Family Time!

Wednesday, January 2, 2013

Weeehuuu...
Nak melagho sat.. Al-maklumlah..lepas makan ni, mata rasa berat je.. Kalaulah boleh landing atas katil, pejam mata peluk bantal dakap ketat-ketat..muahahahaha...

Tahun lepas(ecehcehhh..macam dah lama je kan?), i oolllss pergi Cameron Highlands! Niat asal, abah dengan mak nak ajak bercuti dekat Kelantan. Melawat sedara mara dekat sana.. Tapi, unfortunately dekat sana tengah hujan jadi tak digalakkan untuk datang.. Takut terperangkap dalam banjir! Hehehe.. Jadi, sampailah i olls ke Cameron Highlands..

I oollss gerak dari rumah pukul 8.30 pagi dengan dua biji kereta. My Saga FLX and abah punya Waja.. Dan mulalah aktiviti merempit bersama abah di atas lebuhraya utara selatan. Phewww... Lepas tu berhenti dekat RnR Bukit Gantang, brunch. I oollss ambil exit Simpang Pulai. Sebab kalau ambil exit Tapah, jatuh jauh balik. Jadinya, dari simpang Pulai ikut signboard untuk sampai ke Cameron Highlands. Jauh juga ek? Mencabar betul untuk kawalan stereng. Al-maklumlah.. saya ni newbie lagi bab-bab memandu kereta. Tak boleh bandingkan dengan abah yang dah super duper expert tu. 

On da way nak ke Cameron Highlands tu, ada perkampungan orang asli. Banyaklah teratak buluh+nipah tempat orang asli jual durian+petai+madu+pulasan dan memacam lagi.. Sempat lagi abah i berhenti tepi jalan pekena durian! Muahahaha... Kata orang, jalan nak ke Cameron Highlands ni agak mencabar. Berliku. Banyak selekoh oooo... Dah tu, siap ada jurang (?) cerun lagi dekat sebelah kiri tu.. Langsung saya tak nafikan. Memangggg mencabar. Tapi, saya tak fikirkan semua tu.. I just drive..Follow belakang kereta my abah. As long as saya follow abah, no worried! Hehehe.. Ha! Sebelum tu, dah full tank minyak sesiap dekat Petronas Simpang Pulai tu. Hehehe...

First destination : Strawberry Farm. Masa sampai tu, hujan gerimis. Memang sejuklah kan? Dengan kabus berarak.. Saya memang tak buka air-cond. Suruh adik buka tingkap. Ambil angin gununglah konon-kononnya. Sampai dekat Strawberry farm, teruja tengok banyak bungaaaa... Wahhhh... excited kejap. Rasa nak angkut semua bunga tu bawa balik rumah.. eheh...

Ok.. tak lama pun dekat Strawberry Farm tu. Abah ajak teruskan perjalanan. Nak mencari homestay yang abah dah booking. Nak rehat-rehat dulu sebelum berjalan-jalan. Kami ambil homestay dekat Kampung Taman Sedia. Marina Chalet and Homestay. Sepatutnya harga dalam RM180. Tapi sebab peak season kononya, kenalah RM280! Hampehkan? Untuk satu malam je. Dengan heater dalam bilik air yang tak berfungsi dengan sempurna... Grrrrr... sabun apa pun tak ada.. Rasa bengkek je. Dalam homestay yang ala-ala chalet tu ada sebuah katil Queen Size dan 2 buah katil double deck king size. Plus sebiji tilam extra. Memang ngam-ngamlah untuk kitorang yang datang bertujuh ni. Tapi..siyesly! Dah lah mahal. Tak ada breakfast disediakan. Heater tu macam nak terima sumpahan je rasanya. Dah ler dekat Cameron Highlands tu sejuk kan? Ingat dapatlah mandi ayaq hangat. Sekaliiiii..Grrr....bengkekkkkk je rasa!

Mujurlah saya bawa sabun mandi sendiri. Kalau tak, pakat tak bersabunlah.. Huh! Dalam pukul 3.30petang macam tu we all keluar g cari makan. Yelah, last makan dekat RnR Bukit Gantang dalam pukul 10.00pagi kot. Mestilah dah kebuluq kan? Singgah dekat Foodcourt Tanah Rata. Bersebelah dengan Terminal Raflessia tu. We all makan nasi campur je. Harap nasi je panas, lauk semua dah sejuk. Walaupun sebelum ambil, tengok macam berasap je elok dah letak dalam pinggan, tak sampai berapa minit, sejuk dah lauk pauknya.. Muahaha...

Lepas makan, jenjalan dalam kereta je. Sebab dah dekat pukul 5. Nak singgah MARDI pun takut tak puas berjalan dekat dalam tu. Semua aktiviti ditolak untuk keesokkan harinya. End up, we all pergi Pasar Malam Brinchang je lah.. Perghhhhh....banyak kereta habaq kat hang! Mujur bawa kereta auto, kalau tidak....mesti penat kaki nak main clutch + brek! Curam giler bukitnya tu.. Dengan kereta yang banyak. Memang kena jaga jaraklah.. Kalau tidak, unduq langgaq kereta belakang. Tak ke haru?

Datang sejauh itu untuk pasar malam je? Muahaha.... Nak buat macam mana.. Macam-macam we all beli. Tips bagi yang nak bercuti ke luar negara pada musim sejuk tapi bajet ciput. Silalah shopping winter attire dekat Cameron Highlands. Mafla baru RM10 untuk 2. Sarung tangan pun. Kalau beli dekat mall, konfem korang tak dapat harga tu. Eheh...

Dan yang membezakan pasar malam Brinchang dengan pasar malam simpang empat dekat rumah i ooolls adalah minuman sejuk. Ate, dah nama pun Cameron Highlands ni sejukkan? Tak gaduh dah nak jual ayaq. Orang tak beli pun. Yang laku, makanan panas. Tapi masa beli je panas. Sampai dekat Chalet, dah sejuk macam baru keluaq peti ais. Haru sungguh! Ok. Hari pertama tak banyak cerita. sebab pukul 9.30malam, we ollss pakat dah terlena! Hahaha...daaaa...sambung lain kali.. Gambaq dalam S II lagi.. ^^.



1 comments:

fiqkbe said...

mhl nyer homestay tu... aku slalu stay kt pekan brinchang tu. rm250 dpt 3 bilik (2 katil queen setiap bilik), 2 bilik air, ada dapur & ruang tamu. dkt sgt ngn psr mlm tu. jln kaki je ;)