Episode 19 : Tombs of Uesugi

Monday, January 13, 2014

WHoa...
Gomen ne.. baru tersedar sampai dua kali buat post pasal karipap. KIhkihkih.. rindu sangat dah tu dengan kuih tradisional melayu.

13 Januari 2014
Hari ni Nippon cuti am. Katanya sempena meraikan anak-anak remaja yang cukup 20 tahun. Ala-ala, welcome to adult world. Ngeh!

Dan disebabkan tengah cuti, bolehlah curi masa hupdate blog kejap. Lepas tu masak, then tengok research. Well orang bujang memang begini. HUjung minggu pun tengok research lagi. Erk? Maksud saya cuti-cuti ni. Maklumlah,nak cover balik weekdays yang mungkin ada terbuang masa di mana-mana. (>_<)"

Urmmmm... ini kisah Winter Break yang lopaih.
Lepaih pi Yamagata-City ngan Obanazawa, esoknya saya g Tombs of Uesugi. Chotto!
Tak jauh pun tempat ni. Dekat Yonezawa ja pun. Dalam 15-20 minit berjalan kaki dari Kaikan. Urmmm.. lebih kurang macam berjalan ke Uesugi Shrine lah.

 

Bahasa Jepunnya, Uesugike Mousoleum.
Dekat sini ala-ala Tugu Negara kat Malaysia tu lah. eh?
Alahai.. yang english version untuk brochure tempat ni dah hilang. tinggal versi nihongo je. Fahamlah pula kan? Ngeee...

"In the mausoleum filled with solemn atmosphere surrounded by over 400-year-old cedar trees, the gravesites of the ancient line of the Yonezawa lords are festooned. Government-designated historical site."

Also known as Clan Uesugi's Mousoleum. One of historical site in Yonezawa-shi.

 
 Inilah pokok yang berusia lebih 400 tahun tu. Wow! Wow! Wow!
Time winter gini, susah nak jumpa pokok ada daun hijau. Yang ini memang awesome!



 

 

Tak tahu nak story apa pasal tempat ni. sebab pada kita biasa-biasa je lah. ANd take it as one of the historical place in Nihon. Tapi, bagi nihonjin tempat ni suci. Dekat sinilah bersemadinya orang yang bertanggungjawab membangunkan bandar Yonezawa ni. Pak cik Uesugi kot namanya. Dan keturunan-keturunannya yang lain. Pernah dengar sejarah tu. Tapi tak ingat sangat. Ngeeee...

Oklah.. sini dah nak dekat Pukul 12. Kalau lapar, memang kena masak. sebab tak ada kedai makan nak diterjah. Oklah...

Ja neeee~ 

 



1 comments: