Kau dan aku

Wednesday, May 23, 2012



Kita pernah berada di jalan yang sama..
Kau dan aku..
Kita melangkah seiring sambil tersenyum..
Kita merakam setiap memori sambil bergelak tawa dengan riang..
Bersama kita mengatur langkah..
Tanpa aku sedar,
aku ingin terus melangkah di jalan itu..
Kau dan aku...
Bersama melangkah hari ini, esok mahupun akan datang..
Sungguh!
aku terlupa jalan itu tidak selalu lurus dan satu..
Jalan itu bersimpang..

Sehinggalah kita sampai di sebuah persimpangan..
Kau terus melangkah..
Langsung tidak memandang ke arahku..
Langsung tidak menitip pesanan buatku..
Langsung tidak meninggalkan kata putus buatku..
Membuatkan aku terkesima di persimpangan itu...

Saat aku tersedar,
kau telah pun melangkah jauh ke depan..
Mengikut jalan yang kau pilih..
Dan aku?
Seperti kau yang melangkah tanpa memandang,
begitulah juga yang ingin aku lakukan...
Jalan yang terbentang di hadapanku masih panjang..
Aku tinggalkan segala kisah kita, kenangan kita..
Aku tinggalkan di persimpangan ini..
Aku ingin melangkah..
Dan aku tidak mengharap untuk berpatah kembali..
Andai kau melangkah ke jalan itu,
maka aku akan melalui jalan yang kau tinggalkan..
Kerana aku yakin, itulah jalan yang di aturkan buat aku..

-The road not taken-

p/s: Sara seorang gadis yang kuat. Tak mudah patah semangat. Tak mudah kecewa jatuh terduduk. Tak mudah menangis sehingga memudaratkan diri sendiri.. Sara seorang gadis yang cekal, tabah dan bersemangat. Tak mudah berhenti di persimpangan. Tak mudah alpa dalam kenangan dan memori..
Setiap yang berlaku hanyalah sebahagian dari kenangan yang mematangkan diri. Teruskan melangkah Sara, kerana ada SESUATU yang menanti kamu di hadapan sana..
Be Strong and always SMILE..=D
 




1 comments:

Wan Muhammad Aizat said...

aku ikot jalan g kuantan..nk wat cmne..keje..hahahha.. =p