Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Episode 66 : Bila masuk dapur

Saturday, November 1, 2014

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!




Episode 59: Daging Masak Lompap

Thursday, July 3, 2014

Ramai yang tanya saya apa Daging Masak Lompap tu? First time dengar.
Well..well..well..

Saya pun first time dengar. Secara tak sengaja tertonton ばんぐみ 5 rencah 5 rasa dekat tonton.com. Katanya masakan orang nogori. Iye ke? Jadi, sempena Ramadhan yang hadir ni, saya berazam untuk cuba masak Daging Masak Lompap ni.

Bahan-bahannya adalah:

Kisar (1/2 biji Bawang holland + 3 ulas bawang putih + sedikit halia + serai + cili hijau + cili padi )
Minyak
Daging secukupnya
asam keping
garam dan perasa
Batang Celery

 
 Nak potong daging ni, ada caranya. Kalau tak kena cara, liat jadinya. Tapi sebab saya ni memang tak reti potong daging, saya potong ikut suka hati jelah. Jadi, kalau ada yang terliat tu, minta halal masuk perut je lah.. kihkihkih...

Ok. Cara memasak adalah begini:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga masak. Masukkan daging, asam keping, garam dan perasa. Oh ya! sedikit gula. Tutup periuk dan masak atas api kecil. Biarkan selama lebih kurang 10minit. Plus minus ajelah..

Bila dah kering, buangkan asam keping tadi dan masukkan batang celery yang dah dipotong kecil. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Lepas tu, bolehlah tutup api, dah sedia untuk di makan!

Dari pemerhatian saya, daging masak lompap ni macam nak masak kari hijau. Bezanya, masak lompap tak guna santan. 

Itu sahaja kekdahnya. mudah kan? Selamat memasak!  
 



Episode 58: Nasi Goreng Kampung Yonezawa

Sesuka hati je bagi nama kan?
Kenapa Nasi goreng kampung Yonezawa? Asalnya, nak buat nasi goreng kampung tapi tak ada kangkung daaaa... Kebetulan pula dekat Yone ni, mudah sungguh dapat celery makanya jadilah nasi goreng kampung Yonezawa. Ngeeeee...


Bahan-bahannya:

Kisar bahan-bahan ini : 2ulas Bawang putih + 1/2 biji Bawang holland + 4 biji cili padi (cili padi jepun ni pedas giler, sebab tu guna sikit je) + 1 biji cili hijau + sedikit belacan

Sotong (ayam pun boleh)
Ikan bilis yang dah siap digoreng
Daun Celery
Nasi putih
Garam dan perasa

Ini pun salah satu senarai dalam Azam Ramadhan Sara. (^____^)
Nak masak nasi goreng ni mudah je.

Panaskan minyak, lepas tu tumis bahan yang dah dikisar tu. Bila bahan tumis dah masak, masukkan sotong. Beberapa minit kemudian, masukkan daun celery, nasi putih dan digaul rata. Masukkan garam dan perasa. Dan akhir sekali masukkan ikan bilis. Goreng lah nasi tu.. Dan siap untuk dihidang dan dimasak. Saya makan dengan sotong goreng tepung.

Nasi goreng ni hak ekslusif masing-masing. Resepi tu tertakluk pada kreativiti masing-masing. Sebab pada saya, tak ada resepi rigid pun untuk masak nasi goreng. Do it yourself and be creative!

Selamat berpuasa dan selamat berbuka!!! 



Episode 57 : Sotong goreng Tepung

Assalamualaikummmmmm...
Dah masuk Ramadhan D-5. Semoga masih kuat untuk terus berpuasa. Hari ni nak kongsikan resepi Sotong Goreng Tepung yang ranggup dan tidak meletup-letup ketika digoreng. Manalah tahu.....
 Kot-kot ada yang nak buat untuk juadah berbuka petang ni kan? 
Dengan tema : Azam Ramadhan Sara, jom kita tengok bahan-bahannya:

+ Sotong secukupnya. Potong bulat-bulat.
+ Sebiji telur (atau lebih)
+ Tepung Gandum secukupnya
+ Sedikit Garam dan perasa
+ Minyak secukupnya


Ok. sebelum nak masak, pastikan sotong dibasuh bersih dan dipotong bulat-bulat. Sotong dekat Jepun ni, besar-besar jugalah. Dan disebabkan saya memang sukaaaa makan sotong goreng tepung, saya buat lebih sikit. Boleh ratah-ratah sambil buat kerja waktu malam kan.. hehehe..

Lepas dah potong dan basuh, lap sikit dengan kitchen napkin. Nak bagi kering sket. Lepas tu,gaul sotong dengan garam dan sedikit perasa. Biarkan beberapa minit dan kemudiannya masukkan tepung gandum. Gaul rata. Dalam satu bekas lain, pukul telur. Celup sotong ni ke dalam telur. 

Dan celup dalam telur, golekkan dalam tepung gandum sampai hampir keseluruhannya bersalut. Bila minyak dah panas, masukkan sotong yang dah dicelup tu satu persatu. Dan digoreng sehingga masak.

Daaaa... siap untuk di makan. Tapi, lotihlah nak buat. hehehe... Diharapkan anda rajin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati. =D

Selamat berpuasa dan selamat berbuka nantiiiiii...




Episode 45 : Seafood Fettucini Carbonara

Wednesday, May 21, 2014

Atau Fettucini Seafood Carbonara?

What-so-ever lah namanya kan. Dan kalau nak tahu, Fettucini ni adik beradik spagetti. Tetiba rasa nak makan carbonara, google resepi mostly guna fettucini. Dan dengan gigihnya mencari fettucini di supa-supa berhampiran. Ngeeee....


Menu ni memang sesuai untuk orang yang tengah distress dan tak kisah pasal kalori. Hahaha.. Sayalah tu. Tengah-tengah stress, lapar. Jam dah pukul 10:30pm. Tapi, lapar punya pasal, terjah juga dapur tu. Ada aku kesah??

Hahaha...
Ok. Resepi, macam biasalah. Cari dalam google. Pun dah tak ingat ambil dari blog mana. Tapi, kalau tak salah, hasil campuran resepi dari dua blog. Muahahaha...
Kalau tengok entrie resepi dalam blog saya, memang biasanya akan mengundang amarah orang. Sebab....

pertama : Tak accurate resepinya. Bahan bagi anggaran kasar je. Gomen ne. sebab saya sendiri tak sukat. Macam mana nak bagi resepi yang siap dengan sukatan? ye tak? Contohnya, nak letak kepingan keju. Memula letak dua keping. Rasa tak pekat, saya tambah lagi dua keping. Ada kesah? Nak makan, diri sendiri. Tak gitu?

 

Dan bahan-bahan yang saya gunakan adalah:

Fettucini (Direbus dalam air rebusan yang telah dicampur olive oil)

Untuk kuah carbonara versi saya:
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dan bawang merah yang dicincang halus
Susu minum (yang pasti bukan versi rendah lemak dan bukan juga susu sejat)
Aneka jenis seafood (Udang, hotate)
Carrot yang didadukan
Asparagus yang dipotong 
Cendawan comel. Nak guna shiitake mushroom pun boleh. Tak ada masalah. Cendawan butang pun boleh. Make your own recipe. 
Slices cheese
Grated cheese
serbuk lada hitam
Herba kering seperti oregano, rosemary, thyme dan apa sahaja herba yang anda suka.

 

Kekdahnya...

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang halus.
Masukkan susu. Kuantiti susu ni, ikutlah nak masak untuk berapa orang makan. Saya rasa, saya letak dua cawan kot. Sebab boleh makan 4 kali. Hahaha.. heaven.. Tak payah nak masak berulang kali.
Kacau dan masak sampai susu tu masak. Dah berubah warna sikitlah.
Lepas tu masukkan udang dan hotate serta seafood lain.
Biarkan seketika.
Bila dah mendidih, masukkan carrot, asparagus dan cendawan tadi ke dalam kuah. Letak serbuk lada hitam.
Agak-agak sayur-sayuran tu dah masak sket, masukkan fettucini, gaul rata.
Sebagai penutup, letakkan kepingan keju di atas dan perlahankan api. Biar sampai keju tu cayaq dan kuah semakin pekat.
Dan siap untuk dimakan.

Cedok boh dalam mangkuk atau piring atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Taburkan herba-herba kesukaan anda dan grated cheese.
Lantas, bolehlah di makan pada pukul 11:30malam. Ngeee...

Sekali lagi,
maafkanlah....
Nak kongsi resepi tapi sungguh tak ingat sukatan dia. Secara kasarnya cenggitu jelah bahan yang saya guna. 

Ok. bye! 
 
 
 



Episode 42 : Homemade Bibimbap

Wednesday, May 14, 2014

Bila dok tempat orang ni, satu ja masalah. Masalah nak makan. Maklumlah, mana nak ada kedai mamak dekat sini. Nasi Ayam tat jauh sekali. Kalau berkehendakkan ayam dan daging, memang tak berapa wajarlah makan di luar. Sebab dekat luar sana, banyak yang haram dari yang halal. Dugaan merantau di bumi asing. Biasalah tu..

Dan kebiasaannya juga, bila dah merantau jauh dari bumi Malaysia ni secara tak langsung skill memasak semakin bertambah baik. Maklumlah, that's the only way for you to survive. Dan dalam keterpaksaan untuk survive, kita pun belajar memasak. Start to experiment food. And one of my food experiment adalah homemade bibimbap.

Yeah. I'm a Korean Cuisine's lover! Especially bibimbap. Kalau dah teringin sangat, pastinya KLCC dan pavilion jadi tempat untuk dituju. Tapi, untuk kali ini saya masak sendiri. Lepas masak, pejam mata dan bayangkan kita tengah makan dekat Pavilion. Believe me. the taste will be same. Regardless on how you cook them. Ini namanya psikologi minda. Selamat mencuba!

 

First of all, masak nasi putih. Hehehe.. Guna beras jepun ni sodap juga.
Lepas tu, perap daging. Eh, kalau nak lagi sedap peraplah daging tu lebih awal ye!
Oh ya! Malaslah nak story pasal aksesori dia tu. Yang penting, sos tu. Sebab sos tu banyak yang haram dari halal kan? So, here we go...

Ini resepi asal. Saya pun dah tak ingat ambil dari mana. Hiu..hiu..hiu..
4 tablespoon serbuk cili
1 tablespoon sesame oil
1 tablespoon sugar
3 tablespoon water

Dan seperti biasa, saya akan otter sampai kena dengan lidah sendiri. Yes, anda juga boleh. Resepi ni tak tetap. Jadi, enjoy yourself to experiment the taste!

Untuk sos saya, saya tambah madu. Dan of course secukup rasa! Hahahaha.. Itulah rahsia masakan sedap selalu. 

 

Oooopppsss... presentation makanan tak berapa menawan. Maaplah ye. Asal masuk perut sudah. Apa nak dikisah cantik tak cantik. Bukannya nak masuk Masterchef kan? Ngeee...
 
  



Episode 23: Bingka Labu

Sunday, January 26, 2014

Hai All!!
Sebelum hujung minggu berakhir, nak update resepi lagi.
Kali ni, resepi Bingka Labu.
Yes. Bingka Labu. Resepi dia agak bercampurlah.

Ambil dalam internet sket, ambil resepi dengan mak sket. Selebihnya guna instinct. =D

 

Sepatutnya Bingka Labu ni buat untuk Aktiviti makan-makan semalam (25/1/2013). Tak update lagi pasal makan-makan ni kan? Sebab tak ado gambar. Galau hupdate cerita panjang-panjang pun bukan orang nak baca. Eh?

Ha! Untuk makan-makan tu. Tapi....dek tak pernah buat bingka dan ini pertama kalinya bakar kuih bingka, macam kelam kabut sikitlah. Ngeee... Tengah dok bakaq bingka, boleh pula suis terbidas sebab over voltage. Tak ke terbantut pembakaran kuih tu?
Dah siap bakaq, laju-laju potong. Hahaha.. Nampak kan tak pernah buat? Tengok-tengok lembik je. Rasa cam tak jadi, malas r nak jamu orang makan benda tak jadi kan.. eheh.. Terus minta Diza bawa naik ke bilik. Rasa dah sedap. Tapi lembik, tak best pula kan?
Tapi... balik je dari dewan kaikan laju-laju jenguk bingka labu kononnya nak makan lagi. Sekaliiii... Eh! Jadilah.. Sedap pula tu! ahaks. Sendiri masa, sendiri puji. Senget!

Jom usha resepi ikut instinct saya dan olahan dari resepi mak.

BAHAN-BAHAN:
1/4 labu a.k.a pumpkin
150ml susu cair - saya guna fresh milk
300 ml santan (1/2 kotak santan + air suam = bancuh dulu)
Santan ni bahagi dua. 100ml + 20ml
 
margerin (panaskan)
1-2 sudu gula
3-4 sudu tepung gandum 
2 biji telur
Sedikit garam
sedikit minyak untuk disapu pada permukaan loyang

KEKDAHNYA:
1. Rebus labu sampai emput. Toskan. Masukkan sedikit garam ke dalam labu dan lenyek. Guna botol sos cili pun bolehhhh..

2. Ambil bekas lain. Masukkan tepung gandum + telur + susu cair + santan (200ml) + margerin + gula. Pukul sampai sebati. Kalau ada mesin pemukul tu, lagi mudah kerja. Apa nama mesin tu? Apa-apa jelah. Saya guna tenaga tangan je. eheh.

3. Agak-agak dah sebati semuanya. Tapis adunan tu dan Campur labu yang sudah dilecek/lenyek tu.

4. Panaskan loyang pada suhu 200C untuk seketika. Keluarkan loyang, sapu dengan minyak lepas tu tuang adunan tadi ke dalam loyang.

5. Bakar selama sejam. Tapi, sambil-sambil tu, jenguklah oven tu. Bila dan separuh masak, buka oven keluarkan loyang dan curah santan yang berbaki (100ml) tadi ke atas bingka labu tu. Baru berlemak kata mak!. Ahaks..

6. Masuk dalam oven dan sambung bakar. Cukup sejam, guna api atas dan bakar bingka untuk 15-20 min lagi. Nak bagi rangup bahagian permukaan tu.

Oh ya! Sebetulnya kena tabur bijan atas tu sebelum bakar. Tapi sebab tak ada bijan dan tak teringat nak buh bijan, skip je lah part tu. ngeee... Asal boleh sudah... 

Oh ya! Kalau rasa nak buat minum petang pukul 6pm, pukul 2-3pm tu dah elok sangatlah nak bakaq kuih bingka ni. Nak biaq sejuk lagi. Itulah kisahnya..
Maaf ye Otoko.. Tak de rezeki kalian nak makan bingka labu tu. Rezeki onna buat breakfast pagi tadi. eheh.. 

Pesanan Penaja:
Maaflah resepi ni tak ada exact amount. Sebab mak kata, mak pun tak tahu nak bagi resepi. Mak masuk agak-agak je. Jadi, anaknya yang ini pun, masuk bahan-bahan ikut agak-agak je lah. Tanya instinct hati. Itulah namanya bakat terendam! Ahahaha... Selamat membakar kuih bingka labu! Daaaa...
 



Episode 22 : Gulai Ikan Talang Tumis Darat

Yes!
Gulai Ikan Talang Tumis Darat?

Nani?
Eheh.. Nama menu yang nak saya kongsikan adalah Gulai Ikan Talang Tumis Darat. Kenapa nama dia Tumis Darat? Urmmmm... Anoue, just check this out!

 

Naaaa.. gambaq live dari periuk belanga! Hahaha.. Inilah rupa gulai ikan talang tumis darat. Jom tengok bahan-bahannya..

BAHAN-BAHAN 
5-6 Ulas bawang Merah*
3-4 ulas bawang putih*
10-12 biji bawang Merah - Hiris/Mayang
Satu senduk minyak masak
4-5 sudu rempah kari ikan
2-3 keping asam keping
 1 1/2 Tupperware ikan talang
(Kalau ikan lain boleh tak? Jang, kalau guna ikan lain bukan nama gulai ikan talang dahlah.=P)

1-2 sudu tepung gandum
400ml santan kotak
2liter air
Sedikit secukup rasa
Terung
(Nak letak nanas pun boleh. =D)

KEKDAHNYA:
1. Dua jam sebelum nak masak tu, rendamkan ikan talang bersama-sama tepung gandum dan air. Air ambil dekat pili. Jangan usik yang 2 liter air tu. Lain.
 (Kenapa kena rendam sampai dua jam? Sebab ikan talang ni dari spesis ikan masin. Makanya, tujuan kita rendam dengan tepung gandum dan ayaq ni sebab nak hilangkan masin dia.)

2. Sementara tu, bolehlah tumbuk/blend kering bawang merah dan bawang putih (yang bertanda *). Dah siap tumbuk/blend, campur dengan rempah kari ikan. Tambah sedikit air dan bancuhlah rempah tu. Dan masukkan juga asam keping. Lepas tu, letak je dekat tepi dulu.

3. Ambil santan kotak campur dengan dua liter air. Petua mak saya, santan tak nak pekat sangat, dan tak nak cair sangat. Ha! Amek kau! Pandai-pandailah tengok bancuhan santan tu ek. Yang pasti, jangan pekat sangat, dan jangan cair sangat. Sedang-sedang je.

4. Terung. Cara nak potong terung? Urmmm.. Terung panjang tu, korang bahagi dua secara memanjang. Lepas tu, potonglah menyerong. Besar dia, agak-agaklah dalam tiga jari. (o_O)"

5. Dah cukup dua jam lebih-lebih rendam ikan talang? Ok. Jom kita masak. Make sure basuh bersih dan tapis ikan talang tu ok!

6. Ambil periuk belanga yang bersesuaian. Masukkan rempah yang dibancuh pada step 2 tadi. Lepas tu, masukkan sedikit santan. Jangan banyak. Sedikit je dulu. Lepas tu masuk sekali ikan talang yang dah dibasuh bersih. Buka api dapur, letaklah periuk belanga tu atas api. Biar masak. Maksud di sini, mendidih peringkat pertama.

7. Dah mendidih? Ok. Boleh masukkan lebihan santan tadi, dan kacau seketika. Lepas tu, biar atas api sampai mendidih peringkat kedua.

8. Dah mendidih peringkat kedua? Masukkan terung yang dah dipotong-potong tadi, masuk secukup rasa, perlahankan api dan biar terung masak. Sambil tu...

9. Jom buat tumis darat. Panaskan kuali, masukkan minyak. Agak-agak minyak dah panas, masukkan bawang merah yang dah dimayang tadi. Gorenglah bawang merah tu. Agak-agak dah macam nak jadi bawang goreng tu, bolehlah tuangkan semua yang dalam kuali tu ke dalam periuk belanga gulai ikan talang tadi. Cepat-cepat tutup periuk dan tutup api.

10. Kalau nak tambah halba campuran pun boleh juga masa goreng bawang tu. Saya terlupa nak letak halba campur tu. Eheh. Oh! Kenapa kena tutup periuk cepat-cepat? Supaya wangi bawang tu meresap ke dalam gulai tanpa keluar ke molekul-molekul udara. Ada faham?

Dan siap untuk dihidangkan. Makan pula dengan nasi putih. Perghhh.. terangkat! Ahaks.. This is my mom secret recipe. Tujuan lain letak dalam blog adalah untuk rujukan sendiri di masa depan. Manalah tahu, esok-esok nak jamu suami dengan bakal mak mentua tak kan nak calling-calling mak minta resepi lagi kan? ahaksss..

Mana nak dapat ikan talang ni?
Alahai beb. Yang pasti dekat Tanjung Dawai, konfem ada. Dekat Mana Tanjung Dawai tu? Ala..tanjung yang banyak dawai tu.. hehehe.. gurau je.. Jangan marah..
Cubalah guna google maps. Nak ceghita pun tak tahu. Yang pasti dekat Negeri Kedah Darul Aman. Ha! Google lah..

Mak kata, Gulai Ikan Talang Tumis Darat ni menu masakan orang Kedah. Mungkin ramai yang tak tahu. Ini yang nak bagi tahu. Jauh dari Malaysia saya import ikan talang ni. Dengan niat nak berkongsi rasa dengan rakan-rakan Malaysia di bumi Yonezawa ni. Cuak juga memula nak masak. Takut tak jadi. Al-maklumlah, selalunya jadi chef assistant pada mak je. Agak tak tahu, jerit je panggil mak (Kalau mak tak dok lam dapurlah). "Mak!!! Lepas tu nak buh apa!!" . Kalau mak memang dok kat dapur, agak-agaklah nak jerit. Bukannya pekak pun. Lagi satu, agak-agaklah nak jerit pun. Berdosa tinggikan suara pada bonda yang melahirkan. =D. Hahaha.. Tapi dekat Jepun ni, macam buang tebiatlah pula kau nak jerit-jerit macam tu kan?

Ha! Lagi satu! Don't you ever put any salt into the dish! Otherwise, kau tak rasa nak makan dah. Pasai pa? Pasai masin piang kata orang utagha. Ikan talang tu kan spesis ikan masin. Jadinya, rasa gulai ikan talang masin-masin ikan talanglah. 

Dah rr.. Kalau tak boleh nak imagine juga, jemput datang rumah saya. Nanti saya hidangkan gulai ikan talang banyak-banyak. =D 
 
 



Episode 18 : Karipap Pusing

Saturday, January 11, 2014

La ni nak kongsikan makanan pula.
Karipap pusing!

 

Bila dah jejak negara orang ni barulah rasa insap nak belajar memasak kannn..
Huhuhuhu...
Jadi, jom usha resepi karipap pusing. Saja google semula resepinya sebab nak buat lagi ni. =D

Kalau nak tahu, first time saya kelim karipap dengan si ABM dan Hafiz. Masa tu ABM nak buat open house, jadi seminggu sebelum tu kitorang pakat merewanglah try and error buat karipap pusing ni. Tapi, gambar yang dekat atas tu saya buat sensorang bila balik je dari rumah ABM dan rumah Hafiz. Oh ya! ABM dengan Hafiz ni kohai saya. Eh? Yelah. Dari segi umur diorang kohai. Tapi dari segi durasi masa di Jepun, dioranglah Senpai. Cakap Jepun sepatah pun saya tak faham (?).

Sebenarnya, tak adalah nak share resipi pun dalam entrie ni. Kalau berminat nak mencuba,boleh terjah blog AKu Bukan Masterchef ni:


Memandangkan Is dah berpenat lelah menulis entrie resepi ni, saya backlink kan ajalah ye. Jadi, sila jangan malas-malas nak klik. Sebab dalam blog Is ni ye ada tunjuk step by step nak buat karipap pusing ni. Moga membantu korang hasilkan karipap yang dikelim cantik!

Dan ini hasil yang saya dapat selepas karipap yang dibuat itu digoreng.

 

Perghhhh... nak pula makan masa yuki tengah turun kannnn.. Memang marvellouslah. Tapi yang tak bestnya, hari tu lelangit saya masih melecur dek takoyaki yang panas! Uh! Sebab tu lah Rasulullah melarang kita makan makanan yang terlalu panas. Kan dah dapat padahnya. Padan muka.

Diceritakan Asma' binti Abu Bakar membuat roti tsarid, dia menutup roti tersebut dengan sesuatu sehingga hilang panasnya. Ketika seorang bertanya kenapa dia melakukan sebegitu, Asma' menjawab. Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya hal tersebut lebih besar berkatnya." (Riwayat Ahmad)

Errr... memanglah Rasulullah tak terang-terang kata melarang. Tapi kan besar berkatnya kalau takoyaki tu disejukkan sedikit sebelum dimakan. Bukannya terus dingap ketika panas. dan padahnya, kamu menzalimi diri kamu sendiri. Uhuk..uhuk..  
 
 
 



Karipap Salju~

Wednesday, December 11, 2013

 
Lalalala...
Nama baru untuk karipap pusing yang dibuat di Jepun ketika Yuki turun ke bumi. Muahahaha..

Percaya tak kalau saya kataaa...karipap pusing ni saya yang buat??

 

Percayalah..
Kerana hakikatnya, tak ada gerai jual karipap dekat sini.
Jadi, kalau dah teringin tu kenalah usaha buat sendiri (-_-)"

Paling tak percaya bila pertama kali kelim karipap dan menjadi!
Wah wah wahhh...
Ada bakat terendam rupanya kamu ye Sara!
Bangga kejap!

Yeeee... percayalah.. Inilah pertama kali saya kelim karipap..
Eh, chotto ne!
Nak tunjuk gambar first karipap pusing yang berjaya saya buat dalam sekali percubaan..

 

Orang kata, Practice make you perfect. Agaknya dah banyak sangat practice, itu yang gambor atas cantik je...
Aih, balik Malaysia nanti boleh buat part time kelim karipap lepas tu juallah. Muahahaha...

See you next time...
Bubbbyeee...

Eh!
Oh ya! Bagi yang nak mencuba seperti saya, bolehlah singgah dekat blog sini:

dan boleh juga refer dekat blog ABM ni..
Hujung minggu lepas merewang kelim karipap dekat rumah beliau.. hehehe..

Ok. bye!
 
 

 



Dari Dapur: Yong Tau Fu

Wednesday, July 24, 2013

Salam Ramadhan semua...
Hari ni, insyaALLAH...
Saya nak kongsikan satu resepi baru..
(-____-)"

Tak adalah baru sangat pun..
Kihkihkih..
Ok!
Siapa dekat sini yang IN LOVE dengan YONG TAU FU macam saya?
Tapi, unfortunately......

Kebanyakkan yang dijual dekat pasar malam, uptown and etc kebiasaannya tak mencapai standard lidah sendiri.. hahahaha..
So, hari ni meh saya kongsikan resepi sos YONG TAU FU yang kebaboom terbaik dari ladang..

My Mom's Kitchen Recipe.

Bahan-bahan yang diperlukan:
2-3 sudu cili boh (kalau nak pedas, tambah lagi)
500ml air
sebotol kicap pekat MUDIN
Sebotol sos cili CAP ARNAB
1 sudu tepung jagung
2-3 sudu gula merah

Lots and lots of pick and mix products!
Kacang tumbuk
Kangkung (dicelur)

How to do it?
Let's start!!

First of all, masukkan cili boh dan air ke dalam periuk. Masak atas api sehingga mendidih.
Sampai menggelegaklah..
Lepas tu, masukkan kicap + sos cili. Biar atas api sehingga masak.
Then, masukkan pula tepung jagung (bancuh dengan air terlebih dahulu) dan gula merah.
Biar atas api sehingga pekat dan masak.
Rasa. Kalau kurang masin, tambah garam. Optional.



Done!
Sos untuk yong tau fu dah siap..
Yahooo...
mudah je kan?
Tapi marvellous!
Awesome amat!

p/s: Terlupa nak tabur bijan.. hehehe.. Yang penting, sodapppp...



Selera : Som Tam PRU

Saturday, May 4, 2013


Selera hari ini..
SOM TAM

Pernah dengar tak?
resepi asal saya jumpa dalam buku 1 hari 1 resepi.
dan seperti biasa,
kita derhaka je lah mana yang patut...
janji kena dengan selera sendiri...
weeee....




bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji mempelam muda

1/2 biji betik mengkal
udang kering
kacang tanah
bunga kantan
9 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besaq
3 sudu makan sos ikan
1 sudu gula
7 biji limau kasturi tanpa biji

cara memasak:

memula sekali, kupas kulit betik dan mempelam tu..
Lepas tu, racik memanjang kedua buah tersebut...
Tahu tak racik tu macam mana?
Hiris halus-halus..dan panjang-panjang..
Cili padi + cili merah + bunga kantan + bawang besaq dihiris halus..
basuh udang kering dan kacang tanah
lepas tu goreng tanpa minyak..
then, tumbuk kasar keduanya secara berasingan.

ni nak ajaq cara nak buat kuahnya pula..
Tuangkan 3 sudu sos ikan ke dalam mangkuk
Lepas tu, masukkan pula gula dan jus limau kasturi.
kacau sehingga hablur gula tidak kelihatan.
hablur?¿
eheh...

akhir sekali...
gaulkan kesemua bahan-bahan yang diracik dan dipotong halus tu dengan kuah yang dibuat tadi..
oh ye! sila rasa untuk ikut selera kamu ye!
akhir sekali, gaulkan bersama udang kering dan kacang tanah yang ditumbuk kasar td..



dan sedia untuk dimakan...
selamat menjamu selera!

Dan....
Selamat Mengundi semua!!!
Mengundilah dengan bijak!