Episode 17 : Ginzan Onsen, Obanazawa

Saturday, January 11, 2014

Haaaa... perut dah kenyang. Hati pun sonang!
Yatta!
Hujung minggu. Di kala orang lain menerjah Sendai untuk memeriahkan soubet (majlis meraikan pelajar tahun akhir), saya betapa dalam rumah sambil bertemankan heater untuk memeriahkan blog yang dah lama bersawang. Haaa! Amek kau! Sekali hupdate macam tak reti nak berhenti kan??

Nak sambunglah kisah dari episode yang lepas. Dari Yamagata Eki, kitorang naik densha (local train) ke Ooishida Eki. Yang harganya 650Yen kalau tengok dalam map dekat Yamagata Eki tu. Jauh jugalah perjalanan atas densha tu.. Urmmm..sejam plus-plus? Dekat Jepun ni memang kena rajin tengok jadual train kalau nak plan journey ke mana-mana. Kalau tidak, memang banyak buang masa lah. Bukan buang masalah tapi buang masa!

 

Dah kali ke berapa entah sampai Yamagata Eki ni. hehehe.. Dah lama duduk sini baru tahu yang Yamagata ni lagi ke utara daripada Yonezawa. Maksudnya, kalau Yamagata-ken tu kita ibaratkan seperti Kedah Darul Aman, Yonezawa ni ibarat Bandar Kulim. Yamagata-shi pula ibarat Bandar Aloq Staq. Faham tak? Kihkihkih..

 

Dari Ooishida Eki kena naik bas untuk sampai ke Ginzan Onsen ni. Bas dia ada dalam 4-5 trip sehari kalau tak salah. Tambang bas sekitar 690Yen per trip. Perjalanan sekitar 45min jugalah. Sempat terlelap. =D

Bila sampai je Ginzan Onsen ni, rasa macam masuk dunia Narnia. Eh, by the way macam mana dunia Narnia tu ek? Hahaha.. Pandai berkata-kata tapi seriusly tak pernah pun tonton filem Narnia tu. Ngeee... Tapi...kalau rasa nak tengok yuki tebal-tebal, mehlah datang sini. Memang tebal yuki dia. Siap fubuki lagi masa kitorang datang tu. Tapi, masa fubuki tu dah halfway pun ambil gambar.

 

Onsen tu maksudnya Hot Spring. Kolam air panas. Sebab tu panggil Ginzan Onsen. Salah satu tempat tarikan pelancong di Yamagata-Ken. Nihonjin memang suka g onsen masa winter ni. Memula tengok tempat ni dalam TV Jepun. Kihkihkih.. lepas tu excited nak g. Bagitahu dekat Kohai. And alhamdulillah sudi juga nak bawa i olls jejak Obanazawa ni. 

 

Haaa.. Ini open onsen. Ayaq memang hangat lah wei.. Tapi, bila sejuk-sejuk cenggini, tak terasa pun hangatnya ayaq tu. Disebabkan cuaca yang sejuk gigil-gigil, tak terasalah pula nak buka boot dan rendam kaki dalam onsen ni kan.. Sebab nanti lagi gigil. Tapi, sempat jugalah celup tangan! Hahaha...lepas tu beku tangan bila keluar dari ayaq hangat tu!

 

 

Gambar ni tak filter pun. Malas tahap tak ingat sekarang ni. Rajin sikitlah nak bubuh watermark tu. Kalau malas sungguh-sungguh, tak adalah watermark bagaikan? Ngeee...
Sejuk-sejuk ni rasa nak berkelubung bawah selimut ja. Sejuk wei.. Nak pula la ni suhu main bawah 0 ja.. Perghhhh.. time ginilah rasa yang Malaysia tu sangat best!


Kalau tanya saya apa yang best dekat sini, pada saya SIGHT-SEEING lah. Tapi kalau ada bajet lebih boleh try masuk one of the onsen house ni. Saya tak ada bajet lebih. Masa pun tak ada lebih-lebih. Nak pula masa tu dapat tahu ada accident melibatkan shinkansen tak jauh dari Yonezawa menuju ke Yamagata Eki. So, ada kemungkinan densha akan delay. And memang ye pun. Densha dan shinkansen dalam OU-line tergendala.

 

Dan benda wajib beli bila datang tempat orang ni mestilah Omiyage (cenderahati) kan? Ok! Sila abaikan tembamnya saya di situ. Mungkin dek terlalu berhibernasi baik di lab mahupun di kaikan. =D Patung kayu tu, ambil gambar bersama je. Tak beli pun.. Kihkihkih.. mahal bebenor. Tapi esok-esok kalau ada bajet lebih saya pertimbangkan untuk beli dan bawa balik. Ini memang Japanese habislah.

 

Haaa... Ini gambar yang tetiba je fubuki (snowstorm) datang dengan jayanya. Ya ALLAH, macam tak percaya je hambo di Jepun sedang bermain-main dengan yuki. Terima kasih ALLAH.

 

Maaf.. Gambar di Obanazawa ini memang banyak. Sebab rasa tak nak lepas dari lensa kamera.

 

 

Ok.kenangan ni mungkin tak berulang. Sebab saya tak tahu bila pulalah kan nak sampai Jepun ni untuk winter-winter seterusnya. Jadi, sangatlah bermakna untuk keep it as memory yang boleh diulang baca dan tengok di masa depan. Oh ya! Sesiapa yang nak bercuti ke Jepun dan nak tengok salji banyak-banyak bolehlah ke sini.





0 comments: