah baju hujan sesiap. Ada Mat Salleh tu, kitorang tengok relax je pakai short dengan t-shirt tak berkolar. Sebab diorang memang expect to get soaked! Jadi, ada kisah? Hehehe...

Next Game, CANOPY FLYER.
Ala-ala Roller Coaster. Satu Flyer boleh naik 4 orang. membelakangi satu sama lain. Ingatkan RIDE yang ini untuk enjoy the view.. Rupa-rupanya, sampai dekat satu selekoh tu, kelajuan dia bertambah dan rasa macam nak tercampak keluar. Perasaan dia macam kau naik Flying Chair ke apa kah namanya yang ada dekat Genting Highlands tu. Fuhh..Fuhh..
CANOPY FLYER ni kitorang naik petang dah. Around 5.45pm. Lepas kitorang solat. Jadi, waiting time dia less than 5 minit.


Pesanan Penaja:
Oh Ya! Kalau nak solat, boleh solat dekat surau yang disediakan. In between antara ANCIENT EGYPT dan SCI-FI CITY. Tapi, telekung tak disediakan. Sila bawa telekung sendiri.

Another 3 games yang kitorang tak main tu adalah DINO-SOARIN (Sesuai untuk kanak-kanak), AMBER ROCK CLIMB (Ada extra charge, so kitorang tak pergi main pun) and lastly WATER WOLRD (a "live" water show). Tak tahu kenapa tak de feeling nak masuk situ. Hahaha.. May be next time saya pergi dan masuk situ.

Wohoooo...
Macam dah panjang sangat kan?
Untuk yang lain-lainnya, saya sambung next entrie pula ek..
Sayonara~