Episode 39: ドケルバン病

Wednesday, April 30, 2014

ドケルバン病

do-ke-ru-ba-n ya-ma-i

Bahasa inggeris mudah faham adalah "Dokeruban Disease"
Apa ke bendanya semua ini???

Ok..ok.. jom saya kongsi benda berilmiah sikit. Asyik merapu-merepek je kan? Ngeee...
Ada satu hari tu, sakit dekat pergelangan memang dah tak mampu dibendung lagi kesakitannya. Nak buat angkuh dan ignore rasa sakit pun dah tak mampu. End up, masa lunch hour g klinik ortho yang tak jauh dari gakko. Disebabkan ini lawatan kali kedua (yang pertama lepas tergolek atas ais musim sejuk yang lalu), rekod dah sedia ada dekat klinik tu.

So, ikut procedure kena x-ray tangan dulu. Lepas tu baru consultation dengan doktor. Well, the consultation session is the hardest part. Isha (medical doktor) boleh speak english light-light je. Saya pula macam kebengongan nak cerita dekat doktor apa yang sakit. Sebab tu jadi the hardest part. Mihmihmih..

 

Penerangan dalam website ni lebih kurang macam yang doktor ortho bagitahu. Siap dia bagi pamplet pasal penyakit ni lagi. Hiu..hiu..

 

Nak cerita detail pasal penyakit ni, memang saya pun tak reti sangat. Cuma yang saya faham, disebabkan penggunaan ibu jari secara berlebihan (dan mungkin disebabkan saya banyak menggunakan laptop) menjadi penyumbang terbesar kepada kesakitan yang saya rasai. Sedih r gini.. Habis je winter, macam-macam penyakit keluar.

Eh..eh..
Istiqfar sara. Penyakit tu kan satu ujian juga. Jangan mudah leka deh.
Oh! berbalik pada cerita penyakit tadi. Eheh..
Doktor perubatan bagitahu, kalau severe a.k.a teruk sangat sakitnya, biasanya diorang akan bagi sejenis anaestatic yang dicucuk pada pergelangan tangan. Fiu..fiu.. ngeri pula dengarnya.

Dan kalau tak sembuh juga, ultimate way adalah pembedahan pada pergelangan tangan. Gulp! Telan ayaq liuq terus time ni. Chek tak mau lah sampai kena bedah. Jauh kot dari mak ayah. Dah lah tangan kanan pula tu. Mahu take time nak pulih kan? Isy..isy..isy.. Allah, minta jauhkan dari musibah besar itu..


Doktor bagi painkiller dengan ubat apa ntah. Lepas tu siap bagi koyok lagi. Isy, malasnya lah nak makan ubat kan? ENd up, doktor suh makan sehari tiga kali saya makan sehari dua kali je. hehehe... Lepas dua hari terus tak makan ubat dah.. Hahahaha... Lepas tu, mengadu lagi sakit tak hilang. Bila terlupa yang tangan sakit, terus buat macam-macam kerja sampai lupa nak rehatkan tangan kanan. Ngeee.. my mistake too.

Bagitahu mak. Mak cakap tuam dengan tuala panas. Rendam dalam ayaq hangat, tak pun panaskan dengan seterika. Option yang pertama tu susah sket, sebab bila rendam dalam ayaq hangat, tuala pun jadi hangat susahlah nak pegang kan? Jadi, saya pun kemalasan untuk berubat. Saya biarkan aja. Sambil pakai koyop yang doktor prescribed tu. Tapi lepas tu, end up tangan sakit yang menjadi-jadi sampai tahap kebas tangan kanan. Ok. masa ni memang rasa nak nangis. terus teringat dekat mak. Ambil iron, panaskan. Lepas tu cari tuala kecil. Dan panaskan dekat iron tu, tuam dekat pergelangan tangan kanan. 

Masa letak tu memang sakit. Fiu..fiu.. Janganlah sakit melarat. Tak nak jumpa doktor dah. Tak nak makan ubat. Tak best. Perlahan-lahan tuam, ulang dua tiga kali. Sakit macam dah surut sket. Esoknya dan sampai hari ni ulang buat lagi. Tuam tangan. Maklumlah, banyak kerja nak buat dengan tangan kanan sebab saya dominan tangan kanan.

Nak makan, nak masak, nak menulis hatta nak menaip dan menganalisis data guna komputer. Semuanya perlukan kepantasan tangan kanan. Jadi, haruslah kena bagi sihat seperti sedia kala kan?

 

Sakit giler bila doktor suruh buat cenggini. Fiu..fiu..

Eh, oklah! Tangan baru nak ok g menaip banyak-banyak pula kan? Kang melarat lagi, sendiri yang susah.
Bye!

Oh ya! Salam 1 Rejab you alls..

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan"
H.R Baihaqi 
 
 
 
 

 



Episode 38: 米沢上杉まつり 2014

Tuesday, April 29, 2014

Yonezawa Uesugi Matsuri 2014

atau bahasa melayunya....
Festival Yonezawa Uesugi. まつり kita baca sebagai MATSURI yang membawa maksud, festival.

Yonezawa Uesugi Matsuri bermula dari 29hb April sampai 3hb Mei ini. Kemuncaknya sudah pastilah pada 3hb Mei ini. Ada re-enact battle. Wuhuuu...

 
Urmmmm... Yonezawa ni kampung je. Tak sibuk macam pusat bandar. Tak padat macam Tokyo. Rumah pun besar-besar. Siap ada tanah lapang boleh tanam bunga dan tanam sayur..

 

Yonezawa...
Kampung yang pasti akan saya rindui bila pulang ke Malaysia kelak. Bila pandang kalendar, oh! ada lagi 4 bulan!


 

Yonezawa...
Kampung yang tak pernah saya tahu kewujudannya..
Kampung yang sangat mendamaikan..
Kampung yang....
musim sejuknya panjang..
Hampir 5 bulan. 
Separuh dari tempoh saya di sini. =D

 
 
 



Episode 37: Ganbarimashou

Monday, April 28, 2014


 

InsyaALLAH..





Episode 36: Sakura Blossom

Sunday, April 27, 2014

Lokasi: Uesugi Shrine, Yonezawa-shi


Tangan kanan tak berapa ok sekarang. So, kurangkan menaip. Ayuh usha gambar bunga-bunga sakura.

 

 Lesson learn,
Bunga sakura tak boleh dipetik dari rantingnya. Salah pada pandangan orang Jepun.
Kalau nak juga, kena ambil yang dah jatuh ke bumi.
Ada rezeki, dapatlah yang fresh jatuh ke bumi.
Tapi bunga sakura sifatnya lembut.
Kalau masuk dalam poket baju, tak sampai berapa minit dah tak rupa bunga.
Dan sifat bunga, bila berpisah dari ranting pasti akan layu.


 


Sakura kembangnya hanya untuk seketika. Seminggu katanya. Kalau hujan dan angin kuat, cepatlah sakura gugur ke bumi selepas mankai (full bloom). Bila sakura gugur ke bumi, muncullah dedaunan hijau memenuhi pokok sakura.

Subhanallah, indahkan penciptaan pepohon sakura ni. Dalam 365 hari, kembangnya hanya untuk seketika. 7-10 hari. Kemudian gugur dan dipenuhi dedaunan hijau. Bila musim berubah, dedaunan hijau pula gugur dan hanya tinggal ranting pada pokok. Menahan dinginnya salju untuk tempoh hampir 5 bulan.

Allah yang menjadikan setiap sesuatu di muka bumi ini. DIA pemilik alam semesta. Yang menjadikan gunung ganang berdiri teguh, pepohon yang rimbun, dan sungai yang mengalir jernih.


Dan sakura pun mulai berguguran memenuhi permukaan tasik...
 




Uesugi Cherry Blossom Trees Light Up 2014 


Indahnya malam. 
(^____^)



Episode 35: Memories

Saturday, April 26, 2014

Let's make the memories...

 



Episode 34 : Nihon no Tabemono

Tuesday, April 22, 2014

Assalamualaikum..
Eheh..bersiaran kita di hari bekerja kerana saya tak ada mood nak buat kerja. Dang!
Ada seorang kawan minta saya senaraikan makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun.
Dan setelah berdiskusi pendek dengan kohaitachi saya tentang makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun, adalah beberapa makanan yang patut anda cuba kalau datang ke Jepun. Saya tak hierakikan makanan ni. Sebab saya sendiri tak pasti mana nombor satu, dan mana nombor last. Asalkan jumpa, makan jelah. (^_^)
Dan dah alang-alang tu, saya tulis teruslah dalam blog ye. Selamat membaca!

Nihon no Tabemono. maksudnya Makanan Jepun. ^_-

1. Taiyaki
First time saya makan Taiyaki masa dekat Sendai. Kohaitachi belanja. Sekali pandang macam kuih bahulu yang diletak inti dan dibentuk menjadi seekor ikan. Eh? Tapi, bila rasa macam waffle berinti. Lebih kuranglah. Bentuk dia begini:
 

Errr.. ada gambar sampulnya sahaja. Tapi bentuk dia macam ikan emas dalam gambar tulah. Kalau tak percaya, ce google. Taiyaki ni murah. 100Yen je. Dan tak ingat pula ada tax 8% ke tidak. kalau ada, jadi 108Yen. Kedainya begini:

 

Macam saya bagitahu tadi, ada macam-macam jenis pilihan inti. yang paling standard, red bean lah. 
 
2. Dango
Next... Dango.
Dekat supa pun boleh dapat Dango ni. first time saya makan, beli dekat coop gakko je. (^___^). Rasanya macam... urmmm..kuih melayu apa yang buat dari tepung pulut ek? sebab dango ni dibuat daripada mochi (tepung pulut). Tak ado gambarlah nak share. Korang google lah ek.


3. Takoyaki
 Sebelum ni memang ambil takoyaki dengan sos. Tapi, lately dapat tahu sos takoyaki ada mirin. Maksudnya tak boleh makan. Makanya, ambil takoyaki plain cenggini je lah. Dan mulai hari ini saya akan lebih berhati-hati membeli takoyaki. Dan mengelakkan dari mengambil sos. Fiu~


Satu sampan ni ada lebih kurang 8 biji tako. Harganya sekitar 550Yen. Kalau pejam mata, tak convert g RM memang berbaloi-baloilah. Hehehe..

4. Okonomiyaki
 Okonomiyaki. Lebih kurang macam takoyakilah. Tapi.. urmmm..urmmm.. entah. Go and taste it by yourself. Saya tak tahu sangat kedai okonomiyaki yang ada. Tapi recommendedlah DOHTONBURI ni. Untuk lunch set sangat murah. Tips nak makan dekat Jepun ni, mudah je. Pilih seafood dan vege. Elakkan daging tak kiralah ayam atau beef. Urmm.. elakkan kimchi juga. sebab biasanya kimchi diorang ada pork.



Macam takoyaki, okonomiyaki ni pun sama. Kalau boleh, elakkan sos dia. Walaupun, sos tulah yang sedap pun! Hahaha.. Kalau nak juga, bawa sesiap sos okonomiyaki yang dijamin halal. Manalah tahu ada jual dekat cold storage ke. eheh. End up, kitorang makan dengan mayonis je. Mayonis jepun ni sedap katanya. Dan saya take it as sedap! =D
Kalau pegi dohtoburi ni, konsep dia masak sendiri atas hot plate. Nyum..nyum.. orang kata, kalau datang Jepun WAJIB cuba "masak" sendiri okonomiyaki ni.

5. Sushi
Sushi. Tak yah cerita panjanglah kan? Dah well-known sangat. Tips kalau g makan sushi, bawa kicap sendiri! Sebab soy sauce diorang ada mirin. Well, ada je yang tak ada mirin dan boleh makan tapi tak tahu nak bagitahu yang mana satu. Unless, korang boleh bertanya terus pada pemilik kedai. Tapi, untuk lebih menyakinkan, bawa kicap sendirilah. Tak pun makan gitu je. 

Oh! ramai yang kata sushi dekat Jepun tak leh makan sebab dibuat dari arak. Kan? kan?
Well.. Tak semua. and boleh dikatakan, mostly guna cuka buah je. Sebab arak tu harganya mahal. Jadi, high cost nak buat sushi guna arak. Unless kalau korang memang berhajat pergi kedai sushi high class tu. Untuk orang pertengahan macam saya ni, pergi KAPPA Sushi atau kedai sushi biasa je.


Ada sesetengah kedai, dia jual dengan harga flat price. 100Yen per plate. Ada kedai pula, harga ikut plate. Paling mahal pun 200Yen lebih kurang. Tapi, kedai yang harga berbeza ikut pinggan ni sodap. Dan mengenyangkan. Kalau korang tak boleh baca hiragana/katakana, just make sure korang ambil sushi yang seafood dan tamago (telur) ni je lah. Macam kedai sushi 100Yen tu ada possibilities ada daging dan ayam. 

6. Soba
 Ramai sungguh yang like gambar soba ni dekat facebook. Kalau datang Yamagata, memang recommendedlah soba ni. Dah lah banyak. Sedap pula tu. Tapi kalau datang bercuti tempat lain, kenalah cari sendiri. Tak boleh nak suggest tempat. Sebab saya pun tak tahu. Oh! Dekat mana Yamagata ni? Jauh juga dari Tokyo. Kalau drive, macam pergi Kuala Lumpur dari Aloq Staq. Kalau naik shinkansen sekitar 10,000Yen. Which is sangat tak berbaloi walaupun masanya hanya 2 jam ++ naik shinkansen.

 

Tapi... kalau cari tak jumpa-jumpa, saya cadangkan cubalah soba segera ni. Sedap gak! Marvellous. Boleh jumpa dekat kombini dan supa. Agak-agak nak pack bawa balik Malaysia pun boleh. ngeee...

Nak makan ni, mudah je. Macam kita makan maggi segera. Tapi, take note ye soba ni je yang boleh makan. tempura soba. Yang lain, tak boleh. dame. 



7. Udon
Udon ni katanya wajib dicuba juga kalau datang Jepun. Tapi, secara jujurnya dah hampir 5 bulan dekat sini saya belum cuba lagi Udon! Hahahaha.. So, macam tak de gambar yang nak dikongsikan. Tak best pula kalau ambil dekat en.google. Kalau ado masa, cubalah ye!
8. Salmon aburi
 Haaa... yang ini recommended kalau g Kyoto. Tak tahulah memang recommended atau tak. Tapi, bising sungguh kohaitachi saya suruh g rasa ni kalau g Kyoto. So, i take it as recommended. Hahahaha...

Celah mana Kyoto tu? Urmmm... urmmmm.. jap..
Letaknya dekat Kawaramachi Dori. Ha! Kalau korang buka map kyoto bus tu, boleh tengok dekat mana Kawaramachi Dori ni. Dia macam dalam lorong sket. Dan kawasan kawaramachi Dori-Sanjo Dori ni macam Bintang Walks. Eh? Ye ke? Tapi memang ramai giler orang. 


Nama menu ni, samon aburi don. Kalau datang Kyoto, jemputlah mencari. Kedai dia tak besar sangat. Kecil je.
 

Inilah ghopenya kedai tu. Selamat mencari ye!

9. Dorayaki
 Naaaa... Dorayaki. favourite Doraemon. Kalau tanya beli dekat mana, saya jawab tak tahu. Sebab ni pun orang bagi. Kihkihkih. Tapi, kalau ada peluang cubalah cari. DOn't worry. Dorayaki ni boleh makan. Jangan risau.


 Lesson learn. 
Dari seorang kawan, rupa-rupanya ada dorayaki yang ada kandungan mirin daa...
Gomen ne.. I'm so sorry. Please check the ingredient before you eat. Kalau tak tahu kanji macam saya, boleh guna apps JED. Taip je apa yang korang nak in english, dan bandingkan kanji yang keluar. 

Moga membantu.
Maaf atas kekhilafan sebelum ni.
 
10. Lain-lain.
Haaa.. lain-lain ni maksudnya makanan dekat restoran jepun yang asasnya seafood. Antaranya...

 
Tak ingat nama dia. Tapi sejenis ikan yang disalut tepung dan digoreng. peace! Ini menu dekat Marumatsu

 
Unagi set. Sedap! Marvellous. Yang ini saya makan dekat kedai dekat dekat station Yamagata.

Yang ini makan dekat sebuah restoran jepun yang berkonsepkan shokudo a.k.a kantin. 

 
saba in the house.

Itu je kot. As long as korang tengok benda tu seafood dan yakin tiada penggunaan mirin mahupun alcohol, just go for it. As i said before, kalau ragu-ragu. don't take it. Leave it. Sebab kalau ragu, dah jatuh shubhah kan? Kalau shubhah, haram juga makanan tu walaupun hakikatnya tak ada benda terlarang di dalamnya.

Urmmmm... Kalau ada apa-apa nak tanya, silakan ye. InsyaALLAH, kalau boleh jawab saya tolong jawabkan. =D

Tips: Sebelum datang jepun, cubalah take note sket kanji dan katakana untuk beef, pork, chicken, alcohol, bir and etc. Kalau boleh, cuba familiarkan dengan kanji semua ni. Bukannya apa, mudah kita nak tolak ke tepi bila pilih menu. Sebab dekat negara yang bukan negara Islam ni, yang haram tu lagi banyak dari yang boleh makan. Jadi, kalau dah pasti makanan tu ada unsur tersebut, bolehlah reject sesiap. Kecilkan pencarian. Hehehe.. Gitulah kekdahnya.

Minyak masak? Ohhh.. Jangan risau, dekat jepun ni semuanya minyak canola atau minyak sayuran (sepanjang yang saya tengoklah). hehehe.. Jadi, insyaALLAH.. walaupun tak ada tanda halal, tapi halal untuk di makan. 

Bro, Sis. Kalau nak tengok setempek logo halal baru nak makan, dinasihatkan duduk je lah dekat Malaysia ye. Tak pun bawa roti gardenia banyak-banyak dari Malaysia. =D

Hehe.. ok! bye~
 



Episode 33: Sakura di Yonezawa

Dan akhirnya....

Setelah hampir 5 bulan mengharung musim sejuk yang panjang, sakura mula berbunga. Harapnya hujung minggu ni dah mankai lah. Sebab nak tembak gambar banyak-banyak. (^___^)

 

Bunga sakura ni dekat dalam Dai (kampus) je.
Bila sakura berbunga, maksudnya musim bunga sudah sampai...

It's spring. Samukunai. Suzushiiiii desu! Holla.. 



Episode 32: Cherry Blossom at Kajo Park

Sunday, April 20, 2014

It's weekend!
Two weeks before golden week come to us!
And finally, sakura blossom are coming to us!

 

Hujung minggu kali ni, kami pergi ke Kajo Park untuk menikmati bunga sakura yang sudah berkembang di daerah Yamagata-shi. Konsepnya, pre-hanami. Sebab hanami sebenar insyaALLAH akan dibuat di Yonezawa juga.

Ironinya, dari sudut geografi bandar Yamagata terletak lebih ke utara berbanding Yonezawa tetapi kawasan ini mengalami pengembangan bunga sakura lebih cepat berbanding Yonezawa. Malah, bandar Fukushima yang terletak di bawah Yonezawa juga sudah berbunga. Hal ini dikatakan disebabkan oleh kedudukan Yonezawa yang dikelilingi gunung menjadikannya sebuah daerah yang sejuk dan lambat panas berbanding Yamagata.

Urmmmmm....

 

Di Jepun, bila sakura mula mengembang aktiviti hanami akan bermula. Ramai sangat orang Jepun yang keluar pada hujung minggu ini untuk berhanami bersama keluarga dan rakan-rakan. 

 

Lumrah manusia sukakan pada benda cantik. Jadi, tak hairanlah kawasan taman dipenuhi umat manusia yang datang untuk merakam kecantikan semula jadi ini!.

 

Dari Yonezawa-shi nak sampai ke Yamagata-shi, perlu memandu arah ke utara selama lebih kurang sejam. =D

Eh..eh..oklah.. tak tahu pun nak story apa. Nah..nak kongsi gambar lagi..

 

 

Sekian.

Nanti kalau ada rezeki nak ambil gambar sakura dekat Uesugi pula. =D 

 
 
 
 
 



Episode 31: The Journey

Thursday, April 17, 2014

Maghrib.
Berhenti jap buat kerja. Take 15min rest. I guess.

 

Sejak menjebakkan diri dalam satu perjalanan ilmiah dalam misi mendapatkan segulung ijazah kedoktoran dan selautan ilmu yang bermanfaat, sering saya terfikirkan. Di mana agaknya destinasi atau pit stop yang saya cari sebenarnya. 

Pengalaman mencari ilmu bagi setiap kita berbeza walaupun kita bermula pada titik yang sama. Cabaran, dugaan, rintangan dan warna-warni perjalanan yang kita lalui tidak akan sama. Kalau hidup asyik nak membandingkan kita dan orang lain, kehidupan yang ada mungkin tak ke mana. Mengambil keputusan untuk meletakkan saya pada tempat dan situasi saya ketika ini, bukanlah sesuatu yang mudah. 

Ada ketika saya rasa sangat berputus asa bila mana saya sendiri tidak tahu ke mana hala tuju dan arah kajian saya. Di saat saya sedang menggapai, diasak pula dengan persoalan "apa novelty kajian yang awak nak lakukan?"

Persoalan yang buat saya terduduk. Tersentak. Menangis. dan ketika itu juga saya rasa nak putus asa. Nak berhenti dari apa yang saya mulakan. Tapi, bila kembali berpijak di bumi yang nyata, duduk berfikir secara rasional ada sesuatu yang tercetus di pemikiran saya. 
Seperti yang saya katakan, perjalanan ini tiada siapa yang memaksa dan saya yang memulakan. Jadi, kenapa harus saya berhenti dan berputus asa?

 

Walaupun tak tahu apa destinasi yang menanti di masa hadapan untuk saya, tapi saya optimis dan yakin dengan perancangan ALLAH.

Menyambung pengajian di kampus KL dan bukan kampus JB, itu juga satu perancangan yang telah ALLAH tuliskan untuk saya ketika saya mengambil keputusan untuk jalan ini.
Di kampus KL yang menemukan saya dengan teman-teman baru yang mudah mesra dan mudah rapat. Dan tanpa sedar, kami menjadi akrab. Walaupun persahabatan yang dibina masih setahun jagung, tapi perkenalan kami di laluan ilmu menjadikan ukhuwah kami erat.

Ada satu saat, ketika saya menangis, terjatuh duduk di pertengahan jalan, mereka hadir memberi kata semangat dan membantu saya untuk bangun dan berjalan semula. Dan di saat itu juga, datang sebuah pengalaman berharga iaitu peluang menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit dan menimba ilmu di sini.

Di Jepun, saya dipertemukan dengan kenalan baru. Walaupun di awalnya, terasa kekok namun seiring dengan masa dan waktu yang berlalu saya mula selesa dengan keluarga kecil Malaysia di bumi Nihon. Sungguh, bila berjauhan dari keluarga dan sahabat rapat merekalah keluarga yang paling hampir. 

Perjalanan mendapatkan selautan ilmu dan menggapai topi cendawan belum berakhir. Atau mungkin ini baru satu titik permulaan meskipun sudah beberapa tahun masa berlalu.
Ada waktunya, kita sangka itulah titik permulaan tapi sebenarnya itu baru fasa persediaan kepada sebuah perjalanan. Dan bila kita sampai ke titik permulaan, kita pasti akan terus melangkah untuk sampai ke titik akhir.

 

Regardless how long it will take for me to finished this journey, i'll do it till the end. Topi cendawan untuk dihadiahkan pada kedua orang tua yang disayangi dan semestinya selautan ilmu untuk saya manfaatkan di masa hadapan. 

Jangan pernah berputus asa. Yakin dengan perancangan ALLAH untuk kita.
"Ya ALLAH. bantu hamba-MU."

Ya ALLAH, bahawanya waktu Dhuha itu
waktu dhuhaMU, kecantikan itu ialan kecantikkanMu, 
keindahan itu keindahanMU, 
kekuatan itu kekuatanMU,
kekuasaan itu kekuasaanMU
dan perlindungan itu perlindunganMU.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
dan jika di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan
dan kekuasaanMU,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan
kepada hambaMU yang soleh.

Kejayaan itu juga rezeki.
Semoga dimudahkan.
Ayuh..