Assalamualaikum...
Salam petang ahad semua!!!..
Slot petang ni, kita sambung bicara pagi semalam. Dah baca belum? Kalau belum, feel free to read it first. Bukannya apa, at least you should know which "golongan" did you fall in.. Eh, ate betul ke tidak saya ni? Hee..
Ok! Dah kenal pasti anda berada dalam golongan mana? Perlu ke tidak untuk betulkan niat dalam menuntut ilmu? Kalau rasa anda sememangnya berada di landasan yang betul iaitu berada niat tu dah betul, that's good!. Tapi, saya tahu.. as human being, kita tak dapat nafikan yang kadang-kadang kita tersasar dari niat sebenar kita datang ke majlis ilmu atau datang ke universiti. Betul tak? Sebagai sambungan kepada slot pagi semalam, jom kita layan..
Kata Ustazah dalam program Al-Hidayah tu, kalau kita nak betulkan niat yang tersasar ni, MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI!. Jangan dok sibuk nak perbetulkan orang lain. Betulkan dulu niat kita yang tersasar tu. Tapi macam mana? Ada 3 langkah. 3B. Betulkan, Berdoa dan Bertaubat. (^o,^)
1. Betulkan diri sendiri.
Macam mana? Analisis kembali diri sendiri. Muhasabah diri. Soal diri. Apa tujuan sebenar kita ke majlis ilmu? Apa matlamat asal kita masuk ke sekolah, universiti, kolej dan institusi pendidikan yang lain? Kenapa? Bila dah revise kembali matlamat dan tujuan asal, bolehlah mula membetulkan amalan kita. Bila amalan kita dah betul, perlahan-lahan kita akan belajar dengan hati. Bila kita belajar dengan hati, kita boleh menunjuk ajar orang lain juga dengan hati. Dan ikatan hati ini akan berterusan di mana, yang belajar dengan kita juga akan menerima ilmu yang kita sampaikan dengan hati. Bersatunya hati-hati kita kerana matlamat kita yang sama. Iaitu menuntut ilmu kerana ALLAH S.W.T. Kita belajar, faham dan manfaatkan pada umat.
2. Berdoa dan bertaubat
Haa.. Kalau kat zaman sekolah, setiap kali cikgu masuk..lepas bagi salam mesti ramai-ramai baca doa belajar. Betul tak? Lepas baca doa, rasa mudah je terima ilmu yang cikgu sampaikan. Tapi bila masuk kolej mahupun U, jangankan doa secara berjemaah. Salam pun lecturer yang mulakan dulu.. Kalau nak dengar student jawab pun mungkin sayup sayup je. Terpulang pada institusi tu. Sebab lain tempat, lain caranya. Doa yang paling mudah adalah Basmallah. betul tak? Mulakan setiap tindakan kita dengan ungkapan "Bismillahirahmanirahim...." Tak susah kan?
3. Barulah betulkan orang lain.
Ketahuilah bahawa orang yang betul niat belajarnya bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. Mudahkan nak betulkan orang lain kalau diri sendiri dah betul?
Sebelum mengakhiri penulisan untuk petang ni, saya nak kongsikan TIPS BELAJAR TIDAK TERSASAR. Urmm.. saya dapat tips ni dari program AL-HIDAYAH hari jumaat. Jadi, tak salahkan untuk berkongsi?
1. Kembalikan niat kita "Kerana ALLAH"
2. Ikhlas sentiasa dalam menuntut dan menyebarkan ilmu.
3. Ingat belajar itu satu perintah nabi
- Ilmu itu milik ALLAH.
4. Sentiasa berdoa kerana DOA itu tanda kita sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- Niat haruslah sentiasa disusuli dengan doa agar ALLAH sentiasa memperbaiki niat kita. Dan jangan lupa juga untuk sentiasa mendoakan ibu bapa dan guru kita supaya mereka juga akan mendoakan kita untuk menjadi orang yang berjaya. InsyaALLAH..
Wallahualam.. Maaf kalau ada kekhilafan yang disengajakan atau tanpa sengaja..(^o,^)
1 comments:
alhamdulillah :)
seronok mmbace top up iman ni
hehehe
moge kita selalu sedar di mana kita dan kenapa kita berbuat demikian2..
Post a Comment