NILAI 3 + AJL27 = -_-"

Sunday, January 6, 2013

Fuhhhh...hari ni panas sungguh kan? Saya pergi nilai 3 temankan kawan yang nak belikan barang-barang kahwin kakaknya. Tengah musimkan?? Balik dari Nilai 3, singgah Putrajaya...makan. Masa ni kepala dah rasa macam overheated. Masa drive dari nilai 3 sampai putrajaya ada dah terasa denyut2x tu tapi konon-konon kuat macam power rangers..itu yang gagahkan juga tangan memegang stereng dan kaki menekan minyak. Sampai dekat Putrajaya, perut cam lapat.cepat2x beli makanan. Kononnya teringin nak makan nasi beriani..

Nasi beriani ayam masak merah dengan fresh orange dah ada depan mata..tinggal nak melahap je lah kan? Suap sket nasi..kepala makin berdenyut..tetiba tekak menolak. Minum air... Ya Allah!! Sakitnya..x lalu nak makan..rasa nak termuntah tengok all the food. Konon boleh tahan..kuatlah katakan..akhirnya surrender kunci kereta dkt sorang member ni. Tak mampu dah nak drive.. I need some rest before driving back all the way to kl from tbs.

Lepas makan, singgah hantar sorang lagi member dekat putrajaya. Haaa..part ni memang dah overheated. Nak termuntah..cepat-cepat masuk tumpang bilik air rumah member ni..dannnnnnnn....habis segala isi perut tadi dimuntahkan semula.. YA RABB!!! Dari putrajaya sampai TBS , another member yang drive kan. Saya cuba rehatkan diri. Maghrib dah. Sampai TBS around 7.43pm sebab diorang park kereta dkt TBS. Instead of berhenti dekat TBS untuk solat maghrib dulu, i choose to drive back to kl immediately.. Berbekalkan kekuatan yang berbaki. Kalau ditunggu saya takut kepala saya makin kuat berdenyut. Nanti lagi susah nak drive balik kolej.

Kereta dekat MRR2 sangat banyak. Tapi belum sampai peringkat jammed lagi. Alhamdulillah.. Dipermudahkan. Kepala semakin berdenyut..saya dah x kira.minyak saya tekan.. Stereng saya kawal sebaik mungkib. Tak mahu ada musibah yang lain. Saya sampai dekat kolej pukul 8.15pm. Dan masa ni rasa kepala macam nak meletup..kalau boleh nak hentak2x dekat dinding. Cepat2x parking kereta. Jalan laju-laju..naik lif. Sampai bilik, memang dah tak tahan. Terus rebahkan badan. Pejam mata..tak sedar bila tertidur. Dalam erti kata lain, mungkin saya pengsan bukan tertidur. YA ALLAH..ampun...maghrib ku terlepas. Sungguh..tak tertahan sakitnya.

Sedar-sedar jam dah pukul 9.30pm. Kepala pun dah rasa ringan sikit. Tak sesakit dan seberat tadi. Mandi untuk segarkan badan. Solat isyak n qada maghrib. Dan terasalah betapa laparnya perut ni. Mujur beli roti john.. Isi perut dulu sambil layan Anugerah Juara Lagu ke-27.

Sebelum tidoq, jom update keputusan AJL 27:
PERSEMBAHAN TERBAIK - Teman Pengganti, Black & RJ
VOKAL TERBAIK - Ku akui, Hafiz
TEMPAT KETIGA - Ku akui, Ajai dan Hafiz
NAIB JOHAN - Idola, Azlan & the typewritter
JUARA LAGU KE-27- Terukir di bintang, Yuna

P/s: tergoda u i tengok performance aizat amdan malam ni..hensem bebbbbb...tahniah buat aizat amdan...ganti yuna...tapi berjaya bebbbb....

2 comments: