WishList 2012

Monday, January 30, 2012



Seminggu bercuti.. tetiba bleh terlintas pasal WISHLIST.. Something i wish to get.. Someone.. Somewhere.. and all the some-some thing..

Ahaks.. Apa je ek WISHLIST untuk 2012 ni? Agak-agak 1 of them bleh dapat tak? ('o,')

1. Proton Saga FLX 1.6l
Perghhh... bile tengok rege ada dalam RM49,899 dalam erti kata lain about RM50,000.. fullamak... banyak tu nak kena kumpul duit ni..eheh...


2. Nikon 1 J1
Pink color is awesome.. Fire red pun ok juga.. Regenye dalam RM1,998 atau dibundarkan menjadi RM2,000.. Mahal juga woo.. tapi nice sebab bleh buat motion snapshot! Nak beli dslr macam professional sangat..ahaks..




3. Apple Ipad
ahaks.. sebelum ni teringin nak beli Asus Transformer.. tapi bila tengok-tengok balik, Dah alang-alang nak apa kata grab Apple Ipad tablet plak? Hohoho... Berapa ntah regenya?? Jom usha..err..start from $499? mean that around RM1200++??..okkkk..



4. Rumah sendiri
Owh.. yang ini wishlist jangka panjang.. Nak beli rumah sendiri. features: Double. Lot tepi sebab senang nak bercucuk tanam(ahaks). Dekat mana? Entahlah labu.. Jom kumpul duit dulu, pastu baru fikir nak cari rumah sendiri tu dekat mana..=D

5. Get married!
Ahaks.. gatai noo.. Ini pun wishlist jangka panjang. Al-maklumlah, jodoh tu kan rahsia ALLAH.. bila tengok sana sini kawan-kawan dah bertunang dan berkahwin, haruslah nak juga kan? kalau dah kahwin, bleh dok rumah sendiri. Dok rumah mentua pun tak kisahlah.. Janji ada dapur! Ahaks.. stress ooo dok asrama tak ada dapur tu.. Nak memasak pun serba kekurangan.. terus drop motivation nak memasak.. agaga.. Nak duduk rumah sewa, gaya tak brape nak secure sangat..=D.. Bukan nak pikat suami je melalui perut ok... Nak pikat mood sendiri supaya enjoy selalu pun harus melalui perut! Perut kenyang! hati pun suka! penyakit dapat dikurangkan..~merepek dah...

Ok2x.. setakat ni, baru 4 benda je yang terfikir dalam WISHLIST 2012. Bila nak dapat tu, Wallahualam... doa-doakanlah ye..=D



1 comments:

nur anis said...

saya pun teringin dekat nikon tu..hehe