WIFI lembap | Ana Raffali juara AJL 25

Monday, January 10, 2011


Assalamualaikum..
Fuhhh..hampir setengah jam tunggu nak loading blogspot ni.. Stress dibuatnya. Nak buka Science Direct memang tak jaya dah. Asyik keluar HTML code je. Kalau faham tak apa. =(

Ok..Kehangatan AJL ke 25 dah pun berakhir sejam yang lalu. Dan keputusan yang sangat-sangat di luar jangkaan.. Ana Raffali.. Tolong Ingatkan aku. Tahniah. Walaupun Yuna dan Faizal Tahir tak menang, tapi semuanya dah buat yang terbaik..

Nak kongsikan dekat sini status my friend, Cik Rosmanifah. Menarik pula bila baca. Pinjam ye cik Ros..

Ku tahu cintaku bukanlah CINTA SEMPURNA. 
Akhirnya kau BERLARI meninggalkanku mencari KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN. 
Wahai PELITA,aku bukanlah DRAMA KING.
 Inikah NOKTAH CINTAku? TOLONG INGATKAN AKU malamku tak lengkap
 tanpa ucapan SELAMAT MALAMmu. Aku leka pabila AKU ADA KAMU. 
Kenangan EKSTRAVAGANZA kita akan abadi seperti kecantikan SOFEA JANE. 
Aku telah HANYUT. 
JAHATnya aku MENCARI KONKLUSI cinta ini.

Pernah dengar? Ye..inilah tajuk-tajuk lagu yang bertanding dalam AJL kali ni. Menarikkan? Tapi paling saya suka adalah:-

1. Gandingan Ally, Cheryl dan FBI. Mantap seh.. bersahaja. Ada chemistry antara mereka bertiga. Seronok je tengok.
2. Persembahan pembukaan dari M.Nasir. Lama der tak dengar dia nyanyi live macam tu.
3. Persembahan dan gimik Faizal Tahir. Fuhh.. Tergamam. Bak kata FBI, speechless..
4. Ziana Zain.. Madah berhelah.. Anggapanmu.. Lagu-lagu dia masih menyengat. I like..
5. Siti Norhaliza dan persembahan pentasnya.. TERBAIK der.. Menyuntik kembali nostalgia waktu lagu-lagu etnik kreatif yang tengah naik dulu. Kalau ada Noraniza Idris, sure lagi meletup stage tu.. wahaha..

Apa lagi yang menarik untuk AJL kali ni ek?? Kalau nak kritik boleh?? hahaha
1. Persembahan Tomok, hambar.. Dah lah stage tak berapa nak terang, penari pakai baju hitam.. Kelam je..
2. Kenapa Sharifah Aini nampak pelik ek? Ke saya yang pelik?? urmm...
3. Shahir kena tampar? Fuhh..sakit tak? macam real je tamparan tu..
4. Lirik lagu Hanyut best. Tapi pesal tak menang AJL kali ni ek? Apakah kriteria yang dilihat para juri?? 
5. AJL kali ni kurang kehangatannya sebab dah tak de persembahan etnik kreatif yang sentiasa membuat stage bergegar dan panas..

Ok lah tu.. 5 perkara yang suka dan 5 perkara yang kureng suka.. Daa..


Part 5 : Dongdaemun, GNSM and Gyeongbok Palace

Saturday, January 8, 2011

Assalamualaikum..
Nak sambung lagi kisah kat Korea.. Tapi tak mau celoteh panjang-panjang. Korang layan je lah gambar-gambar yang ada ni..

Yang ini dekat Dongdaemun Street. Banyak jual kain sutera dan pelbagai jenis tekstil lagilah. Harga boleh negotiate. Jauh lebih murah berbanding yang dijual di Shopping-shopping complex. Dan orang-orang di sana sangat peramah.. 

Pelbagai jenis kain dan sutera

Winter Coat~

Eqyn, Saya, Nisa dan Naz



Photo yang dekat bawah ni pula masa dekat Gwacheon National Science Museum singkatannya jadi GNSM. Ala-ala Petrosains + Planetarium kot. Banyak monumen dan arca yang berkaitan dengan teknologi, sains dan kebudayaan masyarakat Korea. Sangat sesuai untuk pembelajaran dan menjadi tumpuan rombongan kanak-kanak pra sekolah.=)

At Gwacheon National Science Museum

Saya, Naz, Intan, Akmal dan Ime
Seterusnya gambar-gambar di Gyeongbok Palace. Tempat ni macam berkait antara satu dengan yang lain. Dari National Folk Museum sambung ke Gyeongbok Palace. Jadi tak pasti mana satu tempatnya.. Asyik sangat bergambar..=)



Boleh masuk salam perantauan tak?



Sepintas lalu. Kalau taip banyak-banyak, tak habis cerita 6 hari 5 malam ni.. So, layan je lah gambar-gambar itu.. Nanti nak update gambar-gambar yang lain pula.. Adios..~

Dapat Award.. Yeay!

Assalamualaikum..
Jawab ye.. Tak jawab nanti berdosa.. hehehe..
Weee..saya dapat award. Di tag oleh ayong tersayang. Award ini daripada Misz Lullaby.



Award yang comel. Snowman. Hari tu pergi korea, dapat main salji tapi tak dapat nak bentuk snowman. Sebab tak reti kot.. kui..kui.. Tapi dapat award yang comel ni pun kira best jugalah.. Sebelum mengesahkan penerimaan award yang di tag oleh ayong ini, kenalah jawab beberapa soalan.. Fuhh.. tak jawab tak pe ke?

Fikir..Fikir..dan fikir... Ting! idea dah mai dah.. Jawab jugalah..

Bila korang suka tulis entrie?
Bila ek? Entah. Bila suka. Tulis. Bila ada pengisian, tulis. Bila rasa nak tulis, maka keluarlah entrie baru.

Adakah korang blogwalking hari-hari?
Fuhh..kalau tak de keje lain, tak de assignment bertimbun memang hari-hari pun berblogwalking.. dapat tambah kenalan.

Namakan tiga blog yang korang paling suka baca.
Dan semua yang ada dalam friendlist. Asal ada new update je mesti saya terjah dulu..

Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML?
Saya nak cakap...."Assalamualaikum ML... Best tak belajar medic dekat Moscow?"

Tag 5 orang rakan yang korang rasa cool like a snow~

Assignment oh Assignment

Wednesday, January 5, 2011

Assalamualaikum..
Petang Rabu yang sangat lapang. Hari ni tak bertapa dekat Lab. Lagipun my SV ada meeting, makanya malas untuk lepak di Lab. Sementelah pula, tengah menunggu seorang junior yang sebelum ini mesej dan bagitahu nak jumpa saya petang ni. Tak tahulah pukul berapa. Janjinya lepas zuhur. Tunggu je lah. Kata junior tu nak tanya pasal SETIAUSAHA KERJA. Sebab dia yang pegang post tu sekarang. Nak tolak, macam tak wajar pula. Dah ada ilmu apa salahnya kita kongsikan, ye tak?

Setahun yang lalu, tahun 2009. Saya memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja bagi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC). Itu kisah lama. Saya sendiri banyak menimba ilmu dari senior-senior yang lebih berpengalaman. Selama 2 tahun aktif di kolej sendiri, tak saya nafikan banyak yang saya belajar terutamanya tentang sistem pemfailan dan pendokumentasian. Practice make perfect. Hari-hari saya menjadi lebih orientasi. Tersusun dan sistematik.. Hahaha.. Puji diri sendiri..

Entrie hari ni bukan nak buat kursus Kesetiausahaan.. Maka kita tinggalkan topik setiausaha kerja ini. Jom beralih pada Akademik. Kelas Transducer dah pun bermula. Baru je masuk kelas dah dapat 2 projek. Wahaha...Sabar je lah..

1st Task:
Technical Paper Review

Deadline:-
23hb Februari 2011

Review at least THREE most recent research technical paper from journal FLOW MEASUREMENT AND INSTRUMENTATION in similar topic
**Papers must be related to Sensor development/research
URL :- Science Direct Website

Task:- Write a Technical Review within 2 to 4 pages of A4 paper with calibri/Arial Narrow 11.

Task ini 2 to 3 person in a group. Saya pilih untuk buat berdua. Senang nak berbincang.

*********************

2nd Task:
Mini Project (Sensors and Application) 15%

Deadline:-
Proposal (19hb Januari 2011)
Sensor Research Symposium (28 & 30 Mac 2011)
Project Report (13 April 2011)

To design an application/ technical report base on one of the sensor listed. Each group come out with different idea of an application and build a system/ model of the application
a. Temperature Sensor
b. Infrared Sensor
c. Light dependence resistor
Ultrasonic Sensor

Work out the project within 4-5 person in a group.

****************************

Task yang kedua ni dah macam mini PSM. Kena buat proposal, come out with a project and present and demo it to the lecturer. Fuhh...PSM pun terkontang-kanting tak nampak jalan lagi inikan pula nak buat mini PSM tuk coursemark Tranducers.. Any Idea?? apa yang nak dibuat dek sensor ni??

Assignment oh assignment.. Tak dapatlah nak berblogwalking selalu..=(