Jangan takut untuk melangkah

Wednesday, May 9, 2012

Tahniah!! Omedetou!!
Semalam, kelmarin.. Keputusan kemasukan ke IPTA telah diumumkan kan? Wahhh... Kepada adik-adik yang mendapat tempat di IPTA-IPTA seluruh Malaysia, tahniah saya ucapkan. Terimbau kenangan lalu. Begitu cepat masa berlalu kan? Tak kiralah apa jua jurusan yang ditawarkan pada anda, baik asasi, matrikulasi mahupun diploma, sekalung tahniah saya ucapkan. Bermulalah langkah baru dalam hidup anda. Ingat! Jangan takut untuk melangkah

Mana satu yang lebih baik? Asasi? Matrikulasi? atau Diploma? Jujur saya katakan semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Mana satu yang lebih susah? senang? Ask yourself first. Kalau senang, tak dinamakan menuntut ilmu dik. Tapi, in this real world nothing is easy BUT just remember that nothing is impossible. Selagi kita yakin pada diri. Percaya dengan kemampuan diri kita, everything look soooo possible to achieve. 

Dengan kepercayaan pada diri, dan keyakinan yang diberi emak dan abah itulah yang membuatkan saya melangkah dan terus melangkah. Dan sekali saya melangkah ke hadapan, saya akan pastikan tiada lagi istilah U-turn dalam hidup saya. Just move forward. Ada masa saya rasa down, lemah sangat. Tapi saya tetap enggan melakukan U-turn. Apa yang termampu saya lakukan, just follow the flow because one fine day saya percaya saya mampu berada jauh ke hadapan dan lebih pantas dari flow yang saya ikuti. Dan saya percaya adik-adik di luar sana juga mampu melakukannya.

Bersyukur dengan tawaran yang diterima. Kerana di luar sana ada lebih ramai kawan-kawan kita yang kurang bernasib baik. Masih tergapai-gapai. Masih berusaha membuat rayuan. Jadi jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan pada kita.=D. Yakin dengan perancangan ALLAH. sebab DIA lebih tahu apa yang kita perlukan.

Jadi, adik-adik.. dah buat segala persiapan yang diperlukan? Dah cetak segala dokumen yang diperlukan? Selesaikan semuanya segera. Jangan buat di akhir waktu. Takut ada yang terkejar-kejar nanti.

Mak, ayah, bapak, ibu.. Restuilah pilihan anak-anak. Restuilah langkah mereka. Izinkan mereka melangkah. Langkah mereka bukan untuk sesiapa. Tapi untuk masa depan mereka juga. Jangan samakan kehidupan masa lalu sama dengan kehidupan mendatang yang bakal ditempuh anak-anak. Kerana kehidupan mendatang jauh lebih mencabar berbanding zaman lalu. Hidup jangan melihat pada hasil yang singkat, tapi pandanglah jauh ke hadapan. Kerana hasil yang menanti jauh lebih "lumayan".

Selamat mendaftar masuk ke Matrikulasi, IPTA dan ASASI buat adik-adik lepasan SPM di luar sana. Ingat! Jangan pernah berhenti melangkah! Ganbatte ne~
 



0 comments: