Berfikir

Tuesday, January 10, 2012

Hai peeps!!..
Err..mende apa tu? Hai all...

Selasa petang.. urmm..tiba-tiba terfikirkan sesuatu.. Teringatkan persoalan 4 tahun yang lalu, yang sampai hari ini masih tak jumpa jawapannya. Jujurnya, saya memang tak tahu apa jawapannya. Kenapa saya yang dipilih sedangkan ada yang jauh lebih bagus dari saya dalam ruangan itu?. Saya kurang dari pelbagai sudut aspek. Kadang-kadang rasa rendah diri bila berada dalam kelompok itu. 

Mesti ada yang jawab, Allah yang tentukan. Ya! Demi ALLAH, saya tak pernah menafikan qada' dan qadar ALLAH. Tidaklah sampai nak mempersoalkan takdir yang disusun ALLAH buat saya. Tidak sama sekali!. Cumanya, i keep wondering about the things.


Pandangan manusia. Bagaimana mereka menilai. Apa kriteria yang mereka lihat yang membuat mereka membuat keputusan sebegitu. Dan apa kriteria yang mereka lihat pada saya yang membolehkan saya layak untuk itu. Ya! Saya pernah di soal

"Sara pernah terfikir tak kenapa diorang pilih Sara? Bukan candidate lain?"

"Sara mesti dah tahukan, kenapa Sara bukan yang lain?"

Honestly! I don't.  Saya pernah terfikir, tapi saya tak jumpa jawapannya. Dan hari ini saya cuba persoalkan kembali. Saya cuba analisis diri sendiri. Adakah kerana saya berfikiran mudah membuatkan saya lain dari yang lain? I'm not a smart student. not a good speaker too.. And up to all, i'm very bad in speaking using native english.. Err..betul ke ayat saya ni?

Tonggang terbalik..

And i keep thinking.. Siapa yang kenal saya lebih dari saya kenal diri sendiri?.. Come and help me answer those questions Ok!.. (^___^)