Youkoso 2010!!!! Akimashite!!

Friday, January 1, 2010

31 Disember 2009 sudahpun melabuhkan tirainya..meninggalkan kita dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Memori yang pernah tercipta setahun yang lalu. Kini, lembaran baru menjengah diari kehidupan kita yang bergelar manusia.

*******

Hari ni, 1hb Januari 2010...Tika orang ramai menyambut detik 12 jam , di akhbar-akhbar tempatan turut menyatakan tentang fenomena Gerhana Bulan. Sayangnya, dek keletihan, tirai 2009 berlabuh begitu sahaja. Fenomena Gerhana bulan hanya tinggal ilusi. Awal saya tidur. Kesibukan pada waktu siang amat2 meletihkan saya. minda dan fizikal..


Urmmm..Okeylah..bukan pasal ni yang nak saya ceritakan.. tapi saya nak berkongsi aktiviti saya ari ni. 1hb Januari 2010..


********

Seawal jam 8.00 pagi, saya dah gerak ke fakulti. awal sket dari kul 8 tu. Hari ni hari Jumaat. bersamaan dengan 1 Januari 2010 = 15 Muharram 1431...Johor tak cuti..maknanya saya pun tak cuti jugalah.. Pagi2 dah menapak ke fakulti bukan sebab ada kelas. tapi ada outlab Session. nak menyiapkan eksperimen yang tertunggak time inlab session selasa yang lepas...

kumpulan Lab saya ada 5 orang. Saya, Akmal Hayati, Rusydi Razif, Faizal Syahrin n Lim Time Inlab Session yang lepas, yakni 1st lab kitorang tuk this sem, kitorang pilih untuk uat Eksperimen Voltage Regulator. One eksperiment out of 4 given to us.... Ingatkan eksperimen ni mudah... rupa2nya....adalah hampir 2 hari juga kitorang amik nak siapkan 1 eksperimen ni. Dalam inLab Session yang lepas, time nak uat eksperimen ni, kitorang diberi satu kantung plastik..nak tahu apa dalamnya??? mestilah komponen2 elektronik yang kecil molek tu..

ada bermacam jenis resistor yang sekali tengok memang takkan tahulah nilainya melaenkan korang mmg terror hafal perintang. selain tu, ada juga cip ic(integrated circuit)...plus capacitor tak de kutub and ada kutub. tak masuk lagi potentiometer spesies baru...(spesies baru sebab lab kali ni baru kitorang kenal...('o,'))

Mula2 tengok semua komponen tu, macam blur juga. banyak giler komponen..dah terbayang-bayang circuit yang susah2..(itulah jadinya kalau tak baca lab sheet sebelum masuk lab..ngee..). Macam biasalah, kalau dah tak hafal jumlah rintangan perintang tu, kenalah measure dulu sebelum guna. atas meja eksperimen ada digital multimeter. Dah guna digital multimeter pun, cam konfius lagi dengan nilai-nilai perintang tu. dek tak puas hati, tanyalah ngan lecturer yang supervise lab tu. "How to use that digital multimeter?" lebih kepada macam mana nak setting bacaan tu sebenarnya... Respon yang diberikan mudah je..."Kan time muda-muda dulu ada belajar color coding? itulah gunanya."(ini ayat saya yang saya mudahkan dari kata2 lec tu)
ngeee...jatuh rahang sume ahli group. amik ko. nak sangat guna instrument...sudahnya kena back to basic. mulalah kerah kepala otak ni tuk rewind balik color coding tu.. jarang guna, mmg tak lekatlah kat otak ni..

Sudahnya, internet jadi penyelamat. Bagus lab ni. ada komputer tuk org on9...memandangkan ada 5 person per group, 3 orang g cari nilai resistor based on color coding yang diorang jumpa kat internet, lagi 2 orang measure guna digital multimeter. nak yakinkan cara penggunaannya..
itulah yang terjadi di awal2 semester ni...

makanya, pada sesi outlab kali ni, kitorg sambung eksperimen Voltage Regulator yang tertunda tuh. part B. Circuit tuk part B ni, kalau dilihat dari gambaran seninya, sangatlah mudah.,yelah guna 2 component kecik je..Tesla 7815 dengan Resistor..tapi, nak dapatkan bacaannya bukanlah sesuatu yang mudah..
nak dijadikan cerita, nak siapkan eksperimen yang 1 ni, kitorang gunakan 3 digital multimeter..2 nye "dirompak" dari meja group yang laen..hahahah..
kata seorang teman, "ni memang betul2 macam engineer..."

nak tergelak juga bila tengok susunan litar tu. gara-garanya nak puaskan hati dengan value yang dapat, banyak digital multimeter is heaven!!!

Puas hati..hari ni berjaya siapkan 2 eksperimen.. Tinggal lagi 2 transitional eksperiment n PBL (Problem based learning)...tuk be done within a month!!!...another 3 weeks to go!!!

*******

Habis je Outlab Session ni, lebih kurang kul 11.30 pagi, saya singgah arked K9..kagum...white coffin are forbidden in this area starting 1 jan 2010.. so, either u eat there or bring ur own cointaner or, try to use the paper wrapped..ala-ala nasi kandar..tak pun macam pembungkus nasi kerabu kot..pakai kertas minyak..

**********

At 12.30, Kak Fatimah datang..amik saya dan kawan saya,Q...amik kitorang g mana??? ya, 1st day, on the new year, pergi mana lagi??? go to Halaqah...or usrah...g lunch...hahaha...bukan lunch nasi tau..tapi mencari sesuatu untuk makanan rohani..mulakan tahun baru dengan sesuatu yang positif..

Kami mulakan usrah kami dengan bacaan al-Quran beserta maknanya. Surah Al-Alaq,ayat 1-8 menjadi pilihan.. yang maksudnya;

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang Menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Sekali-kali tidak! Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas. Apabila melihat dirinya serba cukup. Sungguh, hanya kepada Tuhan-mulah tempat kembali(mu)"

Iqra!..Bacalah...inilah juga surah yang pernah disebut oleh lecturer Inggeris saya ketika kelas Reading yang pertama minggu lepas. Ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan Allah. betapa tingginya perintah Allah dalam menyuruh kita, umat-Nya untuk membaca.. Dengan membaca akan meletakkan kita selangkah ke arah mencintai ilmu. Memulakan tahun baru dengan membaca surah ini akan dapat menaikkan balik semangat kita dalam mengejar ilmu. apa yang di pelajari di peringkat universiti kini, segalanya bermula dengan MEMBACA..tanpa pembacaan, ilmu tidak akan mendekati kita.

Dengan MEMBACA, akan membuatkan kita setapak kearah sebuah pemikiran. Membaca! Berfikirlah! antara tuntutan Allah kepada umat-Nya...

Melihat kebesaran ciptaan Allah dan berfikir akan membuatkan diri kita semakin dekat dengan Pencipta. Dalam Surah Al-Alaq ada menyebutkkan tentang Tuhan rabb... Rabb yakni berbalik kepada asas penciptaan kehidupan.

Allah dah menjadikan kita makhluk yang sempurna. tapi, terpulang pada kita untuk menyempurnakan diri agar diterima di sisi -Nya.

Tahun baru datang! jadi????

*******

2 comments:

Siti Hasunah Mohammad said...

salam, jadi...mulakan dengan bismillah...eheh~

cik sara said...

Betul tu..dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah...Jom Praktikkan!!!...