Seminar Fiqh sains dan Teknologi 2012

Monday, May 21, 2012


Alhamdulillah.. Selesai sudah seminar sehari di UTM JB. Kalau nak tahu, seminar ni sebahagian daripada markah untuk subjek falsafah kitorang. About 40%? Banyakkan? Jadi, haruslah bermusafir jauh ke selatan untuk memenuhi kredit subjek tersebut. Saya dan rakan sekelas naik bas UTM je. Bermusafir secara berjemaah. Afdal sket kan? hehehe.. Ikut tentatif, seminar diadakan selama dua hari. kitorang pun ada submit paper untuk present dalam seminar tu. Tapi, since kitorang the one and only students yang kena turun ke JB dari KL, kami semua hanya attend seminar satu hari sahaja. Bertolak pagi, petang balik KL semula.. Long journey~


Ikut perancangan awal, sepatutnya bertolak ke JB tepat jam 5 pagi. Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Dan disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, kami bertolak usai solat subuh di Masjid UTM KL.. Wee.. around 6++ jugalah. Mata dah ngantok ooo... Tido pukul 10pm, bangun pukul 3.45am untuk mandi, bersiap bagai.. Dalam bas, lolap lah jawabnya.. hehehe..

Kalau tak salah, kitorang sampai ke UTM JB sekitar jam 10.00++. Masa tu tengah keynote untuk seminar tu. Sampai je Fakulti Tamadun Islam, pergilah ke meja yang dikhaskan untuk mahasiswa UTM KL mendaftar. Bayaran adalah sebanyak RM50.. Waaaa...sampai JB dah kena keluarkan duit.. adoi!.. Dapatlah paper beg sorang satu. Dalam paper bag tu ada kertas putih, pen, notepad dan juga tentatif seminar. Lepas mendaftar, ambil makanan. menu breakfast pagi itu adalah nasi lemak + sambal udang. Lepas makan, rehat jap.. eheh.. baslag. lama sangat dok dalam bas..


Presentation bermula jam 11.00pg. Ada beberapa bilik dan dewan digunakan untuk seminar ini. Kumpulan kitorang kena present paper untuk sesi ketiga. Lepas zohor. So, pagi tu rehat-rehat sambil dengar paper presentation from others. Paper yang kami submit untuk seminar ini bertajuk "Jenayah Siber: Cabaran dan implikasinya terhadap masyarakat". Eheh.. Ari tu kupas buku dalam kelas tajuk Jenayah Penderaan Kanak-Kanak. Kali ni present paper tajuk Jenayah Siber pula. Everything pasal jenayah!. Hahaha..

Setiap kumpulan perlu hantar wakil untuk present paper. and since kitorang berempat ni dah "mental breakdown" siapkan proposal report untuk proposal defense, makanya perlulah meminta Eqen membuat persiapan untuk present the paper. Ehehe.. Dasat ooo.. minggu lepas memang sangat hectic!.. Selesai present, Q&A pun tak ada soalan.. Sekitar jam 3.00++ kitorang mengundur diri dari Dewan Al-Marbawiy tu. Nak solat dan rehat dan jumpa kawan. Kitorang bertiga je yang mengundur diri.. Hehehe.. Saya, Yan dan Nisa. Terlepas pandang K.ena. Tapi tak risau, k.ena ada ramai junior di sana..hehehe..

G lepak bilik Q. mandi, solat siap tukor baju. Yan dengan Nisa dah selamat tido. Terlelap langsung. Lepas asar, saya dan Q pergi bilik siti.. nak bersembang dengan siti.. heee.. Dok sembang-sembang, tak sedor masa berlalu begitu pantas. Dah kena berkumpul. Tinggallah bumi UTM JB lagi..

Sebelum naik bas, sempat snap gambar dekat banner!.. hee.. K.ena tiada dalam gambar sebab dia bersama junior-juniornya. Kami gerak pulang dari UTM JB sekitar jam 5.45petang.. Sampai bilik di KL sekitar pukul 10.30++.. Fuhhh, badan penat! Semuanya penat!.. Haaa! ada sesuatu yang berlaku dekat RnR air keroh. Nanti kalau ingat saya cerita lagi.. eheh..~
 

me, yan, Nisa dan Eqen..~

Adios~





0 comments: