7 1/2

Tuesday, January 29, 2013

Assalamualaikum!
Hye ollss!!

Hot fm kini sudah menjangkau usia 7 tahun! Tahniah HOT FM!. Tapi ini tak ada kaitan pun dengan tajuk dekat atas tu.. =P

7 1/2 jam! 7 1/2 jam untuk sampai ke Rawang. Dari mana? Dari Aloq Staq! Fiuuu... Mujur kereta Auto. Kalau manual, mahu pengsan hari ni!. Niat hati nak balik KL hari ni.. kihkihkih.. Nak skip tak mau masuk lab lerr tu... Tetapi, perancangan berubah. Zassss...
Abah ada kerja dekat Rawang + Shah Alam. Dalam erti kata lain, abah pun nak turun KL juga. Ok! Please take note that, KEDAH TAK CUTI ye hari isnin itu! Jadi, pagi tu abah pergi pejabat dulu. Sementara saya bawa mak pergi Mydin Hypermate untuk beli beras+minyak+gula+susu untuk kenduri kawan mak(Sistem Kut ni.. lain kali i story!)

Nak dijadikan ceritaaaa...
We all gerak dari rumah pukul 3.30petang macam tu lah. Well said, from pendang until Sg.Dua, traffic quite good! Oh ye! Saya konvoi kereta dengan abah. Alang-alang abah nak pergi KL, baiklah saya balik sekali kan? Stay dekat rumah pun, mak dengan abah tak ada. Tak best. Kihkihkih..

Kesesakan traffik mulai terserlah bila masuk Seberang Jaya untuk tembus ke Tol Juru. Kereta memang dah banyaklah. Dari Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur memang banyak main lane kanan. Kononnya nak laju plus kereta banyak.. Tapi end up, lane kanan lagiiiii slow! Lane kiri pula yang laju.. Hampeh!
Konvoi dengan abah, memang selalulah kena tinggal. Dah kalau saya main 110 - 120 je.. abah main sampai 140! Mahu tak tertinggal? Kihkihkih.. Tapi tak kisah.. Highway je kot.. Tertinggal cenggitu tak ada hallah. Bila lepas je sempadan kedah (Bandar Baharu), memang jalan totally jammed! Tak ada maknanya nak main 110 bagai.. Main brek adalah!


Kami berhenti dekat RnR Bukit Gantang. Fullamak!! Ramai sungguh umat manusia. Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan untuk dapat parking kereta. Makan-makan isi perut dulu.
I'm not sure where is Sayong. Tapi kalau tak salah, masa ni baru keluar RnR Bukit Gantang. Sesakkkkkk... Kereta pula tak nak bagi laluan untuk kita masuk walaupun dah bagi signal. Grrrrr...

Dan dari sini bermulalah traffic congestion yang menguji kesabaran.
Oh abah! Sebab tu lah angah nak balik hari ni (Selasa).. kihkihkih... Nak kata ada kemalangan, minor accident tu adalah. Yang major tak ada. Tapi, traffik tetap perlahan. Dari Bukit Gantang nak sampai ke Simpang Pulai...Fuhhhh.. Tak taulah chek nak habaq. Sampai ja kat Petronas Simpang Pulai, berhenti sat.. Nak buat urusan kecil! Kahkahkah.. Alang-alang dah sampai Petronas, full tank baliklah minyak. Walhal, banyak je lagi minyaknya! Tak kira..tak kira.. Nak buat urusan kecil pun kena beratur! Punyalah ramai umat manusia di atas lebuh raya semalam!



  Ha! Tu dia.. Dekat Pukul 11pm sampai Rawang. Kalau teruskan perjalanan ke Tol Duta, gamaknya kena merayu-rayulah dengan pak guard kolej untuk masuk sebab sampai mesti dah lewat. Lagi pun, abah yang ajak tidur kat Rawang. Sekali dengan emak dan adik. Hotel tu! Isy.. Lain kali je cerita..

Apa-apa pun.. Alhamdulillah..sebab tak hujan langsung semalam. Sekurang-kurangnya, perjalanan masih lancar kan? Pagi ni gerak dari Rawang. Sesak dekat SUngai Buloh sampai Tol Duta. Tapi 500meter sebelum bayar tol tu, lengang pula.. Kahkahkah..

Ok..sebelum mental breakdown sebab lama sangat dok atas highway, jomlah teruskan buat research!




0 comments: