Apa kebendanya Teh Ais, Sudu dan Garfu??
Err.. bukan tajuk novel jauh sekali tajuk drama di TV. ('o,')..
Nak buat satu slot baru. Slot : Teh Ais, Sudu dan Garfu.
Ala-ala Slot Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu. Slot untuk berkongsi tempat-tempat makan yang saya terjah selama berada di BUMI KUALA LUMPUR ni. Kenapa Teh Ais, Sudu dan Garfu?
Sebabnya, ke mana sahaja saya pergi makan.. minuman yang wajib di"order" adalah Teh Ais. Lebih kurang misi mencari Teh Ais yang sodap mengikut selera tekak saya. =D.. I love Teh Ais.. Hahaha.. Sudu dan Garfu? Selalu kalau pergi makan, tak kisahlah mangkuk atau pinggan, pelengkapnya pasti sudu dan garfu kan? Jadi, pada saya kalau ada Teh Ais, Sudu dan Garfu maknanya bersedia untuk makan!.. (^_______^)
Slot [1] untuk malam ini adalah Char Kuew Tiow Botak. Ala, sesiapa yang selalu follow cerita JJCM TV3 mesti tahu. Dah lama sangat rasa nak makan Char Kuew Tiow. Sekali bila tengok JJCM, terdetik : "Nak ajak Yan pergi makanlah CKT ni.." Lagi teruja bila tengok alamat dekat Wangsa Maju je. Tak jauh dah!
Dan akhirnya.. berjaya juga sampai ke Gerai Char Kuew Tiow Botak ni.. Weeee..
Gerai ini terletak di Rampai Business Park. Landmarknya adalah Tangki air di kawasan kedai-kedai. Masuk je Rampai Business Park, boleh nampak deretan kedai. Saya dan kawan-kawan sampai selepas maghrib. Gerai CKT Botak ni lebih berkonsepkan Self-Services. Maksudnya, sampai je gerai, kena beratur nak order makanan. Tak ada orang yang nak datang ambil menu. Selain Char Kuew Tiow, kat sini boleh dapat Mi Udang dan juga Kuew Tiow Kerang.
Apa lagi? Sampai je, teruslah masuk barisan. Mujurlah masa tu barisan tak panjang lagi. CKT Botak dibuka bermula jam 5.00 petang. Rasa? Urmm.. daripada 5, saya bagi 3.5. Kenapa? Sebabnya CKT tu tak terasa sangat.. Urmm..rindu Char Kuew Tiow yang makan masa F5 kat maktab dulu.. Itu yang 5/5. Lengkap!.. CKT Botak kelihatan cair. Tapi, apa-apa pun..Puaslah juga sebab hasrat nak makan Char Kuew Tiow tercapai!.. Cuma, tak sampai tahap, hump! terbaik.. Hee.. Dan alhamdulillah, kenyang sudah..(^____^)
Next destination : Jalan Wangsa Melawati 3. Ada apa kat situ? stay tuned... Hehehe...
psssttt:: entrie tidak bergambar sebab tenet slowwww...
Tanda tanda mata sudah rabun !
1 day ago
1 comments:
entri ni kalo ade video kamu tgk makan dgn kwn, mest dh macm JJCM
kekekek
Post a Comment