6.30am selamat sampai di KSJ. "rumah" sepanjang menuntut di Kuala Lumpur. Penat? Tak payah nak cerita memang penat. Kalau naik flight 7-8 jam, mahu jetlag. Ini, saya panggil buslag. Err..adakah? Jalan dari Kota Bharu sampai Kuala Lumpur tak adalah seindah menggunakan lebuhraya utara-selatan yang memang straight to the point. Dalam waktu begini pun, yang sepatutnya fokus pada penulisan paper tapi mula beralih arah dan curang ke sini. Terasa-rasa dipanggil untuk berkongsi kisah 5 hari 4 malam. Kisah dongengan anak-anak kecil. Kisah pengembaraan mencari ilmu. Kisah bermusafir ke negeri orang. Kisah yang penuh pelbagai kisah.
6.30am, cuti umum yang dirai riang gembira sebab dapat berehat sepenuhnya. Hari pekerja sedang hakikat diri masih belajar. Tak apa. Istilah cuti sentiasa ada yang yang belajar. Nak bercerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Mungkin berdongengan tentang apa yang sedang disibukkan kini. Menulis. Salah! Lebih kepada menaip. Mengerah minda dan otak bagi menghasilkan seribu satu ayat. menyusun indah. supaya sampai isi yang hendak disampaikan. Tak mudah. Tapi bukanlah mustahil.
Kembali pada kisah asal. Kelantan. Thanks for being good to me. Tapi, kalau lepas ni kena turun ke lapangan lagi, memang cepat-cepat booking tiket keretapi tanah melayu yang boleh tidur-tidur tu. Tak nak lagi duduk dekat hotel yang kononya bajet tapi ala-ala kedekut je. Selimut nipis, lampu utama tak menyala. Julung kalinya tidur hotel tutup aircond. sangat tidak menarik bukan. tapi, itu pengalaman pertama. Manalah tahu sebegitu rupa bajetnya. Mujur memang betul-betul depat hospital. jadi saya maafkan. 5 hari 4 malam. 2 malam tidur atas bas, 2 malam tidur dalam hotel. Ini antara alasan kukuh kenapa bila balik bercuti dengan perjalanan 6-8 jam, saya akan ambil cuti yang panjang.
Oh, cukuplah setakat ini. Umat manusia, jangan asyik sibuk nak berbalah. Apa kata cari pula ruang dan peluang untuk membuktikan kesatuan ummah. Jangan asyik nak menyalahkan sesama islam kerana jelas kelihatan rapuhnya kekuatan kita. Jangan asyik nak mencaci cerca sebab yang pasti itu bukan yang dianjurkan islam. Dan paling penting, jangan mengikut membuta tuli sebab akal diberi untuk berfikir bukan untuk jadi seperti keldai. Selamat petang Rabu!
0 comments:
Post a Comment