Menu hujung Minggu

Monday, June 28, 2010

Assalamualaikum..

Yoroshiku Onegaishimasu....

Entrie kali ni nak share resepi kek lapis...Eh, silap..kuih lapis..eh, pesal bunyi pelik ek? ala..kuih yang buat berlapis-lapis tu.. biasanya warna resmi dia putih ngan pink.. Ha..yang itulah..

Petang tu, mak suruh buat kuih lapis ni.. Siap buka buku resepi lagi suruh buat.. Memandangkan saya seorang yang sangat malas hendak keluar rumah, makanya adik-adik menjadi mangsa.. Dikerahnya mereka pergi ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan.. Tak susah pun..

Meh nak kongsi step by step...

1st, korang g kedai runcit kat depan ke, belakang umah ke, kat mana-mana je lah.. Beli 1 paket tepung gandum, 1 paket tepung kanji, 1 paket tepung beras, pewarna and santan dari sebiji kelapa..urmm beli yang ini je lah sebab stok ni bukan slalo ada kat umah..

then, ambil bekas yang agak-agak korang besarlah. Sebab kena uat sampai adunan tu cukup 12 cawan. Ek? Macam mana tu? Tak pe, teruskan membaca..anda akan dibawa kepada penyelesaiannya.

Amik 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung beras + 1 cawan tepung ubi + 2.5 cawan gula + santan... Hahaha..korang campur je semua ni dalam bekas besar tadi. Kacau-kacau jangan sampai ada ketul-ketul ok..

Pastu, tambah ayaq.. Santan tadi dah berayaq kan? So, tambah ayaq sket dulu. Kalau cair sangat nanti, tak jadi kuih.

Dah sebati sume adunan.. tak de ketul-ketul dah, now amik 2 bekas yang lebih kurang sama saiznya. Pastu gunakan cawan yang sama, divide adunan yang dah buat tadi kepada 2 bahagian. maknanya, 1 bekas = 6 cawan..so, 2 bekas ada dalam 12 cawan..

1 bekas, letak warna merah.. jangan banyak sangat..biar warna dia macam pink-pink gitu.. Pastu satu lagi biar natural. Tapi nak letak banyak-banyak warna pun bleh.. letak hijau kuning ke, merah kuning ke..ikut rasa hati.. yang nak makan nanti awak-awak semua..

Sementara tu, letak periuk kukus atas api. Agak-agak wap dah berkepui-kepui naik atas, letaklah loyang kat dalam periuk kukus tu. Eh,jangan lupa plak nak letak ayaq kat part yang bawah sekali tu!!

Biar loyang tu tanpa isi dalam 5 minit cenggitu, pastu, masuk 1 cawan adunan yang natural tadi. Tutup periuk kukus tu. Tunggu sampai adunan tu masak, pastu masukkan another layer. 1 cawan gak ok! jangan lebih-lebih.buatlah berselang-seli sebab dah nama pun kuih lapis. 

Kukuslah sampai masak..Biarkan sejuk...dan sedia untuk dihidang..

Walaweh, tak de gambar nak share sebab tangan full dengan tepung gomak ni..hehehe..neway, enjoy the menu.. Murah, mudah lagi jimat..




Inovasi Pelupusan Sampah

Friday, June 25, 2010

Assalamualaikum…

Ohayou Gozaimasu…Yoroshiku Onegaishimasu….

Entrie kali ini boleh saya katakana agak panjang dari biasa. Kalau sebelum-sebelum ni entrie saya sememangnya panjang,kali ini lebih panjang. Nasihat saya, kalau berminat untuk mengetahui, teruskan bacaan, jika tidak, lakukan yang sebaliknya.

Cerita yang berbentuk fakta ini saya peroleh daripada Akhbar Utusan Malaysia lewat sisipan yang dikeluarkan iaitu MEGA pada keluaran bertarikh 27Mei 2010 hasil tulisan Marhaini Kamaruddin. Sudah agak lama saya simpan keratan akhbar ini tetapi belum berkesempatan untuk dikongsikan di blog ini.


INCHEON, sebuah Bandar di Korea Selatan dikhabarkan akan menjadi hos Sukan Asia pada tahun 2014. Oleh itu, dalam tempoh beberapa tahun ini, Korea Selatan dilihat sibuk membuat persiapan termasuklah membina insfrastruktur untuk temasya sukan terbesar benua Asia itu. 3 daripada 20 kemudahan baru yang dijangka akan dibina itu termasuklah Kompleks Sukan Air, Lapangan Acara Berkuda dan Padang Golf 36 lubang. Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan di sini adalah lokasinya iaitu di Dream Park.


Dream Park, bukanlah kawasan berbukit yang ditarah untuk pembangunan. Bukan juga tapak bangunan lama yang dirobohkan untuk pembangunan. Sebaliknya, Dream Park ini merupakan antara tapak pelupusan sampah terbesar di dunia dengan keluasan 20 juta meter persegi yakni kira-kira 2800 kali saiz padang bola. Dream Park turut dikenali sebagai Sudokwon Landfill dan menerima kira-kira 18 000 tan sisa pepejal setiap hari. 

Kira-kira 500 lori penuh dengan muatan sisa buangan dari kawasan perumahan dan tapak pembinaan sekitar kota metropolitan Seoul, Incheon dan Wilayah Gyeongi ditimbunkan di situ setiap hari.Sesuatu yang kita tak pernah tahu. Dan di Malaysia, di mana agaknya sisa buangan ini dikumpulkan? Sememangnya saya tak tahu. Bagaimana pula pemandangan tapak pelupusan sampah di Negara kita jika hendak dibandingkan dengan kawasan Sudokwon Landfill ini?


Di Sudokwon Landfill ini, walaupun timbunan sampah telah membentuk bukit di tapak berkenaan, namun tidak ada baying lalat atau langau yang menghurung. Bahkan bau tengik yang menusuk hidung juga tiada. Berbeza dengan situasi tapak pelupusan sampah di Negara kita.

Mr.Google

Berpegang pada prinsip “Bukan Semua sisa buangan adalah sampah”, Sudokwon Landfill Site Management Corp atau SLC yang bertanggungjawab menguruskan sisa buangan secara sistematik dan mesra alam itu kian merealisasikan impian untuk menukar tapak pelupusan itu menjadi lokasi ekopelancongan terbaik dunia.

Dream Park dibangunkan selaras dengan impian Korea Selatan untuk “mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan meningkatkan pertumbuhan hijau”. Ini diakui sendiri oleh Marhaini Kamarudin, salah seorang daripada 28 wartawan ASEAN yang di bawa meninjau Sudokwon Landfill baru-baru ini.

“Menjadi matlamat kita untuk mengubah tanggapan bahawa setiap tapak pelupusan sampah adalah kawasan yang menjijikkan. Di bawah teknologi Hijau, sisa buangan boleh menjadi sumber tenaga yang berharga.” – Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) SLC, Cho Chun Koo

Buktinya, SLC kini menggerakkan laji tenaga 50MW terbesar di dunia dengan mengoptimumkan sepenuhnya gas yang dikitar semula dari tapak pelupusan itu. Loji itu menjana elektrik bernilai AS$30juta setahun dan Berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (CER) bersamaan 850 000tan karbon dioksida.

Walaupun sisa buangan kawasan perumahan , tapak pembinaan dan industry dari 58 daerah dilonggokkan di situ, SLC komited melindungi alam sekitar dengan mengguna pakai sistem pelupusan sisa, prosedur nyah kuman dan penyahbauan yang canggih.

Ini saya Quote dari penulis dan saya menyokong kata-katanya;

Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk meneroka sumber tenaga baru, teknologi yang dibangunkan SLC mungkin pilihan terbaik setidak-tidaknya untuk Lembah Klang. Sebagaimana Kota Metropolitan Seoul, Kuala Lumpur juga menghadapi cabaran untuk melupuskan sampah yang mencecah ribuan tan setiap hari.
Dengan menukarkan sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, Negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan lebih penting, Malaysia akan berada di landasan betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau!

Owh Arjuna...

Wednesday, June 23, 2010

Assalamualaikum....

Yoroshiku Onegaishimasu...

Owh Arjuna.. Hehehe... Lepas je citer Jidin yang ntah apa-apa tu, kini TV3 come out dengan citer Arjuna pulak.. Best everlah.. Suka..suka..



1st episod sampai latest episod, satu pun tak miss lagi. Cerita ni pasal....

"Kisahnya bermula apabila Pendita Dzulkarnain mewariskan permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya Adipura dan keturunannya saja selepas Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti itu.

Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.

Selepas 18 tahun, Arjuna membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja menggunakan kuasanya di hadapan orang kampung. Maka, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis sudah ditemui. Masing-masing menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.

Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera ialah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya.

Rombongan Pendekar membuat persediaan ke Bandar Di Raja untuk bertemu Pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan Pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata? "

Amacam sinopsisnya? Best kan?? Saya pun macam tak sabar-sabar je nak tengok cerita ni sampai ke penghujungnya.. Tepat pukul 9malam, hari isnin, sure akan menapak depan tv semata-mata nak tengok Arjuna.. Jalan cerita yang menarik..Setting pun beautiful je..sedap mata memandang..adan yang paling penting, pelbagai aksi yang mendebarkan..

Walaupun tak tahu bersilat, tapi tengok citer pasal silat-silat, pendekar ni, layan juga wei.. hehehe..Sapa yang belum berkesempatan nak tengok kat TV..leh r g ke link ini..


Ha.. inilah barisan pelakon yang mewarnai siri aksi kali ini.. Remy Ishak atau Arjuna yang dah menebarkan popularitinya lewat drama Nur Kasih, kini melakonkan pula watak Arjuna..dan rasanya, boleh naik rating TV3 dengan tayangan siri aksi yang satu ni.. Tak kira usia, bangsa dan jantina.. semuanya akan duduk di depan TV untuk melihat aksi-aksi pendekar yang seterusnya.. Yeay!.

Selamat menonton!!!.

LilyPie Gadget..berhati-hati menggunakannya.

Tuesday, June 22, 2010

Assalamualaikum...

Ogenki desuka... Yoroshiku Onegaishimasu...

Sekarang ni macam dah jadi blogger tegar je. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya keluar ber"blogwalking". Dari satu blog ke blog yang lain. Tinggal komen kat sana sinun. Dengan harapan orang datang balik ke blog saya dan merancakkan traffic di sini.. hahaha.. (ada udang di sebalik mee.)


Dalam berjalan-jalan ni, masuklah blog new mommy, new wed, mummy to be..and etc.. Blogger-blogger yang mendapat anak di usia muda...Mula-mula nak ucap tahniah.. Tahniah sebab dah berkahwin.. Tahniah juga sebab dalam proses nak dapat anak.. dan Tahniah juga pada yang dah dapat anak.

Thanks Mr.Google

Tapi....

Hehehe..bukan niat nak menjaga tepi kain orang.. tak mau pun..kain sendiri pun penat nak jaga..(kalau tengah pakai kainlah..) 

Tapi...

Pasal ini...dan



ini...

Ntahlah kenapa...bila ternampak je dua mende ni kat blog-blog yang saya singgah tu, tiba-tiba jadi nak kira-kira.. Bukan mengira bila saya nak berdua mahupun jadi bertiga. Ok!

Tapi berkira-kira usia anak dengan usia si suami & isteri hidup bersama..hehehe..bukan niat nak pikir benda jahat, tapi kalau nak letak dua mende alah ni, biorlah realistic sket.. Ini kadang-kadang saya tengok 

"We have been Married for 5months 3 weeks"

And...tuk pregnancy lak..

"i am 24 weeks another .... days to go"

ni contohlah.. kalau tak caya, cubalah jalan-jalan kat blog-blog yang ada widget ni.. Pastu sendiri analyze lah.. Kalau fikir-fikirkan secara logiknya,  macam tak logik pula usia kandungan lagi tua dari usia jadi suami isteri kan? sebab saya tahu semuanya nikah cara baik-baik...

Tapi, janganlah buat orang-orang seperti saya ni pening kepala. (Walaupun sendiri yang cari penyakit bagi pening..hahaha).- Rasa ingin tahu yang sangat kuat..Curiosity kill the cat..ye ke??

Thanks lagi Mr.Google

Sebelum nak letak kat blog widget ni, check dulu.. double check, tripple check.. buatlah brape kali check pun.. janji orang yang melihat tak salah sangka.. dan...tak juga pening-pening.. Sian kat kawan-kawan yang dekat ngan saya..ikut pening sama.. siap kuarkan kalendar masing-masing sebab nak kira juga..

Dari Mr.Google

P/s : Ini bukan nak mengata mahupun menghentam sesiapa.. Just peringatan pada blogger-blogger yang ada letak widget ni.. Be careful dengan apa yang kita letak..


Kini Berwajah Baru..

Assalamualaikum..

Ohayou Gozaimasu...Yoroshiku Onegaishimasu...

Apa maksudnya ek? Semakin berkarat dah vocab jepun saya walaupun cuti baru 2 bulan. Maknanya, dah 2 bulan juga tak buka note japanese.. Aih, macam mana nak continue Japanese 2 next Sem??? Sara..Sara..


OK! entrie kali ni nak bercerita pasal blogspot yang dah nampak lain ni.. hehehe..
Actually, mula berblogging masa 2nd year kot. Tapi time tu tak reti sangat. Tengok orang buat blog, kita pun nak buat... Tapi tak tahu nak isi apa.. Bermulanya blog dekat wordpress.. Time tu tak kenal lagi blogspot. Guna blogspot dengan URL : http://anjesolehah.wordpress.com/..Anje tu panggilan adik-beradik dalam JKM sesi 2008. itu yang jadi nama URL..and Macam saya cakap tadi, tak reti sangat. Guna wifi UTM, mcm lambat sangat dia nak loading wordpress. 


Tanya sana-sini, barulah tahu kewujudan blogspot. Since then, mulalah dengan blogspot. Tapi, that time tak reti gak guna blogspot. itu pasallah nama URL ni panjang giler. Sebab konon, dulu nak letak nama blog yang ini.. Kesinambungan dari blog kat wordpress.


Inilah wajah blogspotnya.. inipun lepas bertukar layout beberapa kali. Tak tahu nak pilih theme yang mana.. Dari warna hijau yang sejuk mata memandang tu, saya bertukar ke theme purple ni.. Tambah gadjet tu sket, tambah gadjet ni sikit, jadilah rupa mcm kat atas ni..


Dan yang ini yang terbaru. Template designer by blogspot yang sangat mudah itu memudahkan lagi kerja saya menukar layout ini kepada sesuatu yang saya suka.. Rambang warna dibuatnya.. Last2 pilih warna pink.. Nak cari pink + light blue, tapi tak jumpa lagi..mungkin lain kali. 



Perasan tak apa yang berubah? Yes! header.. nama pun dah berubah. Konon nak ada nama blog sendiri sebab tengok kat blogspot, banyak juga yang guna "BICARA HATI" ni.. so, nak tukarlah kepada something new.. Harap2 tak sama dengan orang lain.. Tak suka..tak suka..  hehehe...

So, dapatlah 


Blogspot saya kini berwajah baru!! Yeay!!







Engineer to be??

Sunday, June 20, 2010

Assalamualaikum..

Ohayou Gozaimasu..Ogenki desuka..Yoroshiku Onegaishimasu..

Engineer to be.. tajuk pun mcm menarik je.. iye ke? By the way, this time saya nak bercerita sedikit. Hikayat seribu satu malam. Dalam entrie-entrie sebelum ni pun, saya ada menceritakan serba sedikit. Urmm..Hikayat seribu satu yang nak dibuka hari ini adalah hikayat saya..

Sedar tak sedar, dah pun masuk minggu ke-9 saya berpraktikal di BEMS, HSB. Ada pahit.. dan ada manisnya. Ada kala riang adakala sedih. Biasalah..asam garam hidup.. mana ada yang heppy je sentiasa kan?

Back to the story..

Amacam? Ada bakat tak kitorang bertiga ni jadi engineer? Me, Cik Pah and Cik Fiq. Kat UTM tak berapa nak teguq, masuk je kat sini, kamcheng habes..hahaha.. I’m happy with both of you dear..(‘o,’)

Paling best, saya rasalah kan.. orang lain saya tak tahu.. Paling best dapat follow En.Syaiful. Or, mungkin title abang kot. Beliau pun bukanlah tua sangat. Anak-anak pun baru umur 3-4 tahun. I guess..

Dengan En. Syaiful ni banyak g site yang ada alat-alat radiologi. 1st time masuk OT pun sebab follow En. Syaiful buat breakdown tuk alat radiologi. Radiologi equipment ni macam C-arm, fluoroscopic, mobile x-ray, fixed x-ray, CT scan, MRI, adik-beradik scanning system. Ntah dah berapa banyaklah radiation yang terkena kat kitorang ni.. hahaha.. Janji happy ja..
Dalam OT. credit to Cik Pah atas gambarnya


Pernah sekali follow beliau untuk repair mobile X-ray model AMX 4 dari GE Medical. Habis dirongkahnya equipment tu.. sampailah tercerai segala kulit tinggal isi je.
Ada 1 word dari En.Syaiful yang memang saya tertarik.

“Cuba tengok vendor yang mai sini, ada tak orang melayu?.”

(Urmm..dari pemerhatian saya, mostly vendor-vendor yang dijumpai hanyalah cina semata-mata. Tak Nampak pula orang melayu mahupun india.. lalu saya gelengkan kepala.)

“At least bila ada orang-orang mcm kita dan company macam Healthronic and etc ni, peluang pekerjaan kat kita anak melayu ni luas. Bila breakdown segala, kita leh belajar banyak benda. Cuba bayangkan kalau semua ni kita bagi kat vendor. Rosak sikit je panggil vendor. Sampai bila pun kita tak boleh nak explore alat tu lebih menyeluruh.”

Ayat yang telah diubah sedikit mengikut fahaman saya.. Urmm..betul juga tu. Inilah peluangnya untuk kita explore lebih mendalam alat teknologi yang didatangkan dari pelosok dunia ni. 

Siapa tahu, kalau kepakaran-kepakaran yang ada pada anak-anak melayu seluruh Malaysia ni kita gabungkan, tak mustahil one day nanti kita sendiri yang hasilkan medical equipment ni. Dari kita dok melaburkan duit beribu-ribu, berjuta-juta kat Negara asing especially kepada ISRAEL tu, kan bagus kalau kita pula yang buat diorang melabur juta-juta ke Negara kita sebab beli barangan kita. Tak mustahil kan satu hari nanti..

Panjang pula celotehnya..k sambung lain kali..kalau rajin..daa..

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum..


Ogenki desuka..Apa khabar semua??

Sepatutnya entrie ni publish time weekend hari tu. Hari Jumaat yang dinanti-nantikan. Tapi sebab dekat rumah tak de internet, makanya terpaksalah tunggu hari ni untuk publish.
Kali ni, saya nak berkongsikan satu menu dengan anda semua. Urmm..sedapnya.. Eh, tak cerita apa lagi menunya, dah kata sedap plak.. sorry..sorry..


Hari Jumaat hari tu, saya masak Mee Kuah dibantu dan ditunjuk ajarkan oleh Chef Kehormat kami semua, iaitu My mom. Saya tak tahulah korang panggil menu ni apa. Tapi saya panggil Mee Kuah sebab Mee dia ada Kuah. Dan kuah mengikut taste lidah saya ni adalah kuah yang diperbuat dari ubi keledek. Ok, meh saya kongsikan dengan anda semua resepi Mee Kuah Bonda.. hehehe..

Bahan-bahan yang diperlukan:
Mee Kuning (2 bungkus)             Ubi Keledek (1Kg)           Cili Kering (ikut taste sendiri)     Udang Kering    Fishball                fishcat                               udang                   tauhu                   Gula Merah                       Air asam jawa                   bawang Merah                 Bawang Putih                   Bawang Besar                   Sawi                      taugeh                 telur                      asam limau         halia                minyak masak                  daun sup             Daun Bawang    Bawang goreng

Ini secara abstrak, kuantitinya, ikut sukalah.. Lain orang, lain rasanya. Kalau nak manis, letak bawang besar banyak-banyak. Kalau suka kuah tu penuh berisi, nak letak ayam, daging, sotong pun boleh.. Tapi kalau family saya, kitorang pilih yang jimat bajet. Penuh sangatpun, Nampak serabut. Tak puas pula nak merasa kuahnya nanti.


Ok. Memula, kupaslah ubi keledek, bawang segala. Mesti kupas dan bersihkan. Kebersihan itu lebih utama ok.. Next, kita rebuskan ubi keledek tu. Lagi banyak ubi lagi sedap kuah tu. Tapi jangan melampau-lampau banyaknya pula. Jadi benda lain pula nanti. Rebus sampai empuk, orang tua-tua cakap. Sementara nak tunggu ubi keledek tu empuk, tumbuk udang kering tu.. BUT before that, basuh dan rendam dulu ya!. Tumbuk biasa-biasa je. Tak yahlah sampai lumat sangat.

Lepas tu, mesinkan cili kering + bawang merah + bawang putih + halia + bawang besar. Mesin sampai semua ni halus dan sebati. And macam biasalah, nak masak mestilah panaskan minyak dulu. Bukannya buat stim. Elok je minyak tu dah panas, kita masukkan bahan-bahan yang kita dah mesin tadi.. Fuhh..berdesir bunyinya. Memandangkan cili kering tak direbus dulu tadi, so kita kenalah tumis cabai tu sampai masak. Kalau tak, ada yang sakit perut nanti. Saya tak tanggung.


Sementara nak tunggu cabai tu masak, in the mean time api janganlah besar sangat, hangit kang.. While waiting for that cabai to be cook..Tumbuk-tumbuk..hancur-hancurkan dulu ubi keledek yang dah empuk tu. Nak mudah, lenyek je dalam periuk tu like my mom buat. Sebab air rebusan ubi keledek tu pun manis. Menambahkan lagi kesedapan kuah yang kita buat tu.. nyummy..nyummy..

Elok je cabai dah masak, curahkan sedikit air asam jawa ke dalam periuk tu. Lepas tu leh lah masukkan gula merah. Masuk dalam 3-4 sudu besar dah lah. Masukkan pula udang kering yang dah ditumbuk-tumbuk tadi tu. Kacau-kacau sampai semuanya sebati.

Oh! Lupa pula nak habaq mai. Fishcat, fish ball tu bolehlah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Lepas tu, masukkan bahan-bahan basah kedalam periuk. Fishcat, fishball dan udang pun bersatu dalam periuk tu. Last but not least, masukkan pula ubi keledek yang dah dilenyek-lenyek tu ke dalam periuk. Tambah air. Air banyak tak pe.. nanti dia kering, kuah lebih pekat.. Tapi jangan melampau-lampau banyak pula ya! Then, biarkan.
Alang-alang dapur yang sebelah kosong, bolehlah kita goreng tauhu, rebus telur dan hiris daun sup + daun bawang. Ini untuk hiasan pada mee kuah tu nanti. And celur juga taugeh and daun sawi yang dipotong. Batang sawi, campakkan je ke dalam periuk tadi. Tak apa.


Nak makan mee kuah, kenallah ada mee kan? Mee kuning tu, basuh dulu ye! Lepas tu celur dalam air panas. Jangan celur lama-lama sangat, nanti kembang tak sedap.

Akhirnya, siaplah sudah Mee Kuah saya.. perasan tak? Saya tak sebut pasal garam dan perasa tambahan yang lain? Zaman kan makin moden, nak buh garam boleh, nak buh Pasti Sedap pun boleh. Nak buh kiub pati ayam pun boleh. Sebelum diangkat untuk dihidangkan, rasalah dulu. Biar kena dengan taste kita.. Yeay!!


Sedapnya.. selamat mencuba.. Sekali makan pasti nak lagi.. Nak buat ni semua untuk 6 orang makan 2 kali seorang Cuma RM12 sahaja.. Jimat tu..(‘o,’)

Scrap and Crap Giveaways

Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum...

Ohayou Gozaimasu.. Ogenki Desuka..Apa khabar semua?? Kali ni, nak join Giveaway lagi. This time giveaway dari SCRAP AND CRAP blogspot.

Ada few syarat yang perlu dipatuhi. Yang paling penting mestilah menjadi follower kepada tuan empunya blog.

Pemilik blog ni sangat kreatif dalam menghasilkan scrap picture yang kemudiaanya di frame kan.. Beautiful.. 

** Yang ini untuk 1st winner.. Tapi nanti dia tempek lah gambar winner tu.. ni sekadar contoh ya!.


** for 2nd winner..tapi gambar-gambar ni i edit sendirilah..tak pe kan pihak penganjur??

3rd prize : RM10 Scrap and Crap Voucher*
- The voucher is valid for sales item and scrapbook order

4th Prize : RM 5 Scrap and Crap Voucher* and Sticker
-The voucher is valid for sales item and scrapbook order

5th Prize : RM 5 Scrap and Crap Voucher*

The voucher is valid for sales item and scrapbook order

--winners will be judged on their creativity in writing and interpretation of words -- 

And word di atas ni tak berapa nak faham sangat. Tapi kalau korang nak join, gi lah blog ini.


Lupa lak..kena tag dua orang kawan untuk join giveaways ni..
Urmm..saya nak tag..
1) Ibu Damia..jemputlah join..
2) Puan Fyza...jemput join...


ok..Join before 1st July ya!


3 award at a time!!

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum...


Ogenki desuka???....Apa khabar semua? Muge sihat selalu hendaknya.. Ceewah..gaya nak tulis surat lak kan?? Dah lama juga tak menulis surat ni.. Kali terakhir rasanya masa Tahun 1 dekat UTM.. Last letter saya tulis untuk my best friend, Izati..Tapi, since zaman makin maju..Handset lagi cepat lagi canggih, aktiviti ber"love letter" ni semakin dilupakan...

Eh, wait!! entrie kali ni bukan nak tulis pasal zaman nostalgia dulu-dulu kala tu.. But kali ni nak corat-coretkan pasal....

SAYA DAPAT AWARD!!!!

Yeay! Julung kalinya.. Thanks ye cik Fiq sebab sudi nak bagi award tu dekat saya. Bukan 1 tapi 3 tau.. Jangan jeles ye.

** I love your blog too



** lepas ni lagi selalu i jalan-jalan ke blog you..



** Bolehlah..

1) Thanks and link kan person dat give you the award

Tadi dah ucap thanks kan? Tapi, its ok.. leh ucap banyak-banyak kali lagi.. Kepada pemilik blog me and kbe, cik Fiq, thanks for the award.
Nak link kan dat person? perlu ke i link? tak gusar andai ... anda terbaca dan terbuka?  

2) Pass this award to 15 blogger u recently discovered and think are fantastic.

15 blogger? uish, nak tag sapa ek? Urmm..

1) WMA known as Aizat. Coursemate saya dekat UTM.
2) Ana known as ibu dikalangan adik-adik junior. juga coursemate saya di UTM
3) Puan Fyza.. kawan blogger yang kahwen muda.. khas untuk anda award-award di atas
4) Fatin ALiya..adik sepupu dua tiga pupu tapi bukan kupu-kupu
5) Kak Farah.. mommy to be.. this award is for you..
6) Hamzah..junior di MRSM PDRM
7).. boleh tak sambung tag ni lain kali? tak leh nak fikir nak bagi dekat sapa lagi..hehehe..

3) Contact the blogs and let them know they've won the award

OK!..dah gtau kat shoutbox memasing.. harap-harap deme sudilah menerima cenderamata yang tak seberapa ni..

4) State 7 things about yourself. easy. just state 7

7 bende pasal diri sendiri??? wow..i try.

a. nama saya nor saradatul akmar zulkifli

b. kengkawan panggil sara. Kat rumah pakat panggil Angah, tak pun Kak Ngah.
(dikalangan keluarga, ada yang tak tahu pun nama saya sebab dok panggil angah je.)

c. Amik medical electronic engineering kat UTM Skudai.
(Combination between doctor and engineer..tapi rasanya, tak mau lah keje kat hospital..nak cari company laen..=( )

d. Suka baca novel esp. karya Hlovate, Aisya Sofea, dan Anis Ayuni..
(Almost semuanya ada dalam mini lib..tapi sekarang dah mula beralih arah ke buku ilmiah)

e. Ada bakat dalam membuat kraftangan kertas macam bakul, bunga..etc
(ni pun ada permintaan dari mak buat bakul bunga telur untuk kenduri bulan 7..tak sempat mak...huhuhu)

f. Sekarang dah jatuh cinta dengan.....felt craft..tapi tak jumpa-jumpa bahan lagi
(1st jatuh cinta bila berblogwalking.. Macam-macam idea mai..tapi tak tau nak cari felt fabric tu kat mana kat Alor Star ni...=( )

g. Last but not least, Suka melancong..tapi duit slaloo kering..wuhaa..
(Nak jenjalan ke Pulau Sibu pulak. Tapi ongkos tak ada..huhuhu)

itu sahaja untuk ari ini.. bertemu lagi di lain hari..ada yang nak bagi award lagi?? hehehe..