Yes!
Negatif dua-belas-perpuluhan-tiga-darjah-celcius.
Terkuzat juga bila dengar. Ngeee.. Masa tidur tak rasa sejuk dah sebab berkelubung dari kaki sampai kepala. Eh, buka jugalah dekat muka sebab rasa sesak nafas pula kalau kelubung habis. Rasa sejuk je muka. Tapi macam tak ada effect pun berapa-negatif-suhu dekat luar tu. Ambil feeling macam dok dalam aircond-lah kononnya.
Tempat saya namanya Yonezawa. Nampak tak antara pukul 6-9 tu suhu paling rendah bawah negatif 10?
Subuh dekat sini sangat mencabar. Sebab masa subuh tu lah suhu paling rendah. Fiu~. Ambil air sembahyang kana, kalau tunggu ayaq panas memang jenuh tunggulah dalam bathroom tu. Jadi, ambil je wudhu dengan ayaq sejuk pun. Lepaih sembahyang, memang laju je masuk dalam futon semula. Ngeeee.. Sila jangan ikut. (-_-)". Nak pasang heater, letrik mahal beb! So, duduk je bawah futon dengan jayanya. Oh! Nak pakai danbo, tapi macam tak larat je nak angkut minyak naik tingkat tiga ni. Jadi, kita bertawakal dan bersederhana je lah dengan apa yang ada. =D
Agak-agak langit dah cerah sikit, bangunlah pergi ke tingkap. Hajat hati nak selak langsir dan tengok cuaca dekat luar. Yuki atau hare. Sekaliiiii...
Dadaaaaa.... Look what i found! Giler ammazed kejap! Laju-laju snap dengan kamera handphone. Cantik sangat. Subhanallah. Tak tercapai dek akalku macam mana ais boleh membentuk corak-corak macam tu. Try juga buka tingkap, tapi sayangnya, air dah beku jadi ais dekat tingkap tu. Memang tak boleh nak buka tingkaplah. Bila suhu dah naik sikit, corak-corak tu pun menghilang. (T_T)
Hehe.. Nak tunjuk juga ais yang terbentuk dekat tingkap bilik tu. Memang tak cukup kedratlah nak tolak tingkap kalau begini aisnya.
Eh, eh.. jap.. nak close up gambar yang atas tu.
Subhanallah. Segala puji bagiMU yang menjadikan langit dan bumi, peralihan malam dan siang. Sungguh. Tak tercapai akalku dengan setiap kejadian dan penciptaanMU ini. Sungguh luar biasa kehebatanya.
Nota kaki:
Sehingga hari ini, pagi tadi tulah suhu terendah dekat Yonezawa-shi ni. Dan sekarang ni suhu di bawah 0 darjah celcius. Hatta di siang hari pun. Macam hari ni, langit cerah. Hare desu. Tapi suhu still bawah 0.
Langit cantikkan? Gunung disebelah sana pun sangattt cantik. Gambar atas tu saya snap masa pergi solat zohor dekat Lounge. Sekitar pukul 12:20pm. Dan gambar yang bawah ni:
Diambil masa pergi LOunge untuk solat Asar dan menanti maghrib. Sekitar pukul 4:20pm. Dah nak masuk senja pun. Sebenarnya lagi cantik kalau duduk dekat bangunan tinggi. sebab kombinasi warna jingga dan langit sangat cantik! Subhanallah. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan untuk menggambarkan keindahan alam ciptaanMU ini.
Dan ketahuilah, bila suhu terlalu rendah, yuki memang tak turun. Dan yuki yang sudah ada dijalanan akan membentuk ais. Ais maksudnya licin! Yes! memang licin. Ber"penguin-penguin" lah kita berjalan dari Kaikan ke gakko! Maklumlah, dah jatuh sekali baru sedaq istilah waspada! Hahaha...
Yatta! Waku-waku suru!
4 comments:
wahh cantiknye.. kat jepun ke ni.. hopefully sempatlah tgk keindahan alam ciptaan Allah mcm kt atas ni
SubhanaAllah..cantiknye!
N pn fobia licin2 ni..sbb dh byk kali jatuh..take care Sara:)
a'a. dekat jepun Khalid. Semoga diberi kesempatan!
eheh...kannnn...fobia kejap. insyaALLAH. Thanks Ann!
Post a Comment