Anda Tanya, Saya Jawab I

Thursday, January 10, 2013

Kih..kih..kih...
Ada gaya mutu dan keunggulan tak tajuk di atas?
Ok! Memula ingat nak sambung cerita cuti-cuti Cameron Highlands tu. Dan konon-konon nak bagilah tips bercuti ke Cameron Highlands. Padahal dah banyak je yang tulis dalam blog diorang kan? Eheh.. Saja nak semakkan encik google tu.. Weee...

Tapi... nak respon kepada komen-komen di bawah ni. Sengaja tak publish lagi komen diorang ni. Sebab takut terlupa nak jawab. So, alang-alang menyeluk perkasam, saya buat satu entry khas jelah untuk jawab ye? Harap belum terlambat. Kalau terlambat, minta maaplah ye.. Tapi, lepas ni..Kalau ada yang nak tanya apa-apa dan perlukan respon yang segera, do drop your email sekali ye.. Bukannya apa. Kalau komen untuk entrie terbaru memang cepat je publish dan reply. Tapi sebab komen untuk entrie lama, takut dah publish, tapi tak reply pula. (+___+)

Ok... Teruskan...

 Kalau ada yang tak berapa nak nampak tulisan tu, sila klik untuk tumbesaran yang sihat ok!..

Untuk Soalan dari Ashikin Aminudin dulu. Tahun lepas lagi haa dia hantar. Jadi, kita dahulukan dulu soalannya ya..

1. Macam mana kalau nak buat abstract atau content yang nak tulis guna no.roman? Bila update content, dia masuk sekali dalam page no. 1,2,3...

Errr... itu ke maksud soalannya?
Kalau tak salah saya, dan ikut pemahaman saya, untuk abstract dan content, kita guna nombor roman yang macam ni kan: I, II, III, IV?


Jadi, maksud soalan Asyikin, macam mana nak jadikan page nombor dalam bentuk roman dan automatik update dalam contentkan?

Nak jadikan page number dalam microsoft word tu dari numerical biasa kepada roman, cuma tukar dekat page setup je. Kalau Asyikin follow macam yang dalam tutorial saya sebelum ni, insyaALLAH, mudah je nak bermain dengan page number ni.

Tapi, sebelum tu...
Pastikan anda menggunakan page break yang bersesuaian.
Pada muka surat pertama yang saudari nak jadikan roman (I), pergi dekat insert page number, dan pilih ini:


Lepas tu, setup supaya jadi begini:

 

Klik OK. Dan kalau tak salah saya, semua muka surat akan berubah menjadi nombor roman. But, No worries. Kalau saudari dah buat page break yang betul, masalah itu akan diatasi sebentar lagi.. .(^______^)

Ok. Next, nak jadikan Pengenalan sebagai muka surat (1). Betul tak? Oh ya! Sebelum tu, untuk cover page, akan kekal No (1). Jadi, cara saya adalah "hide" kan sahaja page number untuk cover tu dengan "white box". Sebabnya, nanti dekat Content, tak terjejas pun.

Sekarang, pergi dekat page Pengenalan. Nak jadikan standard numerical kan?
Ulang seperti di atas. Maksud saya, page number:

 

Kemudian, tukar setup page numbers tersebut kepada ini:

 
 Haaa.... perasan sesuatu tak? Kita boleh pilih sama ada page numbering tu nak "Continue from previous section" atau "start at: " . Dekat sinilah kena pandai godek-godek sikit. Dan seelok-eloknya, godek guna new document ye. Takut hilang pula data dalam dokumen tu. Seronok sangat menggodek, kot terlupa nak save, haaa...tak ke menaya diri sendiri.. Betul tak? Dan Klik OK.

Lepas tu, bolehlah update content. Dan hasilnya begini:


Done!
Menjawab soalan tak? Kalau tak menjawab, please, gimme your email ok! I'll respond as quick as possible.. Saya akan bantu sebaik mungkin.. (^____^)

Oh ya! Ini lanjutan dari Tutorial Microsoft word: Tulis Thesis Cara Mudah. Rasanya, dah jawab semua persoalan Asyikin kan? Dan juga rakan maya yang ingin bertanyakan soalan yang sama.. Harap membantu.. 

Soalan kedua:
Ok tak praktikal dekat HSB?

Soalan dari Ida. Urmmmmm..pada saya, depend pada tempoh praktikal Ida. Macam saya, saya cuma buat 3 bulan. Jadi, dalam tempoh yang singkat ni, boleh saya simpulkan sebagai OK! Thumb up! Eheh...

Walaupun jumlah pelajar praktikal dekat Healthronic HSB terlalu ramai (masa tu dekat 10 orang jugalah), tapi kami dapat juga peluang untuk explore each modalities yang ada dekat dalam hospital tu. How to maintan the machine performance. Dapat belajar site maintenance dari senior engineer dekat situ. Plus dapat juga new skills dari trainee yang lebih dahulu berpraktikal kat sana. Dapat pengalaman distribute monthly schedule maintenance. Pengalaman kena marah dengan Head Nurse. Eheh.. Dan macam-macam lagi. Walaupun sebulan pertama tu macam agak kureng sebab dok dalam office je.. Sesekali buat kerja-kerja pemfailan dan pendokumentasian, but it worth. At least we know the basic. Tahu macam mana nak detect modalities yang "berjalan" dari compartment sepatutnya dan etc. Yang penting, kena "rajin" volunteer untuk follow mana-mana senior engineer dalam BEMS tu. Sebab diorang tak ajak. Kita kena usaha sendirilah ikut kalau rasa nak belajar! Kalau rasa malas nak berjalan, duduk je lah dalam office diorang. Untung-untung boleh tengok sultan dengan kerabat dia datang kalau kena admit masuk hospital! Eheh...

Good luck Ida! Semoga dipermudahkan urusan untuk berpraktikal ya!




0 comments: