Episode 20 : Fubuki (Snowstorm)

Monday, January 13, 2014

Ini memang khas untuk renungan di masa hadapan.
Fubuki.
Apakah? Yang pasti bukan sejenis makanan.
Fubuki ni maksudnya Snowstorm. Dan sejak hari JUmaat lepas (kalau tak salah), Yonezawa diserang (?) fubuki. Salji sangattttt lebat disertai dengan angin yang kuat. Membuatkan pandangan jadi terhad. Hiu~


Gambar-gambar ni memang fresh dari oven (?) eh! Silap. Fresh dari kamera Samsung SII. Lebatkan? lebatkan yuki? Ini snap pagi tadi. terbantut kejap niat nak keluar. Itu yang dok dalam rumah ja. Kalau esok pun lobat, tak tahulah macam mana nak redah g Gakko (School).


Tersadai ajalah basikal-basikal ini. Tak sesuai kayuh basikal masa winter. Jalan licin. Jalan kaki pun jatuh (ahaks), kalau kayuh basikal tergolek agaknya.. Ngeee

 

Tudia salji yang menimbun. Tapi, katanya tak setebal tahun lepas. Walaupun ramalan menjangkakan akan lebih tebal dari tahun sebelumnya. Susah nak jangka. Sebab cuaca tak menentu sekarang ni. macam hari ni. Memula tadi fubuki, subhanallah. Tak rasa nak keluar. Few minutes, matahari terang je. Tak sampai setengah jam, fubuki balik! Ohohoho...


Salji yang berlonggok dekat tepi ni dah separas pinggang. Daripada pengalaman yang tak seberapa ni, baru realise. Jalan atas yuki lagi selamat dari jalan atas jalan raya yang dah jadi ais. tergolek tergelincir semuanya lengkap. Point dia, jalan kaki sewaktu yuki turun lagi selamat daripada jalan kaki ketika matahari meninggi! hhhaha.. eh

 

Dekat sini, kalau rasa tak cukup rajin nak ber "yukikaki", janganlah naik kereta! Ahahaha... sebab kebiasaannya inilah nasib kereta-kereta di sini. dipenuhi yuki! Jadi, 15-30 minit yang pertama sebelum boleh keluar naik kereta, kena exercise buang yuki ni semua dulu. 

 

Dan ini adalah parking kereta untuk staf University. disebabkan hari ni public holiday, parking kosong. Dan disebabkan yuki turun dengan jayanya malam tadi, beginilah keadaan parking kereta ni. Penuhhhh je dengan salji yang putih memutih tu.


Tinggikan salji yang menimbun tu... Subhanallah!!! Kagum!!
Sugoi!!
Lembut je.. Tapi tak boleh pegang lama-lama..


By the way, suhu dekat sini dah -5 degree. Tak tahulah makin menaik atau makin menurun. Apa-apa pun, saya di sini nak ucapkan...

SALAM MAULIDUR RASUL

buat semua kenalan dan taulan, keluarga dan sanak saudara. Jadikan Rasulullah sebagai idola yang terbaik buat kita.

Ja ne~
 
 
 
 



0 comments: