Gunung Jerai ditutup?

Wednesday, May 30, 2012


Whatttt???
Heee.. saja bikin gempaq.. Mana ada Gunung Jerai ditutup. Ditutupi awan adalah. Adoyai.. Tapi.... Yang sebenaqnya, buat masa ni jalan menuju ke puncak Gunung Jerai ditutup bagi semua jenis kenderaan. Tak percaya? Nah tengok!


Haaaa... amacam? dah percaya sekarang? Tapi itu bukanlah bermakna anda tidak boleh sampai ke puncak. Nehi khabi nehhi.. Sebuah van mengangkut disediakan untuk membawa anda ke puncak sana..

Apa dia? Kenapa van boleh naik?
Sebetulnya, berlaku tanah runtuh di sana. Menurut Pak cik saya yang pergi melawat tapak kejadian, Tanah runtuh tu tebing kiri jalan ni ha.. Mungkin disebabkan aliran air bawah tanah. Jadi, kalau kenderaan 4 roda dok pi mai-pi mai tang tu, dikhuatiri memudaratkan mereka sendiri. Kang jadi mangsa tanah runtuh, sapa nak jawab??? Tak ke haru! Jadi, mencegah lebih baik daripada mengubati..

Tapi... still boleh naik ke puncak.. Dengan beberapa cara:
1. Naik Van yang disediakan pihak regency hotel gunung jerai tu. Bayaqlah. Tapi tak tahu berapa. Dari bawah sampai separuh perjalanan, naik van A. Sampai dekat tempat kejadian, tukar van B pula. Hanya dua buah van ini sahaja yang dibenarkan beroperasi..
2. Tak pun, naiklah kenderaan 2 roda. Beskal kah, motosikal kah? Apo-apo ajalah.. Janji ada dua roda. Kereta lembu dengan kereta kuda tak dikira. sebab dia ada roda dan kaki menjadikannya enam roda! hahaha..
3. Jogginglah beb. Apa susah? Badan sihat, otak cergas. Pak Cik saya kata, tak jauh.. Dalam 12km jer..
4. Drivelah kenderaan sendiri.. TAPI, kalau jadi mangsa tanah runtuh jangan dok bising-bising! Orang dah khabor tak mau dengaq cakap!.. Heee...

Penutupan jalan sehingga diberitahu kelak!..




1 comments:

Anonymous said...

err2.. bukan gunung jerai tu dh jual pada pihak hotel yg operasi atas tu ke?
pasal tu hanya pelangan hotel tu ja boleh naik atas tu.. tanah runtuh tu sebagai alasan sahaja..