Oyasumi Nasai....
Masa zaman sekolah pakai baju peach, kain koko.. Tak pun kadang-kadang baju putih, kain khakis... Perkara yang best dibuat adalah melihat pemakai tali leher membuka tali leher sepenuhnya dan menggulung lantas menyimpannya di bawah meja. Oho.. entah kenapa, rasa kagum dengan insan-insan ini.
Yolah, zaman sekolah saya.. Yang pakai tie ni, lelaki je. Perempuan sekalipun jadi BWP mahupun LDP, baju rasmi tetap baju kurung. Bezanya warna je. Jadinya, sehingga kini pun.. saya memang tak pandai ikat tie.. sebab tu saya suka tengok lelaki buka dan ikat tie! Hahaha.. Childish!
Dan entah kenapa, saya suka juga window shopping dekat bahagian neck tie tu.. Awesomelah tengok tie banyak-banyak tu. Tapi sejak masuk Universiti, susah nak tengok lelaki pakai tie.. Al-maklumlah, baju rasmi diorang kemeja-T berkolar je. Kalau pakai kemeja lengkap bertie pun bila ada presentation or majlis rasmi. Kalau tak, susah!!.. Dan perlahan-lahan, neuron yang bertindak balas terhadap reaksi yang satu itu mengecut dan mati begitu sahaja...
Meningkat usia, bila neuron yang selalunya digunakan untuk merasa seronok melihat suasana lelaki mengikat dan meleraikan ikatan tie tidak lagi digunakan, makanya..neuron tersebut telah pun mengecut dan mati.. Lahirlah neuron-neuron baru yang bertanggungjawab untuk meransang aktiviti dan perasaan baru.. Ahaks..
Tapi, serius beb! Tak taulah kenapa. Tapi, zaman sekolah dulu.. waktu kelas terakhir around 12.50pm, mestilah semua bertempiaran lari ke dewan makan kan? Dan kebiasaannya, waktu-waktu terakhir nilah budak lelaki akan membuang tie mereka. Kalau diperhatikan, macam-macam gaya ada. Ada yang longgarkan sikit, pastu tarik bawa keluar dari kepala lepas tu campak masuk laci meja. Ada juga yang longgarkan sampai habis atau buka tie dan gulung elok-elok simpan dalam laci. Ada juga yang longgar sikit, pastu tinggal je atas meja..
Lepas makan, biasanya pergi masjid untuk solat zohor terus. Dan seingat saya, setiap hari isnin dan selasa ada kelas petang. Start at 2pm. So, kenalah pakai tie semula. The best part is, tengok orang ikat semula tie tu ke lehernya. Dalam kepala otak masa tu, puas fikir.."macam mana diorang ikat tie boleh kemas cenggitu? Tengok macam mudah. Tapi apsal aku buat tak pernah jadi pun?.."
Dan entah kenapa, hari ini saya teringat dekat kisah meng"usha" orang mengikat tie.. Hakikatnya orang itu bukanlah dalam term multiple person. Ok..cut it out.. Time to sleep.. Nunytttee everyone.. Buat adik kayu, welcome to semenanjung~.. But, i'll be going to the north!..=D Untuk akak kayu, all the best for the evaluation~..
8 comments:
singgah n follow sini .
jom try usha sana . ngeh2
sonang je ikat tie ni... macam buat origami =p
jgn gelak if ai ckp x reti nk ikat tie ni ngeeeee...pitam
saya pun tak reti..hehe
owh akk belajar ikat tie dari mak. hehe.. smpai skrg masih ikatkan utk husband. :D
dila pon xreti ikat tie..
anda ditag ! eheh,join la
http://dieylashaza.blogspot.com/2012/01/first-giveaway-by-butik-fiqra.html
eh..saya xpnh pgg jawatan yg ikat tie..huhu
sy tau ikat tie since form 1..sebab sekolah kena pakai tie...sekolah rendah pakai tie getah jek..hahaha
Post a Comment