Alhamdulillah...

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah..
Thank You Allah..
Doa hamba dimakbulkan..
Angan-angan hamba menjadi kenyataan..
Hadiah teristimewa buat mereka di penghujung pengajian..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kejayaan ni..
Alhamdulillah...Subhanallah..Syukur pada-MU ya RABB..

Rindu mereka bertiga..

Friday, May 20, 2011

Perkara apa yang penting untuk dibincangkan sesama kawan? Jawapannya :- Entah.. Tak tahu mana yang penting. Rasa macam nak cerita je semuanya..hahaha.. Bagi saya perkara yang penting dalam dunia ni adalah pasal keluarga, ilmu, akademik, persahabatan, kenangan, masa depan dan ...... entah..macam banyak pula benda yang penting dalam hidup saya ni..\(^o,^)/

Hari ni buka aimsweb. Tengok senarai tampal. Fuhh...4 subjek straight A.. mahu terjojol anak mata tengok result. Tinggal lagi 1 subjek tak keluar gred lagi.. Membuatkan debaran semakin kencang.. Dup dap dup dap.. Dulu pernah buat entrie nak dapatkan 4 flat sem ni. Urmm..tinggal lagi 1 subjek untuk tentukan 4 flat dalam tangan atau tak..Wah..berdebornya.. Dah ler jawab paper management hari tu macam haru biru je. Agak-agak ada harapan tak nak dapat 4 flat? Tak sempat nak tengok carry mark, tapi dari mereka katanya mostly bawah 40. Kalau carry mark dah bawah 40, cam susah sketlah nak dapatkan A untuk subjek ni. Tak pe2x..tunggu3x.. Kalau tak dapat A, memang tak de harapan nak dapat 4 flat hatta sekali dalam tempoh 4 tahun ni..=(

Saya kalau bercerita, memang tak ada kesinambungan. Suka hatilah..ceritera sara. Kalau ada kesinambungan macam nak jawab subjek penulisan dalam SPM plak. tadi pasal akademik. Sekarang pasal persahabatan.

Surat menyurat.. Wee..seorang kawan saya ni memang suka tulis surat. Setiap kali dia tulis surat, mesti berjurai air mata saya. Yelah, dia kata nak stay f4 dengan saya dekat mrsm tu. Alih-alih bila sampai waktu nak g prep, saya cari-cari dia.. Tapi tak jumpa. Kawan-kawan kata ada nampak dia depan pejabat maktab. Tapi saya tak nampak dia.. Berjurai-jurai air mata sebab sedih tak jumpa kawan yang di cari.. Beberapa minggu kemudian, sampai surat pertama dari dia. Norizati Mustaffa. I really miss you. Saya suka tulis surat dan baca surat dari kamu. Tapi sejak masuk U, kita mula terputus hubungan. Ada lah sekali dua bertukar surat. Semuanya sebab saya yang gagal untuk membalas surat awak.. Zati, i really miss you.. I wanna tell lots of story dengan kamu. Lain rasanya bilanya berhubung di facebook. Tak sama. Aci tak nak main tulis-tulis surat lagi? hehehe...

Psikologi.. Saya suka dia. Kata-kata dia penuh berhemah. Dia berani. Tak pernah gentar bila dihujani dengan pelbagai kritikan. Dia petah berkata-kata. Membuatkan saya berasa selesa berada di belakangnya. Cita-citanya nak jadi pakar kaunseling. Itu bagus. Saya nampak bakat yang ada padanya. Ana Humairah. Lain dari yang lain. Umai, miss you too.. Kita kenal dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Kalau ada apa-apa mesti kita buat together. Bila naik f4, you still dalam Dailami cuma i je yang terpaksa berpaling tadah ke Kindi. Tapi bila free, slalo je kita lepak sekali kan? hehehe..Wahh..so so miss you..

C.I.N.T.A.. hahah..cinta? Dia lah yang selalu temankan saya datang prep malam awal-awal masa bulan ramadhan ketika di tingkatan 4 dulu. Dia dan saya bukanlah satu kelas. Cumanya kami satu unit. Satu rumah. Dia je yang tahu kenapa saya selalu datang prep malam awal.. Saya rapat dengan dia sebab dia sentiasa bersama saya selepas waktu kelas. Dan dia juga yang mendekatkan kami untuk bergambar dan berbual seketika ketika jamuan akhir tingkatan 5. Thanks dear. Tanpa kamu, mungkin sampai sekarang tak pernah ada gambar berdua dengan dia.. You are sooo sweet dear. Norashida Saad. Waktu kem SPM, dialah insan yang bersungguh-sungguh nak tolong saya ambilkan gambar si dia. Harapkan saya? Tidaklah..malu menggunung. sementelah masa tu macam ada ehem ehem kan. Memang tak lah saya.. Dear, i ingat lagi masa you panggil i ajak bergambar dengan dia malam tu, i kantoi tengah menangis. Tapi i bagi alasan lagu tu syahdu sangat.. sebenarnya i nangis bukan sebab lagu tu.. tapi i sendiri tak ingat kenapa i nangis.. Dear, bila you nak balik Aloq Staq? Jom lepak dengan i.. Maen bowling walaupun i tak pandai.. Paling tak pun lepak dengan i tengok wayang. I tak nak si dia..I nak you..Really miss you dear..

Buat 3 insan yang teristimewa di hati hamba sepanjang berada di MRSM.. Izati, Umai dan Shida.. Missing you all a lots.. Dah lama kita tak hangout sesama kan? Tunggu i keje ye.. Nak ajak keluar sekarang, i tak de duit.. Zati, bila you balik semenanjung, cepat-cepat roger i. Mana tahu time tu i dah ada keje, ada duit bleh lepaks sesama..XOXO..

Hahahaha..maksudnya Peluk cium buat kalian bertiga..

Memasak vs Menjahit ?

Wee... apolah nak jadi dengan diri ini.. Asal pasal dia je mesti excited sampai terover excited. Dah..dah..tak mau dah..Buang karan je dok excited pasal dia..hahaha..Hari ni nak share story pasal semalam.. Hehehe..Lambat update..broadband dah expired plak.. Malam semalam baru topup len. Saje amik yang prepaid internet sebab nak guna bila dok kat umah je. \(^o,^)/

Ok..apa saya buat semalam? Urmm..guess what?? Masak Laksa Sarawak!! hahaha.. I told my mom, "Mak, hari ni angah yang jadi chef.. Mak g siapkan baju kurung mak..hari sabtu ni tak bleh nak menjahit dah.." Ini bukan arahan..Jangan salah faham ye.. Kalau tak cakap gini, mak tak mau dok depan..Sudahnya kain yang berela-ela tu tak jadi baju kurung karang.. So, biar this new domestic engineer yang ambil alih aktiviti memasak ni..=D

Nak tolong menjahit hatta memotong kain, memang faillah. Cuba kau suruh buat benda lain, InsyaALLAH lah terror..agagaga...Nak masak laksa Sarawak ni, bukannya susah pun. Kalau susah pun, buat-buat tak susah..Kalau tak, nanti emak yang kat depan jadi duduk tak senang plak.. Saya masak laksa sarawak guna Instant punya. Kat Sarawak memang mudahlah nak dapat. Saya pun tak pasti mana mak saya dapat stok instant ni..hahaha..

Cara-cara :
1. Rebus ayam bersama sedikit halia.
2. Dah mendidih, ayam pun dah masak <--- Angkat ayam. Nak stok rebusan ayam tu je.
3. Masukkan rempah instant tu ke dalam stok rebusan ayam tu. Kacau-kacau..
4. Dah mendidih? Masukkan santan pekat pula. <--- Untuk pekatkan kuah.
5. Kacaulah lagi sampai mendidih lagi.
6. Pastu bleh lah buh bebola. Tak payah banyak-banyak. nanti barang hiasan laksa tu pun dah banyak..
7. Masuk garam sket weh.. Kalau nak sedap. Tambahlah kiub pati ayam. 
8. Last sekali masukkan daun kesom. Bagi naik aroma dia.. DONE~

Mudahkan? Bahan hiasan dia? Udang rebus, ayam rebus yang digoreng kemudian dicarik-carikkan, tauge yang dicelur, timun yang dikupas kulitnya dan dihiris-hiris, telur dadar yang dihiris halus. Dan bahan utamanya?? Bihun..Bihun ok.. Bukan laksa ala-ala laksa penang tu.. Tadaa..boleh dimakan.. Kalau tak yakin dengan resipi ni, sila gunakan khidmat En.Google..

Nice... satu portfolio sebagai domestic engineer telah selesai dilakukan.. Seluruh keluarga menikmatinya dengan penuh gumbira..hahaha.. Now, turn untuk menjahit plak..

Sejak saya masuk U kalau tak silap, setiap kali balik bercuti dan mak tengah menjahit baju kurung tuk kitorang, mesti akan dengar ayat ni: "Angah, meh tolong mak jahit leher baju ni. Mak tak nampak. Kalau nampak, mak buat dah.."
Dan jawapan standard dari saya: " Nak jahit camne ni?" .. Oho..dari dulu sampai sekarang dialog ni harus keluar sebab saya memang tak pernah ingat macam mana nak buat jahitan tu. Mak cakap jahit tulang belut. Ye tak? ke lilit belut? Yang pasti ada belut-belut ni. Dan untuk entah keberapa kalinya, mak ajar lagi cara nak jahit leher tu.. Mak buat sehari dah siap. Saya buat berhari-hari..Sampai mak dok tanya: " Dah siap angah?". Jawapan : " Belum lagi..Mengantok jahit leher tu". hahaha...Nampak sangat tak istiqamah menjahit..

Oh ye! kalau kamu-kamu semua nak tahu, sepanjang hayat saya yang dah nak masuk 23 tahun ni, seingat saya baru 2-3 kali je kot beli baju kurung siap dah kat kedai. Selebihnya memang dari kecil sampai dah besar ni, baju kurung mak buat sendiri. Baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung biasa.. semuanya emak buat sendiri.. Saya? Dah nama pun tak de bakat dalam menjahit ni kan? SO, kejenya hanyalah sekadar jahit leher dan juga buat silang pangkah dekat tangan dan bawah baju. Ala macam yang pernah belajar dalam kemahiran hidup dolu-dolu..

Ok.. dah tengah hari.. nak masak lunch pula.. Nak masak apa ek hari ni? 

~adios~

Hai..Lama tak dengar khabar..

Wednesday, May 18, 2011

Hai.. ya! memang dah lama kita tak berutus khabar. Urmm..dah lama tak bersembang.. Hari tu saya ada tulis entrie yang saya dah jumpa facebook dia. Dan ketika itu, saya sendiri tak tahu nak buat apa. Request Friends atau biarkan je. Respon dari kengkawan baik saya ni sehingga terbitnya ayat ini:

Tak salah jadi 'switch' utk 'trigger' a 'device' to 'operate'.
Afta u turn it 'on', let d device functions itself...
'voltage' n 'current'nye perlu la di'jaga', supaya device x tbakar.
I hope u understand this. wish u luck... XD - Nur Ershadiah

So, saya pun request friend di wall dia semalam..Alhamdulillah..mendapat respon.. Be friend again. Dalam setengah jam lepas tu, dia tegur saya dekat fb chat.. Hehehe..terkezut..sebab khusyuk sangat dok berbalas komen dengan mereka-mereka. Sha, device operate by itself after being on.. Ngee.. Dari chat fb beralih ke YM. Tak pernah ada pun YM dia. Dah dia minta ym, bagi je lah.. bila dia add, saya accept..=)..

So, hari ini dalam kalendar perlu catat.. Rajin pula nak ingat..tidaklah..Tapi nak ingat sebab dah lama tak bertukar cerita. Dan pertama kali berhubung semula selepas beberapa tahun. Nice~ Banyak story. Rasa cam zaman tulis surat dulu.. Bezanya kali ni guna online data. automatically being read by the other side. The communication happened in the real time. No more delays.

Hopefully we keep in touch. Walaupun hanya sekadar melalui facebook dan YM, it's still a good medium to let the communication work out. Thanks to the technology. I get connected with one of my friends that i've been looking here and there..

Sekarang masing-masing dah matang dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Dugaan dunia akan semakin menghampiri kita. Social network akan lebih meluas berbanding sebelumnya. Jangan sampai ada virus yang merosakkan segalanya.. Apa yang diaturkan oleh-NYA mungkin tidak menepati kehendak dan perancangan kita. Namun, apa yang terjadi pasti ada HIKMAHnya kerana ALLAH jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

~adios~

Cincin 2 bentuk?

Entrie dari rumah.. Tak bergambar.. sebab broadband kat sini cuma dapat GPRS je.. sedih kan?? Huhuhu..Oleh itu tak dapatlah nak karang panjang-panjang.. Sebab tak ada gambar nak diselitkan..

Kejadian berlaku di kampung...

Tok : "Anak dara minta 2 bentuk cincin. Sebentuk 2 mayam @ mayang"
Me : Maksudnya?

Tok tak layan..hahaha..tapi betullah sejak dengar ayat yang ini sampai pagi ni dok pikiaq apa kebendalah maksudnya tu. Sebentuk 2 mayam or mayang? Not sure.. sipi-sipi je dengar..tapi between those two words la.. Apa maksud sebentuk cincin 2 mayam/mayang? Kenapa tak cakap sebentuk belah rotan sebentuk lagi batu permata? Tak pun nak batu firus.. Kalau nak warna ungu yang cantik tu, sebentuk cincin batu amethyst? Ngee...

Pape pun itu cincin orang..

~adios~

** p/s :- hari ni buat menu masak lemak cili padi ikan patin.. nyum..nyum..miss you Siti Z..hari-hari pun rindu sama korang semua... Siti Z, Akmal Hayati, Aimie Amalina and the beautiful one, Ershadiah... Ershadad~..


Pi Menjemput?

Tuesday, May 17, 2011

Chik : Hari Sabtu ni angah pi menjemput..
Me : Ek? nak pi jemput sapa plak? Bukannya umah kita yang buat kenduri..
Chik : Pi ikut orang menjemput anak dara lah..
Me: Lorr...Pakat-pakat pi tunggu lah dekat kepala titi tu... Jemput dengan kompang, bunga manggar and etc..

Mak dengan tok dah ketawa.. Saya? Still muka blurr.. tak faham-faham lagi..

Chik : Ikut depa pi menjemput dekat Bukit Tangga..
Me : Tak pi menjemput tak bleh ke? Pandai-pandailah rombongan anak dara tu nak mai sini.. Kita kena pi sana pastu patah balik mai sini, buat abih duit minyak ja.. Tunggu ja dekat sini tak bleh ka? Jimat dah.. Minyak pun dah naik harga..

Mak, tok dengan chik..semua pakat dok gelak.. Laa..logik apa yang saya cakap ni.. Memanglah Bukit Tangga tu tak sejauh JB mai Aloq staq tapi tetap pakai minyak kereta juga kan? 

Tok : Angah esok-esok, jangan dok pi umah pihak laki selagi tak da orang datang menjemput. Tak pernah dibuat orang.
Chik : Kita kena lah pi sana menjemput anak dara. Bawa mai sini.. Baru boleh start majlis..

Me : Owh..itu ke maksudnya majlis sambut menantu?? Wakil keluarga lelaki kena pi umah keluarga perempuan ni jemput pengantin bawa balik untuk kenduri kat rumah lelaki.. pi menjemput... Haaa...

Hahaha...nampak sangat saya seorang yang lurus bendul. Naif. Saya bercakap berdasarkan fakta didepan mata.. terlupa tentang adat orang tua kita.. Baiklah mak, tok, chik..esok time angah, kalau dapat yang jauh tak ke susah depa nak mai sini menjemput lepaih tu patah balik pi tempat kenduri.. Hahaha.. tak ingat dah apa jawapan tok.. Geli hati dengan "kelembapan" otak ini mentafsir ayat mereka.. 

Hari sabtu ni kenduri dekat belah lelaki. Kenduri abang sepupu. Minggu lepas kenduri rumah perempuan. Jumaat minggu sebelumnya akad nikah.. ini pun menimbulkan persoalan pada saya..

Me : Mak, kenapa nak kena buat sampai sebulan? Apsal bukan hari ni nikah, esok kenduri rumah perempuan, minggu depannya kenduri umah lelaki? Kan ke sekejap je dah selesai semuanya..

Tok : Aissy..orang dok buat tiga hari ja.. Hari ni nikah, esok kenduri belah perempuan, lusa kenduri belah lelaki. Setel semuanya.. 

Ek? Terdiam lagi..dah tak tahu nak jawab apa.. Kita tengoklah hari sabtu ni jadi apa.. 

Pada Abang Mat, tahniah.. Selamat Pengantin Baru.. Hari Sabtu ni nak tengok isteri kamu..hehehe..

Akhirnya..ku temui facebook DIA..

Monday, May 16, 2011

Entah apa mimpi hari ni.. Eh, bukan mimpi..sejak hari terakhir di utm bersama-sama Akmal, Siti dan Aimie. Lepak di bilik Akmal. Tetiba request dengan akmal nak tengok gambar DIA dari facebook kawan Akmal yang kebetulan satu course dengan DIA. Cuba juga search nama DIA dalam friend list kawan Akmal tu.. Tapi tak berjumpa. Oh Kawan! Saya rindu pada kamu juga!..

Pagi tadi, tetiba tergerak nak selongkar longgokan surat lama-lama yang masih tersimpan rapi. Nostalgia beb.. Dah lama tak menulis surat cenggitu. And dalam banyak-banyak surat tu, terjumpalah selonggok surat bertulisan tangan yang saya balut di dalam sehelai kertas putih A4. Surat pertama dari DIA. Ya! saya masih menyimpannya. Saya tak pasti andai DIA masih menyimpan surat-surat saya.

Usai membaca kembali surat-surat tersebut yang entah keberapa kalinya, saya beralih ke komputer riba. Broadband disambung. Internet connected. Lantas saya membuka iGoogle. cuba meng'google' nama DIA seperti yang pernah saya lakukan bertahun dahulu. Namun, hampa.. tiada sebarang petunjuk mengenai dia. Saya cuba search nama DIA di dalam facebook walaupun pasti tidak akan bertemu apa-apa..

Siapa sangka. Pencarian kali ini berhasil. Saya bertemu dengan facebook DIA. tapi saya tak pasti nak buat apa selepas itu. Wajarkan saya friend request di wall DIA? Masihkah dia mengingati kewujudan saya? Err.. serba salah dibuatnya.. Namun, andai DIA masih menyendiri, saya ingin membawanya mengingati janji yang pernah dilafazkan..tetapi seandainya tidak lagi menyendiri..cukuplah sekadar sebuah doa agar DIA bahagia di mana jua DIA berada..

Kawan! Tahniah. Saya yakin pengajian selama 4 tahun ini telah berjaya awak tamatkan dengan jayanya. Saya tahu, tidak wajar saya merindui kamu. Tapi tidak salahkan andai saya merindui seorang kawan yang pernah rapat untuk waktu yang seketika dengan saya itu.. Kawan! Masihkan awak mengingati saya? Mengingati surat-surat itu? Masihkah awak menyimpannya seperti mana saya menyimpan rapi surat-surat tersebut?

~adios~

I'm Home~

Sunday, May 15, 2011


I'm home..
Back to Kedah..
6.45am 15 Mei 2011..

Gonna miss all my friends especially
Akmal Hayati, Siti Zubaidah, Aimie Amalina and Nur Ershadiah..

Sebak bila bersalam dan berpelukan dengan korang semua sebelum naik bas semalam. Bergenang air mata.
Thanks for everything. Korang memang saaaangat baik.. Seronok dapat kawan macam korang semua..

Looking forward to see all of you again..

Menghargai..Dihargai..Submit Tesis..=))

Saturday, May 14, 2011

Alhamdulillah syukur nikmat..Kepada tuhan yang memberi rahmat...

Syukur..syukur..syukur.. Akhirnya, hasil telah berjaya dituai.. Subhanallah..Maha suci Allah..Allahuakbar.. Gembira tak terkata bila tesis selamat diterima di perpustakaan fakulti. Dengan ini, secara rasminya saya bergelar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan). Dengan ini, tak sabar nak tunggu konvokesyen untuk pakai jubah dan pegang scroll...Weehaa..

Mak, abah! Angah akan memakai jubah untuk ketiga kalinya.. Clap..clap..clap..Gembiranya rasa hati.. Kenapa ketiga kalinya? 1st time pakai jubah grad masa tamat tingkatan 3. Tamat je tingkatan 5 pakai jubah grad lagi.. Habis matrik, dapat sijil dari Datuk Noh, tapi tak de jubah plak.. And insyaALLAH..by this coming September, i'll be graduated.. Wee...very the happy momment..=))


Setelah 4 tahun bertungkus lumus di universiti, akhirnya hari ini datang jua.. Dan at 7pm today, i'm going back home... Kedah..wait for me.. Mak, abah..Tunggu angah kat shahab na.. Early in the morning.. Lepaih tu kita pi enjoy!! hahaha... Proud to be your daughter.. 

Kisah hari tu..takkan saya lupakan..

Kenapa? Macam banyak pula benda yang tak akan dilupakan kan??

Bukannya apa, hari ni sangat chaotic.. Betul tak bahasa inggeris ni? Kalau bahasa melayunya kelam kabut kot. Entah..tak sure macam mana nak gambarkan situasi hari ni. Tapi segalanya bermula dari pagi. Sepatutnya, tesis saya siap pukul 3.00pm. Maknanya tinggal dalam 2 jam je lah nak setel everything untuk kejar waktu pejabat kan? But then, at 10++ am, saya teman kawan pergi printing dan hantar hardbound. Sambil-sambil tu usya lah kat kedai tu kot mine dah siap kan? And , sangat gembira bila ternampak nama sendiri bertinta emas tercetak di atas permukaan hardcover tersebut.. Rasa gembira sangat.. Total untuk hardbound tesis ini adalah RM64. Murahlah kan? Untuk 3 buku, saya print sendri. Jimat duit di situ.. Dan untuk 1 lagi buku, saya print guna laser jet. Adalah dalam RM7.00++.. Beli CD dengan sampul kertas semuanya dalam RM8.80.. Makanya, jumlah keseluruhan untuk siapkan 4 hardbound tesis ini adalah:

RM64 + RM8.80 + RM 7.40 = RM80.20

Saya peruntukkan dalam RM100 untuk tesis..So, kira jimatlah RM20 untuk buat tesis.. Alhamdulillah..


Nak tahu mana lagi RM20 tu pergi? Ngee.. beli hadiah untuk SV..share duit dengan Akmal.. Since kitorang tak tahu nak bagi apa sebagai tanda penghargaan buat supervisor yang dah menolong kitorang ni, dan kebetulan pula isteri SV tengah sarat mengandung dan saya sendiri pernah bertemu dengan beliau personally makanya kitorang decide untuk beli barang baby.. Hadiah untuk baby yang bakal lahir sebagai ucapan terima kasih kami buat SV kami.

Hamper balut sendiri..~

Lepas amik je hardbound tesis, teman aimie bertemu SV dia..Lepas tu terus keluar ke Jusco Taman U..mencari hadiah.. hari ni akan menjadi kelam kabut kalau saya tak terfikir untuk mengambil tandatangan dari SV hari sebelumnya untuk dibuat softcopy.


Masuk je Jusco, cari air dulu..Dahaga..dahaga.. Pekena Bandung C Special..nyum..nyum.. Lepas tu terus naik atas pergi cari bahagian baby.. Wee..rambang mata..banyak sangat benda comel...tak tahan..Kalau baby sendiri mahunya diangkut beli seluruh jusco tu..hahaha..Nak ambil hamper yang dah siap, tapi baju baby dalam tu tak cantik pula..sudahnya decide untuk buat hamper sendiri.. Seperti yang berlaku di atas..

Balik bilik terus siapkan hamper.. Pukul 3.30pm nak jumpa SV lagi..nak minta sign dan nak bagi hadiah tu.. Elok pukul 3.00pm hujan turun.. Dan semakin lebat lepas kitorang jumpa SV kitorang.. Berlari-lari dalam hujan untuk ke library fakulti.. Alhamdulillah..mujur saya dah siapkan softcopy untuk CD tesis hari sebelumnya.. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan hari ini..

Kepada Supervisor PSM saya;
Dr. Fauzan Khairi Bin Che Harun..
Thanks for guiding me through out the project.. Even it may look simple but its not easy to be completed. I'm happy that i've make it successful and achieved the simple objective of my project with the aid from you and people around me.. And congratulation for a coming new born baby..Wishing you a happy family with 2 little cute children and coming baby..

And thanks juga kepada orang sekeliling yang dah sudi membantu. Maaf kalau ada yang saya tak letak dalam acknowledgement tesis tu. But i do remember and appreciated all your efforts to help me.. It just too many to be stated. Thanks a lot..

With that, Wish me all the best for my future..=))

Berpindah.Sayang Kamu.

Friday, May 13, 2011

Selalunya kalau nak tulis blog, orang buat tajuk dulu atau isi kandungannya ek? Entahlah..Papelah wahai pemilik bilik laksana tongkang pecah..=P.. Serius..bilik dah serupa kena landa gempa bumi ja. Serba tak teratur semua.. Aktiviti mengemas yang tidak teratur. Datang mood dia kemas dengan seriusnya. Hilang je mood terus dibiarkan bersepah.. Selagi tak balik, selagi tu lah tak kemas..hahaha.. Apa teruk punya oranglah..

Tapi jujur. Bila mai bab mengemas barang untuk kosongkan bilik, memang failed! Al-maklumlah..4 tahun dok UTM setiap kali cuti sem panjang konfem sewa bilik! hahaha..bila sekali kena kemas untuk kosongkan bilik, tak tahu nak start dari mana. Nak simpan yang itu, tapi rasa nak guna lagi. Nak simpan yang ini? Eh, pun nak guna juga.. Sudahnya, berkotak-kotak barang dekat depan pintu. Mujurlah bilik ni besar dari bilik lain, kalau tak memang tak de ruang lah nak bersolat..aish..

Barang-barang terkumpul selama 4 tahun~


5 + 1 + 4 = 10 tahun duduk asrama. Setiap tahun pun barang tak pernah berkurang! Kalau masa awal-awal dulu, penuh 1 bonet kereta. Sekarang bila nak balik, rasa kena bawa mai lori untuk angkut barang.. Dasat kan? Ngee.. Tapi, ini pun mujurlah saya dah angkut giant books dengan koleksi novel balik rumah dulu. Kalau tak, fuhh..tak tahu macam mana nak angkut bawa balik. Dalam kotak koko tu semuanya note dan past year selama 4 tahun dekat UTM ni.. Sayanglah nak buang..ilmu tu.. Paling-paling pun tunggulah lagi 4-5 tahun..baru bleh lupus.. So, kotak koko ni saya akan simpan dulu dekat stor. Nanti bulan 9 datang dengan family baru angkut bawa balik..=D

Sedey~..mak ayah tak dapat datang. Ongkos tak de ma.. So, kena balik naik bas. Dan..nak angkut Mr.Pixma tu sekali.. Gabak kan? Saiz triple XL hahaha..tak pe bas tu besar..konfem celuih..Banyak dah jasanya Mr.Pixma tu.. Di akhir-akhir sem pun tetap berjasa lagi.. Keranamu Canon Pixma MP145, Setahun lebih tak keluar duit untuk print note. Semuanya keranamu Encik Pixma.. Saya sayang kamu.. 

Mr.Pixma..My beloved one..
Tengah sem hari tu, ingatkan Mr.Pixma dah merajuk dengan saya. Ye lah, tetiba je dia tak mau print berwarna walaupun hakikatnya tangki dia masih penuh. Tetiba satu hari ketika saya hendak mencetak thesis, keluar notification dekat laptop mengatakan catridge baru telah diinstall.. Erk? Bila masa pula saya install catridge baru? Tak pe3x..try print satu page yang berwarna...Jeng..jeng..jeng...

Berwarna..Cantik..Kemas..Superb.. My Mr.Pixma is back..Mmuahh...Lap u sayang.. Di saat-saat akhir kau telah memudahkan kerja ku.. Thank You ALLAH.. Tanpa berlengah, terus print 3 copy thesis dengan bantuan Mr.Pixma. Lagi 1 set print guna Mr.Laser Jet kat kedai.. Tu dia..jimat duit cheq..Hujung-hujung sem ni.. Alhamdulillah.. Berbakti juga dia pada kawan-kawan cheq..Mr.Pixma..Thanks a lot..

Hari sabtu ni i bawa you balik jumpa my parents and my sibling ya! ini first time kan you nak ikut i balik kedah? I bagi cuti panjang untuk you. It's going to be such a long journey.. Stay healthy ya! Jangan nakal-nakal. Nanti saya tinggal kamu.. Yada yada..happy...~

Pencemaran Bau!!!

Tuesday, May 10, 2011

Apa perasaan korang kalau tetiba hidung korang dihidangkan dengan bau hapak? Err..lagi dahsyat dari bau hapak. Bau yang kurang enak. Ada tak rasa macam nak melenting je sebab bekalan oksigen yang diserap melalui hidung seakan tersekat dek pencemaran itu? Akhirnya, otak jadi terbantut sebab oksigen yang dibekalkan ke kawasan itu menurun secara sedikit demi sedikit.

Fuhh..itulah perihalnya.. Tengah khusyuk-khusyuk edit tesis nak bagi siap cepat, tetiba hidung terbau benda pelik. Dah jammed terus kepala otak tak boleh nak fikir. Ternganga tingkap sebab nak cari bekalan oksigen dari luar. Agak-agak dah stabil semula bekalan oksigen, barulah pergi menjejak dari mana datangnya bau-bauan yang kurang enak tu. Berjalan dan berjalan. Baunya semakin kuat. Hidung tak mampu bertahan. Tekak terus rasa nak muntah.. Arghh..apa kebendanya ni??!!!XXX

Ada ke patut, seorang insan ni pi sidai baju dia yang entah berapa hari terendam dalam air tu dekat ruang tamu?? Dahler ruang tamu tu tertutup. Baju tu pula dah berbau sebab terendam lama. Gabungkan dua-duanya, tak ke rasa macam nak pengsan?? Aigoo..tak de kesedaran sivik ke? Tahulah coin box mesih basuh tu rosak, tapi tak reti-reti ke nak jalan g blok lain cari mesin basuh kalau dah malas sangat nak basuh baju tu dengan tangan??.. Dan ada ke patut disidainya dalam blok? Ampaian kat luar tu ada kosong lagi kot. Matahari pun tengah terik lagi. Pergilah sidai kat luar. Tak pasal-pasal je seluruh komuniti rasa terseksa dek pencemaran bau yang kau buat. 

Sembur pewangi banyak-banyak pun tak mampu nak menghilangkan bau yang datang dari baju yang terendam lama tu.. Mujurlah bilik saya dekat tingkas atas. Boleh juga buka tingkap luas-luas bagi udara luar masuk. Kalau tak, mahu mati sesak nafas dengan bau yang sangat dahsyat tu... Wei, tolonglah angkat baju kau tu g basuh lain. Notis dah letak, kau cabut. Kitorang dah memekak kau boleh buat tak tahu?? Respect lah hak orang lain juga.. Takkan deria bau kau dah malfunction sampai buat tak reti je dengan teguran kitorang tu???

Fuhh..ok..dah..jom layan entry farewell kat sini plak.. Farewell..farewell.. 

Bila tak de kerja nak dibuat~

Sunday, May 8, 2011

Malam pesta muda mudi..
Bergembira hingga pagi..
sebab tak tahu nak buat apa lagi..
Exam Final telah pun diakhiri..
Tapi tesis tak tahu jadi apa lagi..
Supervisor dah menghilangkan diri..
Ohh...
Bila buleh beli tiket keretapi..
Paling-paling dapat tiket bas pun jadi..
Barang-barang pun entah bila nak dikemaskini..
Ohh..rumitnya rasa diri..
Ingatkan exam dah habis dapat tenangkan diri..
Boleh balik rumah tengok sawah padi..
Tidur malam banguh pagi..
balik-balik tengok movie..
Punyalah hidup macam tak berinspirasi..
Oh diri!
Mak ayah pemberi motivasi..
Muncullah segera Supervisor yang disayangi..
Kelak tesis boleh hantar hardbound tanpa perlu ditunggu lagi..
Kehidupan sebagai mahasiswa boleh diakhiri..

Bosan.. Tema hari ni adalah cerita yang hujungnya adalah vokal i..Kenal DBSK? Kenal U-Know Yunho? Kenal ChangMin? Kenal Junsu? Kenal Haechul? Handsome kan mereka semua.. Cakap jepun pun teror.. Nak ambik sorang buat boyfriend bleh tak? Dah bosan sangat ni..kahkahkah..

Blog Under Construction

Saturday, May 7, 2011

Dah bagitahu kan sebelum ni yang exam dah habis?? Nak semangat buat tesis pun macam dah hilang semangat sebagaimana Supervisor yang telah menghilangkan diri tanpa khabar..kihkihkih...

So, apa yang mampu dibuat adalah bermain dengan coding.. Yeay! baru je tadi dah buat cantik-cantik, molek-molek..tetiba edit lagi kan? Jangan risau, template ari tu dah download siap-siap..So, lepas ni kalau tengok blog ni pelik mananya tengah dalam pengubahsuaian..Harap maklum..Tinggalkan jejak anda diruangan komen supaya saya boleh menjejak kembali..

~adios~

4 tahun sudah..

Assalamualaikum..
Bersediakah anda?? Ini adalah entrie panjang.. Sebab nak hantar untuk Bahasa Malaysia Penulisan..=D.. Semoga terhibur.. Jangan mengantuk sudahlah ye..

Wahhh..dah 4 tahun rupanya saya di sini.. Di UTM..Di Johor Bahru.. Dan dalam tempoh 4 tahun ni, kalau dikumpul-kumpul lebih kurang 2 tahun je sempat balik bertemu keluarga terchenta.. 4 tahun..bukan tempoh yang singkat beb.. Nak menghabiskannya, macam-macam benda yang berlaku.. Bergadoh ala-ala makan gado-gado. Bergelak ketawa. Melompat riang suka hati. Makan-makan. Bercuti. Pergi pantai..panjat gunung cari air terjun. Naik kapal terbang. Pakai baju tebal-tebal walaupun hanya seminggu. Result turun naik macam roller coaster dan macam-macam lagi..

Kalau imbas semula kehidupan ni, 4 tahun yang lalu rasanya saya ada di rumah..Baru lepas matrik kalau tak silap. Masuk UTM pada 30 Jun 2007. Sekarang dah Mei 2011.. InsyaALLAH, bulan 9 nanti konvo. Masa zaman kat MRSM pulun nak bagi dapat Penghargaan Pengetua. Dah masuk U, pulun bagi dapat  Dean's List setiap semester.. Tapi biasalah beb, dah nama pun budak.. Kejap je semangatnya.. Lepas tu dok seronok melompat sana sini, hilang sat semangat tu.. Say bye-bye tu Dekan.. Dah hujung-hujung baru nak cakap hai balik ngan Dekan..ganaih sungguh.. Tak istiqamah langsung..=P

4 tahun belajaq Engineering. 4 tahun belajar erti kepimpinan dan organisasi. 4 tahun belajar erti kehidupan sebenar. 4 tahun duduk jauh dari family. 4 tahun merantau dekat negeri orang. tapi...dalam tempoh 4 tahun ni jugak, pakwe sorang pun tak dapat..hahaha...jom gelak ramai-ramai. Ada saya kisah? Kalau ada pakwe bahagia je selalu tak pelah..tapi kalau dok menangis sampai nak mengalir air mata darah, tak kuasalah eden. Mak, cheq nak suami! Tak mau pakwe!..hahaha..

Ok, balik kepada kisah 4 tahun. 4 tahun belajaq, tak dapat-dapat lagi 4flat.. Lagu mana ni? =P Bila ceghita pasai Dean's List, 4 flat dan sebagainya yang bersifat akademik ni, satu perkataan yang saya nak lafazkan adalah Terima Kasih. Err..dua patah perkataan kot.. Arigatou

Terima Kasih kepada kawan-kawan yang bersama saya dari tahun 2007 sampailah tika dan saat ini. Terima Kasih yang tak terhingga kepada insan-insan yang pernah satu group dengan saya dalam menyiapkan assignmentS dan LabS. Tanpa mereka-mereka ini, jangankan Dean's List, nak dapatkan 3 pointer and above pun mungkin dalam mimpi je. Sebab Assignment berkumpulan kadang-kadang mempengaruhi markah keseluruhan sehingga 40%. Bayangkan beb. Kalau tak de kawan-kawan yang nak berkumpulan dengan kau, mana nak cekau 40% ni?? ye dak? Lab yang paling penting. 100% adalah dari berkumpulan. Kalau tak de kawan-kawan yang otak super duper ni, mana nak cekau A dengan B untuk Lab ni kan?? Oleh itu, besar hati saya nak mengucapkan terima kasih.. Arigatou Gozaimasu..habis.

Diam bukan bererti marah.. Bising pun tak lah membawa maksud baik. Waa..statement macam nak kena Bako je sat lagi ni.. Tapi betullah. Saya tak banyak bercakap. Tapi bila menulis, pasti ada yang terasa.. Maaflah beb...Gua kalau tulis memang lupa dunia. Tapi kalau bercakap, semua tertib gua pegang. Saya tak suka cari gaduh. Cumanya saya tak pandai nak pulihkan keadaan. Saya biorkan je. Tapi kalau ada orang yang cuba memulihkan keadaan, saya akan pulih sepenuhya.. ah, sudah..ayat apakah ini? Serabut semacam je..


4 tahun. banyak jugaklah tempat saya dah sampai.. Tempat Paling jauh adalah Selatan Benua Asia. Korang tahu tak dekat mana? Hahaha.. Dekat Tanjung Piai je.. Kih..kih..kih..Perjalanan paling lama saya pernah lalui, JB --> Alor Setar naik bas. Total perjalanan = 12jam. Percutian paling mahal saya pernah pergi, Seoul Korea. Keluar duit sendiri dalam RM2000++.. Konvoi berkereta paling banyak dengan mereka semua pegi makan steamboat..8 buah kereta.. Semuanya saya buat dalam tempoh 4 tahun ni..

Dalam tempoh 4 tahun ni juga, tak semena-mena kaki dan tangan menjadi serba aktif. berjinak-jinak sebagai rakan biro.. Lepas tu UP sket jadi Setiausaha Biro dalam JKMKTC 2008. Setahun kemudian, UP lagi jadi Setiausaha Kerja JKMKTC 2009. Lepas tu ingatkan nak berhenti, tapi UP lagi jadi Timbalan Pengarah II JURUTEK 10'. Tahun 2011, rehatlah beb.. Pengerusi Projek Sarjana Muda Sendiri (PSMS 11')..hahaha..Dalam tempoh 4 tahun ni juga, gua dapat pingat gangsa main Lawn Ball wakil kolej dalam SUKAM.. Unbelievable beb.. First time dan mungkin terakhir kalinya gua pegang lawn ball tu..hahaha..

Urmm..nak cerita apa lagi? 4 tahun di bumi UTM, 3 kali sambut Ramadhan dekat sini..Dan penghujung kepada 4 tahun ini adalah scroll dari UTM..clap..clap..clap..

Tapi ini bukan penghujungnya.. Ye lah..mana tahu kot masa-masa ke hadapan, cheq sambung blajaq kat UTM ni..tak ke 4 tahun tu akan bertambah kepada beberapa tahun ke hadapan?? Betul tak? Tapi yang menggembirakan hati adalah berjaya menghabiskan ijazah kejuruteraan dalam tempoh 4 tahun ini..lagi sekali..clap..clap..clap..



Haa..lagi satu..lupa nak habaq..dalam tempoh 4 tahun ni juga, cheq dah ada blog. Cheq dah ada Facebook. Cheq dah ada email. Cheq ada nuffnang. Cheq layan ceghita Korea. Cheq beli printer 3 in 1 yang tak tau lagu mana nak bawa balik pi Aloq Staq nun.. Cheq dah ada kamera..Cuma DSLR je tak mampu nak beli lagi. Mcm-macam cheq ada.. Daripada PTPTN,cheq tukaq pi JPA..At the end, cheq sign contract dengan SHELL walaupun cheq tak tau nak bagi khidmat bakti macam mana dekat depa.

Dan..sekarang cheq tak sabaq nak balik Aloq Staq..nak jumpa mak, abah, kakak dan adik..Nak jumpa baby Pak Lang yang baru lahir tu..Nak jumpa Tok dengan Wan yang lepaih ni kena ngadap soalan;
"Bila kak Ngah nak Kahwin? Tumpang tok dengan Wan dok hidup lagi ni.." 

Yeay!..Semuanya.. Tapi mungkin balik Aloq Staq tak lama..Kembali semula ke UTM andai ada rezeki di sini..=)) Ok lah..penat dah ceghita.. Dah rupa ceghita kedai kopi plak.. Tapi dah nama pun Cheritera Sara...Siapa lagi yang nak bercerite kalau bukan Cik Sara??

~adios~

p/s: Tesis tak berjaya hantar hardbound lagi..SV menyepi tanpa khabar berita..Oh Tidak!!..

Exam dah habis, Tukaq Header baru

Yahoo!!...
Yabeda bedu...
"Akhirnya..Kini pasti exam dah habis..masa untuk enjoy.."

Menyanyi sambil pegang botol sebab microphone tak de..Ok jangan tiru, nanti orang ingat tak siuman pula..=P

Exam dah habis..makanya...bagi meraikan kejayaan bergelar graduan Universiti secara tidak rasmi, dengan ini saya menghadiahkan diri sendiri:

Header baru...



Tada....


Baru ja siap sat tadi.. fresh kuaq dari oven..=D comei dak? Kalau tak comei pun tak palah.. tadi try tutorial photoshope..Adjust sana skit sini sket, jadilah seghupa di atas tu. Molek sket kot dari header sebelum ni.. 

Fuhh..fuhh..tiup sawang dulu..Pastu amik header lama simpan dalam treasure box buat kenangan..


Mode : Gembira sebab exam dah abis..wee..=D


Motivasi Diri #1

Friday, May 6, 2011


- Andai kata saya pernah membuat khilaf, tegurlah saya.. Jangan biar saya terus hanyut dalam kekhilafan -

6 Mei 2011
2 Jamadilakhir 1432 H

Mode : Study Management~

Sama..Serupa..Sebijik Beb!!

Thursday, May 5, 2011


Entrie tak de kaitan dengan gambar..Err..mungkin ada kaitan..Nak story apa hari ni? Urmm...pikir sat lagu mana nak susun ayat bagi kemaih sket.. Tapi kalau tak kemaih pun hampa bleh paham kan?...

Baru sat-sat tadi ja kami jawab soalan final untuk subjek transducer. Hampa nak tau dak, hepi sungguh kami bla bukak je soalan, uih mak hang..sebijik! Serupa! Sama beb!..
Sama dengan apa? Sama dengan soalan past year paper. Dari soalan satu sampai soalan 5. Mungkin ada lah sket minor changes, tapi kami buat-buat tak nampak ja.. Yang penting key point dia sama.. Gembira sat.. Walaupun bukan ingat pun semua jawapan tuk soalan dalam tu.. Banyak kot nak kena hafal.. Principle hat ni.. Operational hat ni..Macam-macam..

Best juga dok final year ni rupanya..kahkahkah..Awat kami cakap lagu tu? Pasai kalau nak ikutkan dah 2 final exam, lecturer bagi soalan final yang semester lepaih punya.. Takkan hang tak syok kot kan? 1st, paper Tomo..Sama juga kesnya.. Serupa..sebiji..Apa lagi, pakat dok hafai jawapan ja lah..masuk dewan exam, dari 2 jam jawab sejam je..Ya lah, bukan gaduh nak pikiaq apa pun..semua dah pikiaq sebelum masuk dewan exam..

Tapi tuk transducer ni, kenalah juga pikiaq sket.. Err..bukan pikiaq sebenarnya, dok berusaha nak ingat. Biasalah bahasa orang putih ni kadang-kadang buat kepala otak serabut.. Kalut dibuatnya.. Kalau nak buat ala-ala kartun, bleh tengoklah formula, definisi semua macam melayang-layang ja dalam brain yang satu ni.. Mujuq ada 1 brain ja..itu pun dah cukup complex..kalau dibuatkan ada 3-4 brain, mahu meletup time exam..

Secara keseluruhannya, kami tak harap pun buleh dapat full mark..Walaupun ala-ala "Soalan Bocoq" tapi ada gak yang tak buleh jawab.. Tak ingat beb.. Boleh bayangkan dalam note, jawapan dok slide nombor brapa, tapi bila nak keluaq ayat dia tu, mulalah dok garu kepala pikiaq apa kebendanya ayat tu..Contoh tetiba:- ...something is instataneous with something.. That somethinglah yang tak bleh nak cerna. Menatang apa kah pun tak bleh nak habaq..

Harap-harap lecturer bleh terimalah jawapan kami tu naa.. Semoga Allah permudahkan dan lembutkan hati lecturer-lecturer kami time menanda kertas soalan tu.. Mudah-mudahan bleh dapat A semua subjek.. Carry mark untuk Imaging dengan Transducer macam dah cantik dia.. Tinggal 50% ja lagi dari final exam untuk menaikkan seri keputusan tu.. Amin..~

Dan hari sabtu ni last paper.. Engineering Management. Ada member habaq mai, 
"if you want to score management, think like a manager"
Err..lebih kuranglah..Ok..kami nak pi jadi manager sat..bagi score management plak..

~adios~

SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE DAN PINK

Sunday, May 1, 2011

Ini namanya malas nak study.. Macam banyak pula nak study nye..kihkihkih..So, lepas join contest, ayuh kita join segmen pula.. Segmen kali ni anjuran  Penulis Senja



Penulis Senja tanya awat chek suka kaler blue dengan pink ni..
Urmm..lagut mana nak story ye? Jujurnya chek memang dah lama suka combination blue and pink.. Lebih spesifik baby blue + pink.. cun kan? Meletop gitu.. Semua ni bermula dengan sepasang baju kurung. Originally, baju kurung tu kakak chek yang punya.. Tapi sebab chek dah berkenan sangat, jatuh cinta, chek amik buat hak sendiri.. Baju tu basicnya warna biru muda pastu bunga dia ada pink-pink gitu..

Sekarang ni chek dalam proses nak ubahsuai blog chek ni supaya dapat menjadi sepenuhnya biru dan pink. Banyak lagi nak tambah.. tapi tak da masa nak godek-godek semua ni..

Urmm..penulis senja nak tau dak? Chek punya angan-angan wedding dress nanti pun nak yang baby blue dengan pink.. Tapi chek tak taulah bila time tu nak sampai..

Lepas tu Penulis Senja suh komen blog dia.. Katanya wajib. aih, chek bukannya pandai sangat nak kritik blog orang ni..sebab blog sendiri pun tak berapa nak sempurna lagi..huhuhu..

Tapi dah kata wajib, chek rasa header dengan background tu kena ubah sket kot.. Bagi kesenjaan suasana tu terserlah..dan tulisan di header tu lebih nostalgik..Mungkin leh nama ciri-ciri seorang penulis..hahaha...membina tak komen ni??

Kepada kengkawan yang lain, kalau rasa blog korang warna biru dan pink, jomlah join segmen penulis senja ni..

~adios~

PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK

Puteri Katek buat Contest!!

Tak caya? Tengok kat bawah ni:



Nak join? Ate tunggu apa lagi? Klik lah link kat atas tu..
Tutup pada 2 Jun ni ye..

adios~