Episode 66 : Bila masuk dapur

Saturday, November 1, 2014

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!




T-shirt Muslimah : Mana nak beli?

Sunday, October 12, 2014

Tajuk tak cover-cover dah. Direct to the point je. 

Sebelum ni ada yang bertanya dengan saya, "Sara, beli dekat mana T-shirt Muslimah ni? Comel-comel baju dia."

Eheh.. senyum. Punyalah cerita pung pang pung pang beli t-shirt dekat mana kan? Ok, kalau nak tahu saya suka beli t-shirt muslimah dekat sini!

<a href="http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=900_1_1_3" target="_blank"><img style="border:0px" src="http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/media/banners/SM300x250TemplateCover.jpg" width="300" height="250" alt="SweetMuslimah.com"></a>


SweetMuslimah.com

Comel-comel baju dia. Ada yang kembang-kembang. =D
Boleh fefeling ala princess gitu.. Kihkihkih..


<a href="http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=900_1_1_5" target="_blank"><img style="border:0px" src="http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/media/banners/SM160x600Template_MT85HitamPink.jpg" width="160" height="600" alt="SweetMuslimah.com"></a>


Kain untuk t-shirt tu pun best juga.
Design pun cantik-cantik dan comel.

Bolehlah klik dekat gambar tu untuk sampai ke website SweetMuslimah.
Dah sampai website tu, jemput-jemputlah shopping ye.

Ok! Mode memilih t-shirt muslimah yang berkenan di hati. Esok-esok, nanti-nanti boleh g beli tambah koleksi lagi.. wink wink wink 



Nutri Goat Miracle 8 (NGM8)

Thursday, September 25, 2014


Balik dari Jepun, blog pun sayup-sayup je nak update. Bukan tak nak update. Tapi laptop tak de. Kurang sket #kick nak update blog tu. Senyum. Sara yang penuh dengan alasan. kihkihkih...

Tapi, dalam beralasan tetap update juga kan? Biasalah. Hikhikhik..

Eh! Duffy with NGM8! 
30.8.2014

Bukan sahaja tarikh saya jejak Malaysia. Tapi, pada tarikh tu juga kami adik beradik decide nak join "cabin crew" Stokis Utara dan jadi Agen Alor Setar. 
Dan disebabkan bajet ciput, kami tiga beradik share duit buat modal. Ngeeee....

Kami mulakan jualan September dengan 10 kotak dulu. Terasa susahnya nak promote dekat orang sebab NGM8 ni belum well-known lagi dekat Utara sebab kebanyakan rakyat Utara dah biasa dengan susu Hi-Goat jadi bila kita tunjuk NGM8 ni, mereka ragu-ragu untuk mencuba.

Tapi tak pe. Kami adik-beradik buat keputusan untuk kayuh pelan-pelan. Kalau laju-laju pun, terbabas pula nanti kan? Kami buat part time dulu. 

Tapi, area Alor Setar-Hutan Kampung-Gurun-Yan-Simpang Kuala-Kuala Kedah-Kepala Batas Kedah-Anak Bukit-Jerlun-Aloq Merah-Gunung Keriang 

main agent kira my elder sister lah.
Shafa Zulkifli
019-5972050

Saya akan tolong buat COD kalau saya balik bercuti di rumah. 
Currently i'm staying at UTM KL area. Kalau ada yang dok sebelah KSJ, atau sebelah UTM KL terasa nak COD susu ni, do contact me too.. =D


Oh jap! Apa keistimewaan Nutri Goat Miracle 8 ni berbanding susu kambing atau susu lembu yang sedia ada di pasaran?

Sebab NGM8 ni diinovasikan dengan 8 jenis makanan sunnah seperti madu, habattus sauda, delima, kurma, zaitun, saffron, kismis dan buah Tin.

Dan harganya jauhhhhh lebih murah berbanding kalau anda beli susu kambing, buah tin, saffron dan makanan sunnah yang lain.

Betul tak?
Eh, harga?!

Sekotak hanya RM40. Dalam dia ada 15 sachet 30gm NGM8. Maknanya 1 sachet sekitar RM2.70 dan anda dapat manfaat dari susu kambing dan 8 makanan sunnah yang lain.

Meh nak habaq, satu plastik susu kambing yang diperah pun dah RM2.80 sekarang. Itu susu kambing je. Tak diinovasikan dengan 8 jenis makanan sunnah yang saya sebut sebelum ni. Amacam?
Murah kan? Murah sangat-sangat. Berbaloi-baloi untuk mereka yang nak dapatkan manfaat 1+8 ini.


Kenapa khasiat 1+8? Sebab 1 untuk susu kambing tambah dengan 8 jenis makanan sunnah yang lain.

Weeeeee....

Khasiat?
+ Merendahkan kolestrol
+ Memberi tenaga kepada ibu mengandung
+ Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
+ Sumber kalsium yang tinggi
+ Melawaskan perkumuhan
+ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
+ Menguatkan sistem imunisasi
+ Meningkatkan daya ingatan dan fokus
+ Menambahkan susu badan.

Oh ya! Sesuai juga untuk mereka yang ada gastrik. NGM8 mampu mengenyangkan anda. Tapi, idoklah sampai tak mau ambil nasi langsung-langsung you allss.. Tengah diet ke? Hehehe..
Lain-lain manfaat, jom rasai dan lihat sama-sama. 

Pssstttt :: Ada tak student UTM KL yang berminat nak mencuba dan membeli NGM8 ni? Mehler habaq mai kat cheq. W'pun cheq ni cuma AJK Pemasaran, tapi kadang-kadang bawa je stok NGM8 sekotak dua dalam kereta tu. Ngeeee...

Adik yang ketiga tu bawa balik Muadzam Shah jual dekat housemate dia. Hahaha.. 

Eh, panjang pula membebel. Saya dah cuba NGM8 ni. Korang kat luar tu bila lagi? =D

Target Oktober 2014?
Untuk jual 30 Kotak pula.

Orang-orang sekitar Alor Setar boleh direct SMS atau call kakak Shafa Zulkifli : 019-5972050

Kakak buat COD setiap hari Jumaat. Sebab Sabtu hingga Khamis beliau kerja office hour.

Eh, ok! Bye!





Episode 65: Hai Malaysia!

Thursday, September 18, 2014

And to all Malaysian, Welcome Home..

Kata-kata Captain Pilot yang membuatkan mata aku bergenang. Sikit jam lagi nak menangis. Tapi, tak macho beb kalau leleh dalam kapal terbang kan?

Yes. Alhamdulillah. Selamat menjejakkan tanah air yang tercinta. Cheeewaaahhhh... ibaratnya duduk di Obersea hampir 10 tahun, walhal 10 bulan je. =D

Jom ringkaskan kronologi yang telah berlaku dalam hidup sejak entry yang terakhir itu hari.

29th August 2014
+ Check out Kaikan at 10:00am. Together with Radiz (Yasashii no kohai) settle down all the bills.
+ 10:45am depart to Yonezawa Eki with Ammar and Amri (Another Yasashii no Kohai).
+ Depart to Tokyo Eki via Tsubasa Line, Shinkansen a.k.a Bullet train. Shinkansen delay. Tak tahu kenapa sebab malas nak ambil tahu. 
+ Around 2pm plus plus, sampai Tokyo Eki yang super besar. Wow!
+ 5:45pm, last bus to Narita Airport. Kenapa naik bas? Sebab 1000yen je. hahahaha.. Dah nak balik pun kedekut lagi. Maklumlah, dari Yone dah naik bullet train. Nak g airport naik baslah pula. ngeeee..
+ Dan bermalamlah di airport. Muahahaha..

30th August 2014
+ Jumpa Hafiz (Another goooood and kind kohai) dekat Narita Airport. Thanks datang ke Airport untuk 'hantar' akak balik Malaysia. Really appreciate it!
+ 7:00am, collect big luggage dekat Kuroneko. Before ni send via post sbb too heavy to take them all by hand. =D
+ Sesi mengurangkan obesiti beg sebelum check in luggage.
+ Breakfast dalam keadaan kelibut
+ 10:30am, take off with MH089, Malaysian Airlines bound to Malaysia from Tokyo, Japan
+ 4:00pm, Alhamdulillah. Selamat jejak Malaysia. Go through immigration post and have a lunch treat KFC! Miahahaha... while lepak and waiting for another flight to Alor Setar.
 + 7:55pm, Depart from Kuala Lumpur International Airport to Alor Setar. Another 45-60min flight with Malaysia Airlines.
Meet my family dan menangis kaw-kaw. =D

31st August 2014
+ It's Merdeka Day!
+ Attending my sepupu Solemnization at Kubang Sepat. For the whole day being there.

8th September 2014
+ It's my birthday!
+ Back to Kuala Lumpur
+ Celebrate birthday with Izyan Iryani.

12th September 2014
+ Meet up with SV and updating everything and end up with discussing what out planning ahead.

13 September 2014
+ Back to Alor Setar together with Aimie and Akmal

14th September 2014
+ Attending Nanaz Wedding at Permatang Pasir

And enddddd....

Hahaha... Summary terus. Maaplah tak sempat hupdate blog. Laptop masuk bengkel. Ini guna laptop lama ai. Masih bernyawa lagi! Awesome! Laptop yang banyak berjasa dan tak banyak kerenah. Tapi, terpaksa bertukar laptop sebab bateri laptop ni dah rosak. Tak boleh berfungsi kalau stand alone. huhhuhu.. Maksudnya, charger always on. Oklah. itu je. Bye!