Rakan Facebook

Wednesday, January 4, 2012

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya. - Sinar Harian

Hahaha...ketawa dulu bila baca artikel tu.. Macam kelakar pun ada.. Urmm..saya malaslah nak ulas isu gambar tu apatah lagi isu kejutan budaya segala bagai tu kan? Lagipun, siapa dia? Bukan saya kenal personally pun. Dan yang paling penting, saya tiada di tempat dia sekarang.. Tapi yang membuatkan saya ketawa adalah disebabkan ayat dekat atas tu. Harap-harapnya betullah itu respon yang wartawan dapatkan dari ibunya sendiri.. Tak mau jadi fitnah nanti..

Ok..back to the real topic. 800 permohonan rakan baru di Facebook! Perghh..kalah retis kan?  Kalah juga pendakwah-pendakwah kat luar tu.. Beratus-ratus nak jadi kawan sebab gambar tu je? Ikhlas ke tidak berkawan tu dik? Heee..Kalau nak add hanya sebab nak usha gambar-gambar tu, bawa-bawalah berhenti.. Tak ada fekdah apa pun.. Aish, itu yang tak sonok tu pasal facebook ni.. Dah jadi macam medan jaga tepi kain orang pula. Nak add pun, biarlah orang yang kita kenal.. Tak pun yang mendatangkan fekdah pada kita..


haaa...sebagai contoh.. Baiklah saya add kengkawan dalam CityVille Neighbour and community tu. Kenapa? Sebabnya, fekdah yang tak brape nak berpaedah yang dicari adalah untuk menambah kejiranan di bandar saya.. Hahaha... Jiran-jiran yang boleh tolong saya bangunkan virtual city saya. Agaga.... Berpekdah apa? Sekurang-kurangnya, saya tak sibuk hal orang lain! Hehehe....

Satu lagi... add rakan blogger! Tambah virtual friends yang ada manfaatnya. Agak-agakkan, kalau saya nak add dia ni macam yang 800 orang buat tu, saya nak masukkan dia dalam list mana ek? Apa yang saya nak buat bila dia accept nanti? Nak stalk profile dia? Ke nak menegatifkan setiap status dia? Ke nak jaja gambar-gambar peribadi dia? Ok! Memang tak brape nak ada fekdahnya pada saya. Tapi kalau dia main CityVille, or geng blogger..let me know k? Bleh saya add juga.. Agagaga....

Add sebab nak berdakwah? Guddd.. tapi sampai 800 orang? Ok.. No komen..

Haa.. baca dekat sini pula... Haa..tunggu apa lagi? add lah.kalau dia ada fb lah..supaya sampai dakwah dia pada kita.. Supaya terpadam semua pandangan negatif yang pernah wujud dalam diri kita.. Jangan asyik-asyik nak lemparkan kata negatif. 

(sebenarnya sangat pelik.. kenapa? Sebab, rasanya ramai je lagi anak-anak Malaysia yang bijak pandai dan sambung belajar di obersea n masih mengekalkan bukan sahaja adat ketimuran malah masih berpegang pada islam.. Tapi yang ini tak mau pula cerita dan hebah-hebahkan.. Kongsi-kongsikan.. Yang berkelakuan pelik itu jugalah yang nak dijadikan cerita..)

Ok..adios~...

p/s: sebagai manusia, jangan cepat menghukum sebab kita tidak berada di tempat dia. Laman sosial facebook ni guna dengan betul.. jangan asyik nak stalk orang je! Dan tak perlu nak tambah kenalan yang tidak dikenali kalau tidak berkepentingan! Be POSITIVE!




0 comments: