Showing posts with label nyata. Show all posts
Showing posts with label nyata. Show all posts

Tahniah Mentor! Dan Tahniah Mama Hanis!

Monday, June 11, 2012

Yeay!!!
Berakhir sudah Mentor 6. Siapa juaranya?? Tahniah buat ELLA dan CAROLLINE.. Hebakk tuuu.. Markah keseluruhan sebanyak 71 meletakkan ELLA dan protegenya sebagai juara musim ke-6 ini.. Lotssss of Tahniah!!.. Dan tahniah juga buat mereka yang turun mengundi!! Hahahaha... Ini komen tak berapa nak professional pula dari saya.. Wallawehhh...

1st, untuk Anas dengan Faizal Tahir. Masa separuh akhir hari tu, saya suka dengar lagu yang Anas bawa. Sebab boleh rasa. Kira orang kata, ada feel lah lagu yang dia sampaikan tu. Tapi untuk malam ni, feel tu tetap ada cuma terdengar serak-serak suaranya. Adakalanya pecah sikit. Mungkin sebab Anas tak sihat malam ni kan? So, not a big deal. Cumanya, lagu solo persembahan Anas yang terakhir tu, tak berapa nak sampailah.. Hehehe.... mungkin slow dan mendayu-dayu sangat so tak dapat catch up lirik lagunya.. Overall, dah terbaik tu.. Cuba u bagi mic dekat i, belum konfem ada pitching! =D

2nd, untuk Zatul dan Akak Ogy kita.. Saya suka. Sebab ada unsur drama yang diselitkan di situ. Kalau ada kategori persembahan terbaik malam ni, memang boleh menang kat Zatullah. Dan one more thing, sebutan Zatul jelas. Macam Ziana Zain. Hehehe.. Dan saya suka lagu solo Zatul.. "Kehidupan lalu bukan milikku", ke apantah ..lebih kurang begitulah.. Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan di sebalik lirik itu.. Tak pe2x nanti kita cari lagu tu. Eheh.. Overall, Zatul ada pakej untuk jadi seorang penghibur..Hahaha.. 

3rd, Carolline dengan Ella. Perghhhhh... memang mantap habis. no wonderlah dapat juara. Tapi, jujurya saya tak berapa nak tangkap sangat lagu solo Carolline tadi. Mungkin sebab lagu solo dia pun ala-ala mendayu gitu, jadi macam lambat sikit nak pick up lirik dia. And persembahan duet dengan Azlan Typewritter pun macam gempak. Arrangement baru pada lagu tu buatkan Carolline nampak mantop atas stage tadi.. Dan, tahniah buat Carolline dan Ella. Kerja kuat sungguh Carolline ni sampai pengsan-pengsan. Tapi, apa-apa pun dia dah pun dapat hasilnya.. Tahniah..tahniah.. tahniah..

Haaaa... dan tahniah juga buat seorang blogger kita ni. Tahniah di atas kelahiran baru itu. Kehadiran seorang cahaya mata yang sememangnya dinanti-nantikan mereka sekeluarga. Tahniah Kak Hanis, pemilik blog Hana Sakura. Selamat melahirkan akachannya tepat jam 5.41pm tadi (10.06.2012) di Sendai, Jepun. Akachan kak Hanis ni seberat 3.814kg. Selamat berpantang akak! Lepas ni cerita pasal akachan sokmolah dalam blog Hana Sakura tu ek.. heee.. Haaa... Nak tempek gambar akachan yang di"curi" dari fb Kak Hanis. Errrr...kak, itu waktu Malaysia ke, waktu jepun? eheh..


 



Akhirnya... Dia bertukar juga..

Wednesday, May 9, 2012

Wahhh.. boleh meroyan chek tengah-tengah hari rembang ni.. Sebelum ni buat tak reti je bila tengok kengkawan lain meroyan dek FB yang ditukar kepada timeline tanpa rela. Sekarang, amik kau! Dah kena tukar tanpa rela.. Huarggghhh... Eh, menangis ke macam tu? Macam menguap pula.. Wahahaha.. Pendek cerita, saya tak rela dia berubah jadi begitu.. Pening..Pening..Pening.. Tak reti chek nak guna pakai sistem timeline ini.. Adakah tanda-tanda yang suruh chek berhenti main FB dan fokus pada research? Weee....









Eksplorasi sekilas masa~

Monday, April 23, 2012


Khamis yang lepas, 19hb April..  Saya bawa my family except for my big sister, pergi PETROSAINS dekat KLCC tu. Ate, dah nak pergi KLCC sangatkan. Bawalah masuk PETROSAINS ni. Tiket? Berbeza mengikut had umur. Berbeza juga bagi pemegang mycard dan bukan pemegang mycard. Kalau ada student card, boleh dapat 15% discount. Haaa.. budak sekolah ada yang jadi pemegang kelab TAHA kan? Pun boleh dapat discount tu. Range harga tiket antara RM5.00 sehingga RM 18.00 kot.. dan free untuk warga emas. Above 55? tak ingat. 

Untuk keluarga saya, ada 3 orang dewasa (18 - 50) dan seorang remaja (13-17). Untuk remaja, harga tiket adalah RM10. Dan untuk dewasa pula RM15. Memandangkan saya dan adik ada student card, tiket kami hanyalah RM12.70. Potongan sebanyak 15%.

Harga tiket untuk masuk ke PETROSAINS

Ok.. tiket dah beli. tunggu apa lagi? Jomlah ber"explorasi"!. Bermula dengan menaiki gondola hitam untuk melalui Perjalanan Sekilas Masa atau bahasa omputihnya Dark Ride. Perjalanan Sekilas masa ini mengambil masa sekitar 4 minit. Dan sepanjang 4 minit ni, kita tak dibenarkan mengambil gambar dan menggunakan telefon bimbit. Dan sepanjang 4 minit ni juga kita akan ditemani dengan suara penyampai lipur lara.. ahaks..

Perjalanan bermula dari keadaan bumi yang ditemani hutan berlantara dan dinosour (epik) sehinggalah penerokaan manusia ke atas bumi dan lautan yang akhirnya menghasilkan aktiviti gali minyak!.. Macam merepek pula kan? Tapi kalau tak percaya, meh naik gondola hitam tu sendiri. Sampai dekat stesen apa ntah, gondola berhenti. Kita turun. Bermulalah ekslorasi tanpa lagi ditemani penyampai lipur lara itu..=D

Peta minda. Eh, salah! Peta laluan

Alang-alang dah bayor, moleklah kalau kita explore sampai habis. Eh, explore sampai lebam!. Mula-mula masuk, orang tak ada lagi.. Al-maklumlah, baru pukul 10.30-11.00 cenggitu. Apa yang boleh main, kita main. Apa yang kena baca, kita baca. Apa yang menarik, kita snap gambar. Tak tahulah jam dah pukul brapa, tetiba PETROSAINS ni bertukar menjadi PETROgarden.. Ahahaha... Banyaknya budak-budak!! Semuanya budak-budak tadika. Adalah juga rombongan sekolah menengah dan sekolah asrama.

Break the code

Dan kebetulan pula masa tu ada bengkel Matematik. Disebabkan abang-abang tu dok ajak juga masuk, i masuk je lah. Kalau tak masuk, nanti adik-adik pun tak mau masuk juga!. Bengkel matematik tu bertemakan "Breaking the code". Yang atas tu adalah reference code yang dipilih oleh pihak Petrosains. Kita pun boleh hasilkan reference code kita sendiri. Ala-ala buat secret code yang kita dan kawan kita je tahu. Dulu saya dengan kawan guna Braille as our secret code. Orang tengok mungkin ingat titik hitam apalah. Tapi, kitorang tahu!..

F1 car

Dan bermacam-macam lagi pameran berkaitan PETRONAS yang ada di situ. Kalau yang gila F1 bolehlah try simulator yang disediakan tu. Try berlumba di litar. =D. Dalam PETROSAINS ni, benda wajib yang kita kena tengok selain daripada formula one adalah stesen gali minyak itu sendiri. Nama pun Petrosains. Dari PETRONAS, mestilah tengok segala medium dan peralatan yang digunakan untuk menggali minyak. Tengok dan sentuh. Mungkin pengalaman di situ tidak sama dengan pengalaman sebenar, but berbaloi untuk mengetahui secara dasar.


Music.Art.Science

Last section adalah ruangan Music.Art.Science. Sains menghasilkan bunyi yang seterusnya menghasilkan susunan nada yang kita panggil musik. Sains juga menjadi dasar penciptaan kamera. yang seterusnya memberi impak kepada bidang seni. Everything around us relate with science. =D

Fuhhh.. tak hengatlah brapa jam dok dalam tu. Tapi yang pasti sempat jugalah menonton filem 3D dalam pawagam PETROSAINS tu. Siapa yang masuk PETROSAINS tu, jangan tengok kiri kanan je. Tengok juga atas bawah ye. Sebab tak semua diletak di kiri dan kanan je. End of journey, kena naik gondola hitam tu lagi. Kalau tak naik gondola hitam tu, tak keluarlah dari Petrosains tu jawabnya. One interesting part, dalam satu kawasan masa kita naik gondola hitam tu ada satu cahaya yang akan membuatkan benda-benda berwarna putih menjadi bercahaya. Ala-ala warna biru gitu. So sweet.. Dah macam glow in the dark je. hehehe..

Oklah.. nak sambung research. banyak lagi nak kena buat..=D.. Enjoy your day~ Happy monday!..




Seronok bila diajar..

Friday, April 20, 2012

Hajimemashite...

Assalamualaikum...

Seronok rasanya bila ada yang sudi mengajar walaupun perkara itu kita dah tahu lewat pembacaan-pembacaan yang dibuat. Seronoknya bila diajar one to one. Lebih dekat dan lebih faham. Meskipun agak sukar untuk difahami pada permulaannya dek ascent yang digunakan tapi bila cuba memahami... "Hait! Wakarimashite!"..


Selama ni memang belajar pasal neuroscience sendiri-sendiri. Maklumlah orang kata research ni kena banyak workout sendiri. Tapi since my background knowledge only about anatomical brain, it's quite difficult to really-really understand it!.  But then, today is difference. Saya bertemu seseorang yang sudi menerangkan dan mengajar apa yang saya tidak tahu selama ini. Mengajar apa yang saya tahu tapi tidak saya fahami. Jadi, hari ini sedikit sebanyak saya diajar untuk memahami apa yang telah saya baca dan dalami sebelum ini. Arigato ne~..

Ok.. mood cantik hari ni... Nak cari model otak ni sebiji. Boleh study secara 3D.. idaklah focus pada gambar 2D semata-mata.. eheh... Research oh research.. berdampinglah selalu denganku agar tak hilang di ingatan.. Tak luput dek minda.. Kekallah kamu-kamu sekalian di dalam memori jangka panjangku..

Konnichiwa minnasan~..



Tak mungkin....

Wednesday, April 11, 2012


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
Kau telah jauh
Jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba..
Tak mungkin kerana sayang..
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..
Kau telah jauh…
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus aku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali.
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika
Di minda kau menjelma kembali..
Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang-kala aku terkenang..
 
Assalamualaikum...
Dan selamat pagi.. Ohayou Gozaimasu~..
Lagu ni... Tak delah feveret sangat-sangat.. Cuma bila dengar tu... ahaks.. seolah-olah sedang menceritakan tentang diri sendiri.. Tak maulah taching-taching di pagi hari.. Hujan dekat luar membuatkan hari ini begitu sejuk... Rasa macammmm.....
 
Haaa.. apa lagi??? Rasa macam nak tarik selimut, tidur lagilah.. Hahaha...
Apa? Anak dara pemalaih?? Aih! ceit! mana ada malas.. pagi kot dah bangun.. tapi tak ada apa yang nak dibuat selain daripada membaca, membaca, membaca dan akhirnya..... tertido! Yeay! suka..suka..suka...
 
Hik hik hik.. Semalam terlayan dek perasaan sampai tak buleh nak tido.. Dua malam lepas cik mimie nanes-nanes ingatkan kawan-kawan... Malam tadi, saya yang hampir menangis teringat dekat member-member! Adeh.. Wednesday bluess kah? Pujuklah diri sampai tertido.. Kalau dulu, buka pintu bilik sendiri nampak bilik Aimie dengan siti.. Sekarang? Buka pintu bilik, nampak koridor panjang yang seghupa berhantu pula! Hohohoho...
 
Saya rindukan kamu.. dan kamu.. dan kamu.. dan kamu juga...
 



SNSD punya pasal....

Saturday, April 7, 2012



Cerita dah basi. Tapi tak kira, nak tulis juga. Nak! Nak! Nak!.. Sebelum ni ada tulis pasal Girls Generation dekat KLCC. Tapi, masa tulis entrie tu, belum terjah lagi KLCC. Keterujaan nak jumpa retis Korea telah membawa saya dan kawan sekampus menerjah KLCC elok je lepas asar. Ahaks.. Sebelum tu, awal-awal nak bagitahu yang kami pergi ke KLCC menggunakan kenderaan awam a.k.a PUTRA dan Touch n Go. Kenapa? Haaaa...panjang ceritanya..

Around 5.00pm, lepas solat Asar kitorang tunggu teksi depan kolej. Gilerlah kalau nak drive ke KLCC tu.. Mahu tempoh kesesakan lalu lintas je dekat Jalan Tun Razak dan apa ntah lagi jalan area Setapak tu. Dari kolej, ambil teksi ke stesen LRT Sri Rampai. Yang paling dekat lah tu. Touch n Go into the PUTRA. Tak sampai setengah jam, kitorang dah menjejak ke KLCC ni. Awal lagi kan? 

Kitorang pun pusing-pusinglah KLCC tu, konon-kononnya nak cari dekat mana sebenarnya pentas yang dimaksudkan itu. Tapi, yang kitorang jumpa hanyalah skrin besar dekat tengah-tengah tasik. Ooooookkkk.. Betul ke tidak SNSD datang Malaysia ni? Dekat satu sudut, adalah sekumpulan budak-budak remaja yang pada hemat saya peminat kipas susah mati(?), die hard fan(?) SNSD.. Pink gitu... Siap bawa gambar retis korea tu lagi.. Wa tabiklah sama korang-korang.. Kenapa? Sebab saya minat gitu-gitu je.. Idaklah sampai nak berabis untuk retis-retis tu..=D


Rupa-rupanya, pentas untuk SNSD berkonsert tu on the other side. Dekat dengan Dewan Philharmonik Petronas (?). Keluar je pintu KLCC tu....... Perghhhhh.... ribuan manusia. Pakat dah beratur nak masuk kawasan berbayar. Dari sisi pentas di luar lingkaran berbayor nampaklah sekumpulan wanita tengah dok nari-nari sambil sound check atas pentas tu.. Wohooo... Itukah mereka??? Tapiiii, aih malaslah eden nak bersesak, berebut semata-mata nak melihat.. Habis kang tersentuh sana sini. Dah nampak dari jauh pun jadilah. Konsert? Layan dekat skrin besar sudahlah. Ate, nak kena pergi solat maghrib dulu.. Karang kalau dah bersesak dan dengan jayanya dok depan-depan, kena juga berundur ke belakang untuk pergi solat.. Moleklah kalau bersolat dulu~..

KLCC hari tu sangat full.. Bukan ribuan tapi puluh ribu dah rasanya. Dekat Signature penuh. Dekat surau pun penuh beb! Sudahnya, bergegas ke Masjid As-Syakirin yang tak jauh dari KLCC tu. Konsert SNSD start lepas isyak. Elok sangatlah tu. Daripada pergi bersesak, layan jelah dekat Skrin besar tu. Awesome juga apa. Sedor diri tak bertiket.. Makanya, kita layan je apa yang ada... Yang tak boleh blah, dekat area depan skrin besar tu pun, manusia penuh! Ramai giler. Tapi layan~...

Satu je yang tak best! Bukan setakat sound system tak baguih. Visual Screen system(?) pun benar-benar menaikkan amarah! Hikhikhik.. Tahulah kami ni penonton di kawasan public area a.k.a free access area, tapi agak-agaklah.. Tengah-tengah SNSD nyanyi joget-joget tu, boleh pula tayang gambaq KLCC dekat skrin tu.. Mahu hangin kitorang! Setakat KLCC tu, kalih belakang dah nampak!..

Lebih kurang setengah jam jugalah Girls Generation nyanyi joget-joget atas pentas tu.. Antara lagu yang diorang nyanyi dan joget-joget :- The Boyz, Genie and Mr.Taxi and Hoot~.. Habis je persembahan SNSD, semua angkat punggung blah beb! Hahaha.. Meskipun lepas tu masih ada persembahan artis omputih. Masa nak balik ni lagilah tak boleh blah..

Kan dah kata tadi, kitorang naik pengangkutan awam a.k.a PUTRA. on da way nak ke stesen LRT KLCC yang underground tu, terpaksa tempoh kesesakan umat manusia! Adooi! Tengok konsert tak adalah bersesak pun.. Nak balik pula yang penuh sesak. Dahlah jalan underground tu bertutup tiada saluran udara. Manusia pula dah macam sardin dalam tin! Penuh!. Panas! Tersangkut pula dalam laluan underground tu!..

Mujurlah pakai Touch n Go kan?? Selit dekat tepi-tepi tu, dan akhirnya berjaya juga tembus ke train. Sesak sebab orang nak membeli token!.. Aigoooo.... Tapi, overall enjoy the concert.. Berbaloilah kan sebab tengok percuma. Kalau nak tengok face to face dekat-dekat, kenalah melabur beli tiket.... Errr.. may be next time? Super Junior? Hik hik hik..

Cerita dah basi tapi masih segar di ingatan. Sebab!!!! Nak tengok SNSD punya pasal, sampai terperangkap di laluan bawah tanah menuju ke stesen LRT KLCC..ahaks..~

Isy..isy..isy..  

 



It's nice to be home~

Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum....

Urmmm.... hari ni bersiaran dari Aloq Staq. Kampung halaman. Bercuti seketika dari workload yang bertimbun. "Seketika" mengikut kamus hidup saya. Pastinya tak sama dengan kamu-kamu bukan? Masuk hari ni, maknanya dah 5 hari dok kat rumah bersama keluarga. Stress sambung belajar? Bohonglah kalau jawab tidak kan? Tapi, yang lebih stress adalah makan makanan luar a.k.a kedai! Ahaks.. Bila stress asyik makan makanan kedai je, bertambahlah stress bila hadap journal, paper dan software. Terus mental BREAKDOWN. 

Bukankah pemakanan mampu mempengaruhi mood seseorang?? AHaks.. Inilah realiti hidup.. 

Dulu masa undergrad ok je dok 3-4 bulan baru balik rumah, sekarang dah tak boleh?

Aha.. itulah yang orang tak tahu.. Hipotesis untuk malam ni..
Semakin bertambah usia, semakin melonjak-lonjak rasa nak berada dekat dengan keluarga. Sebab tu lah, sebulan sekali, harus! Wajib! balik rumah!.. Nak RECHARGE segala benda yang boleh recharge. Recharge minda. Recharge fizikal. Recharge mood. Recharge perasaan.. hahaha... Tapi ingat! Recharge je! Jangan sampai terFORMAT pula... haru nak INSTALL balik knowledge yang dah terkumpul tu. Mahu ambil masa yang panjang juga tu.

Bercuti. Bukan sekadar RECHARGE yang perlu.. Tapi, SCAN dan REFRESH juga mana-mana yang memerlukan. DELETE segala rasa malas, stress dan semua yang berunsur negatif. PERLU! Dah selesai, jangan lupa UPDATE semua perkara berunsurkan positif dan penuhkan HARDISK dengan bekalan positif untuk sebulan dua yang seterusnya. 

Dah alang-alang bercuti ni, check juga RECYCLE BIN hidup. Yelah.. Mana yang betul-betul tak perlu, RIGHT CLICK + DELETE. Dan mana-mana yang rasa ada kepentingan lagi untuk masa hadapan, RESTORE ITEMS. Simpan dulu. Manalah tahu kan, tiba-tiba diperlukan..

Hari ni buka email. Terkezut eden! Workload menanti! Mujur tak OFFLINE seminggu, kalau tak ada juga yang pengsan! Tak pe..tak pe.. Inhale! Exhale... Workload yang menanti akan diselesaikan satu persatu bila kembali semula nanti. 

Blog apa cer? 

Fuhhh... dah tak ada cer... walaupun cer nya banyak, tapi masa mencemburui lebih dari kekasih.. AHaks.. Tak beroleh masa lapang untuk mencuri taip-taip entrie.. Nak blogwalking? Lagilah tak sempat. Dahulukan yang lebih utama. Itu yang sepatutnya kan? Blogging just part time.. Banyak perkara yang nak distorykan.. Tapi... Aisy! sabaq ajelah...

Study lebih penting. MATLAMAT kena achieved!

And up to all, it's nice to be home~ at least once a month..

p/s: Hujung bulan ni tak dapat nak balik rumah lagi.. Ada Evaluation Stage 1. Mohon doa ye kawan-kawan.. Semoga dipermudahkan urusan menyambung pelajaran di peringkat phd ini...=D



Demam Korea lagi???

Wednesday, January 4, 2012

Hohohohohooooooo.......

Apsallah dua tiga menjak ni dok mengarang benda pelik-pelik ni? Aisyh.. stop it! Baik...

Haaa... Dulu layan Khuntoria kan? Sekarang kita layan Teukso pula.. Running Man? Isy, layan lagi beb.. Tapi Teukso macam lagi menarik je.. Lucu.. Romantik habis.. Agagaga... and cute!.. Seharian ngadap journal dekat lab(?).. Bila balik bilik haruslah mencari sesuatu yang tak berapa berat untuk fikiran kan? Nak baca buku..dah lama tak shopping buku.. Ongkos tak masyuk lagi.. Dalam erti kata lain, dekat bilik tak ada buku.. Terbaik!!!.....


Teukso? Lee Teuk and Kang So Ra... So Ra shii....
Sambil-sambil layan variety show We Got Married ni, sambil-sambil tu belajarlah juga bahasa Korea tu..Fail punya budakkan? Bukan nak belajar-belajar tengok cerita omputih sekaligus blajar bahasa orang putih tu.. Tapi nak juga ngadap cerita korea cenggitu.. Entah! Honestly, saya tak suka sebenarnya belajar bahasa Inggeris. Terpaksa. Yolah. Dah namanya dalam kurikulum pelajaran kat Malaysia ni kena belajar bahasa Inggeris kan? Wajib. Takkan nak fail sebab bahasa inggeris? Tapi memanjang tak dapat straight A sebab ada subjek bahasa Inggeris ni.. Eh, melalut sudah...


Lee Teuk shii ni ketua kumpula Super Junior. Ok! Sebetulnya, tak pernah suka pun Super Junior atau SuJu ni.. tapi bila tengok WGM Teukso, macam tertarik pula. (-o,^)".  Kecomelan mereka berdua membuatkan kita yang menonton tak kering gusi.. Melekakan? Terpulang pada individu itu sendiri.. Kalau kamu lekakan ia, maka melekakanlah benda ni.. Kalau take it as hiburan waktu lapang, maka terhiburlah kamu tanpa melekakan masa kamu.. betul tak??

Isy, tak sabaq nak tunggu next episode.. Mereka dapat ghumah!!..Hehehe... layannnn



Oyasumiiiiii....

Thursday, December 8, 2011




Aigoooo...
That's why i said, Sleep first!!.. Heee

Saya tak brape sabarlah nak menunggu ni.. Kalau ada rezeki, adalah.. Kalau tiada, bas dengan keretapi pun banyak.. Dah dok tengah KL ni tiada apa yang nak dirisaukan.. Sebab tak perlu transit memana untuk sampai ke kampung halaman..(",)

Oyasumi~




Pemimpin yang Sebenar ATAU sekadar Pak Turut???

Sunday, October 18, 2009

"Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan? bagaimana seorang pemimpin itu dilahirkan di kalangan ribuan manusia? di mana bezanya seorang pemimpin dan seorang pengikut? bagaimana pula definisi yang boleh diberi bagi membezakan antara pemimpin yang sebenar dan pemimpin sekadar Pak Turut?"

Acapkali pertanyaan ini muncul di kotak fikiran saya. puas juga memikirkan sehingga sampai saatnya seakan mahu melepaskan segalanya. bagaimana hati ingin berbicara andai bibir gagal mengungkapkannya? bagaimana mungkin penjelasan diperoleh andai emosi sentiasa menguasai fikiran? layakkah saya digelar seorang pemimpin? tidak betah mempertahankan pendirian sendiri? sering gugup saat ingin mempertahankan diri. susahnya.

entah dimana silapnya, saya semakin jauh dengan barisan pimpinan kolej yang saya sertai. entah dimana silapnya, semangat yang ada seakan pudar ditongkah arus masa. entah dimana silapnya, kepimpinan itu bukan lagi diam di hati saya. entah di mana silapnya, saya seakan telah melepaskan segalanya.

Kepimpinan = Profesional?
Sejauh mana kebenarannya?
dan selebar mana praktikalnya kedua perkara ini di dunia realiti?
saat melangkah kaki ke kem pembentukan pimpinan kolej, saya dan teman-teman yang lain seringkali ditadahkan dengan ungkapan "profesionalisme". tapi setelah hampir setahun berlalu, bukan profesionalisme yang saya lihat. tapi sekadar keputusan berdasarkan hieraki kepimpinan.

satu demi satu lembar kecacatan mula terserlah. Profesionalisme hanya tinggal nama. pemimpin yang lahir bukan lagi pemimpin yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. tetapi pemimpin yang lahir kini tidak ubah seperti Pak Turut. erti kata lain, tidak ubah seperti boneka atau patung kertas yang pergerakkannya dikawal di sebalik layar. perlantikan tidak lagi berdasarkan sifat kepimpinan yang lahir dari diri insan-insan itu sebaliknya perlantikan lebih berdasarkan kesukaan dan keselesaan insan tersebut dengan mereka yang melantik. bagi yang sering mengampu, jawatan pasti sah milik mereka. bagi yang cuba menegakkan pendirian sendiri, tiada tempat buat mereka.

Saya terkilan. sangat terkilan. sehingga ke penghujung pimpinan, permainan sebuah sistem kepimpinan masih berterusan. perkara ini saya tahu lewat penceritaan teman-teman yang terkena tempiasnya. mana yang salah harap diperbetulkan.

" Di akhir kepimpinan sesi kami, sepatutnya kami menganjurkan satu PROGRAM akhir yakni PROGRAM PENUTUP. pengarah telah dilantik. barisan AJK telah dipilih. perbincangan telah dibuat. namun, masalah kewangan seakan menjadi penghalang.

entah dimana rasionalnya resolusi ini dipilih. tanpa ada rasa ehsan, serta merta jawatan pengarah itu terlucut tanpa amaran. Program yang dirancang diserahkan pada insan lain di bawah label "TASK UNTUK PESERTA YANG PERGI KE KEM KEPIMPINAN AKAN DATANG"

Wujud pula jawatan penasihat. untuk apa ya??? Dimana Hak kami sebagai kepimpinan yang dilantik. Jawatan masih dipikul kenapa perlu program akhir ini menjadi sebegitu? tidak dinafikan walaupun yang melaksanakan masih ada seorang dua barisan pimpinan sedia ada, namun sensitiviti masih tercalar.

Dari seorang teman yang lain pula, saya mendapat tahu, mereka-mereka yang duduk di bawah label yang saya maksudkan di awal bicara tadi juga melakukannya dalam keterpaksaan. mungkin mereka akan terus dibonekakan demi mencapai kepentingan sesuatu individu?ini bukanlah peristiwa yang pertama. walaupun terdapat perkara yang tidak berlaku betul-betul di depan mata, tempiasnya tetap terasa. mengenali kawan-kawan yang menyampaikan, kepercayaan saya tetap pada mereka.

andai kepimpinan terus dibonekakan, wajarlah kiranya pemimpin itu tidak dilahirkan. lahirnya pemimpin sebegitu hanya akan mendatangkan mudarat pada masa akan datang. bukan bermaksud untuk menentang. tetapi setiap kita punya pandangan dan buah fikiran sendiri. mungkin mereka punya rasional. tapi apa yang berlaku tidak seperti yang diungkapkan dan di slogankan..