Showing posts with label felt. Show all posts
Showing posts with label felt. Show all posts

Knitting? Done!

Thursday, August 30, 2012


Daebak!..
Di saat anak muda remaja yang lain sedang asyik kira duit nak beli telefon pintar, tetiba saya kira duit nak beli colorful yarn? Ok tak? Muahaha.. Ada ghupa nak masuk fasa dolu-dolu kala kah? Eheh..


Ha! Apa kebendanya tu? 
Jujur chek bagitau hangpa semua, yang chek pun tak taulah menatang apakah itu. Ghupa dah ado nampak macam topi. Ke bonnie? Tapi...disebabkan kait tak ukur di badan sendiri, keciklah jadinya.. Hahahaha..
1st try. Inilah hasilnya. Gabung habis semua knitting teknik dalam tu. Basic knit, purl, cast on and whatsoever istilahnya. Disebabkan ianya kecik, saya buat tutup Air Wick yang sembuq wangi-wangi tu jelah...
Ni dah tahu, bolehlah cuba-cuba buat scarf, tak pun sarung tangan.. Manalah tahukan? Ada rezeki pergi tempat sejuk-sejuk (hatta Cameron highland + Genting Highland), boleh pakai.. Tak payah beli dah.. muahahaha...
Angan-angan tak sudah!..

Halloooo Kakak! awak tu kena siapkan paper untuk submit ke conference tahu? Bukannya buat kemenda alah ni.. Nasib baik jarum kait yang tulip tu tinggal kat rumah, kalau tak..... lagi haru jadinya.. isy..isy..isy...

Ha! 1 lagi yang saya tak dapat nak belajaq sampai sekarang.. Anyam tikaq menkuang! Muahaha..Mana pula chek nak cari mengkuang tu kan? Kot reben dengan kertas majalah tu, berlambaklah.. (^o,-)
 
 



Symbolized Our Friendships

Saturday, June 18, 2011

Inilah koleksi bunga-bunga hasil tangan sendiri menggunakan felt. Sebelum ni pernah post untuk Autumn dan Winter.. Nak post untuk Summer and Spring tapi cam tak cukup kombinasi plak.. By the way, this is the half time result! Eh? Kenapa half time? Urmmm..guess what? Takkan saya nak biar dia dok atas lappy saya right? I shud do something on it..~
 
  
This colorful flowers symbolized our colorful friendships~
Kenapa bentuk hati? Err..sebenarnya susun randomly. But then bila nak ambil gambar, baru realised, "Bentuk hatilah!". And this photo i dedicated to all my friends. Special friends. Kawan yang sentiasa ada waktu senang, susah, duka dan gembira. Kawan yang boleh saya berkongsi cerita. Love is subjective right? SO, those are my love for all my friends.. Ada member cakap "Di Taman Teman". By the way, yay! It is! and you are part of them!..



Wee.. part ni tak boleh blah.. Ambil gambar time tengah layan boys over flower.. Sabau ajelah.. Nak sambung lagi buat bunga-bunga ni.. Ada fews felt yang tak potong lagi. Lepas tu ingat nak try cari design bunga yang lain pulalah.. Matahari ke? Lily ke? Tulip?..

It's Winter!!

Tuesday, June 14, 2011

Hahaha.. Tajuk cam best kan? Memandangkan Cik Sizuka kita kata kat New Zealand sekarang dah masuk winter, jomlah kita sesama ambil mood winter.. Ikut pengalaman tak seberapa saya ni, musim sejuk memang sangat sejuk meskipun tak de salji yang kelihatan turun dari langit..
Adalah sangat menyedihkan bila mana engkau menjejakkan kaki ke negara empat musim di musim sejuk tapi hanya salji bersaiz mikro meter yang kelihatan.. Tapi itu pun dah cukup untuk membuatkan engkau melompat keseronokan dalam bas..<---- Hahaha..ini pengalaman di Korea..
Bukan rezeki nak tengok salji turun dengan mata sendiri.. Malah berusaha memfokuskan anak mata bila mendengar tourist guide berkata: "It's snowing outside there. But not too heavy. You can see it on the car.." Ala-ala kamera digital, anak mata pun terus fokus dan zoom in nak bagi nampak juga snow tu.. Biasalah orang tak pernah jumpa snow.. Kalau hujan ais batu tu memang penahlah kan..
Ok. Kenapa tetiba saya cakap pasal Winter ni? Rindu nak g Korea lagi? Eheh..Wee...nak share koleksi terbaru.. Winter's Collections.. Koleksi Musim Sejuk. Chopp!! Jangan salah faham! Saya bukan jurujual pakaian mahupun busana tebal-tebal itu. Saya hanya seorang graduan yang sedang berusaha menanam anggur agar nampak hasilnya.. Err..sebelum saya mengarut....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> LOADING >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>
>>>>>>
>>>
>>
 
Macam mana? Ada peningkatan tak dari semalam? Semalam post pasal Autumn's Collections kan? Hari ni pasal Winter plak.. Sambil-sambil tu jom ikut saya usha barang-barang saya yang lain.. Err..maksud saya barang-barang yang saya guna untuk buat benda ni.. Jangan engkau fikir yang bukan-bukan pula ye.. Enjoy it!!
Inilah workspace saya~
Itu workspace saya..Err..ke Workstation? Yang pasti masih di bilik sendiri.. Tidaklah terlalu profesional pun.. Masih amatur.. Barang-barang ni saya beli time semester akhir dulu.. Tapi cam tak berapa nak fokus buat semua ni sebab tak cukup masa dengan projek akhirnya. Assignment dan etc.. So, tersimpan cenggitu je.. Ni dah bosan, saya keluarkan semula khazanah alam ni..=)

Sisa buangan yang akan dibuang kelak~

Felt yang telah dipotong untuk dijadikan bunga.. Akan datang : Spring's Collection..

Haaa..inilah felt saya yang tak seberapa..
Ok.. Itu sahaja untuk malam ini.. Berjumpa lagi malam esok dengan koleksi musim bunga pula.. Wahh..saya suka2x... Ehem..ada orang cakap bleh buat bisness.. Tapi saya tak pandailah nak berbisness.. Nak menjual ni tak reti.. Biasanya buat dan simpan.. Kalau tetiba rasa nak bagi orang, saya bagilah.. Depend pada mood dan kebaikan saya hari itu.. Hahaha..
Adios~

Autumn's Collections?

Monday, June 13, 2011

Sekarang ni tengah musim apa ek? Kat negara mana yang tengah autumn sekarang? Kalau nak tengok kat Malaysia ni dah tak ketahuan musim dah.. Kejap hujan. Kejap panas yang membahang. Kejap lagi mendung mengiringi perjalanan.. Serba macam.. Tapi, biar apa pun musimnya, meh saya share hasil tuaian saya hari ni.. Bagi saya? Puas hati. Seronok. Apa bendanya? Check dis out..
 
   
Felt Carnations      
Sambungan kepada koleksi yang pernah saya post sebelum ni.. Yang mana? Meh tengok sini.. Semua ni handmade ok.. Sementara duduk beratus kilometer jauh dari keluarga, apa salahnya masa lapang yang ada ni, saya gunakan untuk buat semua ni kan? Lagipun raya dah tak lama. Dekat rumah pun dah lama tak tukar bunga.. Bunga-bunga ni bolehlah guna masa raya nanti..wee..tak sabar nak tengok final result.. ngee..

Autumn's Collection in da house..~
Dekat situ ada Cik Ted dengan Cik Zira (My Giraffe's name).. Meh nak bagitahu.. Cik Ted ni member satu kos yang bagi.. Wong Wei Yun. Thanks Yun.. At least ada juga gunanya..^___^.

Yang Cik Zira ni pula, Cikgu Wan hadiahkan..Kenapa? Sebab dapat high score among semua girl's classmate tingkatan 4 main bowling. Actually, sama-sama tak pandai main.. So, high score tu tak delah high sangat pun.. Main tetap tak pandai juga.. Hahaha.. =D.. Masa tu tuah menyebelahi saya kot..Wahahaha..

All collection
Last but not least, Inilah koleksi saya setakat hari ni.. Isi dalam tupperware besar.. Wee..banyak lagi felt menanti ni.. Esok2x saya buat lagi.. Oh ya! Pasal 10 wishes tu, tak berjaya nak publish lagi.. Sebabnya...Tak cukup lagi 10 wishes nak tulis..T____T.. ~itu sedih ok. Ada lagi 2 ruang kosong. Sangat kesian bukan? But life must go on~..
 

Today is Saturday~

Saturday, June 11, 2011

Saturday nite fever.. Weeehaa... Hari ini hari sabtu.. Maknanya... dah seminggu saya berada di JB.. Sejak dua menjak ni rasa macam dah kena sampuk dengan muzik KPop. Semuanya gara-gara Running Man episode 40 yang lambat sangat nak released. Sudahnya, saya yang jatuh chenta dengan Korean Idol. 5 young princes.. Kalau compare diorang dengan saya, saya lagi muda lah.. Siapa? DBSK.. atau nama lainnya TVXQ.. Gila ko. Mantap giler nyanyian dan dancing diorang. Muzik dah ler rancak. Especially lagu Mirotic.. Best2x.. Hilang ngantuk sat. Kalau dok dalam lab tu agak-agak dah nak terlentok, cepat2x cari dekat youtube. Internet laju beb.. 


Jadi angau pula dengan mamat jambu berlima tu. U-Know Yunho, Hero Jaejoong, Micky Yoochun, Max Changmin dengan Xiah Junsu. Tapi sekarang ni dah tinggal Max Changmin dengan U-Know Yunho je.. Tengah famous dengan lagu Keep Your Head Down.. Saya suka tengok dance diorang yang superb tu..Agak-agak dah tak tahu nak search apa lagi dekat youtube tu pasal diorang, saya buka pula Running Man dengan Family outing yang ada features diorang. Tak ke gila namanya ni?? Hahaha... Gelombang DBSK baru sampai kat saya.. Lambat sikit..Ceit. Bawa mengucap sat.. Idaklah sampai lupa yang wajib-wajib tu kan? Boleh lagi study pasal nRF24L01+ wireless transceiver. (^o,^)

Memandangkan hari ini hari sabtu, makanya masa lapang saya sangatlah banyak. Bangun pagi-pagi dah berkampung dalam bilik air tu basuh baju. Banyak pula tu.. Selama ni dok suruh maid jepun yang basuh. Hari ni kenalah cuci sendiri. Sabar je lah..(>o,<).. Lepas dah basus baju,  masa cam banyak je lagi kan..Tak tahu nak buat apa. Selongkar kotak yang ambil dari stor hari tu, lepas tu jumpa set felt yang sangatlah banyak... Nak tahu jadi apa? Check dis out!!!


Menjadi tak? Yang warna oren tu, cubaan untuk membuat bunga carnation. Carnation flower make from felt. Saya blajar dari sini. Nak? Cubalah sendiri.. Yang warna merah tu pula saya nak cuba buat ros.. Tapi tak menjadi.. sedih2x.. Nanti buleh try lagi. Teddy bear ti hiasan je semata-mata. Kecik je pun benda ni.. Tak besar mana pun. Teddy bear tu pun tak besar mana pun..


Yeay!! Gembira2x..bunga dah jadi.. Dah tahu dah lepas ni nak buat apa dengan felt yang banyak lagi ni.. Mungkin bleh buat bunga carnation ni banyak2x. Lepas tu bagi dekat emak suh mak gubah cantik2x.. Saya? ampunlah memang den tak reti nak gubah2x bunga ni.. 10 kali ajar pun macam tak melekat dalam kepala otak ni..


And the last picture...
Koleksi bunga yang berjaya saya siapkan hari ni.. Cukuplah setakat ni.. Sengaja bunga tu saya buat 5 kelopak. Yang combination warna tu saya ikut warna-warna baju yang saya ada.. Hajat ada nak buat keronsang. Tapi tak da pin pula nak attach dekat belakang bunga tu.. So, setakat ni, bunga ni buleh simpan je dulu.. Apa pendapat korang? Cantik tak? Ding dong...

Lupakan pasal DBSK kejap.. Jom layan cerekarama.. Macam menarik je.. =)

"Mini Felt Car" Untuk KBE dan KCQ...

Friday, October 29, 2010


Assalamualaikum...

Bapaku pulang dari Kota.. 
Bapa ku beli kan keretaa.. 
Kereta kecil warna merah..
boleh ku bawa ke sekolah...

Janji kena tepati..Walaupun ianya mengambil masa yang lama.. Tapi..saya tetap nak tunaikan janji saya..

Masa praktikal dulu, saya dapat sorang kakak dan sorang adik.. ehehe..lahir lain tahun..tapi akademik sama tahun.. ngee.. dengan diorang ni saya belajar berblogging lebih aktif.. Dari aktiviti berblogwalking ni, saya jumpa dengan felt craft. Dan saya pernah janji nak bagi satu keychain setiap sorang kalau saya betul2 dapat set buat felt craft ni..


Dan alhamdulillah.. dengan izin-NYA, saya dapat memiliki satu set felt craft starter kit.. setelah puas berfikir, saya hasilkan 2 biji kereta comel ini.. Satu untuk Kak Pah dan satu lagi untuk adik Afiqah.. Hehehe..




Dekat belakang kereta tu saya letak plat kete diorang.. tak muat pula nak masukkan full sekali ngan nombor.. hehehe..

Kak Pah sayangkan Proton saga 1.5 warna metallicnye yang dipanggil KaCaQ nye.. nak tau story kak Pah dengan KaCaQ, bleh klik link tu.

Fiq pula sayang sangat-sangat dekat KBE dia.. Macam-macam dah yang berlaku dekat KBE, tapi dia sayang juga-juga.. dia punya url pun ada KBE.. nak tahu story Fiq dan KBE? klik link tu.. tak pun, cari lah link kelisa1.0 exi..sumenye pasal Fiq dan KBE nye..

Dua-dua kereta mini ni dah pun selamat sampai ke pada mereka berdua.. Ini responnya..



Untuk anda berdua.. jagalah mini KBE n KCQ ni macam jaga Saga n Kelisa tu ye..hehehe..('o,')
Eh, bila nak naik KCQ n KBE lagi ek? =)

p/s: ada yang berminat nak tempah?? hahaha 

Cinta-Craft Giveaway

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum..

Dear all.. Dah lama rasanya tak join GA (urrr..lama ke?).. Rasa macam tak cukup je 24 jam sehari.. boleh ke kalau nak minta lebih? hehehe...

K, kali ni, saya nak join giveaways dari blog Cinta-Craft . Tak susah pun.. Lagipun, saya ni pun baru nak berjinak-jinak dalam bidang felt craft ni.. Barang-barang dah ada depan mata, tapi kesibukan menyiapkan assignment dan Final Year Project membataskan minat saya.. Tapi, apa-apa pun, nak join giveaways ini dulu..


Semua syarat dah dipatuhi.. So, apa lagi? kalau korang pun berminat, klik dekat sini.

Ini hadiah yang akan dapat..


Hobi Baruku..

Sunday, October 3, 2010

Hobi baru.. Semuanya bermula dari LI.. Bermula bila dapat online selalooo.. Doing crafting.. itu memang my passionate..woo..giler suka kalau bab-bab kraftangan ni.. i wonder kenapalah tak sambung kat ikm ke buat seni-seni tangan segala bagai ni? uhuh! may be i'm destinated to be a full time student yang struggle with all the buku and exam.


Ok, back to the main story. Actually nak share with all of you about my new hobby. Before this, i've really enjoy doing crafting. whateva it is.. As long as it need me to use my skills, i'll do. Kecik-kecik dulu, of courselah gila buat origami. pantang nampak a4 paper, jadilah ia pelbagai benda.. dari bunga, bekas sampah sampailah the simple thing, kapal layar..hahaha..


itu kisah lama.. ini cerita baru......


Tadaaaa....inilah parcel yang saya terima dari Sus n d felt Product. Dah lama aim benda ni.. nampak cute. mcm tak susah je nak buat.. Apa lagi, beli je lah starting kit dia. Taklah mahal sangat.. rasa berbaloi dengan kepuasan yang diperoleh.. Inilah hobi baru saya...Felt craft!!


Those yang kat atas tu antara item yang diberikan.. include dalam package yang saya beli. Dah tak payah nak susah-susah pikir apa lagi nak beli.. Nama pun beginner kan? kita follow jelah dulu.. after that, barulah bleh innovate sket. kreatif sana sinun.


Aha..this is my 1st project. My 1st attempt.. Surely saya akan keep it.. takkan sesekali memberi pada yang lain.. because this is my 1st prototype..like my 1st babylah.. ahaks.. Tapi kalau ada yang berminat, boleh negotiate.. Saya tak keberatan untuk membuat.. tapi bukan percuma ok...


Benda ni kecik je.. sesuai dijadikan hp charm, keychain, aksesori headband and so on. but for my 1st prototype, saya jadikan keychain.. and i put it together with my new pendrive, kunci bilik saya and also come together with keychain dari singapore.. cute isn't it??

Sekarang dalam progress buat lagi pelbagai bentuk yang lain.. kalau sempat saya update lagi.. Tengah sibuk dengan assignment, presentation FYP and lab.. pray for me..

bye..