Selamat malam.. Eh, belum nak tidur lagilah. Tapi..nak sambung kisah percutian ke Cameron Highlands yang entah berapa kali dah tertunda tak berkesambungan tu.. ahaks..
Nak sambung pergi MARDI Agrotech Park, Cameron Highlands pula. Destinasi wajib kalau dah panjat Cameron Highlands tu. Dari BOH Tea Plantation, we all naik balik ke Tanah Rata. Singgah sekejap dekat Cameron Bharat Plantations. Alang-alang dah nampak tepi jalan tu kan, singgahlah sekejap. Yang ini, tea plantation tepi jalan je. Tak payah nak penat-penat panjat bukit bagai. Dan kebanyakan orang memang lagi suka ke sini. Tepi jalan. mudah akses kata orang. Fullstop.
Dekat MARDI, nak masuk kena bayar ye. Kalau tak salah saya, dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50 kot. Ala.. terlupa sudah. Bianata.. Dari pemerhatian saya, MARDI ni sangat luas! Patutlah abah tak mau singgah petang sebelumnya. Dah masuk tu, memang dilepas bebaslah. Pergilah mana pun nak pergi. Dan yang paling menarik perhatian retina mata saya, sudah tentulah ROS GARDEN! Awesome!
Banyaaaakkkk jenis bunga ros yang ada. Warna-warni. Saya suka! Eheh. Jatuh cinta di Cameron Highlands. .(^____^).
Selain tu, ada ladang anggur, ladang apple, ladang tomato. Tapi, unfortunately tak berapa nak nampak pun anggur dengan applenya. Yang saya nampak cuma buah tomato yang dah masak tu.. Nyum..nyum.. Rasa nak petik je sebiji! Eheh. Tapi, tak buleh..
Lepas tu, jalan-jalan lagi, jumpa Taman Herba Dapur. Waaa..gitu.. Dan mulalah terbayang.. Kalaulah aku ada Taman Herba Dapur ni dekat rumah sendiri satu hari nanti.. Kan best! Ada labu air, salad, cili padi, cauliflower, herbs yang pelbagai. ohsem! Rasa macam masuk taman dalam halaman orang!..
Dan jalan-jalan lagi jumpa pelbagai jenis orkid. Dan yang paling menarik perhatian saya orkid liar yang warna baby blue + purple tu. Cantik kan? In reality, saya nampak warnanya macam biru turqoise kehijau-hijauan sikit. Tak pe.. Yang pentingm cantik!.
Oh ye! Yang pasti, mestilah ada ladang strawberry, vegetable farm and etc. Tak rugi pun datang MARDI ni. sangat menarik pada retina mata saya..=D
Dari MARDI Agropark tu, saya dah tak ingat kitorang ke mana. Sebabnya, berhenti je dekat setiap destinasi masa on da way nak turun ke Simpang Pulai. Berhenti beli sayur-sayuran. Oh ye! We all borong je strawberry yang dah siap pack. Sebabnya...intai punya intai. Dah tak bergayut sangat pun buah strawberry dekat pokok. So, kalau nak petik sendiri macam tak berbaloi je. Plus, harga petik sendiri lagi mahal dari harga yang dah siap pack! Jadi, kita kena egonomiclah..~
Malam sebelumnya dah beli sayur-sayuran dekat Pasar Malam Brinchang tu. Ye lah, selonggok yang banyak tu baru RM10. Beli je lah. Simpan semalaman dalam bonet kereta pun bukannya nak layu. Segar bugar lagi ada. Tapi, sebelum balik Aloq Setaq, abah kata nak beli tambah. Nak bagi dekat atok nenek di kampung. Takkan nak bawa balik tangan kosong je kan??
Dannn.. ini dekat Cameron Bharat Plantation menghala ke Simpang Pulai. Singgah sebab abah nak beli teh lagi. Saya, kakak dan adik-adik apa lagi.. pakat dok menggedixs ambil gambar lagilah. Tak masuk pun cafe tu tengok apa teh yang ada! Hahaha... Maaflah.. Saya lagi tertarik dengan environment dan view-view yang indah. Sebab tu kalau saya pergi holiday, jarang perhabis duit! Sebab lebih tertarik dengan panorama yang terbentang! Eheh..
Dan itulah dianya...Penutup kepada Kisah percutian di Cameron Highlands. For the first time, ini pengalaman yang sangat-sangat berharga. Since, i drive there by myself. Memang sangat-sangat mengujakan. Lebih mengujakan bila duit minyak dan tol, abah yang support! =D. Jadi, tak sampai seratus pun saya berbelanja dekat atas tu.
RM10 saya beli fridge magnet yang 4 biji RM10.
RM50 saya beli buah strawberry. Berapa paket ntah.
RM25 untuk dua biji bantal strawberry yang saya letak dalam Mr.Elegance.
Baki beberapa puluh ringgit ntah, saya buat beli strawberry coklat, udang goreng, brocoli goreng and...
Oh ye! RM23 for my lovely pink sweater! Eh, RM100++ juga but still less than RM150 in total!
Kami sampai rumah sekitar jam 9.30malam waktu tempatan. And it rest hour! Let's sleep..
1 comments:
x suka sgt g cameron highland ni sbb x byk mnde yg best. asyik2 pokok2, bunga2, sayur2 & strawberry. lgpun ianya salah satu tempat menghabiskan duit ngn shopping :P
Post a Comment