Hahahahaha... Kelakar je rasa.. Bak kata Hidayah Naqiah, ada 'budak kecik' dalam diri setiap dari kita. And you know what? Budak kecik tu tengah membentak sekarang.. Habis jampi serapah sumpah setia semuanya dia nak hambuq. Klakar habaq hang! Nasib baik 'budak besaq' yang cukup akal dan kewarasan ni mengawal. Kalau tak, aih.. mahu hilang segala tatasusila ketimuran yang cukup dijaga selama ini. Saya! Saya tak suka mencarut. Apatah lagi menyumpah. Dan pada saya, itu semua perkataan negatif dan saya takkan biar diri saya dipengaruhi dengan perkataan negatif.
Oh, ye! pasal 'budak kecik' tu? Urmmm... 'budak kecik' tu membentak sebab dia rasa tertipu. Hahaha.. Itulah, 'budak besaq' ni dah khabor, tak payahlah nak serius setia sangat. Dah jadi macam ni, kan tak terkawal 'budak besaq' nak slow down kan mood 'budak kecik' tu. Aigoooo.. Sebelum ni 'budak besaq' ada tanya buddy dia. Kenapa buddy dia tu giler benci dengan one person yang pada dia dah break janji. Masa tu 'budak besaq' memang baguih. Macam mana giler benci buddy tu pada person yang break janji tu, 'budak besaq' ni tetap harapkan yang buddy dia akan maafkan orang tu.. Tapi, hari ni 'budak kecik' ni pula yang macam sedar sesuatu. 'Budak kecik' tu benci juga pada orang itu. Eh, bukan benci pada orang yang buddy dia benci. Tak..tak.. tak ada kaitan pun.. 'Budak kecik' tengah membentak. Marah. Sebabbbbbb.... haaa... ini yang 'budak kecik' nak menyumpah ni.. Mujur 'budak besaq' tahan..
Eh, 'budak besaq' bagi entrie ni dekat 'budak kecik' je lah. Biar terlerai segala yang terbuku. Jadi, entrie hari ni kerja 'budak kecik'. 'Budak besaq' nak tidoq dulu sebab 'budak besaq' kata dia redha dengan perancangan ALLAH. Haa.. inilah yang terbuku dalam 'budak kecik' tu. Dulu, 'budak kecik' dan 'budak besaq' ni selalu seiring dan sekata. Cuma satu je yang tak seiring. Bila berdepan dengan ungkapan I LOVE YOU, NOW, FUTURE and FOREVER. 'Budak besaq' selalu pesan, jangan care sangat dengan ungkapan tu. Sebab sekolah, monyet je semua tu. Tapi berbeza pula dengan 'budak kecik' ni. Konon 1st timelah dengaq. Terus 'budak kecik' declare setia sampai tak tahu bila. Akibatnya, 'budak kecik' dengan 'budak besaq' jadi tak seiring dan sejalan. seindah bunga di tamannn...
Bagi 'budak besaq', masa depan dia lagi penting. Apa yang dia nak, dia kena dapatkan. Kecuali C.I.N.T.A. Sebab 'budak besaq' ni selalu leka dengan akademik dan aktiviti jimba bersama kawan-kawannya. Tapi tidak 'budak kecik' ni. Pantang 'budak besaq' dok rehat-rehatkan minda, terus je 'budak kecik' ni datang cucuk-cucuk pasal cinta monyet dia. Ngok ngek kan 'budak kecik' ni. Tak boleh tengok 'budak besaq' relax sket! Sampailah one fine day.......
Seronok giler 'budak kecik' tu sebab ber'temu' semula dengan dia. Hahaha... 'Budak besaq' dok gelak je.. Siap pesan lagi... Jangan taruh harapan yang tinggi. Don't expect something high!.. Tapi, 'budak kecik' ni mana jenis makan saman. Dia punya teruja tu, sampai kiri kanan umat manusia ikut teruja. Tapi..... 10 bulan kemudian, memang terduduklah 'budak kecik' tu bila dapat tahu kebenaran. 'Budak besaq' ketawa melihat, 'budak kecik' menangis terkesima. Kan dah pesssannn dulu. Don't expect something high. Now you gain something unexpected! Haaa... Padan muka 'budak kecik'. Tapi yang nak menyumpahnya, apsallah 10 bulan yang lalu ko tak bagi tahu? Bohonglah kalau masa tu belum ada apa-apa perancangan untuk 10 bulan ni. Walaupun hanya YM, bukan susah pun kan nak bagitahu? Zaman dah moden beb! Ada telefon boleh SMS kalau tak nak call. Tak pun tinggal je message kat FB tu bagitahu. Perlu ke 'budak kecik' ni tahu dari orang lain? Apa yang kau takutkan? Takut 'budak kecik' ni kecewa? Damn!. At the time i know about it from others, lagi aku kecewa. Kau tahu!. Eh, bukan. Bukan sekadar kecewa. Tapi, 'budak kecik' ni dah benci giler-giler dekat kau. Benci sebab 'budak kecik' tu tahu daripada orang lain, bukan dari kau sendiri. Dan bertambah benci, sebab kau ada all the source yang boleh contact 'budak kecik' ni and tell the truth..
Eh, eh.. slow down 'budak kecik'. Behave yourself! Macam yang 'budak besaq' habaq dekat buddy dia, "Let's Forgive and forget!". 'Budak kecik' baikkan? I ask you to forgive sebab besar pahalanya orang yang memaafkan orang lain. And i ask you to forget sebab dengan cara itu your hati/liver don't feel any pain. You know why 'budak kecik'? When you can't forget, your hati/liver will feel the pain. and without any reason, you'll cry. And for what reason you nak membazirkan air mata you for that kind of person? Now 'budak kecik', be strong. Kuat seperti 'budak besaq' and cry because of ALLAH. Sekarang, pimpin tangan 'budak besaq' dan kita melangkah bersama-sama. Bantu 'budak besaq' capai cita-cita dia ok!.. Sekarang, belajaq dekat UTM, lagi 3-4 tahun insyaALLAH bakal mengajaq dekat UTM pula. So, 'budak kecik' tolong 'budak besaq' capai perkara itu ye..~
That's the end of the story of Dr.Jeckyll and Mr.Hide.
Semua orang pernah melaluinya tapi mungkin berbeza situasi dan keadaan. Apa-apa pun kita pilih yang terbaik untuk diri kita. Jangan biarkan anasir negatif mendominasi pemikiran dan penilaian kita..=D
0 comments:
Post a Comment