Imbas Memori

Tuesday, January 29, 2013

Kalau dapat peluang untuk bercuti ke Sarawak, 1st place i want to go adalah Kem Penrissen, Kuching Sarawak. Al-maklumlah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat membesar dan bermain. Hehehe.. Ye..saya anak tentera. Sebab tu saya lahir tempat lain, membesar tempat lain, mendewasakan diri dekat tempat lain. (^____-)"

Tak tahulah abah posting ke Sarawak tahun bila. Tapi kalau tak salah, lepas kakak lahir dah terbang pergi Sarawak, lepas tu balik semula ke Semenanjung. Masa dekat Kem Kemunting, saya lahir. Lepas tu terbang semula ke Sarawak. Dekat Kem itu. Duduk sana sampailah tahun 1999. September 1999 kami sekeluarga balik dan terus menetap dekat rumah yang sekarang ni. Kalau di kira-kira, umur dekat 11 tahun jugalah baru balik semenanjung.

Bayangkanlah.. 11 tahun. Kawan-kawan zaman hingusan semuanya tertinggal di Sarawak. Zaman dulu, mana ada facebook, Instagram, twitter bagai ni. Nak keep in touch, main tulis-tulis surat je. Hari ni tulis, esok pelekat setem, lepas tu masuk peti pos. Tunggulah seminggu dua untuk kawan di seberang laut China Selatan tu nak membalasnya. Tapi, lepas tu terputus terus. Sungguh! Saya rindu sangat dengan sahabat baik saya masa tu. Nama di Elizabeth Helda. Helda, if u read this blog...please..please..do contact me again.. Hope our friendship long lasting!..

 
Setiap kali jumpa duit 1 sen dekat tepi jalan/tengah jalan mesti kutip lepas tu pergi pejabat pos ni minta beli setem 1 sen! Kadang-kadang setem 5sen!

Saya tinggal dekat blok F11. Belakang blok saya ada gelanggang bola keranjang kot. Tapi, saya selalu main galah panjang je. Main dengan budak-budak laki. Hehehe.. Best! Kadang-kadang ikut mak pergi marhaban + baca yasin + kelas tadjwid. Eheh.. Kalau hujan super lebat, main dekat beranda panjang depan rumah tu.. Main rakit-rakit.. =D. Ha! Dulu, dekat bawah dari rumah, ada pasar. Belakang pasar tu tanah merah. Saya suka buat Sunway Lagoon kat situ! Eheh.. siapa ntah kawan seangkatan saya tu. I wish i still has that memory..

Ha! Kekadang, ikut mak pergi buat bunga tin, bunga straw, swan kertas tu. Seronok wei.. Walaupun luaq nampak kasaq dok main dengan budak lelaki, dalam hati ada taman. (^__^). Anak-anak tentera dekat Kem Penrissen, mesti masih ingatkan kita naik feri/trak tentera pergi sekolah. Masa tu sekolah rendah dekat SRBMJDI. Sekarang namanya SRMJDI kalau tak salah. Pagi, kayuh basikal pergi sekolah agama dalam Kem. Tengah hari pula tunggu trak dekat bustop ramai-ramai untuk pergi sekolah sesi petang. Balik sekolah, tudung ke mana, beg ke mana. Kalut sangat nak mainkan?

 
Taman Permainan

Lepas tu, sekolah baru buka depan kem. SRK Wira Jaya. Sekarang ni namanya SK Wira Jaya kan? Dulu K stand for Kerajaan. Tapi sekarang K stand for Kebangsaan. If not mistaken. Sekolah depan kem je. so,pakat kayuh basikal ramai-ramai. Selalunya ambil jalan short cut, bukit belakang pasar tu. tolak-angkat basikal ramai-ramai. Oh...so suweettt.. Siapa ingat hujan batu dekat Kem dulu? Oho.. benarlah kata pepatah. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Kihkihkih... bertadah besen nak kutip hujan ais tu! Kena badan, sakit ooooo.. Tapi, that's what memory is all about!

Ha! Tahun 1997. Siapa ingat? Hutan Kalimantan terbakar! Jerebu teruk yang akhirnya kerajaan umum darurat dekat Sarawak. Mahu tak darurat? Indeks pencemaran udara tinggi sangat. Keluar rumah nak pergi sekolah kena pakai musk/mask(?). Darurat = cuti itu best. Tapi, sebab jerebu, jadi tak best. Ye lah. Tak boleh keluar rumah juga! Uhuk..

Hampir 11 tahun duduk dekat Sarawak, takkan tak tahu cakap Sarawak?? Oho! Kamek sik tau. Kalau dah namanya duduk kem, jiran tetangga semuanya orang semenanjung. Pergi sekolah pun majoriti anak-anak semenanjung, kot mananya nak tahu cakap Sarawak? Ye tak? Hehehe.. Ha! Yang pasti, walaupun saya tak tahu cakap loghat Kelantan,loghat perak, loghat terengganu.. Tapi untuk memahami all those loghat, insyaALLAH tak ada masalah. Nak tahu? Saya belajar makan budu masa dekat Sarawak. Ada Jiran tu dari Kelantan. Saya belajar makan cencalok masa dekat Sarawak juga. Ada jiran dari melaka bawa pi sarawak.

Tapiii....
bial cari dekat google dan youtube..
Kem Penrissen dah tak seperti dulu. Dalam satu video tu, kem ni nampak sunyi. Kalau malam, mungkin menyeramkan.. =D Weeee... Tapi, tetap. Tetap nak pergi buat lawatan tapak. Hahaha... Kalau boleh, nak singgah dekat taman permainan yang ada dua bonjol tu.. Weee...nostalgic tu.. 

Dear... Jom bercuti ke Sarawak!
Muahahaha.... angan-angan dalam mimpi, harap-harap jadi realiti..

(^_________^)* 

p/s : Gambar-gambar ni saya pinjam dari Facebook : Kem Penrissen, Batu 8.



3 comments:

Dylla Abas said...

bila banyak berpindah randah ni yg paling menarik ialah dpt ramai kwn2 baru kan :)

Unknown said...

Saya duk Kem Penrissen sampai tahun 1991..almost 7years.. memang byk kenangan. saya duk blok F9.. memang btol kan jln nk ke pasar tu ada bukit tp pokok buluh merimbun tu ada lg x ? deganr crite ramai yg meroyan pas lalu situ. tp xtau la.. taman permainan adalah tpt heaven bg sy pas balik skolah tadika..situ je tpt kita org main. pejabat pos tu mmg nostalgia, sy ngn abg saya slalu anto surat sbb dulu2 mana la secanggih sekarang.. hehe... saya teringin nk dpt kan picture blok F9...yg duk situ untuk lain2 pangkat, kalau yg dah pegawai tu dok blok E berhadapan dengan blok F9, itupn kalo awk tau la.. masa sy darjah 3 tahun 1990 terkenal dengan daun ubat, pantang balik sekolah trus je cari daun ubat atau dikenali dengan jarum emas.. haha.. mmg btol la sgt menarik dulu2 dari skrg. sbb tu travel lg baik kan dari bekerja setempat. kalo dpt gi sana lg best... haha

Cik Sara said...

@wan pja

Harus ingat. Tapi, kira awak ni pangkat senior jugalah dengan saya ye. Tahun 1991, saya baru umur 3 tahun. Duduk blok G kalau tak salah. Lepas tu baru abah pindah g blok F. Naik pangkat, pindahlah rumah. Ye tak? =D

Hehehe.. rasa macam tahu daun ubat tu. Oh ye! Setakat saya dok lalu dekat rumpun buluh tu, belum meroyan lagilah. ngeeee..