TUTORIAL : JOM TULIS TESIS CARA MUDAH

Sunday, April 17, 2011

Assalamualaikum.. Selamat Malam.. Salam Sejahtera.. Sonok layan cerekarama malam ni.. Kisah Tempe.. Faveret sejak dok JB ni. Haa..Kawan-kawan...ari ni saya nak share sikit cara nak tulis tesis atau report cara mudah hanya dengan menggunakan Microsoft Word. Kalau sebelum ni kita tulis report atau buat tesis (masa FYP 1) mesti buat front page kat word lain. Lepas tu new, buat table of content then new lagi untuk buat isi pula. Kalau lecturer minta hantar softcopy, ada 3 word berasingan.. mcm tak bestlah kan kena buka satu-persatu word yang ada tu.

So, kali ni saya nak sharelah sket. Mungkin ada yang dah tahu..Dan mungkin ada yang baru tahu.. Ini ikhlas nak share.. Yok blajar sesama..

Header 1
First of all, tulis dulu perkara pokok yang perlu ada dalam sesuatu report mahupun tesis tu. Bukan suruh lukis pokok atau tulis perkataan P.O.K.O.K tapi perkara pokok yang saya maksudkan di sini macam Introduction, Theory and etc. Lepas tu, select all. Nampak tak ada Quick Style? ha..click situ.. Pilih heading 1. Hasilnya macam gambar dekat atas tu. Dah selesai? Jadi tak? Jangan risau warna dengan font nanti pun boleh tukar.. Ok, seterusnya kita nak sediakan page untuk buat front page pula.

Lepas tu letak cursor anda pada Huruf pertama baris pertama yang guna HEADING 1 tu. Macam dalam ni, saya letak cursos dekat depan 1.0 INTRODUCTION. Lepas tu pergi dekat page layout --> page breaks --> Next Page. Macam yang tunjuk dalam gambar dekat bawah tu.

Next Page
Kenapa guna Next Page? Sebab senang nak buat page number nanti. Ok, dapat tak setakat ni? Everything ok kan?.. Lepas tu letak pula cursor dekat depan 2.0 THEORY. Click Page Layout --> Page breaks --> Page . Kalau tak faham boleh rujuk gambar dekat bawah ni. Ulang dan buat perkara yang sama untuk setiap perkara pokok yang disenaraikan awal-awal tadi.

Page


Kebaikan bila guna Page break ni adalah, tak payah tekan enter banyak-banyak kali bila nak pergi next page. Dan bila dalam part introduction tu makan ruang sampai 3-4 page, secara automatik Theory and Literature Review tu akan pergi ke next page yang baru dan akan sentiasa berada on top of the page. Begitulah kisahnya. Cubalah buat dan lihat sendiri.. Susah juga nak cerita ni..

Lepas tu kita buat anak pokok pula. Selalu kalau ada parents, mesti ada child kan? Ok. kira kita nak buat child lah sekarang. Tulis anak-anak pokok yang korang nak letak. Macam saya, saya letak Pulse Oximeter dan Wireless Mesh Network. Select anak-anak pokok ni, lepas tu pergi Quick Style, and pilih Heading 2. Perasan tak yang dia kecik sikit dari INTRODUCTION tu. Tahu-tahu.. Tak nampak apa jadi ek? Tengok gambar kat bawah.. Setakat ni ok tak? Nak teruskan ke step yang seterusnya pula. Kalau ada yang tertinggal, cepat kejar..hehehe..


Heading 2
Kalau dalam anak tu ada cucu pula, select dan pilih heading 3. begitulah seterusnya kalau ada sampai 7 keturunan dalam 1 tajuk. hehehe.. Letaklah number sket. Dah siap buat perkara pokok dan anak-anak pokok. Isi buatlah sendiri ye. Macam biasa. Sekarang kita nak buat table of content pula. Dekat sini, akan nampak dengan jelas fungsi heading 1, heading 2 and etc.

table of contents


Langkah yang perlu diambil seterusnya adalah pergi ke References --> Table of Contents. Dan secara automatik akan keluar macam gambar dekat bawah ni. Lepas ni kalau tambah isi banyak-banyak, tak payah nak susah-susah hidup buat table of contents cara manual macam sebelum ni. Terus right click dekat table tu, pilih update field --> entire field. Automatik  Table of Contents ni terupdate dengan sendirinya.. pantas dan tuntas. Boleh buat report or tesis dengan tenang tanpa perlu fikir macam mana susahnya nak buat table of contents nanti..


Berdasarkan gambar dekat atas ni, nampak tak bezanya antara Heading 1 dengan Heading 2. Sama juga kisahnya kalau nak buat Table of Figure dan yang seadik beradik dengannya. Kalau untuk figure, jangan lupa add caption pada figure tu. Lepas tu update field macam yang buat dekat table of contents tu.. Secara automatik muka suratnya akan berubah.. Seronok kan? Jimat masa.. Jimat tenaga.. Jimat otak nak fikir dan nak naik turun page..

Itulah sahaja al-kisahnya.. Ini 1st time buat tutorial. Kalau berterabur, minta maaflah.. Kalau dok depan saya, senang sket nak tunjuk ajar.. Kalau dah di alam maya ni, ini ajalah yang termampu. Kalau ada tak faham kat mana-mana, bagitahulah ye.. InsyaALLAH..kalau boleh tulun, saya tolong..

Ok..Enjoy your day menulis tesis mahupun report..daa..

UPDATE : Kalau nak tahu macam mana nak asingkan page number roman dengan nombor biasa, jemput baca dekat sini ek... --->>>> KLIK SINI!!!

Harap dapat membantu~...
Bagi yang masih berhadapan dengan masalah, do drop your Question and email dalam ruangan komen ok! InsyaALLAH.. Saya akan respon secepat mungkin. Dan bantu anda sebaik yang boleh.. .(^_______^). 

9 comments:

sha said...

Wah, sangat bagus ni..

Rasa tak pernah pula diajar macam ni, sebelum ni. ke, sebab dah tak apply kemudian terlupa.. :-)

Pai said...

bguih info ni...
akn gunerkan ni....
yhankz cik sara

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.jalan2 singgah sini..nice blog :)
jom tengok sakura dekat blog saya^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/

Lyna said...

Tq cik sara sgt2 berguna..
Cik sara tau tak mcm mana nak setup page number katakanlah 1 cm dr bawah mukasurat

ASYIKIN AMINUDIN said...

CIK SARA, TANYA SIKIT CAMNE LAU NAK BUAT ABSTACT KE CONTENT KE YG NK TULIS GUNA NO ROMAN? BLA UPDATE CONTENT DIA MASUK SKALI DALAM PAGE NO. LA..1,2,3..
PASTU YG KTA WAT NEXT PAGE 2 FOR COVER KAN? TAPI NAPE DIE KIRE SKALI 2 SBAGAI PAGE 1? MY INTRODUCTION PAGE 2..MACM MANE YE? TOLONG PLIZZ...

ASYIKIN AMINUDIN said...

Salam cik sara tanya sikit lau header yg no page die no roman camne plak nk buat ye? macam abstact,content,,bila sy buat list of content benda2 tu masuk skali dalam page no,1,2,3...x mau cam2..camne nk asing no roman and no biasa punya heading?

Lagi satu kte wat next page break 2 for cover right? tapi nape die kira cover 2 sbgai page 1? my introduction jg page no 2 plak..patut intro page 1..huhu..tolong ea...

Cik Sara said...

Thanks semua.. Maaf tak respon komen.. Dan lambat reply komen..
Tengok page yang baru saya update ye.. semoga bermanfaat buat semua.. =D

kemasepakat said...

bagus
jom follow my blog

QALBIY NADAAK said...

salam,sisz..fez off all..leh x nk tgk contoh thesis...saye kena buat thesis tapi xtahu nak buat tajuk yang sesual...i'm glad,sisz boleh ajar cmne nak pillih tajuk yg sesuai...btw,follow blog saye semua...