2011....2012...

Monday, January 2, 2012

Youkoso 2012.. Dua ribu dua belas.. Bertemu akhirnya..
Heee..dah 2 hari baru nak update blog.. Aish..apakan daya "beruk"band buat hal.. Orang bercuti,dia pun ikut cuti gak.. Loading satu page mahu dekat setengah jam! Aish...hilang sssabar dden.. (^____^).. Dan akibatnya...melepas nak jumpa kengkawan sekolah dekat melaka.. Kenapa? aigooo..due to technical error! Padan muka ko sara! Wahaha...

Sebelum tu...
Selamat Tahun Baru u ollsss.... Setahun lagi berlalu... entah apalah yang dah buat selama setahun yang lalu.. Kini bertemu lagi tahun baru.. dan agaknya apalah yang nak dibuat setahun mendatang ni.. (@____@)...

Jom layan...masalah teknikal apa yang sampai melepas terlepas ni?.. Al-kisahnya, orang ajak 2-3 minggu sebelum hari kejadian lagi.. Tapi apakan daya...kesibukan "study" otak menyebabkan terlupa tentang itu.. Ingatkan...konon-kononnya nak siapkan dululah apa yang patut sebelum pergi bercuti tu.. sekaliiiii..... "beruk"band tak mau perform pula... Udahler tak ada cara lain nak contact! Hahaha.. Inilah jadinya bila terlalu bergantung harap pada mukabuku. No.phone tak reti nak minta dan simpan!.. Bila "beruk"band mogok, wifi kolej hampeh....jadilah percutian di kolej sahaja! Wahahah... Guys...ampun!! Tak sempat nak buat pesanan apa-apa.. Especially to Wirdah..Huhuhu...speechlessss... Pengajaran (?) Sila simpan no.telefon untuk kegunaan waktu sesak!..(T_____T)

"Bedebum! Bedebak! Gedebum! Gedebak!" Kbabooommmm..... cerita lain pula..

Pergh.. bergegar bumi KL ni.. Eh, salah.. bergegar Kolej Kediaman 7 tingkat ni.. eksaited sambut tahun baru punya pasal... U olllsss... tahun 2012 i sambut dekat KL..Hahaha..jakun pula kan?? Tak g memana pun.. Tengok bunga api dari tingkat 7 kolej kediaman ni je.. Mana tidaknya, keliling orang tembak bunga api. Yang dekat, yang jauh..aih, tak payah nak habaqlah.. sana sini sinun boleh nampak bunga api.. KSJ ni letaknya tengah-tengah. Antara Kuala Lumpur yang ada KL Tower dan KLCC tu dengan Area Wangsa Maju dan Ulu Klang(?).. Err..betul ke? 

Kalau keluar pintu depan, boleh sampai Wangsa Walk Mall dalam 10 minit ja.. Kalau keluar pintu belakang, tembus Jalan Semarak dan dah tak jauh nak sampai KLCC... Hee..sebab itulah saya cakap, KSJ dok tengah-tengah.. Aih, apa azam tahun 2012 ek?? Masih terfikir-fikir lagi.. Tak pe..bior saya fikir lagi.. 

Hallooooya... entrie yang pertama untuk tahun 2012.. Clap clap..clap you hand pleaseee... Kalau kita buat sorotan..tahun 2011 menyaksikan saya berjaya menulis 3 kali ganda entrie berbanding 2 tahun sebelumnya.. Wahaha.. adakah selepas ni menjadi 6 kali ganda? (^___^).. Tengoklah cenggana nanti.. 2011 dapat tulis 366 entrie.. cantik tu.. Setahun ada 365 hari dan 366 hari pada tahun lompat. Secara puratanya, pada tahun 2011 berjaya mengupdate sehari satu entrie!!! agagaga... Eh, tahun 2012 ni tahun lompat kan? Bulan Februari ada 29 hari.. yeyea!

Oklah.. boleh pula merapu merepek meraban di entrie pertama tahun 2012 ni.. adios minnasan!!!.. Youkoso 2012.. Semoga tahun baru ini membawa sinar baru buat u oll's semua.. daaa.. 



1 comments:

aamalinaazman said...

huiiiiihhh
lame dh x nmpak akak air ni
selamat tahun baru :))


wee
ceria2 selalu nohhh