Eksplorasi sekilas masa~

Monday, April 23, 2012


Khamis yang lepas, 19hb April..  Saya bawa my family except for my big sister, pergi PETROSAINS dekat KLCC tu. Ate, dah nak pergi KLCC sangatkan. Bawalah masuk PETROSAINS ni. Tiket? Berbeza mengikut had umur. Berbeza juga bagi pemegang mycard dan bukan pemegang mycard. Kalau ada student card, boleh dapat 15% discount. Haaa.. budak sekolah ada yang jadi pemegang kelab TAHA kan? Pun boleh dapat discount tu. Range harga tiket antara RM5.00 sehingga RM 18.00 kot.. dan free untuk warga emas. Above 55? tak ingat. 

Untuk keluarga saya, ada 3 orang dewasa (18 - 50) dan seorang remaja (13-17). Untuk remaja, harga tiket adalah RM10. Dan untuk dewasa pula RM15. Memandangkan saya dan adik ada student card, tiket kami hanyalah RM12.70. Potongan sebanyak 15%.

Harga tiket untuk masuk ke PETROSAINS

Ok.. tiket dah beli. tunggu apa lagi? Jomlah ber"explorasi"!. Bermula dengan menaiki gondola hitam untuk melalui Perjalanan Sekilas Masa atau bahasa omputihnya Dark Ride. Perjalanan Sekilas masa ini mengambil masa sekitar 4 minit. Dan sepanjang 4 minit ni, kita tak dibenarkan mengambil gambar dan menggunakan telefon bimbit. Dan sepanjang 4 minit ni juga kita akan ditemani dengan suara penyampai lipur lara.. ahaks..

Perjalanan bermula dari keadaan bumi yang ditemani hutan berlantara dan dinosour (epik) sehinggalah penerokaan manusia ke atas bumi dan lautan yang akhirnya menghasilkan aktiviti gali minyak!.. Macam merepek pula kan? Tapi kalau tak percaya, meh naik gondola hitam tu sendiri. Sampai dekat stesen apa ntah, gondola berhenti. Kita turun. Bermulalah ekslorasi tanpa lagi ditemani penyampai lipur lara itu..=D

Peta minda. Eh, salah! Peta laluan

Alang-alang dah bayor, moleklah kalau kita explore sampai habis. Eh, explore sampai lebam!. Mula-mula masuk, orang tak ada lagi.. Al-maklumlah, baru pukul 10.30-11.00 cenggitu. Apa yang boleh main, kita main. Apa yang kena baca, kita baca. Apa yang menarik, kita snap gambar. Tak tahulah jam dah pukul brapa, tetiba PETROSAINS ni bertukar menjadi PETROgarden.. Ahahaha... Banyaknya budak-budak!! Semuanya budak-budak tadika. Adalah juga rombongan sekolah menengah dan sekolah asrama.

Break the code

Dan kebetulan pula masa tu ada bengkel Matematik. Disebabkan abang-abang tu dok ajak juga masuk, i masuk je lah. Kalau tak masuk, nanti adik-adik pun tak mau masuk juga!. Bengkel matematik tu bertemakan "Breaking the code". Yang atas tu adalah reference code yang dipilih oleh pihak Petrosains. Kita pun boleh hasilkan reference code kita sendiri. Ala-ala buat secret code yang kita dan kawan kita je tahu. Dulu saya dengan kawan guna Braille as our secret code. Orang tengok mungkin ingat titik hitam apalah. Tapi, kitorang tahu!..

F1 car

Dan bermacam-macam lagi pameran berkaitan PETRONAS yang ada di situ. Kalau yang gila F1 bolehlah try simulator yang disediakan tu. Try berlumba di litar. =D. Dalam PETROSAINS ni, benda wajib yang kita kena tengok selain daripada formula one adalah stesen gali minyak itu sendiri. Nama pun Petrosains. Dari PETRONAS, mestilah tengok segala medium dan peralatan yang digunakan untuk menggali minyak. Tengok dan sentuh. Mungkin pengalaman di situ tidak sama dengan pengalaman sebenar, but berbaloi untuk mengetahui secara dasar.


Music.Art.Science

Last section adalah ruangan Music.Art.Science. Sains menghasilkan bunyi yang seterusnya menghasilkan susunan nada yang kita panggil musik. Sains juga menjadi dasar penciptaan kamera. yang seterusnya memberi impak kepada bidang seni. Everything around us relate with science. =D

Fuhhh.. tak hengatlah brapa jam dok dalam tu. Tapi yang pasti sempat jugalah menonton filem 3D dalam pawagam PETROSAINS tu. Siapa yang masuk PETROSAINS tu, jangan tengok kiri kanan je. Tengok juga atas bawah ye. Sebab tak semua diletak di kiri dan kanan je. End of journey, kena naik gondola hitam tu lagi. Kalau tak naik gondola hitam tu, tak keluarlah dari Petrosains tu jawabnya. One interesting part, dalam satu kawasan masa kita naik gondola hitam tu ada satu cahaya yang akan membuatkan benda-benda berwarna putih menjadi bercahaya. Ala-ala warna biru gitu. So sweet.. Dah macam glow in the dark je. hehehe..

Oklah.. nak sambung research. banyak lagi nak kena buat..=D.. Enjoy your day~ Happy monday!..




0 comments: