Cuti..Cuti dan Cuti...

Monday, January 17, 2011

Assalamualaikum...

Cuti..cuti dan cuti.. Alhamdulillah..Selama hampir 4 tahun menuntut di UTM, tak pernah lagi terlepas untuk pulang ke kampung halaman. Tak pernah rasa jemu untuk mengembara selama hampir 12 jam di atas bas. Biarlah punggung rasa nak berkematu duduk lama-lama dalam bas, tapi semangat untuk balik ke kampung tak pernah luntur. Semakin berkobar-kobar. Chinese New Year dah semakin hampir. Tinggal beberapa hari je lagi. Dan seperti tahun sebelumnya, kali ini saya akan balik ke Aloq Staq jugak.

Memandangkan ini semester akhir, InsyaALLAH..dan barang-barang juga banyak lagi yang belum dihantar pulang ke rumah, memang wajarlah untuk saya pulang ke kampung pada cuti kali ini. Itu janji saya pada mak dan abah. Cuti kali ni bawa balik sikit barang-barang kat UTM ni supaya bila hujung semester, berkuranglah sedikit barang.

Errr...naik bas, luggage tak kena bayaran tambahan kan?? Hahaha..Gayanya saya akan bawa banyak luggage. Kalau boleh nak tinggalkan barang yang wajib je untuk baki setengah sem yang tinggal. Yang lain, home sweet home.. PSM? InsyaALLAH,masih dalam usaha menyiapkannya walaupun mungkin tak sepantas insan-insan lain.

Dan untuk pengetahuan semua, saya akan balik kedah pada 27hb Januari pada pukul 6.30 petang. Dan dijangka sampai Alor Setar sekitar pukul 6.00pagi.. +- 12 jam..
Balik UTM? Itu tak pasti. Bergantung pada tiket bas yang dibeli mak dan abah di kedah.. Weee...ni dah rasa nak kemas beg ni.. hehehe..


6 comments:

Hanis MY said...

Sara rindu betul zaman belajar kat umt dulu. sara naik bas kat mana? skudai ke larkin?

Cik Sara said...

naik bas kat sri puteri, skudai je..nak pergi larkin jauh.. Lagipun harga tiket bas kat larkin n sri puteri tu sama.

Syed Hilmi Syed Yahya said...

waa,,,best nye balik kmpung,,,kalu kmpung jauh,lagi ar terase nikmat balik kmpung,,,hehe,,,jalan elok2...!!

mzhany said...

sama ar akak pun time cuti harusss balek kampung ;)

Cik Sara said...

@Syed Hilmi
=) Betul3x.. Walaupun tak duk sampai luar negara.. Nikmat balik kampung tetap dirasai.. hehe.. Thanks Hilmi..

@mzhany
Perkara wajib dalam kalendar akademik dekat u adalah balik kampung.. betul kan kak?? hehehe..harus balik..

Ayu said...

salam sara,
wah seronoknya ada kampung..
nanti dah habis study nak bekerja di mana tu sara?..